Quantcast
Channel: walk on wings, tread in air
Viewing all 2732 articles
Browse latest View live

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.

$
0
0


Dari bulan puasa hari tu rasanya kisah adik Ainul tersebar, kan?

Malangnya, aku tak tau-menahu.

Aku tau pasal isu adik Ainul masa aku di Tganu balik raya.
Itupun ada blog reader minta aku buat blogpost tentang isu Dr Amalina yang selalu kena kecam.

Walaupun hari-hari update FB, tapi aku mengelakkan diri baca newsfeed time bulan puasa hari tu.
Takut nampak status yang merepek.
Tapi ada lah juga aku belek 3-4 kali, cuma agaknya time aku belek tu artikel pasal adik Ainul ni tak keluar.
Maka tercangak-bangak la aku tak-tau menahu pasal ni.
Newsfeed tak tengok, paper tak baca, berita tak tengok.
Betul-betul macam duduk dalam gua.

Kebaikan orang kita tak boleh nafikan walau macamana sekalipun urusan dia dengan Tuhan.
Urusan dengan Tuhan satu akaun lain.
Urusan dengan manusia satu akaun lain pula.
Tak sama.

Macam tu lah juga dengan akhlak dan ibadah.
Jangan campur adukkan urusan ibadah dan akhlak.
Ia takde kaitan.

Begitu juga ibadah dan rezeki.
Takde kaitan sama sekali.
Semuanya ada akaun yang berbeza.
Jadi, agak kurang bijak bila ada yang kaitkan isu aurat dengan kebaikan seseorang.

Walaupun kita sudah berpakaian syar'i, masih belum ada jaminan diri kita akan kekal solehah hingga mati.
Maka janganlah kita merasa diri sudah baik kerana "Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." [An-Najm, 32].

Berpakaian menutup aurat tak menjadikan kita serta-merta baik dan suci.
Itu hanya lambang ketaatan, bukan lambang sebuah akhlak apetah lagi tahap keimanan.

Boleh jadi di sisi lain mereka lebih baik kerana hakikatnya di antara si polan dengan si polan yang sama-sama menutup aurat masih ada yang suka mengumpat itu dan ini.
Jadi janganlah merasa syurga tu kita dah buat booking.

Menutup aurat seharusnya menghadirkan rasa kehambaan, bukan melayakkan kita buat kerja Tuhan.
Menutup aurat seharusnya merasa diri hina, masih banyak dosa dengan Tuhan dan manusia.
Sepatutnya dengan menutup aurat menjadikan kita kerdil kerana itu sajalah amalan kecil yang mampu kita laksanakan demi menegakkan syariat Allah.
Nak berperang menjaga negara, tak mampu buat.
Nak berjihad menegakkan agama Allah kat Palestine tu, lagi berat.
Jadi, kenapa hati mesti berbunga-bunga dan berbangga bila dah pakai tudung dan sesuka hati menafikan kebaikan orang lain yang belum menutup aurat?
Apa sangat yang kita dah buat pun.
Kita buat yang paling simple je - menutup aurat.
Baru buat paling simple dah rasa diri baik sangat.

Buat yang bertudung, kita ni adalah agen.
Kita adalah agen Islam.
Kita adalah pendakwah.
Tapi kita berdakwah hat paling mudah sekali iaitu melalui pakaian.
Kalau kita pakai tudung tapi hati busuk, maka kitalah punca mesej Islam tu gagal disampaikan.

Aku pernah tanya pada sorang ustaz, adakah amalan dan akhlak saling berkait.

Ustaz tu kata yes.

Amalan dan akhlak berada pada satu garis yang sama.
Semakin kuat iman seseorang, semakin banyak amal solehnya.
Semakin banyak amal solehnya, akan semakin mulia akhlaknya.
Sebaliknya, semakin lemah iman maka semakin malas beribadah.
Bila ibadah pun malas buat, lama-lama akhlak pun jadi kurang baik.

Kalau ikut apa yang ustaz aku cakap, maka sepatutnya orang yang berakhlak baik itu lebih beriman, betul tak?
Kalau lebih beriman bermakna dia lebih patuh pada perintah Allah dan seharusnya mereka menutup aurat.

Tapi ustaz kata, orang yang belum menutup aurat bukannya tidak beriman, tetapi imannya belum sampai ke tahap dia faham kewajiban menutup aurat.
Boleh jadi imannya hanya pada amalan puasa dan solat.
Tetapi boleh jadi amalan yang sikit itulah yang dia buat dengan sungguh-sungguh.
Dan asbab solat dan puasa yang dibuat dengan bersungguh itulah yang menzahirkan akhlak yang baik dalam dirinya.

Sepatutnya bila ada orang yang belum bertudung tetapi berhati baik macam ni, kita lebih seronok kerana bila hatinya lembut bermakna dia mudah menerima nasihat.
Kan lebih mudah dakwah kita?
Slowly kita ajak dia berhijrah, bukannya dijadikan musuh.

Jangan picit butang agama untuk personal interest.
Bila tak dapat jadi sehebat orang tu, kita pin point pada aurat, hilang semua kebaikannya.
Bila nanti orang tu dah bertutup aurat, kita nak attack apa pulak, kisah silam dia?

Berlapang dadalah dengan kehebatan orang lain dan berlapang dadalah dengan kekurangan diri sendiri.
Itulah bukti HEBAT yang sebenar!

Bukan sikit-sikit orang yang sudah bertudung, menjadikan tudung hanya sebagai filter.
Bila berada di persekitaran yang tak bertudung, dia merasa dirinya lebih baik.
Bila merasa diri lebih baik, kerjanya asyik membandingkan penampilan saja.
Tak ada kesungguhan dalam mendalami ilmu agama kerana rasa diri dah berada di level "better".
Sedangkan yang membezakan manusia adalah iman dan takwa, bukan penampilan.
Bila ilmu agama tak didasari dengan baik, tak hairanlah jika hati pun busuk.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita tetap kena tahu menutup aurat itu wajib, itu hukum yang tak boleh didakwa-dakwi.
Bila isu ni berbangkit, ada kelompok yang belum bertudung berbangga dengan statement "walaupun tak pakai tudung tapi hati baik".

Masyallah, berani-berani je orang sekarang buat statement memanipulasi hukum Allah.

Jangan macam tu.
Jangan ajak berperang dengan hukum Allah, tak kemana nanti.

Kepada yang belum menutup aurat, elak jadikan isu ini untuk merasa lega belum bertudung.
Merasa lega apabila masyarakat tidak lagi judge pada kebaikan yang bakal kita lakukan hanya kerana kita belum menutup aurat, itu tak apa.
Kerana hati yang baik dan segala kebaikan yang kita buat pasti ada pahala di sisi Allah.
Tetapi mesti akur tak bertudung tetap dosa.
Soal syurga dan neraka itu hak Allah menentukan, manusia takde hak nak menerakakan orang lain.
Tetapi sesama manusia wajib sampaikan mana satu dosa, mana satu pahala dengan cara yang paling berhemah dan tidak mengaibkan.

Menutup aurat memang tak mudah.
Ada harga yang harus dibayar kerana harga sebuah syurga bukan murah.
Nak masuk istana pun kena lalu protokol dan di-check macam-macam, lagikan syurga.
Dah tentu lagi besar pengorbanannya.

Tapi percayalah, semakin kita bulat tekad untuk berjihad di jalan Allah melalui pakaian, insyallah jalannya akan dimudahkan.
Boleh jadi ada di antara yang membaca post ni sudah bertudung tetapi belum syar'i.
Tak apa.
Jangan diperli, jangan didengki kerana kita semua muslimah.
Dah cukup bagus ada yang berusaha memperbaiki diri.
Janganlah kita yang mungkin ketika ini sudah syar'i mencari-cari salah dalam penampilan yang belum syari'i.

Jangan sampai niat kita yang awalnya mulia jadi ibadah yang sia-sia kerana penyakit dalam hati.
Tolong mereka yang dalam proses mencari jati diri dan yang dalam proses menutup aurat.
Jangan direndah-rendahkan usahanya.
Bagi semangat.
Jika dia belum istiqomah, kuatkan hatinya.
Jangan menilai orang dengan sebelah mata.
Jangan sampai penilaian kita mendorong kita kepada panasnya api neraka.



Jangan sampai hilang life

$
0
0

Sambung lagi topik 'I am not a good mother'.

Tak sangka pulak ramai mak-mak yang share the same experience macam aku.
Selama ni aku ingat aku sorang je 'bad mother' sebab tak pernah aku nampak ibu-ibu mengeluh kat newsfeed.
Bagus korang ni.
Tak mengeluh di FB pun dah menunjukkan korang memang ibu hebat!

*marilah kita sama-sama flip tudung. Yang free hair, silakan flip hair*

Tapi jangan salah faham maksud entry I-am-not-a-good-mother series [wahh, ada series kauuu].
Post tu bukan bertujuan menggalakkan ibu-ibu kurangkan perhatian dan fokus ada anak.
Ini sekadar berkongsi perspektif berbeza mengikut pengalaman aku sebagai seorang ibu.
Mana-mana yang rasa terbeban, maybe boleh cuba ikut cara yang aku kongsikan.
Kita bukan nak lepas tangan, tapi kita nak cari alternatif supaya dapat mengurangkan stress tapi dalam masa yang sama masih bertanggungjawab.

Ada satu PM tu cakap "Saya respect Kak D boleh abaikan apa orang cakap dan fokus dengan cara Kak D. Saya tak kuat. Saya selalu rasa terganggu dengan cakap-cakap orang".

Bukan aku tak terganggu.
Disebabkan terganggulah maka aku cari alteranatif untuk meng-happy-kan diri dengan cara aku sendiri.
Biar yang bercakap-cakap tu pulak rasa terganggu tengokkan cara aku. Hahaha.

Ada banyak cara untuk raise anak-anak.
Bukan hanya satu cara.
Walaupun cara kita bukan majoriti dan tak popular, tak semestinya ia salah.

Lepas bersalinkan Rayyan, dia kena duduk NICU untuk 29 hari sebab lahir tak cukup bulan.
Aku pulak boleh keluar dah dari hospital.
Hari pertama aku melawat Rayyan selepas aku discharged dari hospital, aku nampak ramai mak-mak yang sama-sama kat wad bersalin dulu dok berumahtangga kat NICU menjaga anak masing-masing.
Dorang room-in, maksudnya tido di NICU.

Aku tengok wad mak-mak ni tido pun aku tak selera.
Masuk bilik air lagilah hazab, dengan berbau, dengan lubang air tersumbat, dengan lampu yang kelip-kelip nak terpadam, ya ampunnn.
Ni karang elok-elok tak mati bersalin tetiba aku mati sebab stress duduk sini pulak.

Tapi walaumacamanapun, aku cuba untuk room-in.
Hari tu aku datang dengan beg baju segala.
Dah get ready nak tido sana.
Dapat katil, ok lah.
Dah nama pun hospital, takkan nak selesa macam bilik sendiri, ye tak.
Try juga la mandi dalam bilik air tu.
Malam tu aku call En Wan kutip aku balik.
Tak tahan aku nak duduk sana.
Tak selesa.

Actually, masa aku kena lepak wad bersalin 28 hari tu pun aku tak selesa juga tapi aku tak ada pilihan, maka aku stay.
Macam kat NICU ni, aku ada pilihan.
Kalau boleh pilih untuk takyah lepak NICU, buat apa stay?

Aku tanya nurse kat situ, tak apa ke kalau aku tak room-in?
Nurse kata tak apa, asalkan hantar susu badan everyday.
Kalau boleh, siang datanglah.
Malam tak apa, nurse boleh jagakan.

Phewww! Lega.

So, aku pilih untuk tak tido di sana.
Everyday aku datang ke hospital dari pagi sampai malam.
Malam around 9pm En Wan akan fetch aku balik rumah.

Penat la sikit berulang-alik dalam keadaan perut aku baru lepas kena toreh.
Tapi tak apa, at least pikiran aku lapang.
Balik dari hospital boleh mandi hot shower, boleh tido dalam bilik beraircond, katil sendiri and peluk suami.
Tenang and lapang hati fikiran.

Sekali pandang, memang nampaklah aku ibu paling tak sayang anak sebab tinggalkan anak di NICU malam-malam sedangkan mak-mak orang lain sanggup lepak sana berminggu-minggu.

NO.

Rayyan bukan satu-satunya anak aku.
Aku masih ada Redza di rumah, yang masa tu umur 6 tahun.
Hari-hari tanya kenapa aku takde kat rumah.

Aku masih ada suami untuk aku jaga.
Walaupun dalam tempoh berpantang aku tak dapat buat banyak untuk dia, tapi aku tau presence aku kat rumah saja pun dah buatkan dia happy.
Cukuplah aku terpaksa 'tinggalkan' dia selama 28 hari.
Now ada pilihan untuk tak stay NICU, jadi aku pilih untuk tak stay.

Aku ingat lagi masa Rayyan dah boleh keluar NICU, mak-mak kat situ suarakan rasa kecewa dorang kat dokter and nurse.
Sorang nurse tu bagitau, mak-mak situ cakap "Kenapa anak Diana boleh keluar awal, padahal dia tak room in pun".

Then dokter cakap "Anak dia tak sakit. Anak dia cuma tak cukup bulan. Yang sakit dulu emaknya".

Bila dengar nurse bagitau macam tu, aku lega bahawa aku ambil keputusan yang betul.

Yang sakit adalah aku.
Aku yang kena turunkan blood pressure supaya tak dapat sawan.
Kalau berada di NICU buatkan aku bertambah stress, macamana aku nak jaga anak aku kalau aku sakit nanti.

Sometimes orang tak tau apa yang kita lalui.
Dia juga tak tau apa perkara yang kita kena dahulukan.
Kebanyakkan mak-mak anggap apa-apa pun anak yang paling utama dan perlu diberi perhatian.

Yes, itu kalau anak kita sakit.
Tapi kalau anak kita ok, tak perlulah kita nak stay juga semata-mata kerana majoriti mak-mak stay.
Kalau rasa dengan stay, membuatkan kita dan anak lebih baik, silakan.
Macam aku, aku tak rasa aku akan jadi better kalau stay, jadi aku pilih balik tido di dalam dakapan hangat suami. Eh.

Lahirnya Rayyan ni banyak bantu aku jadi lebih redha.

Dari awal mengandung aku dah mula kenal redha kalau-kalau baby ni tak dapat diselamatkan.

Masa Rayyan membesar, dia tak selaju Redza [dalam pembelajaran].
Umur 6 tahun masih tak boleh membaca.
Aku ambil extra hour di skolah untuk kelas latih membaca.
Alhamdulillah with extra class baru nampak perubahan.

Masuk Darjah 1 baru tau dia ada minor disleksia.
Kitorang tukar method pembelajaran di rumah.
Alhamdulillah, dia jadi 'normal' sebaris dengan kawan-kawan sekelas yang lain, in fact dia dapat jump ke kelas yang lebih baik [sebelum streaming class dihapuskan].

Then ustazah Kafa bagitau pula Rayyan sangat slow dalam membaca iqra'.
Ni impak dari disleksia, dia nampak kedudukan titik pada huruf bergerak-gerak.
Tak banyak yang aku boleh bantu bab ni, asal kenal huruf sudah.
Aku tukar method untuk lebihkan pada hafazan pulak.
At least biar dia menghafal.
Alhamdulillah ustazah kata dia always paling atas sekali bab menghafal.

Walaupun ustazah kata dia agak slow in Iqra, aku masih letakkan harapan.
Pagi-pagi sebelum van Kafa datang, aku akan baca Iqra dengan dia.
Alhamdulillah raya baru-baru ni dia boleh baca surah Yassin [aku ada cerita kat post raya 2019].

Baru-baru ni Rayyan dapat ASHR Award dari Kumon.
Dari semua pelajar Kumon seluruh Malaysia, 1273 orang terpilih untuk dapat award ni.
Out of 1273, Rayyan ranking ke 167.
Quite an achievement untuk dia memandangkan laluan dia untuk sampai ke tahap tu tak sama macam, orang lain.

Role seorang IBU bukan untuk dipertandingkan.
Bukan juga untuk direbut-rebutkan siapa yang lebih hebat, siapa lebih rajin, siapa lebih wondermom.
Role ibu adalah satu amanah untuk membesarkan anak.
Asalkan anak menjadi lebih baik walaupun peningkatan tu tak selaju anak-anak lain, asalkan lebih baik dari dirinya yang semalam, itu dah menjadikan kita ibu yang berjaya.

Kalau kita tak boleh jadi perfect mother, then jadilah a 'good enough' mother.
Bukan teruk sangat pun title 'good enough' tu.

Aku faham imej "ibu yang baik".

Ibu yang baik digambarkan dengan sifat penyayang, berkorban kepentingan sendiri untuk anak-anak, multitasking and boleh transform jadi macam-macam.
Gambar imej "ibu yang baik" inilah yang buatkan ibu-ibu rasa bersalah kalau tak dapat jadi macam tu.

Imej "ibu yang baik" ni maybe kita boleh upgrade dah.
Di zaman moden ni, ketika ramai ibu-ibu dah ada kerjaya sendiri, bukan anak-anak je yang nak dipenuhi tuntutannya tapi kita juga ada tanggungjawab dan kepentingan lain beyond penjagaan anak.
Tapi tu lah kan, bila cakap macam ni nanti ada orang yang kata kita ni lebih pentingkan kerjaya dan perkara lain dari anak-anak.
Buatlah apa yang praktikal untuk diri sendiri.
After all this is your life, your family, kita yang akan hadap the consequences.

Everyone wants to be the best parent they can, tapi tak perlulah sampai hilang life.
Meletakkan anak-anak di bawah jagaan bibik tak menjadikan kita ibu yang lepas tangan.
Allah je yang tahu betapa risaunya aku lepaskan Redza kat jagaan bibik.
Bukan aku seronok ya letakkan anak aku kat bibik.

Macam Rayyan, walaupun dijaga oleh bibik tapi mak mertua dah duduk sekali time ni.
But Redza, memang buta-buta duduk berdua je dengan bibik kat rumah, seawal umur 43 hari.
Entah mana datang keyakinan aku tinggalkan anak bawah jagaan bibik tapi alhamdulillah takde yang buruk berlaku [except sorang bibik gila].

Bila ada helper, aku jadi happier and lebih tenang balik rumah penat-penat kerja, anak dah siap diurus, dah dibagi makan, rumah berkemas, baju berlipat, makanan terhidang.
Aku rasa tenang dan kurang serabut.
Bila fikiran tenang, emosi lebih stabil.
Emosi yang stabil menzahirkan tindakan yang lebih rasional, insyallah.

Ada isyarat yang boleh kita kenal pasti untuk tengok samada kita give too much to motherhood, iaitu PENAT.
PENAT adalah isyarat paling mudah untuk kita realize betapa kurangnya perhatian yang kita beri untuk diri sendiri.

Kalau kita buat sesuatu with passion, kita takkan rasa penat, malah seronok and always look forward untuk buat lagi dan lagi.
Same goes with parenting.
Kalau parenting membuatkan kita stress, lack of energy, moody, dah hilang minat buat benda lain melainkan tido - inilah tanda we are giving too much to our children sampai diri sendiri terabai.

Working full-time while raising kids is just hard.
Bukan tak ada orang yang tanya "Macamana kau handle eh? Jaga anak, boleh pi keje, stay back malam, prepare presentation slides, etc".

Selalunya aku cakap "Aku ada bibik tolong".

Bila orang dengar pun mesti macam "Hmm...patutlah, dia bukan jaga anak pun. Masak pun tak".

Jangan kecik hati kalau orang cakap macam ni.
Memang itu sebenarnya yang dia nak dengar, jadi kita bagitau je macam tu.
They want to hear that sebab they want to justify dengan diri dorang sendiri.
They want to feel lebih hebat dari orang lain because they lebih pentingkan anak-anak and rumahtangga dari segalanya.

Biarlah.

Aku pun tak kisah orang nak cakap apa.
Sebab my expectation is low - asal anak aku sihat, makan kenyang, rumah tak berkerak, tido aku cukup, emosi stabil - done.

None of us are doing it perfectly, but every mom I know is doing her best.

Take some time for yourself.
Badan perlukan recharge.
Bila badan tak recharge, itu akan bagi domino effect pada energy, emosi and fizikal.
So take care of ourselves in order to do the very best for our children.
Itu adalah cara paling efektif untuk jadi seorang ibu at the same time menjadi pekerja, atau runa  business and still have a happy life.

"Me time"..?

Dah ada anak kalau tak dapat "me time" kat coffee house pun takpelah, asalkan dapat minum teh tarik buat sendiri kat rumah dengan tenang pun dah besar rahmat.
Bila kita nak minum kopi dengan bertenang-tenang at home sambil kudap-kudap tempeyek pun dah takde masa, that's when kita kena re-check strategy.
Jangan sampai takde masa untuk belai diri.
Dapat "me time" seminggu sekali pun cukup.
You will feel like you again at the same time you will be a better mom for it.

Ada banyak cara untuk membesarkan anak-anak, bukan hanya satu cara.
Buatlah cara yang terbaik menurut kita yang sesuai dengan keperluan keluarga kita.
Alangkan nak masuk syurga pun ada macam-macam pintu.
Ada pintu sedekah, ada pintu taatkan suami, ada pintu puasa, ada pintu tahajud, etc.
Our aim is masuk syurga, pintu mana-mana pun tak apa, because tujuannya adalah syurga.
Being a mom and parents juga macam tu, tujuannya adalah untuk anak kita membesar jadi 'orang'.
Ikutlah jalan mana pun, asalkan membesar jadi 'orang'.

Yang buat keadaan jadi serba-serbi susah adalah kerana some ibu-ibu dah lupa tujuan membesarkan anak dan lebih kejarkan self recognition.
Dek kerana masing-masing terlalu nak jadi ibu hebat di mata orang, maka segala benda yang dibuat lebih terarah kepada mencipta kehebatan diri sendiri berbanding tujuan menjadi ibu itu sendiri.


Review movie

$
0
0

Dah lama dah tak review movie, kan.
Baiklah, ini ada 6 lagi movie India - Hindi, Telugu, Malayalam.
Sorry, kali ni takde Tamil.



1. Yevadu 
Telugu/2015
Rating IMDB : 5.5/10

Aku jarang tengok movie rating below than 7.0 kecuali ada X-factor dalam movie tu.
Dalam Yevadu, X-factornya adalah Ram Charan [kahkahkah].
Tapi bila dah tengok movie ni, aku tak faham apesal movie ni dikatakan flop.
Maybe masa tahun dia release ada isu atau kontroversi melanda.
Not bad juga movie ni sebenarnya.
Cerita ni secara lojiknya wajib boom sebab ada dua hero Telugu berlakon iaitu Ram Charan and Allu Arjun.
Allu Arjun and Ram Charan are cousins in real life.

Dari segi jalan cerita, ok tapi dari segi teknikal and scentific lojik memang out sebab dalam film ni ada proses face-off.
Agak tak lojik boleh buat 'complex' surgery yang boleh tukar change height and weight of the person sekali, kan.
Oh jap, ada lagi. Vocal chord transformation pun menjadi! Hahahah.
So, dari segi teknikal ada yang tak lojik tapi jalan cerita not bad.
By the way, this movie this isn't a rip off of Face Off.
Yevadu pinjam central idea to come out with another revenge drama.
The best part is, dalam Yevadu bukan ada satu revenge tapi dua!

Kisah tentang Satya [Arjun] and awek dia yang dipaksa untuk lari keluar dari kampung sebab ada lelaki jahat nak pinang awek dia.
Mak bapak awek tu mintak awek tu lari dengan boyfriend dia, Satya.
Tapi dalam bas, geng-geng penjahat dapat trace dorang and both of them dibunuh.
Satya nazak and dibawa ke hopsital.
Dr bagi dia new face and skin dan selepas beberapa bulan Satya sedar dari koma berwajahkan Ram Charan.
Excited sangat dia masih hidup and now berwajah baru, Satya nak balas dendam kematian awek dia.
Dia lari dar hospital and balik ke rumah dia.

Cut story short, Satya berjaya balas dendam.
Lepas balas dendam, on the way nak balik, ada stranger attack dia.
Dia suspect the attack had something to do dengan wajah baru dia, so dia jumpa Dr yang buat face off tu.
Rupanya, wajah baru dia tu adalah wajah anak Dr tu yang mati dibunuh.

So now, bermulalah revenge kedua....silakan tengok kalau nak tau penamatnya.



2. Geetha Govindam
Telugu/2018
Rating IMDB : 7.8/10

Movie ni genre comedy love story.
Love story yang suwit muwittt!
Nak-nak lagi bila dilakonkan oleh Vijay Devarakonda [dah tengok Arjun Reddy ke belum?] and Rashmika Mandanna [she is soooo pretty!].

Cerita tentang Vijay Govindam yang love at first sight dengan Geetha.
Dia nak try Geetha tapi kebetulan pertunangan kakak dia dah dekat, dia kena balik kampung.
Sekali, dalam bas nak ke kampung, Geetha pun sama-sama ada, duduk seat sebelah dia.
Masa Geetha tido, dia ambik selfie dengan Geetha, sekali bas brake and he accidentally kissed Geetha on her lips.
Geetha bengang, dia ikat Vijay kat seat bus lepas tu dia call abang dia untuk standby tunggu kat bus station nak belasah di Vijay ni.
Tapi Vijay berjaya lepaskan diri sebelum bas sampai.

Masa hari pertunangan rupanya kakak Vijay ni bertunang dengan abang Geetha.
Masa tu Geetha pun datang sekali, kecut perut si Vijay.
Vijay merayu jangan bagitau sesiapa hal tu because dia tak sengaja, tapi Geetha tak percaya and gunakan kesempatan untuk bully Vijay.
Kebetulan dorang berdua kena uruskan hal wedding abang and kakak masing-masing, so kebanyakkan masa dorang keluar bersama.
Setiap kali keluar Geetha always ugut-ugut Vijay until one day Geetha dapat tau Vijay memang innocent.
Dia started to fall in love dengan Vijay.

Nak dijadikan cerita atuk Geetha sakit, dia takut tak sempat nak tengok Geetha kawen, so dia mintak kawenkan Geetha.
Abang Geetha sukakan Vijay, dia suggest kawenkan dengan Vijay.
Geetha suka tapi Vijay reject.
Padahal awal-awal hari tu Vijay suka sangat kat Geetha, kan. Why now reject?
Tengoklah sendiri.

Everything in this movie is awesome.
Aku tak tau la apesal Malaysia tak release movie Telugu kat cinema.
Padahal cerita ni release kat US lagi.
Apa-apa pun, tak rugi tengok cerita ni.
You will enjoy every bit of it.
Worth watching Geeta Govindam.



3. Tholi Prema 
Telugu/2018
Rating IMDB : 7.4/10

Kisah cinta pandang pertama.
Bercinta, kemudian terpisah 7 tahun lamanya, and berjumpa balik.

Lakonan Varun Tej.
Varun Tej ni also cousin Ram Charan.
Varun Tej ni takde lah hensem sangat pun tapi ada sisi smart kat dia yang aku suka.
Aku dah tengok 4 filem Varun Tej, this one is the best.

Tentang Aadi [Varun Tej] yang love at first sight dengan Varsha dalam perjalanan keretaapi.
Then dorang berjumpa lagi kat kolej yang sama.
Ada satu kejadian di kolej yang buatkan dorang break up.
7 tahun lamanya dorang berjumpa balik bila kena buat projek perumahan sama-sama.
Dorang masih love each other tapi Aadi taknak confess apa-apa dah while Varsha yearns for his attention.
Slowly thet become friends tapi Aadi masih tak nak admit yang dia masih sukakan Varsha and keep hurting Varsha.

One day dorang gaduh besar and Varsha nak quit.
Sebelum balik, dia bagi Aadi satu kotak.
Dalam kotak tu ada semua gambar-gambar Aadi sepanjang Aadi sambung blaja and kerja kat overseas.
Gambar-gambar tu Aadi hanya bagi kat mak dia je.
Rupanya selama 7 tahun ni, Varsha sentiasa tanyakan khabar Aadi melalui mak Aadi that's why gambar-gambar tu semua ada dalam simpanan dia.
Baru Aadi tau selama break bertahun-tahun ni Varsha tak pernah lupa dia.

Tholi Prema boleh dikatakan highly cliched tapi still an entertaining movie, maybe sebab ada Varun Tej. Hahahaha.



4. Ustad Hotel
Malayalam/2012
Rating IMDB : 8.3/10

Ini first Malayalam movie aku layan.
Disebabkan ini yang first, jadi kawan aku hantar yang rating tinggi terus, 8.3!

Cerita tentang Faizi yang belajar di Switzerland memenuhi hasrat ayah dia.
Bila da balik, dia nak jadi Chef kat UK, ayah dia tak suka sebab jadi tukang masak kot ayah dia kata, tak menjamin lah konon.
So ayah dia rampas passport dia untuk prevent dia ke UK.
Frustrated, dia keluar dari rumah dan kerja kat restoran beriyani milik atuk dia nama Ustad Hotel [korang mesti ingat cerita pasal hotel, kan? Mbahahaha].

Dengan atuk dia, dia blaja banyak pasal life, pasal food business and gets involved in the daily activities kat Ustad Hotel.
Dia decides kerja terus kat restoran tu.
Rupanya Ustad Hotel ni adalah restoran nasi beriyani terbaik di daerah tu.
Berhampiran dengan restoran ni ada hotel 5 stars.
Atuk dia taknak cucu dia kerja kat restoran tu jadi dia minta Faizi jumpa chief chef kat hotel tu untuk minta kerja.
Faizi dengan mudahnya dapat.
Rupanya, hotel tu jual nasi beriyani resepi atuk dia that's why chef tu terhutang budi.

One day management hotel nak expand the hotel yang melibatkan tapak restoran Ustad Hotel.
Faizi and atuk dia pertahankan tapak restoran tapi ,management hotel bribe local health department because of unhygienic issue [letak bangkai kucing kat dapur].
Ustad Hotel closed down disebabkan ini.

Kena tengok sendirilah kalau nak tau ending dia.
Cerita ni membuktikan bahawa food can bring people together.



5. Hotel Mumbai
Hindi/2018
Rating IMDB : 7.7/10

Aku memang suka kalau cerita biography atau true story so movie ni movie wajib untuk aku tengok.
Kisah sebenar serangan pengganas kat Taj Hotel di Mumbai di mana half yang terbunuh adalah staff hotel sendiri sebab dorang lindungi customer.
Taj Hotel punya motto adalah "Guests are God", that's why dorang bermati-matian lindungi guests.

Taj Hotel ni boleh dikatakan hotel yang sangat mewah kat Mumbai, ala-ala Plaza Hotel kat New York lah juga.
So guests are mostly foreigners.

Tahun 2008, 10 orang pengganas Muslim attack 12 tempat di sekitar Mumbai, termasuklah Taj Hotel.
Mumbai takde special force yang di-trained untuk situasi macam ni, so dorang kena tunggu berjam-jam sebelum special force dari New Delhi sampai.
Dalam tempoh tu, Taj Hotel jadi tanah kubur.
Pengganas ni ketuk satu pintu ke satu pintu hotel untuk bunuh guest.
Ada yang staff hotel dapat selamatkan tapi kebanyakkannya mati.
Half dari yang mati adalah staff hotel sendiri.

Dalam Taj Hotel ni ada Chambers Lounge.
Ini macam very exclusive and private lounge hanya untuk hotel guests.
This is the safest place dalam hotel tu sebab semuanya secured, nak masuk pun ada special ID.
Semua yang terselamat, staff kumpulkan di sini.
Tapi pengganas tu tau ini adalah safest place so dia cuba nak masuk jugak gunakan ID pegawai polis yang dorang killed earlier.

Pengganas akhirnya dapat dibunuh tapi mastermindnya sampai sekarang tak dijumpai.
Hotel tu terbakar teruk tapi after an few months dorang beroperasi semula.
Dalam movie ni ada tunjuk video hari re-opening of the hotel where they all pay tribute kat staff-staff yang dah mati.
Ada tugu depan Taj Hotel sekarang remembering the attack.



6. Majili
Telugu/2019
Rating IMDB : 7.3/10

Cerita yang simple but was potrayed beautifully.
Sebenarnya cerita ni akan jadi lebih best kalau penonton kenal siapa pelakon utamanya.
Pelakon utama cerita ni adalah suami isteri [in real life] - Nag Chaitanya and Sumantha.
Di India cerita ni memang ditunggu-tunggu especially among masyarakat Telugu sebab semua nak tengok newly weds ni berlakon sama-sama.
Macam Era Fazira dengan Yusry dulu jugak lah.
Lepas kawen kan ada filem sama, tak sedap mana pun cerita tu tapi boom jugak because of the actors.

Cerita tentang Chat yang sewaktu dulu pernah bercinta dengan sorang lady tapi akhirnya terpisah sebab parents si lady ni tak suka.
Kecewa, Chat akhirnya kawen dengan pilihan keluarga, dengan jirannya sendiri.
Jiran dia ni [Sumantha] suka Chat dari zaman skolah lagi.
Tapi memandangkan Chat masih sayangkan ex-gf, so perkahwinan tu hanya perkahwinan atas kertas je.
Masing-masing tido asing, Chat tak sukakan wife dia, asyik marah-marah and takde ikhtiar nak cari kerja, sebab masih terkenangkan ex-gf.
Tapi Sumantha ni jenis taat, walaupun suami dia tak permah mintak duit, dia always buat helah untuk bagi suami dia duit like dia cakap duit tu jumpa dalam seluar suami.

Chat ni dulu cricket player, so one day coach lama dia panggil untuk dia coach satu team cricket remaja.
Masa kat training tu dia encounters Meera, anak perempuan exgf dia.

There is nothing new in this story, kisah cinta yang biasa kita tengok.
Bercinta-keluarga halang-terpisah-kawen dengan orang lain-akhirnya sayangkan wife.
Majili pun kisah macam ni, takyah tengok pun takpe.
Aku tengok sebab aku follow kisah cinta Chat and Sumantha, tu je.
Walaupun rating dia tinggi, nothing exceptional in this movie.
Very much predictable story line.




Ini offer yang paling best bulan ni untuk GLOEI.
Korang tambah RM1 saja, boleh dapat free 5 sachet.


Sebotol harga RM139.
Dalam sebotol ada 20 sachet.
Bermakna satu sachet bernilai RM6+.
Kalau 5 dah berapa?
But for this promo, tambah RM1 saja untuk dapatkan additional 5 sachet, dah jimat 5 hari pengunaan kat situ.




Yes, please!

$
0
0

Aku dah lost count berapa ramai blog readers especially perempuan [termasuk yang datang open house aku semalam] tanya macamana aku "boleh buat banyak benda"?
Bila aku cakap aku learned to ask for help, masing-masing tengok aku macam aku alien.

Soalan ni banyak betul aku dapat, macamkan aku buat extraordinary things je, padahallllll.

Jawapannya senang je - learn to ask for help.
Jangan tolak kalau ada pertolongan sampai.
Jangan merasa nak buat semua benda sendiri.

Kita semua bukan superwoman atau superman.
Tak semua benda kita boleh buat sendiri.
Alangkan beli barang dapur kat Giant pun kita cari bakul.
Kalau ada troli, kita prefer guna troli.
Maknanya kalau ada pertolongan yang lebih baik, why not guna?

Hanya perlu belajar ask for help.
And when someone offers help, terima!
Jangan tolak.

Contohnya, kalau bapak kita offer nak mandikan anak, jawab "Yes, please".
Kita tak mintak, tapi dah yang offer diri, apa salahnya.
Jangan merasa "Alah, meyusahkan ayah pula nak kena mandikan cucu".

Kalau nak tau, setiap pagi sebelum pi keje, mak mertua aku akan ketuk bilik aku untuk ambil baju-baju kotor.
Sejak bertahun-tahun yang lepas, aku cakap "Mak, takpe, nanti Diana turun Diana bawak sekali".

Oh tak. Dia nak jugak kutip.
Lama-lama aku layankan je.

Jadi, mak mertua aku adalah salah satu punca "I can do it all".

Kalau suami kita offer diri nak tolong sidaikan baju, nak tolong sapu rumah, jawab "Ok, thank you".

Tak payah la risau sangat kononnya membebankan suami dengan kerja-kerja rumah.
Takut sangat orang cakap apa bila nampak suami sidaikan baju.
Yang tolong pun suami kita, bukan suami orang lain.

Apa saja yang boleh bagi kita more time, more space, more freedom, say "Yes, please" to that.
Takyah sesegan nak terima pertolongan orang.
Bukannya kita ambik kesempatan, dah dia yang nak tolong.

"Ohhh...ada orang tolong rupanya. Patutlah boleh buat banyak benda".

So what kalau ada orang cakap macam ni?
I am not here to compete siapa lebih superwoman.
I am here to change my life to be better and to achieve my dreams, that's all.
In order nak achieved apa yang aku plan, kalau pertolongan sampai, aku ambil.

Pernah tak dengar satu cerita tentang sorang lelaki yang terapung tengah laut sambil berdoa Tuhan selamatkan dia?
Ini cerita rekaan je tapi ada mesej.

Mula-mula lalu sebatang kayu balak depan dia.
Dia taknak berpaut, dia kata takpelah, Tuhan akan hantarkan bantuan nanti.

Then, datang orang bawak rakit.
Dia kata takpelah, nanti Tuhan tolong dia.

Then lalu lagi orang bawak apa aku pun dah lupa, tapi dia menolak jugak.

So the man ends up drowning.
Bila dah mati, dia tanya Tuhan kenapa tak tolong selamatkan dia.
Tuhan jawab "Aku hantar 3 jenis bantuan tapi semuanya kau tolak. Kau expect aku angkat kau and terbangkan kau terus masuk dalam rumah ke?"

Jokes macam ni ada mesej untuk kita fikirkan.
Betapa Allah sentiasa hantar pelbagai bentuk bantuan.
Some are big and obvious.
Some are as simple as pekerja supermarket yang offer tolakkan troli kau ke kereta.
Hanya kita ni je yang expect bantuan yang obvious-obvious macam bonus 9 bulan, suami belikan designer henbeg, atau dapat duit raya RM100.
That's why bila tak dapat macam pertolongan atau habuan yang besar kita always rasa nasib kita malang, padahal banyak small-small things yang membantu kita dalam tak sedar.

Sometimes, pertolongan Allah tak datang dengan bentuk bantuan, tapi ujian.
Hakikatnya itu adalah gigantic blessing.
Allah nak tengok bagaimana kita respond and adjust our views terhadap ujian yang diterima dan bagaimana kita berubah menjadi lebih kuat asbab dari ujian tadi.
Memang Allah sengaja jadikan perjalanan hidup kita susah sebab Dia nak mempersiapkan kita untuk terima apa yang kita minta.

Contohnya, ulat beluncas.

Kalau ulat beluncas pilih untuk kekal menjadi ulat beluncas dan kalau dia takut untuk hadapi proses metamorfosis yang chaos tu, dia takkan tahu pun sebenarnya dia akan bertukar menjadi secantik rama-rama.

Proses perubahan dari ulat beluncas ke rama-rama tu menyakitkan tau, bukan "plingggggg" dah bertukar.
Proses tu sangat scary and overwhelming untuk badan sekecil ulat.
Tapi kalau ulat beluncas tak fight against the fear, kalau dia tak mahu berubah, dia takkan tau how beautiful she is.
Dan dia juga takkan tau bahawa dia sebenarnya ditakdirkan untuk terbang!

Perjalanan perubahan bentuk ulat beluncas kepada rama-rama adalah mesej yang ajar kita bahawa transformasi hidup adakalanya painful dan itu adalah sebahagian dari hidup yang normal.
Dalam sebuah hidup yang normal, takkan semuanya berlaku sesenang yang kita harapkan apetah lagi asal berharap dapat, asal mintak dapat.
No such thing.
Adakalanya kita perlu dapatkan bantuan.
So kalau ada yang offer help, ambil.
Itu semua akan membantu meringankan bebanan dan mengurangkan serabut kepala.



Open House 2019

$
0
0

Open House Raya tahun ni dah settle, alhamdulillah.
Setelah 2 tahun takde rezeki buat open house sebab pakwe aku tu asyik mengemas rumah time raya, maka tahun ni kita start balik.
Actually tahun lepas buat, tapi hanya untuk kawan-kawan En Wan saja.

Menu open house hari tu :

1. Nasi hujan panas + ayam goreng rempah
2. Nasi dagang
3. Mee kari
4. Laksa Johor
5. Spageti bolognese
6. Ketupat palas
7. Lemang
8. Rendang ayam
9. Cendol
10. Kuih cara berlauk, onde-onde, coklat muffin, cream puff, apam pisang, kuih koci.
11. Tembikai




Apa yang aku masak?

Cuma kuah spageti bolognese je.
Yang lain semua order.
Tak kuasa aku nak bersilat kat dapur masak macam-macam.

Pagi Ahad, lepas Subuh terus masak kuah spageti and goreng ketupat palas 80 biji.
Then kemas-kemas rumah sambil tunggu makanan-makanan lain sampai.

Open house kali ni aku guna staff catering sekali, senang sikit.
At least tak payah aku terkejar-kejar nak check lauk kena tambah ke tak.
Staff dia boleh tolong clearkan meja makan sekali.
Then aku hire weekly bibik aku datang untuk tolong-tolong kerja-kerja kat dapur.

Aku?

Aku bersembang le apa lagi.




Nasi dagang and rendang pun tempah.

Plan asal nak buat sendiri rendang, tak banyak dalam 2kg daging je untuk makan dengan ketupat palas.
Then En Wan jumpa orang yang boleh buat rendang, maka tak payahlah aku merendang kat dapur.

1 ekor ayam dia caj RM35.
Aku tempah 3 ekor.
Langsai semua.

Ketupat palas mula-mula goreng 50 biji je then En Wan kata konfem habis awal, so aku goreng another 30 biji.
Rupanya inilah yang habis dulu.
Ok pasni tau dah, kena goreng 150 biji terus.

Nasi dagang paling cepat habis sebab itu lauk tambahan je, hanya untuk 80 orang makan.
Memang patut pun cepat habis.
Nasi hujan panas menu utama, so lambat lah sikit habis.
Ayam goreng rempah sangat sedap, rata-rata meratah ayam, last-last ayam habis awal.
Tapi kitorang dah standby 2 ekor ayam untuk goreng kunyit just in case ayam rempah habis.
Memang dah boleh agak ayam goreng rempah akan habis awal.
Tapi mak kata takyah goreng sebab lauk rendang ada lagi masa tu, so tak jadi la aku goreng ayam tambahan.
Lepas ni dah tau dah kalau tempah makanan yang berlaukkan ayam rempah, ayamnya kena tempah extra 3 ekor sebab selalunya ayam rempah memang orang akan ambil lebih, lagipun budak-budak suka ayam goreng dari makan lauk-lauk lain.



Laksa Johor favourite.

Kalau nak laksa Johor, aku always go for blog reader, Hazlinda.
That day tak sempat nak jumpa sebab masa dia deliver, aku tengah mandi.
Laksa dia, dijamin puas hati.
Ini bukan pertama kali aku order, dah banyak kali.
Kuah dia memang pekat, banyak ikan, tak cair.
Accesorries lengkap dan banyak.
Kau boleh tengok berapa banyak dia bagi timun and togeh?
Togeh tu berlebih, aku siap goreng semula buat makan dengan nasi pulak.
Bawang dia bagi pun banyak, mak mertua aku blend buat stok bawang, boleh?

Ada cerita tentang laksa Hazlinda ni.

Aku order laksa ni 40 pax.
Dari hari aku order lagi aku mintak dia bagi total to pay.
3 kali aku mintak dia tak bagi-bagi.
Selalunya aku akan bayar sebelum delivery.
Dan habis open house pun dia tak reply-reply lagi whatsapp aku.
Aku anggap dia tak sihat, nanti-nanti dia reply agaknya.

Semalam aku dapat ini dari dia :



Terharunya aku ada orang belanja laksa johor 40 pax.
Siapa yang makan laksa johor tu hari, memang rezeki koranglah dapat rasa laksa hazlinda ni.
Ni kira Hazlinda yang belanja korang makan ni, bukan aku.
Kalau sesiapa berminat, boleh call 013-2016081 [Hazlinda].
Dijamin puas hati.



Kami bawakan cendol secara live untuk anda! Hahaha.
Satu-satunya stall yang ada time open house hari tu.
Kalau ikutkan En Wan, siap nak bawak stall satey and kueytiaw bagai.
Dia perasan dia duduk banglo kot nak bawak 2-3 stall masuk rumah.
Rumah kita ni tak besar mana bang oiii, toksah berangan tinggi sangat nak bawak masuk macam-macam stall.

Cendol ni aku order untuk 200 mangkuk only and standby 50 untuk tambah-tambah.
Siapa cepat, dia dapat konsepnya.
Siapa nak order cendol boleh contact : 011-37193200.

Aku busy kejap depan kejap belakang, last-last sempat 1 mangkuk je.
Asal aku lalu depan brader ni teringat nak ambil semangkuk tapi nanti kejap.
Lalu lagi depan dia, nak ambil, tapi nanti kejap.
Last-last pukul 5pm baru aku makan nasi, baru aku rasa cendol.
Itupun aku makan bila kawan-kawan aku dah balik.

Memang kalau sendiri buat open house, dapat makan hujung-hujung waktu majlis.
Tak sampai hati pulak nak makan time orang tengah ramai.
Masa makanan sampai rasa macam nak makan semua, last-last aku makan sepinggan je.

Pagi breakfast nasi dagang [sebab nasi dagang sampai paling awal].
Pukul 5pm makan nasi hujan panas and cendol.
Kul 10pm makan laksa Johor.

Alhamdulillah semua nampaknya kenyang makan.
Tuan rumah sangat puas hati.



Kuih muih tak banyak aku order sebab makanan lain pun dah banyak.

Choc chip muffin and apam pisang order dari Ena - 012-2449373

Cream puff [takde dalam gambar] order dari Aisyah - 019-2812880
Aisyah datang jemputan bawa brownies aku tak sempat rasa tapi semua orang tanya siapa buat.
Sedap sangatlah agaknya.
Gambar brownies and cream puff pun aku tak sempat ambik.

Yang lain-lain En Wan order kat sape aku tak tau.



Ni masih awal majlis, family aku tengah makan.
Sementara orang belum ada, baik makan dulu.



Inilah dia Ena, blog reader.
Dia ni baca blog aku zaman aku pakai baju tak cukup kain, dari zaman dia anak dara sampai dah beranak-pinak.
Alhamdulillah suka tengok bisnes food dia makin berkembang.
Dulu buat sandwiches je, now kek pengantin pun dia buat.

Tahun ni aku beli 14 balang kuih dari dia.
Muffin and apam pisang open house kali ni pun order dari dia.
Dulu, setiap kali ada majlis kat sekolah Rayyan atau Redza, memang aku tempah makanan dari dia.
Kesian pulak jauh-jauh menghantar dari Rawang [kalau tak salah].
Banyak lagi makanan yang dia boleh buat, boleh contact dia kalau nak order apa-apa.



This is another blog reader, yang lelaki tu Wira.
Wife dia first batch skolah Redza MRSM Langkawi.
Kalau open house ni buat time Redza ada, boleh aku jumpakan dengan super duper senior dia ni.

Siapa laki dia MCKK kat sini?
Wira tu ex-MCKK. Maybe laki korang kenal kot.



Pasangan suami isteri yang sama-sama blog reader, Aben & Mizzy.
Ini memang antara jemputan yang always datang kalau dijemput.
Dari zaman belum kawen sampailah anak dah dua ni, terharu aku always datang jugak padahal jauh duduk ni kat Kajang.
Bulan-bulan raya ni dari Subang Jaya nak ke Shah Alam pun hazabullah, lagikan dari Kajang.

By the way, Aben [yang perempuan] ada business food juga.
Kalau sesiapa nak buat majlis kawen, birthday party, akikah, boleh contact dia untuk bahagian dessert.
Masa kawen Ibal dulu, aku tempah dari dia untuk dessert spread 800 orang.
Nombor dia aku takde, call nombor laki dia pun boleh kot - Aben/Mizzy : 012-3718454.

Mizzy ni ex-SMSAH, Jitra.
Manalah tau kot-kot ada yang tengok gambar ni "Eh, macam kenal?".



Masa ni aku tengah membawang kat meja Aben and Mizzy.
Anak-anak dia helok je diam makan bersuap.
Apa bapak suap, makan.
Kalau Rayyan pi mana-mana open house, aku kena tapaukan nugget MekDi siap-siap.
Memang sejenis payah nak diajak makan.
Jadi, aku always bagi dia makan kenyang-kenyang dulu so that kat open house aku boleh makan dengan tenang.



With another blog reader, yang aku lupa dah nama dia apa.
Suami dia dulu satu tempat kerja dengan En Wan.
Aku ni ginilah, kalau orang tu jarang aku jumpa, jarang bersembang, memang senang nak lupa nama.



Anna Hamid, another blog reader.
Aku lupa apesal aku panggil dia Syana, instead of Anna.
Tapi memang dari dulu aku panggil dia Syana.
Rasanya Syana ni nama yang dia pakai untuk blogging dulu.
Now rasanya dah tak blogging.
Dia rajin blogging masa duduk Jepun, suka aku tengok gambar-gambar bento yang dia buat.
Anak dah 2, badan gitulah jugak tak berubah, size XS ke hape ntah dia ni.



Also blog reader dan regular customer GreenAard, Mimi.
Nama dia ni almost every month aku nampak dalam our system.
Anak-anak dia semua tinggi-tinggi [ke aku yang pendek?].



Geng membawang topik-topik Halal Semalaysia - Ayda.
Ini consultant Halal.
Kalau sesiapa nak dapatkan sijil halal untuk bisnes masing-masing, boleh contact Ayda - 013-3393929.
Hari yang aku buat open house tu, dia baru balik dari Penang attend open house HQ Pelita Nasi Kandar.
Jangan main-main, ini halal consultant Pelita Nasi Kandar tau.
Beranilah cakap Pelita tak halal, mau kena sembelih dengan si Ayda ni.
Now dia tengah uruskan SOP halal untuk a few Japanese restaurant.



Ini Bae Roslan, cikgu di international school.
Datang hari tu siap bawakkan pass year's question IGCSE untuk Redza.
Alahai, terharunya aku ada reader yang ingatkan Redza.
Patutlah Redza kata "Hidup kita dah tak selamat lagi, Pa".
Pusing kot mana pun mesti ada yang ternampak dia.

Bae bagitau aku hari tu dia tengah apply untuk mengajar ke international school Shenzen.
Mohon blog reader sama-sama doakan dia.

Aku memang support budak-budak muda yang suka cabar diri macam ni, especially yang kerja di negara orang, atau kerja di kalangan majoriti bangsa lain, atau yang buat 2-3 kerja, etc.
Korang muda-muda, kalau ada peluang sambung blaja, atau kerja di tempat yang lebih baik, pergilah.
Aku ni dah 42 tahun, kalau umur aku hanya 62 tahun, maknanya 2/3 dari kehidupan aku dah settle.
Umur-umur macam aku sekarang ni nak fokus tolong manage hidup anak-anak yang baru nak belajar kenal dunia pulak.
Aku dah lalui zaman mencabar diri muda-muda dulu, so now it's your turn pulak.



Another blog reader - Ephol.
Bertahunlah ada dalam list FB aku, baru tahun ni jumpa.
Ini pen-supply tiket bola En Wan ni.
Selamba je dia supply tiket VIP.

Bila tengok gambar-gambar ni baru perasan aku ni sangat pendek rupanya.
Bergamba dengan sesiapa pun, aku jugak yang pendek.



Yang belah kanan tu, Ixan.

Dia ni avid reader blog dan pengguna tegar GreenAard.
Ini, jangankan dengan kitorang, dengan Pak Aji and Mak Aji pun dia bergambar.
Terperanjat bapak aku apesal orang nak ambik gamba dengan dia. Kahkahkah.




Ini namanya Alumni Kelab Bawang sedang bersidang.
Nampak tak betapa semua tengah menumpukan perhatian penuh pada ucaptama Presiden Kelab?
Yang sebelah aku bagi tumpuan penuh tu tukang ambik minit mensyuarat.

Ini geng-geng dari zaman matrik sampai habis grad.
Geng susah senang sama-sama.
Geng-geng saling membacking each other.
Yang tudung pink tu nampak je muka beriman tu, kau beranilah cari pasal dia dengan dia, taulah nasib kau kena maki. 



Sepanjang aku buat open house dari dulu sampai sekarang, baru inilah terinngat nak ambik gambar ramai-ramai.
Selama ni bersidang je tak habis-habis, by the time nak balik semua lupa nak bergambar.



Tadi gamba dengan family, yang ni gamba only ex-UNIMAS.
Ini pun ramai yang tak dapat datang ni.
Kena buat another get together, insyallah bulan Ogos nanti tunggu BFF aku balik dari KK.



Dengan parents kawan Redza.
Anak-anak dia sama-sama blaja di Langkawi.
Yang sebelah kanan sekali tu bekas senior Redza di sana, now dah grad dah nak sambung blaja.
Adik dia ada di sana lagi, sama batch dengan Redza.



Yang perempuan tu cousin aku.



Ini cousin and pakcik makcik, belah Pak Aji.




Dua gambar ni dengan family belah Mak Aji.



En Wan dengan geng-geng study Jepun dia.

Dia cakap sedih bila tengok gambar-gambar ni.
Terkenang zaman muda remaja katanya.
Zaman melepak sama-sama, menapak pi Pertama Kompleks sama-sama [masa kat UTMKL], zaman makeup kereta sama-sama, konvoi racing bersama-sama, zaman pinjam duit each other sebab scholar sangkut, zaman kerja sama-sama time semester break.
Dulu sembang bab kereta and awek, now dah tua-tua sembang hal anak-anak dah semua. 

Dulu masing-masing kereta sport sorang satu bukan main tak nak kalah.
Now kereta pun semua dah pakai kereta family je. 
Gambar dengan kereta tu pakwe I nombor 3 dari kiri.
Banyak lagi gamba sebenarnya, tapi yang takde muka aku, malas letak.



Ramai cari budak ni hari tu.
Dia duduk dalam bilik aku main iPad.
Turun kejap je.

Tau sebab apa dia duduk bilik taknak turun-turun?
Sebab merajuk aku biarkan sorang budak main piano dia.

Ada sorang budak datang open house terus meluru masuk dalam rumah and buat spot check kat setiap ceruk rumah aku.
Dia bukak fridge, bawak keluar sebekas vitagen Rayyan yang belum berbukak.
Then dia naik atas nak masuk semua bilik tapi kebetulan anak-anak sedara En Wan ada kat dalam salah satu bilik keluar sergah dia.
Pastu dia turun nak bukak almari display buku and Lego Rayyan kena sergah dek anak sedara En Wam kat bawah pulak.
Pastu dia bukak piano Rayyan and bukak sound piano sekuat-kuat ada then ketuk-ketuk piano.

Rayyan dah risau takut piano dia jahanam.
Berapa kali dia pi kat aku "Ma, budak tu nanti rosakkan piano adik macamana?"
Aku pegi lah jugak tegur 2-3 kali tapi ini bangsa budak tak paham bahasa.
Yang mak bapaknya pulak helok je bersembang kat luar.
Anak dia berkuntau kat dalam dia buat dek.

Takkan lah tak reti cari anak bila nampak anak takde sama kat meja.
Kita kalau tak nampak anak depan mata dah menggagau cari mana anak.
Aaku kalau makan kat rumah orang rasa nak cepat-cepat balik takut anak aku buat perangai.
Lain kali, pi beraya rumah orang, common sense tu bawaklah sama.
Jangan tinggalkan common sense tu kat rumah [itupun kalau ada lah].

Mak mertua aku jenis lembut tau tapi hari tu dia hangin sangat, dia pi kat piano tu dia cabut plug and jegilkan bijik mata.
Haaaaa..don't play-play with silent-silent people, okeh.
Once they angry, eyes keluar api.

Lepas tu kat sofa ada orang duduk-duduk.
Budak ni selamba je panjat sofa and melompat dari satu sofa ke sofa yang lain sampai orang yang duduk beralih tempat.
Aku ni peratiiiiii je.
Takpe, aku bagi chan.
Kalau dia terpijak pasu bunga aku atas meja tu memang aku menjerit.
Sorry, aku memang takkan alih apa-apa barang dalam rumah ni be it perhiasan kecil sekalipun.
Ini rumah aku, buat apa aku nak alihkan.
Orang yang masuk rumah ni yang patutnya berjaga-jaga sikit.

Habis je majlis, rupanya ramai yang tanya anak siapa yang macam kena sampuk tu.
Ramai yang tak puas hati, ingatkan aku je.
En Wan kata memang lepas ni takkan jemput dah.
Eh memang!
Kalau aku nampak family tu ada lagi kat rumah aku tahun depan, aku yang akan duduk dalam bilik sampai habis majlis tak nak turun.
Boleh tak buat gitu?

By the way, jemputan kali ni tak ramai, tak sampai 200 orang.
Jadi, janganlah kecik-kecik hati kalau ada yang tak dapat jemputan.
Khemah banyak orang booking u ollsss, kitorang dapat 2 je.
Itupun kerusi meja dia ambik kat orang lain, yang dia punya dah selamat orang booking.
Tu pasal kali ni kerusi aku togel takde sarung.
Nak tambah seketul khemah je lagi pun tak dapat.
Aku ni kalau boleh nak semua yang datang selesa makan, kalau tempat pun takde berhimpit-himpit kan dah tak selesa jadinya.
Insyallah ada rezeki aku pasang 4 khemah pulak.

Terima kasih pada yang datang.
Maaf tak dapat nak duduk bersembang lama-lama, dapat sembang sikit-sikit je.
Itupun tetamu yang hujung-hujung aku tak dapat sembang lansung, kepala aku dah sakit kepala sebab kejap ke sana, kejap ke sini.
Setengah jam sebelum majlis habis, aku dah tak tahan sangat, naik bilik, bukak tudung, telan ponston and baring. Sorry ya.


Nak hidup mewah cepat sangat

$
0
0

Aku perasan some anak-anak muda now nak cepat pegang duit banyak, termasuklah beberapa orang yang aku kenal in person.
Nak cari kerja yang offer gaji besar terus sebab masing-masing ada keinginan yang besar belaka.
Nak travel the world, nak pakai branded stuff, nak sentiasa up-to-date gadjet, nak lifestyle yang glemer.
Berlumba-lumba nak tayang hidup mewah.

What's wrong with start low?

Aku pernah tanya someone [budak-budak muda], kenapa taknak beli rumah.
Dia jawab dengan sardinnya "Bukan taknak beli tapi rumah sekarang mahal, kecik pulak tu!"

Wah, nak rumah banglo 3 tingkat terus ke apa.
Penyudahnya dah beranak-pinak masih lagi pindah-randah rumah sewa.
Tapi gaya taknak kalah.

Bukan main lagi komplen tak mampu beli rumah tapi spend duit kat luxury items boleh.
From top to toe nampak gah, macamkan banyak nau duit.
Barang kalau tak mahal tak sah.
Nak buktikan apa tak tau lah.
Unless kau ada good job and fantastic savings, itu lain cerita lah.
Ini tak, ada duit sikit pi splurge kat gadjet, pi splurge kat clothings, habis kat situ je.

Interview bukan main lagi expect gaji terus RM3-4K.
Setakat RM1900 ni tak layan.
Berapa sen sangat katanya.

Allah, sombongnya.

Standardlah starting gaji rendah, lama-lama naiklah gaji tu nanti.
Yang penting, ada pengalaman kerja, biar belajar hidup berkuli.
Esok kalau dapat pegang duit tak lupa diri sebab tau susah payahnya mencari sesuap nasi.

Ini tak.
Belum apa-apa tanya berapa company nak offer gaji, padahal pengalaman kerja pun takde.
Entah boleh guna excel ke tak, feeling nau nak gaji tinggi.

Low self-esteem.

Yang sebenarnya bukan soal gaji tapi low self-esteem.
Inilah sebenarnya punca utama seseorang perlukan duit yang banyak.
Because they want to be rich.
If they can't be rich, they want to feel rich.
That's why sanggup berhabis beli sesuatu that they may not be able to afford.

Orang yang hidupnya paycheck to paycheck selalu anggap kalau memiliki luxury stuff akan increase their self-esteem.
Padahal dorang tak mampu pun but the idea of memiliki some expensive stuff buatkan dorang anggap maybe boleh buat orang lain pandang tinggi sikit.

Bila manusia kejar penghargaan dan pujian manusia, itulah jadinya.
Nak rasa dipandang tinggi, sanggup berhabisan duit.
Bila nilai diri disamakan dengan benda, tak heranlah ramai akhirnya stress.

Umur 20an adalah umur dimana kita belajar tentang life and its struggle.
It is normal kalau muda-muda kita belum senang.
Tak salah pun kalau kita berdikit-dikit membina hidup.
If it's not hard then I don't think it will make us a stronger person.

Umur 20an adalah preparation sebelum kita mencecah 30an.
Samalah juga masa kita belasan tahun, ini adalah waktu kita prepare untuk masuk ke umur 20an.

Macam kat skolah dulu, pelan-pelan kita blaja buat kerja berkumpulan, interview orang awam, buat pembentangan depan kelas.
Yang senior pula dah mula buat majalah sekolah, belajar handle fotogaphy, handle editing, handle grafik, etc.
Itu semua preparation sebelum kita melangkah ke zaman Uni yang jauh lebih besar tanggungjawabnya.

Tak ada yang pelik kalau umur 20an belum kaya, belum mewah.
Ini standard, kita baru nak belajar kenal dunia.
Kalau dapat mewah, alhamdulillah.
Tapi kalau belum mewah, jangan memaksa diri untuk kelihatan mewah.



Aku kawen umur 23 tahun.
Kitorang start dengan sederhana.
Lama juga dalam tahap ni, ada la kot dalam 4-5 tahun.
Kalau nak splurge boleh je tapi kami ada plan lain untuk our future.

Ini rumah pertama aku and En Wan yang disewa selepas 3 bulan kawen.
Menyewa di Subang Jaya sebab dekat dengan kilang En Wan.
Dia dulu production engineer.
Production kan run siang malam non-stop.
So kalau malam-malam buta machine ada masalah, senang dia pi tengok sebab dekat.
[aku kalau boleh nak suruh dia bertapa terus dalam kilang tu].

This is our small home, tapi inilah syurga kitorang.
Karpet pun takde, yang ada rug kecik letak bawah coffee table tu.
Kerusi pun 2 seater je.
Kalau ramai-ramai datang, sejuk pantat masing-masing duduk atas lantai tak berkarpet.

Langsir pun harga RM1.80/meter.
Kemain jarang lagi langsir aku, takde fungsi pun kalau bertutup, sama gak cahaya masuk.
Tapi takpelah, nak merasa gak rumah ada langsir.



Inilah sofa pertama kitorang, 2 seater je.
Sarung sofa tu kain baldu, warna hitam pulak tu, senang nak melekat habuk.
Jadi, aku bentangkan alas meja biar kurang sikit nampak berdebu.

Tak, masa aku masuk rumah ni satu sofa pun takde lagi.
Kitorang berdua duduk atas lantai je.
Makan pun bentang newspaper.
Padahal ada je alas meja [rembat dari rumah Mak Aji], tapi kalau pakai alas meja karang kena basuh pulak.
Jadi aku bentangkan sokabar je senang, lepas habis makan konyok-konyok, buang.

Sikit demi sikit penuhkan rumah dengan perabot.
Mula-mula beli sofa.
Lepas tu beli meja makan 4 kerusi.
Then ada duit sikit beli rug, beli throw kusyen buat tambah-tambah tempat duduk.
Beli yang perlu only.



Bonusnya ada home teater yang En Wan beli masa dia belajar kat Jepun.
Tapi kabinet tu aku beli.
Kabinet ni ada lagi sampai sekarang, aku pakai untuk letak TV kat bilik tido aku.



Ini meja makan pertama kitorang.
Kerusi dan meja ni ada lagi.
Kerusi dia aku tukar ke leather seat pakai untuk dapur sekarang.
Meja ni dah jadi duduk kat luar rumah, hanya digunakan time open house je buat letak makanan.

Bukannya berduit sangat pun, tapi niat nak mencantikkan dinding rumah tetap ada.
Jadi, En Wan kelebet barang-barang lama dia, jumpa poster yang dia beli kat Jepun, pemandangan beach apa ntah, aku lupa.
Gantunglah poster ni kat dinding, jadiklahhhh.



Bilik tido kitorang dulu.
Perabot bilik memang Mak Aji hadiakah sempena kawen, jadi legalah sikit.
Cadar tu cadar pertama kitorang beli, masih ada lagi tapi dah berlapok sikit warna dia.
Tapi boleh la guna buat-buat tambah selimut kalau orang datang rumah.
Langsir bilik beli yang ready made kat AEON.



Siapa kata aku tak pernah ada dapur kecik?

Ini buktinya.

Dengan stove masak berharga RM49.90 beli kat Giant.
Dengan kabinet kecik tempat letak stove beli kat shoplot depan rumah harga tak sampai RM50.
Segalanya serba minimal.
Masa ni aku lebih tumpukan apa yang praktikal saja, jangan beli banyak sangat barang sebab rumah kecik, aku tak suka serabut.

Ada duit lebih beli fridge and mesin basuh.
Semuanya yang basic-basic.
Tak payah beli banyak sebab nanti nak pindah rumah senang takyah berangkut macam-macam.

Walaupun duduk tingkat 7, tetap ada hati nak ada garden.
Beli la jugak 2-3 pokok hutan yang berjurai tu gantung depan rumah.

Masa duduk menyewa ni kitorang dah start saving untuk beli rumah.
Aku masih ke sana sini pakai Kancil.
En Wan masih pakai kereta sport dia.
Masing-masing teringin nak beli new car, tapi tekad nak beli rumah tu sangat tinggi jadi pejamkan mata je bila nampak kereta idaman.
Sambil urut dada...sabar....sabar...

Vacation?

Vacation pertama aku adalah ke Bali, semasa Redza umur 3 tahun.
Aku and En Wan hidup berdua selama 3 tahun.
Maknanya selepas 6 tahun kawen baru kitorang berholiday.

Selama 6 tahun tu, baru sekali je aku and En Wan bercuti - ke Cameron Highland.
Itupun setahun selepas kawen.
Lepas kawen takde pergi honeymoon sebab takde bajet.
Alhamdulillah dalam tempoh 6 tahun ni sempat saving untuk bayar downpayment rumah, saving untuk house renovation, downpayment kereta baru En Wan [masa ni dah ada bibik and Redza, dah tak sesuai nak pakai kereta sport dah] dan dapat buat saving untuk bayar proses ambil bibik.

Nampak macam kedana sangat tak mampu pi holiday, kan?
Bukan tak boleh, tapi tak mahu.
Belum rasa satu keperluan lagi.
Masih boleh ditangguhkan.

Orang kata duduk menyewa tak payah bercantik-cantik sebab bukan rumah kita.
Tapi aku and En Wan siap cat dinding buat feature wall bagai.
Tuan rumah datang kat rumah happy tengok rumah dia aku cantikkan.
Dia suggest aku kerja kat Fella Design, ada kroni dia dalam tu katanya.

Yang sebenarnya, rumah sewa ke, rumah sendiri ke, tetap namanya rumah.
Tergantung kepada siapa yang duduk.
Kalau yang duduk tu jenis suka tempat selesa, bersih, kemas, insyallah bagilah rumah apa pun, tetap hasilnya baik.
Tapi kalau bagi spesis biasa duduk dalam reban macam penyewa rumah nenek aku tu, kau bagi dia tinggal dalam rumah Dato Vida pun insyallah jahanam.

Kalau nak tau, kat rumah sewa yang kecik ni pun kitorang buat open house raya.
En Wan nak gathering dengan kawan-kawan sama-sama blaja kat Jepun, jadi dia mintak aku masak.
Masa ni zaman jimat cermat, tak berapa konfiden nak masak pun aku gigih masak jugak sambil tengok buku resepi.
Masa tu buat makanan 2-3 jenis je.
Buat yang aku konfiden je lah.
Takde tempah-tempah, semua masak sendiri.
Pandai pulak aku masak, kan?
Sekarang kemain lagi mengada semua nak order je.

Semalam, mak cakap makcik yang hari tu sama-sama datang dari kampung call.
Dia cakap "Cantiknya rumah Pok Ayi [En Wan]. Besar luas. Kita teringin nak tido satu malam rumah Pok Ayi lepas ni".

Yang sebetulnya bukan soal lapang atau cantik, tapi how we manage the rumah.
Rumah kalau kecik, tapi pandai manage, insyallah tetap selesa.

Rumah sewa kitorang yang kecik tu dulu, tak besar mana pun, 800sqft je.
Bilik hanya ada 3, itupun kecik.
Masterbedroom dia kecik dari guest room aku sekarang.
Bilik aku dah tentu-tentu takde siapa boleh tumpang tido.
Bilik lagi satu, ada satu katil queen size kitorang beli sebagai persediaan kalau mak turun KL.
Bilik yang ketiga lansung takde apa, memang kosong.

Tapi setiap kali adik-beradik En Wan dari kampung datang, semua nak tido rumah kitorang.
Padahal rumah Kak Ngah ada kat KL tu.
Patutnya lagi senang duduk KL sebab nak kemana-mana pun mudah, mall-mall dekat.
Tapi dorang semua lagi selesa kat rumah kitorang padahal Subang Jaya tahun 2001-2004 apa je yang ada?
Subang Parade and Sunway ada lah.
Itupun belum gah macam sekarang.

Kalau sekali dorang datang memang penuh rumah.
Kak Long je dah 10 orang, abang Rosdan sefamili dah 7 orang.
Itu yang tido tau.
Kak Ngah pun sama naik melepak sama kat rumah tu siang-siang hari.
Dah nak dekat 25 orang dalam rumah aku yang kecik tu.

Bersusun tido kat hall bentang dengan toto.
Ada yang tido bawah meja makan aku okeh.
Bantal pun tak cukup, kena pakai throw kusyen and bantal sofa.
Selimut pun takde lebih nak bagi.
But still ke rumah kitorang juga dorang suka datang.

That's why aku menyampah betul kalau dengar orang cakap "Sorrylah rumah kita kecik tak selesa nanti".

Amboiiii untunglah kan sesiapa berumah kecik kalau gitu.
Asal ada orang kampung and adik-beradik datang je mintak tido kat rumah orang lain.
Lepas tangan.
Padahal yang nak datang tu family sendiri, bukan orang lain.
Yang sebenarnya bukan rumah kau kecik, tapi bersepah! Kau pemalas!

Aku lalui umur 20an sama macam kebanyakkan 20an yang lain.
Mula dengan berdikit-dikit.
Tak terlalu mewah, dan tak mahu mewah pada yang tak perlu.
Even dah pindah masuk rumah baru masih belum buatkan kitorang "mampu" pergi vacation.
Aku masih pakai Kancil waktu ni.

Masa tu jiran-jiran kat kawasan rumah tu rasa kitorang orang senang sebab umur 27 dah duduk rumah sendiri siap renovate rumah.
Kebetulan masa tu di area tu hanya 2 rumah je yang renovate skala besar - rumah aku and rumah sorang Dato lorong depan.
Bibik aku cakap kalau dia pi playground dengan Redza, jiran-jiran yang sama-sama ada kat playground tu mesti tanya kitorang kerja apa.

Aku ajar bibik aku cakap "Bapak repair mesin. Kakak jual mesin".

Umur 27-28 orang seusia aku dah travel the world, aku Thailand pun tak sampai lagi sebab aku tau aku belum mampu nak bermewah-mewah.
Our card tak sama.
Your card is different, mine is different.

Aku takde plan nak compete life siapa lagi best, lifestyle siapa lebih hebat.
Aku cuma plan nak life aku gets better day by day, itu je.
Bagi aku, yang tak perlu jangan beli dulu.
Bukan jangan beli lansung, tapi jangan beli dulu.

Jangan rasa menjadi satu kemestian untuk mempunyai gaya hidup yang mewah di usia muda ni.

Umur 20an adalah umur kita belajar kenal hidup, bukan berlawan-lawan gaya hidup.
Kalau belum ada kemampuan pakai barang mahal, makan tempat mewah, pi vacation overseas, takpe.
Masanya akan tiba.
Tak berbaloi kalau sampai berhutang semata-mata nak kejarkan gaya hidup.
Orang lain tu ada duit, kita tak ada. Jadi buatlah macam tak ada.

Tumpukan pada yang perlu.
Bukan nak melemahkan semangat, tapi nak mengajak untuk sama-sama sedar diri.
Kalau ada keinginan untuk memajukan diri, bagus.
Tapi tak semestinya mesti nampak mewah barulah petanda kita dah maju.
Kalau duit paras-paras hidung dipaksa-paksakan jugak bergaya semata-mata nak kelihatan maju, itu namanya menipu diri sendiri.

Duit banyak mana pun kalau digunakan untuk gaya hidup memang takkan pernah cukup.
Tapi duit sesikit mana pun kalau digunakan untuk tujuan hidup, insyallah sentiasa cukup, silap-silap berlebih.

p/s : tiada gambar rumah sekarang sebab takde cerita yang nak diceritakan.


Jangan terlalu mencari ruang untuk dikagumi

$
0
0


My own IG story.

Apa saja yang kita buat, kalau niatnya untuk mencari kekaguman, pujian dan perhatian manusia, bersedialah untuk berdepan dengan dua perkara :

1. Sakit hati
2. Keinginan yang tak pernah puas

Fitrah manusia memang sukakan pada perhatian dan pujian.
This is in line dengan sifat hati yang suka orang berbuat baik padanya walaupun hanya dipuji.
Dan dia akan benci orang yang buat jahat padanya walaupun hanya sebuah kritikan.

Sentiasa dipuji-puji, dikagumi dan dilayan special memang sangat seronok.
Ramai orang suka bila sentiasa diberikan perhatian dan pujian.
Tetapi kalau tak hati-hati dan tak kuat iman, banyak keburukan yang timbul bila diri dah jadi hamba pujian.

Umpama orang mabuk, kalau dah mabuk, cara berfikir, bercakap, dan tingkah laku semuanya dah tak normal.
Macam tu lah juga bila sentiasa mencari perhatian.
Hati slowly jadi kurang peka dan senang sentap dan sakit hati bila orang tak puji, atau tak mendapat respon yang diharapkan.
Malah sakit hati pulak bila orang lain dapat perhatian lebih dari dia.

Hidup pun sentiasa memerhatikan apa yang orang lain kata tentang dia.

"Ada tak sesiapa yang lebih dapat perhatian berbanding aku?"

"Apesal tak banyak orang bagi respon?"

"Kenapa komen hari ni sikit sangat?"

Ini semua petanda terlalu cintakan dunia.

Hubungan dunia dan akhirat ibarat timur dan barat.
Kita manusia di tengah-tengah.
Bila kita condong kepada dunia, akhirat akan menjauh.
Bila kita cenderung pada akhirat, dunia akan menjauh.

Jadi bila terlalu mahu perhatian manusia, itu bermakna kita mencintai dunia lebih dari penciptaNya.
Hubungan dengan Allah lama-lama menjauh.
Walaupun menutup aurat, walaupun belajar agama dan rajin ibadah, tidak akan mampu memberikan rasa tenang dalam hati dan istiqomah kerana selama ini yang dicari adalah perhatian manusia.

Berbalik pada IG story aku atas tu, aku setuju, istiqomah ni bukan kerja senang.
Apetah lagi untuk orang yang pernah berada di fasa "jahiliah", istiqomah menjadi lebih berat.
Hati tu always ditarik-tarik supaya kembali ke masa silam.

Nak berubah memang bukan senang, tapi tak susah.
Setiap perubahan perlukan mujahadah kerana yang kita kejar ni adalah syurga Allah, bukan barang murah.
Sebab itulah apa juga yang kita buat, buatlah kerana Allah.
Ini bukan saranan ni, ini ingatan untuk aku jugak.

Jangan berubah kerana manusia.
Kalau berubah kerana selain Allah, pasti kita akan jumpa alasan-alasan untuk kembali ke masa gelap kita yang dulu.

Contohnya macam skirt pendek.

Setelah berhijrah masih teringin nak pakai skirt pendek? Silakan.
Pakailah, tak ada siapa pun larang tapi pakailah di rumah saja.
Kita cuma rindu nak pakai je, kan?
Bukan rindu nak orang tengok kita pakai skirt, ye tak? Jadi, pakailah.

Belum tentu lagi orang kagum tengok kita kembali sexy, entah-entah lagi ramai yang mengeji.
Entah-entah lagi teruk kecaman yang kita dapat berbanding semasa kita mula-mula berhijrah dulu.
Masa tu nanti kita akan rasa sangat-sangat kecewa kerana tak dapat respon yang kita harapkan.
Bila hati dah kecewa, mulalah macam-macam perangai pelik kita buat.
Kecam orang sana, kecam orang sini, bergaduh dengan semua orang, etc.
Hati jadi keras, percakapan pun berbaur kesombongan.

Orang sekeliling akan terkejut dan kata "Tak sangka dia macam ni, kan? Dulu bukan main lagi merendah diri, lembut je kalau bercakap".

Orang yang memuji kita ni sebenarnya hanya bersangka-sangka je.
Hakikatnya yang tau tentang diri kita adalah kita sendiri.
Kita sendiri tau kita bukan sebaik yang kita pamerkan.
Kita sendiri tahu kita taklah sesopan kita kita tonjolkan.

Sepatutnya pujian membuatkan kita malu kerana apa yang mereka katakan sebenarnya tak ada pada diri kita pun.
Tetapi bagi pencinta dunia, pencinta perhatian manusia, pencinta puji-pujian, mereka enjoy menikmati sesuatu yang bukan dirinya seperti yang orang sangkakan.
"Feeling" bak kata omputih.

Berwaspada dengan pujian, kalau tak, kita akan hidup dalam mati.

Macam mana hidup dalam mati tu?

Bila perhatian dan pujian akhirnya membuatkan kita terlupa diri sendiri.
Kita jadi resah bila pujian berkurangan, malah suka pula mencari tahu siapa yang dah merampas limelight.
Tak ke dah satu kerja tu?

Itulah yang dikatakan hidup, tapi mati.
Mental drop.

Tak ramai yang tahu kebanyakkan yang follow kita ramai-ramai ni, yang memuji dan mengagumi bagai nak rak, ada di antara mereka sengaja memuji sebab nak bagi mental kita drop.
Dia nak bagi jiwa kita terleka dengan dunia, seronok dengan limelight, akhirnya mental kita drop tanpa kita sedar.
Hingga sampailah satu waktu ketika menerima kritikan atau hinaan, kita tak bersedia untuk itu.
That's why penting bagi kita untuk jangan terlalu terleka dengan pujian apetah lagi mencari-cari ruang untuk dipuji dan dikagumi.
Perasaan senang dipuji memang wajar tapi janganlah berlebihan.

Hati-hatilah dengan perhatian yang berlebihan dari manusia kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan ke atas kita nanti.
Apa yang kita dapat di dunia ini semuanya akan dihisab termasuklah pengaruh [followers].
Pastikan segala yang kita share dengan followers menjadi hujah kuat kita di depan Allah nanti untuk meraih syurgaNya.


~self reminder~


Bentuk badan vs baju

$
0
0


Sekali imbas nampak berat badan aku berubah-ubah.
Sebenarnya semua pun sama berat dan semuanya adalah gambar di bulan Syawal ni.

Gambar pertama : 10 Jun
Gambar kedua : 22 Jun
Gambar ketiga : 23 Jun
Gambar keempat : 27 Jun

Kesemuanya berat 52kg.

Sebenarnya, pakaian pun mempengaruhi size badan.
I mean bukan berat badan tapi bagaimana badan kita kelihatan.

Gambar 1st and 2nd, sama-sama pakai baju yang ada curve, so nampaklah macam slender sikit.
Gambar 3rd and 4th, sama-sama pakai baju potongan lurus, nampak kembang.

Oh lagi satu, size dada juga memainkan peranan.
Dada aku memang tak sepadan dengan badan, kawan-kawan aku semua tau tu.
Kalau shawl aku terselak, atau aku tudung tak menutup dada, badan aku nampak lebih besar.

Jadi, bawak bertenang.

Bagi menjawab komen-komen kat IG kenapa aku makin kurus, jawapannya aku tak kurus mana pun.
Kurus tu zaman sebelum bersalin Rayyan, time berat 47-48kg.
Now ni berat aku bermain-main sekitar 50-52kg dah 2-3 tahun.
Range ni masih ideal weight, cuma tak se-slim dulu.

Umur aku tahun ni nak masuk 42 tahun.
Di usia gini, slim dah bukan tujuan.
Asal jangan overweight cukup.
Yang penting takde sakit-sakit and kolesterol buat routine check.

Korang yang muda-muda ni silakan slim kalau nak merasa slim.
Dah tua-tua esok jangan kurus sangat.
Kalau kurus sangat muka nampak lebih tua dari umur sebenar sebab semakin umur meningkat, muka kehilangan lemak.
Bila muka hilang lemak, kulit akan start sagging.
Muka "jatuh" orang tua kata.
Omputih cakap droop.

That's why kalau dah tua, jangan kurus-kurus sangat, asalkan maintain ideal weight cukuplah.
Range ketinggian aku ni, ideal weight dari 48-54kg.
Jadi pilihlah kau nak duduk kat nombor berapa.
Jangan terlampau kejarkan nombor sebab nombor banyak tak semestinya kau dah gemuk.
You can actually look thinner but weigh more.

Otot kita ni jauh lebih compact dari lemak.
1kg otot lebih kurang sebesar genggaman tangan.
1kg lemak pula seluas 2 tapak tangan.
Walaupun sama-sama 1kg tapi disebabkan bentuk lemak lebih padat, jadi otot tak guna banyak ruang dalam badan.
Lebih solid orang kata.
Berbeza dengan lemak, bentuk dia loose that's why dia mengambil lebih banyak ruang dalam badan.

Jadi, kalau lepas ambil GC Plus atau work out, jangan risau bila berat bertambah 2-3kg.
Instead of tengok penimbang, cuba pakai baju-baju lama.
Kalau baju-baju lama semakin longgar, jeans lama pun dah tak sendat, itu maknanya badan ada pengurangan lemak.
Tak semestinya wajib turun dari size M ke S baru dinamakan "dah semakin kurus".

So jangan risau sangat bab nombor pada penimbang tu.
Belum tentu lagi nombor penimbang tu naik bermakna lemak kau pun naik sama.



Ini zaman membesar bagai Johan.
Berat range 58-62kg.
Bila tengok gambar ni entah kenapa aku rasa mesti orang takut nak solat sebelah aku, takut kaki kena hempap dek aku.

Bukan main lebar lagi muka, dah macam dulang.
Actually muka aku tak kisah sangat, tapi badan tu memang terasa berat.
Aku pernah rasa badan overweight and normal weight, jadi memang aku boleh bezakan macamana rasanya.

Bila badan overweight, cepat mengah.
Makan pun boleh mengah.
Tapi yang paling aku tak suka sekali - time solat.

Yang pertamanya, nak sujud lama-lama mengah.

Yang kedua, tahiyat akhir duduk tawarruk, boleh terasa berlipat-lipat pinggang and perut belah kanan.

Yang ketiga, duduk lama-lama baca Yassin kejap-kejap kena berlunjur kaki sebab cepat kebas.

Jadi, bila tak selesa, kita pun jadi malas nak bersolat lama-lama.
Let alone nak membanyakkan sujud and solat sunat.

Zaman aku gemuk dulu, aku always mengelak dari bersolat jemaah.
Kalau solat sendiri kita boleh adjust bacaan [laju/lambat].
Tapi kalau solat jemaah, bab duduk antara dua sujud, sujud and tahiyat ya ampunnnnn, boleh hilang khuysuk aku yang dah sedia tak berapa nak khusyuk ni.
Menguji kesabaran betul bila imam baca lambat-lambat, kaki cepat kebas.
Memang berat aku tak pernah sampai ratusan kilo, tapi aku ni kategori pendek.
Orang pendek macam aku, kalau berat cecah 62kg, itu dah dikira hazab okeh?

Now dah berada di normal weight, aku happy.
Happy sebab sekarang pergerakan lebih selesa.
Aku punya piawai sekarang adalah duduk tawarruk.
Kalau duduk tahiyat akhir tak terasa pinggang kanan berlipat, lega.
Itu tandanya lemak berkurangan.

Memang itupun piawai body fat kita - pinggang.
That's why siapa beli GC Plus, aku bagi sekali weight lost tracker card ni :



Size pinggang adalah penentu body fat.
Banyak lemak berkumpul di bahagian pinggang and perut.
So kalau pinggang mengecil walaupun berat hanya turun 800g dalam masa 10 hari, itu bermakna ada pengurangan lemak.

"Yang Day 1 sampai Day 10 tu untuk apa?"

Day 1 hingga 10 tu untuk tengok samada badan kita respond pada diet atau tak.
Dalam masa 10 hari, berat mesti turun paling kurang 580g.
Tak kisahlah berat lemak ke, berat air ke, yang penting bila kita start berdiet, badan mesti turun at least 580g dalam masa 10 hari.
Ini memang penurunan berat yang normal.
Kalau turun lebih dari tu, tak apa.
Tapi kalau less that that, maknanya badan ada masalah - maybe dihidrasi, masalah hormon atau apa-apa penyakit yang tuan badan sendiri unaware of.

[nak print kad atas tu, silakan]

Yang beli GC Plus, kita cuma bagi kad ni 1 saja sebab kita cuma nak pastikan 10 hari pertama berat badan turun at least 580g.
Kalau turun more than 580g, then ok.

Yang size pinggang tu pula adalah beza size sebelum ambil GC Plus dengan selepas habis sebotol GC Plus tau, bukan selepas 10 hari makan GC Plus.
Jarang pinggang mengecil selepas 10 hari sebab berat lemak takkan turun selaju berat air.
Dah habis sebulan, baru ambil bacaan size pinggang.

Makan?

Tanyalah followers IG aku, apa benda je yang aku tak makan.
IG aku sentiasa aku upload gambar makanan yang aku makan sampaikan ada yang tanya macamana aku boleh lose weight padahal hari-hari aku makan macam-macam?

Rahsianya adalah - jangan terlampau sekat makan.
Melainkan kau nak badan sekeping macam model, silakan.
Aku cuma nak ideal weight saja.

Kalau berat badan korang overweight atau obese, yes, mesti diet dulu.
Tapi bila badan dah range normal, tak perlu lagi sekat makan sana sini, hanya perlu tau teknik saja.

Apa yang aku buat, kalau aku teringin nak Stabak, aku order glass paling kecil dan aku minum half je.
Lagi half aku bagi En Wan atau Rayyan minum.

Nasi pun macam tu gak.
Kalau teringin nak makan nasi dagang, aku makan je.
Tapi ambil sikit, makan.
Then ambik nasi minyak sikit, makan.
Lepas tu laksa sikit, makan.

Because it's all in your mind.
Yang buatkan kita makan banyak atau sikit, bukan sebab lapar tapi teringin.
Setakat nak lepaskan rasa teringin, makan sikit pun dah memadai.
Jangan takut pi open house.
Aku enjoy food, so kalau pi open house aku suka makan macam-macam tapi serba sikit biar boleh rasa banyak makanan.

Nasi minyak 5 suap, ok dah.
Then try nasi dagang, 5 suap lagi.
Then makan kuih karipap seketul, pulut panggang seketul, cendol semangkuk.
Barulah namanya raya.

Yang peng-obses dengan angka, jangan lupa check kolesterol ya.
Turun berat belum tentu lagi kolesterol pun turun.
Selalunya orang dok fokus kat berat badan je tapi kolesterol tak check.
Dia anggap bila berat badan turun, dalaman pun sihat.
Padahal orang kurus pun boleh kena strok.
Selalunya yang kurus lebih tinggi kolesterol sebab bila dia susah gemuk, dia tend ti makan apa-apa je.

Muka.

Aku ada kawan yang badan size XS, tapi muka bulat.
Dia memang jarang selfie.
Kalau dia selfie, orang mesti ingat dia overweight, hakikatnya anak dah 5 tapi pinggang macam kerengga.

Dia tanya aku boleh ke produk aku kecikkan muka dia sikit?

Sebenarnya there is no real way to target weight loss to just one part of your body, termasuklah muka.
The best way is turunkan berat secara keseluruhan.
Produk aku pun macam tu juga.
GC Plus cuma bantu lose weight secara keseluruhan, bukan fokus kat bontot, peha, lengan, perut, etc.
Kalau badan kau dah slim tapi kat perut buncit, buatlah sit ups.
Kalau muka bulat, tapi badan size XS, aku tak sure apa exercise nak bagi kurang tembam muka.
Maybe pasrah je kot. Hahahaha.




p/s : Kalau nak tanya apa-apa tentang ni, WHATSAPP SINI



Siapa kata kaya ubah sikap manusia?

$
0
0


"Si Anu tu sekarang makin sombong sejak jadi kaya-raya"

"Biasalah tu, dah kaya. Manusia boleh berubah bila dah banyak duit".

Kita biasa dengar statement ni, kan?
Selalunya gitulah.
Kita percaya duit mengubah sikap manusia.
Hakikatnya, bukan duit yang mengubah manusia, tetapi duitlah yang menyerlahkan sikap sebenar manusia.

Manusia yang sebegini menganggap duit dan harta adalah simbol kehebatan.
Menjadi kaya adalah ukuran sosial.
Yang sebenarnya, duit dan harta adalah sebuah magnifier [kanta pembesar] yang akan memperbesarkan watak sebenar yang ada pada seseorang.

Bukan sikit-sikit orang yang dulunya biasa-biasa, bila dah banyak duit, terus berubah sikapnya.
Yang dulu sopan, jadi lantang.
Yang dulu merendah diri, jadi angkuh.
Yang dulu sederhana, jadi sukakan perhatian.
Ramai yang kelihatan berubah sikap bila sudah berduit.

Kalau nak kata manusia berubah sikap bila dah kaya, tak adil.
Kerana yang kekal bersikap sederhana bila dah kaya sebenarnya jauh lebih ramai.
Cuma kita saja yang tak tahu kerana mereka ini lebih suka 'berhibernasi' dari mempamerkan kekayaan.

Jadi, duit dan harta bukanlah penyebab karakter manusia berubah tetapi duit dan harta menyerlahkan sikap sebenar manusia tersebut.

Jika semasa miskin dia kelihatan baik dan ketika kaya menjadi sombong, maka sebenarnya dia memang sudah sedia sombong sewaktu menjadi miskin.
Kesombongannya sengaja disimpan untuk personal interest.

Jika seseorang kelihatan sangat peramah dan santun ketika tidak mempunyai nama dan ketika berkuasa dia cenderung sombong, maka sebenarnya orang itu tidak berubah dengan kuasa tetapi sifat keangkuhan itu telah lama wujud sejak dulu lagi.

Subjektif?
Tak.
Ilmu psikologi dah lama kesan kaitan antara perubahan sikap seseorang dengan faktor material.

Kehebatan seseorang tak boleh dinilai melalui apa yang dia miliki tetapi bagaimana dia merespon kepada apa yang dia miliki.
Dalam bahasa mudahnya, bukan soal harta seseorang banyak atau tak, tapi bagaimana karakternya ketika susah atau senang, samada mental dia cukup dewasa untuk membezakan darjat harta dan darjat dirinya [jati diri] kerana dua tu adalah perkara yang berbeza.

Orang yang kaya dan bijaksana akan meletakkan darjat dirinya paling atas berbanding darjat harta.
Dia tak tertarik untuk bercakap tentang kekayaan dan mereka lebih cool dan santai dan tak berminat untuk sentiasa mempamerkan apa yang mereka miliki.
They enjoy their wealth as they are, without needing to show it to the people around it.
In fact, mereka segan kalau diri kelihatan stand out among others walaupun dah obvious mereka memiliki kemampuan yang lebih baik dari orang di sekelilingnya.

Berbeza dengan orang yang meletakkan darjat harta melebihi darjat diri, they will not be able to resist keinginan untuk sentiasa menunjukkan kekayaan dimana saja, pada bila-bila masa, setiap kali ada peluang.
Bukan hanya pada orang dan persekitaran, mereka juga akan menggunakan media sosial to show it off.

Kenapa mesti macam tu?

Kerana bagi mereka, menjadi kaya saja tak cukup.
Orang lain mesti tahu dia kaya.
Dahagakan perhatian, pujian dan kekaguman dah menjadi sebati dalam diri.
Jadi tak hairanlah mereka seronok dan sentiasa mencari peluang untuk membuat orang lain tahu apa yang mereka miliki.

That's why kita boleh nampak ada 2 kelompok orang kaya.
Yang pertama, kaya dan 'senyap'.
Yang kedua, kaya dan 'bingit'.
Itulah bezanya manusia yang mendahulukan darjat diri dengan manusia yang mendahulukan darjat harta.

Betul kata ustaz, diuji dengan kekayaan jauh lebih berat berbanding diuji miskin.
Bila kaya, manusia cenderung mempamerkan kekayaan, lalu jadi sombong.
Bila hati penuh dengan rasa ingin dipuji, ingin dilihat, ingin dikagumi, lama-lama hati jadi keras asbab dari cintakan dunia.
Hati yang keras membuatkan percakapan pun bersifat angkuh.

Hakikatnya kaya atau miskin bukanlah tanda aras sebuah kemuliaan atau kehinaan.
Kekayaan boleh jadi satu siksaan dan musibah dari Allah, manakala kemiskinan boleh jadi satu kurniaan dan nikmat.

Walaumacamanapun, kalau kita diberikan pilihan untuk pilih antara kaya dan miskin, dah tentu kita pilih jadi kaya, betul tak?
Ini memang wajar dan sangat masuk akal.
Takde siapa yang nak dirinya jadi orang miskin.
Tapi, Allah dengan sifat Maha TahuNya, ada hikmah yang boleh kita singkap dari semua ni.

Kaya dan miskin wajib ada.
Kalau dunia hanya penuh dengan orang kaya, roda kehidupan tak akan berputar dengan baik.
Begitulah sebaliknya.
Allah lebih tahu kenapa si polan dijadikan tersangat kaya manakala si polan yang lain hidup paycheck to paycheck.

Kaya dan miskin adalah ketetapan Allah dan mesti disingkapi dengan bijak, mengikut perspektif Islam.
Kedua-duanya tak lebih dari sekadar ujian.
Mana yang lebih mulia, mana yang lebih hina, bergantung pada bagaimana kita memahaminya.

"Ada manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberikan kesenangan, maka dia berkata, 'Rabbku telah memuliakanku'. Bila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata, ‘Rabbku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian)." [Al-Fajr, 15-17].

Nampak tak perkataan yang aku diboldkan?

MENGUJI.

Ayat di atas kata, Allah menguji manusia dengan memberikan kenikmatan dan kelimpahkan rezeki.
Allah juga menguji manusia dengan kesempitan rezeki.
Kedua-duanya adalah ujian, bukan nikmat.

Belum tentu lagi dapat duit jadi nikmat.
Kalau duit menjadikan kita show off, maka itu adalah ujian, bukan nikmat.

Begitulah kebijaksanaan Allah dalam mengatur rezeki manusia.
Kadang-kadang Allah menyiksa manusia dengan nikmatNya dan memberikan nikmat dengan cubaanNya.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang dibukakan hijab hati untuk nampak hikmah dalam setiap perkara serta diterangkan hati untuk menyingkapi nikmat dan cubaan Allah dengan bijaksana.


Move on lagi

$
0
0

Bercakap tentang MOVE ON memang takde habisnya.
Aku ni bleh dikatakan kerap jugak dapat email dari blog reader yang bercerita tentang masalah susah move on.
Baik yang muda, atau yang tua [kes cerai & kes poligami].
Patutnya aku ni dulu jadi lawyer syariah ni. Salah ambik course aku ni.

Move on memang tak mudah.
Bermula dengan usaha untuk melupakan, mengikhlaskan perpisahahan dan membuka 'buku' baru dengan orang lain - proses ni ambil masa, dan ianya tak mudah.
Menipu sangat kalau ada yang kata dia ambil masa kejap untuk move on.
Takde maknanya.
Hat tu, maybe spare part dah standby, that's why senang nak move on.

Hakikatnya, move on tak semudah kita lalu tol.
Tol tu halangan dia satu palang je.
Move on ada banyak palang, ada banyak halangan yang kita kena kena hadapi.
Akan ada je small-small things yang buatkan proses nak melupakan tu jadi susah.
Tak semudah order makanan online, ya.
Cuma tu lah, kadang-kadang kita yang buatkan proses move on ni jadi payah.

Siapa cakap mem-block dia dari media sosial adalah tindakan yang childish?
That could be the best way to forget.
Boleh jadi dengan cara tu lebih senang untuk kita lupakan dia dan move on because you no longer the need to know tentang ke mana dia pergi, apa dia buat, dengan siapa dia keluar sekarang.
Tak payah dah.
Kalau kita betul nak move on, then tak salah untuk block dia.
Bukan bermaksud kita nak bermusuhan cuma itu salah satu cara untuk kita merasa lebih tenang.

Bukan apa, kalau dah tau diri tu masih teringat-ingat kat dia [sedangkan dia tak teringat pun kat kita], tak ke satu keje bodoh kau torture diri sendiri dengan men-stalk media sosial dia?
Tak rasa bodoh ke menyakitkan hati sendiri dengan tengok dia update status check in kat restoran dengan orang lain, selfie dengan orang lain, berbalas-balas cute emoji dengan orang lain...?
Kan ke self-torture namanya tu.
Lagi bagus kau block, done.

Teknik ni pun boleh di-apply oleh sesiapa saja yang rasa menyampah kat someone.
Block/unfollow/unfriend.
Senang dan tindakan yang bijak.
Ni tak, dah tau tak suka tapi itu jugak yang kau kelebet hari-hari.
Kau lah yang bodoh sebenarnya.

Berbalik kepada cerita move on, tak semestinya untuk melupakan kita mesti ada pengganti.
Tak payah terburu-buru nak ada new partner.
Belum tentu lagi kau akan happy yang sebenar-benarnya.
Kadang-kadang kita keliru dengan hati sendiri.
Kita sangka bila ada pengganti, maka lebih cepat kita dapat lupakan yang lama.
Hakikatnya kita hanya perlukan distraction saja.
Nak distraction tak perlu new bf/gf secepat tu.
Cukup sekadar sibuk-sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti, lama-lama lupalah nanti.

Move on doesn't have to make you rush to find new gf/bf.
Hati kita bukannya motor yang mesti diganti spare partnya dengan segera kalau rosak.
Redakan hati kita dulu, biar betul-betul cool.
Nak hati kita cool, buang barang-barang yang kita pernah dapat dari dia.
Ini termasuklah whatsapp conversation.
Delete je chat tu, tak payah kau nak baca balik lepas tu merembes sorang-sorang nak buat apa.

Salah sorang reader aku, bila aku suggest untuk buang barang-barang yang ex dia pernah bagi, dia jawab "Saya sayangkan kenangan saya dengan dia. Lagipun saya percaya kalau dah jodoh tak kemana. Kalau jodoh saya dengan dia, at least barang dia masih saya simpan. Kalau takde jodoh, nanti saya buang".

Ya, betul.
Jodoh memang tak lari ke mana.
Kalau dia memang jodoh yang ditakdirkan untuk kita, tak kira berapa jauh terpisah, berapa lama tak berjumpa, dia tetap akan jadi milik kita.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada hakikat yang kita kena terima iaitu hubungan perasaan antara manusia tidak semudah tu.

Berapa tahun kau nak self-torture mengadap barang-barang kenangan tu kalau tak dibuang sekarang?
Semakin kita duduk dalam kenangan lama, semakin susah kita nak move on dan semakin susah kita buka hati untuk orang lain.
Kalau hati dah tertutup untuk orang lain, jangan pulak nanti salahkan takdir.
Pahadal Allah dah buka jalan.
Allah pisahkan kita dengan dia, mungkin itu caranya Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih tepat.

Pikir positif saja lah.
Mungkin keadaan sekarang tak sebahagia ketika kita bersama dia.
Tapi jangan lupa, sebelum kita jumpa dia pun kita ok je.
Tetap happy, boleh gelak-gelak, boleh tidur lena, boleh makan bertambah.
Kehilangan dia buatkan kita terasa kosong tapi tak bermakna dunia kita akan berhenti.
Kalau dulu kita ok je before kenal dia, percayalah kita tetap akan ok bila dia pergi.

Ha, lagi satu statement "kami now jadi kawan".

Yeah, right!
Last week baru break, this week dah jadi BFF?
Tengkorak kau.

Tak payah la gunakan alasan "kami tetap jadi kawan" untuk kau jadikan modal terus ingat dia.
Percayalah, itu akan buatkan kau jadi lebih susah nak move on.
Makan hati je pendam rasa sayang sorang-sorang.
Nak pulak bila "BFF" kau tu share story dia syok kat pompuan lain, hah boleh terima?
Balik rumah merembes bawah bantal.
Heleh, macam lah aku tak tau.

Dah, kalau dah decide nak break, break je.
No such thing jadi kawan-kawan.
Kalau bukan kau yang makan hati, maybe dia yang makan hati.
Give you both space untuk merawat hati.
Nak berkawan kembali ke, nak jadi BFF ke, itu belakang-belakang nanti pikir.

"Saya lonely. Nak keluar dengan kawan-kawan, dorang semua dah ada family"

Yang ni aku faham perasaannya.
Masa aku break dengan ex aku dulu, nak keluar pi outing pun kena cari geng sebab member-member aku keluar dengan bf masing-masing.
Nak keluar makan malam pun takde geng.
Sometimes, kawan-kawan lain [yang single] ada aktiviti lain.

Waktu ni merasalah jugak lonely.
Bila dah lonely tu mulalah terasa kesal and salahkan diri sendiri "Apesal aku break? Apesal aku tak bersabar je?" [kahkahkahkah].

Itulah jadinya bila meletakkan rasa bahagia pada manusia.

Nak kena ada bf/gf baru happy.

Nak ada member teman makan baru selera nak makan.

Nak kena ada geng baru boleh outing.

Penyudahnya, hidup aku jadi lemau.

Last-last aku nak hilangkan rasa boring, aku menulis.
Aku tulis cerpen ringkas.
Sometimes aku tulis skrip drama ringkas [feeling buat drama sendiri].
Lama-lama aku jadi enjoy writing.
Bila kenal dengan En Wan, skill menulis tu aku praktikkan. Hahaha.
Setiap surat yang aku hantar tak pernah setakat 2 helai, selalunya lebih dari 4 helai tulis depan belakang!
Ada yang siap berstapler dek kerana banyak helai sangat.

Dari situ aku realized, kita sebenarnya tak pernah boleh rasa bosan.
Kalau kita meletakkan happiness pada manusia, maka bersedialah untuk merasa lonely.
Kerana manusia datang dan pergi.
Tapi kalau happiness ada dalam diri, even though we are alone we can still feel happy.

Dah, dah.
Jangan nak merembes lagi.
Kalau ex tu bukan jodoh kau, maknanya jodoh kau yang sebenar ada tunggu kat luar sana.



26 years

$
0
0


Haaa....gitu dia.
Awal-awal dah letak gamba artis Cina.
Maka bertabahlah semua....

30 Jun lepas, genap 26 tahun Wong Ka Kui [frontman Beyond] mati.

Pejam celik, it has been 26 years.....and aku masih lagi dengar lagu Beyond almost everyday sejak berpuluh tahun yang lepas.
Tak pernah boring.
Lagu-lagu Beyond and Leslie memang sentiasa ada dalam mana-mana playlist.
Kat laptop ada, kat kereta aku ada, kat kereta En Wan pun ada.

Kalau Ka Kui masih hidup, umur dia dah 57 tahun.
Maybe dah bersara dah menyanyi and compose lagu je.
Tapi apakan daya, umur dia setakat 31 tahun.
Cara-cara umur singkat macam tu pun, sampai sekarang lagu-lagu dia masih orang dengar, masih valid diputar kat radio.

Salah satu lagu dia yang famous satu dunia is yang ni.
Aku tau ramai yang pernah dengar lagu ni.
Aku dengar lagu ni dari tahun 1993 lagi dari album terakhir Beyond.




One thing yang aku suka dengan Wong Ka Kui ni, dia ni cipta sendiri lagu-lagu untuk Beyond.

Beyond tak pernah ada lagu ciptaan orang lain, memang ahli kumpulan sendiri yang compose lagu.
Tak ramai rock band yang cipta lagu sendiri secara serius.
Kebanyakkannya mengharapkan lagu dari composer.

Most of lagu Beyond Ka Kui yang cipta, that's why bila Ka Kui mati tahun 1993, that's the end of Beyond.
Walaupun ahli Beyond yang lain continue produce album sampai tahun 2005, the feel tu tak sampai ke tahap zaman Ka Kui.

Aku pernah beli 2 kaset [dulu kaset lah] selepas Ka Kui mati.
Lagu-lagu yang ahli Beyond cipta setakat boleh layan, tapi kalau nak jadi evergreen memang tak lah.
Tahun 2005 Beyond disbanded.
Ahli-ahli yang lain masih involve dalam industry bergerak secara solo dalam industri.

Disebabkan Wong Ka Kui and Leslie, aku jadi gigih menabung sebab nak beli kaset.
Bukan setakat gigih simpan duit, tapi gigih jugak belajar bahasa Cantonese.
Dengan tulisannya sekali aku cuba memorise so that aku boleh sing along sambil baca lirik kat belakang kaset tu.
Happy nau rasa bila aku boleh nyanyi satu lagu based on huruf-huruf cina yang aku dah hafal.
Magiknya, formula Add Maths tak pernah ingat, tapi tulisan cina senang betul aku hafal.

Nasib baik classmate aku Leong Kok Hong pun minat Beyond, dia lah yang provide macam-macam info and paper cuttings pasal Beyond kat aku.
Walaupun paper tu dari Nanyang Siang Pau, kisah apa aku?
Janji ada gambar Beyond, aku simpan.

Aku and Ima pernah berganding bahu hantar surat kat Beyond sepanjang 10 meter!
Aku tak tau la sampai ke idok surat tu.
Tapi surat tu penuh dengan our quotes tentang Beyond, and semua gambar-gambar and paper cuttings tentang Beyond yang kitorang kumpul.
Tak kisahlah, dorang baca ke tak, janji puas hati dapat buat something untuk Beyond.
Die hard fans katanya!

Masa aku ke Hong Kong tahun 2009 kalau tak silap, aku siap mintak pendapat ustaz and ustazah yang aku kenal, aku tanya boleh tak kalau aku nak ziarah kubur Ka Kui?

Blur kejap muka ustaz tu.
Pastu dia cakap "Takde masalah nak ziarah tapi apa manfaat untuk si mati? Bukannya boleh berdoa untuk dia. Kalau nak ziarah setakat lalu, takde masalah, cuma takde manfaat. Kerja-kerja yang takde manfaat ni kalau boleh takyah buat".

*cry*

Tak jadi aku nak pegi, lagipun masa tu aku pegi dengan Pak Aji and Mak Aji, nak mampos ajak Mak Aji jalan-jalan tengok kubur?
Tak pasal karang aku yang terkubur.



BUT THIS!!

Jun tahun lepas, sempena ulang tahun ke 25 Ka Kui mati, Madamme Tussaud kat Beijing rasmikan patung wax Ka Kui.

Maknanya terpaksalah aku gagahkan diri naik flight untuk jumpa Ka Kui pulak, kan?

10 tahun lepas dah jumpa Leslie kat Madamme Tussaud HK.

[yang peluk patung tu bassist Beyond, yang also his adik]

Masa perasmian, sedih bila adik dia cakap "I just want to hug him".

Merembes aku.

En Wan risau je bila aku ajak pi jumpa Ka Kui.
Sebab dia tau apa akibatnya selepas tu.
Nampak je patung Leslie, terus berlari peluk tinggalkan Redza kat blakang.
Macam kena sampuk kejap.
Orang yang kat tepi-tepi patung Leslie sampai beralih pi tempat lain.
Takut agaknya tengok aku menurun kat situ.



Konsert Beyond tahun 2003 yang buat aku sedih walaupun lagu rancak.

Tak salah, ini konsert last before dorang dibanded Beyond tahun 2005.
Dalam konsert ni dorang letakkan life-size video projection Ka Kui seolah-olah Ka Kui ada sekali kat konsert tu.
Lagu yang dorang main ni adalah lagu Ka Kui cipta tapi sempat buat demo je, belum sempat dijadikan lagu.
So the team ciptakan lirik and sing along dengan Ka Kui kat konsert ni.
Semua ambil part untuk menyanyi.
Dapat dengar suara Ka Kui walaupun setakat "Da da da da da.."

Tak sangka umur dah 42 aku masih lagi stuck dengan Leslie and Beyond.
Tak minat dah nak layan Chinese songs and movies yang baru-baru ni.
Yang lama-lama jugak best.
Now ni layan Telugu lah pulak.

Purdah bukan pakaian Islam..?

$
0
0


Yes, betul.

Berpurdah bukan wajib dan juga bukan pakaian 'rasmi' wanita Islam.
Walaubagaimanapun ianya disyorkan supaya lebih terjaga dan dihormati.
Maknanya kalau nak pakai boleh, tak pakai pun tak salah kerana guideline pakaian wanita adalah solat-ready.
Asalkan pakaian tu solat-ready, lulus.

Mana datang perkataan 'syor' ni?

Dari pandangan 4 mazhab.

Aku suka everytime masuk topik fiqh.
Setiap kali blaja fiqh, terasa beruntungnya jadi orang Islam yang ada 4 mazhab.
Pendapat 4 mazhab ni membuatkan orang awam macam kita-kita ni boleh ambil yang mana terpakai untuk diri sendiri.

Contoh macam purdah.

Kalau mazhab Maliki dengan Hanafi, muka tak wajib tutup.
Kalau mazhab Hambali, kuku pun jadi aurat.
Kalau nak tau, mazhab Syafie cakap aurat perempuan seluruh badan termasuk MUKA!

Kita mazhab Syafie, kan?
Maksudnya kita yang pakai tudung ni belum tepat lagi tutup aurat selagi tak berniqab.

Tapi, Syafie kata, aurat ada 3 jenis.
Yang pertama aurat dalam solat.
Yang kedua aurat dengan mahram.
Yang ketiga, aurat dengan ajnabi.

So, kita sekarang sedang jaga aurat ketika solat ke, dengan mahram ke, atau dengan ajnabi?

Nampaknya, aku belum tutup aurat dengan sempurna.
Muka belum tutup.

Indahnya fiqh, pendapat mazhab lain boleh dipakai sama.
Jadi, kita-kita ni mungkin sedang memakai pendapat mazhab lain.
Mudah-mudahan satu hari nanti kita diberi kekuatan untuk memahami ilmu dan mengamalkan mazhab Syafie dengan sungguh-sungguh.

Artikel yang ditulis di atas agak annoying juga bila purdah dibuat perbandingan dengan cara berpakaian Yahudi.
Aku cuba memahamkan tujuan dia menulis ni.
Akhirnya, aku anggap dia bertujuan untuk educate some of his frinds/relatives/followers yang taksub dengan penampilan.
Agaknya begitulah.

Tak ada yang salah kalau seorang perempuan Islam pilih untuk berpurdah.
Tak ada yang salah kalau seorang lelaki nak pilih isteri yang berpurdah.
Tak ada yang salah kalau pilih untuk pakai black color from top to toe.
Itu hak dia untuk memilih.
Dia pilih untuk buat yang terbaik, yang disyorkan dalam agama, silakan.

Orang yang dah follow syariat berpakaian tak perlu diprovoke-provoke.
Patutnya yang masih ramai belum bertudung yang kita ajak perlahan-perlahan.
Yang dikacau orang yang dah cantik berpurdah tu dah kenapa.

Purdah, burqa, pakaian all black - masih lagi jadi perkara yang menakutkan untuk sesetengah orang melayu.
Asal nampak set-set 'ninja' ni, mesti dilabel extremist.
Yang sebetulnya, kita ni dah terbiasa tengok yang salah.
Bila mata dah terbiasa tengok yang haram, sesekali nampak yang betul, kepala tu tak boleh terima.
Ada je salah yang nak dicari.

Manusia biasa macam kita-kita ni bukannya maksum.
Kalau kita cari salah, memang akan jumpa salah.
Carilah yang baik, insyallah yang baik tu akan dapat kat kita.

Berpurdah belum tentu menjadikan dia lebih baik dari kita, tapi yang jelas, dia lebih taatkan Allah kerana sanggup bersusah-payah follow syariat berpakaian Islam.
Patutnya kita seronok tengok orang berpurdah, at least terjaga pandangan suami kita [eh!].

Ustaz aku pernah ajar, kalau kita berpakaian, doalah "Ya Allah, aku berpakaian begini keranaMu. Semoga pakaian yang aku pakai ini menjadi hujah kuatku ketika berdepan denganMu kelak bahawa aku pernah berjihad melalui pakaianku membantu menjaga pandangan orang lain".

Yang belum berpurdah, tapi memilih pakai all black, itu jihad mereka.

Jihad apa?

Cuba kita tengok kat tanah Arab.
Bukan semua pakai purdah, especially kat Riyadh tu.
Masih ada yang pakai jubah and tudung tapi tak tutup muka, however pakaiannya all black. Why?
Kerana mereka berjihad dengan cara tak mahu menarik perhatian lelaki dengan baju yang berwarna-warni.
Sampaikan kita lalu sebelah pun tak sempat nak kelebet ni mak orang ke anak dara dek kerana warna hitam dari atas ke bawah, segalanya nampak serupa je.
Boleh jadi dengan cara tu juga niat-niat kotor lelaki pun terencat dengan sendirinya kerana lelaki jadi malu nak terintai-intai muka perempuan tu kerana dia tahu perempuan tu tak mahu dirinya dilihat.

Jadi jangan kata purdah pakaian orang Arab.
Itu adalah satu statement yang mencerminkan sebuah kebodohan kata kata tanpa ilmu sampai merendah-rendahkan satu budaya yang baik yang seharusnya kita pegang.
Kalau memakai purdah, pakai burqa, pakai all black demi menjaga harga diri, menjaga kemuliaan suami, so adakah itu satu budaya yang tak patut dijadikan ikutan?

Yang sudah berpurdah, jangan terasa bila ada yang kata "ni budaya Arab, bukan budaya Islam!"

Budaya Arab adalah budaya Islam.
Kerana di sanalah, Islam lahir, Islam dibesarkan dan Islam disempurnakan.

Honestly, tulisan ni bukan sebuah seruan apetah lagi berdakwah.
Yang menulis ni tak berpurdah pun.
Tulisan ni hanya sebuah renungan kecil supaya kita lebih memahami perempuan yang mahu istiqomah dengan purdahnya.


Redha ibubapa

$
0
0


Semalam aku share ilmu dari ustaz.

Merembes.

Senang je nak tahu ciri-ciri orang yang banyak dosa ni.
Kalau dalam kelas tu dia paling banyak menangis, itulah orangnya.

Apa yang usta cakap tu sangat dekat di hati.
Macam teguran untuk aku, direct dari Allah.
Biasalah kan, kadang-kadang terlupa dulu Allah pernah tunjukkan keajaibannya melalui redha ibubapa.

Feb 2014, lepas jumpa customer di UPM, datang idea untuk hasilkan GC Plus [tapi masa ni belum terfikir lagi namanya GC Plus, but the idea untuk produce such product dah ada].
Memandangkan background aku microb DNA, aku tak berapa konfiden nak start research on herbs.
I need someone yang aku boleh discuss with.

Ramai customer aku yang buat plant research.
Boleh je kalau nak mintak tunjuk ajar but I need a team.
Team yang boleh sama-sama produce this product, yang boleh jadi leader, kalau boleh yang pakar dalam bab ni.
Ada title Dr lagi bagus.
Aku dok belakang-belakang pun takpe.

Aku teringat ustaz aku pernah cakap "Nak buat apa-apa kerja yang besar, pergi jumpa mak bapak dulu. Minta maaf dengan mereka. Tak boleh bersandar pada ilmu dan usaha semata-mata. Kadang-kadang semua benda kita ada tapi dosa dengan mereka masih ada pasti ada halangan yang menghalang usaha kita nanti".

Aku ingat lagi petang tu aku call Mak Aji.
Blur blur je Mak Aji apesal aku call sambil nangis-nangis.
Panik kejap orang tua tu "Apesal ni? Apesal? Apesal?"

Aku bagitau aku ada benda nak buat lepas ni.
Aku ada big plan untuk kerjaya aku, tapi aku sendiri belum sure apa benda aku nak buat, cuma aku tau this is something big untuk aku.
Jadi aku mintak mak bapak aku ampunkan dosa-dosa aku, tolong redha and tolong doakan.

Jun 2014, kawan baik aku Sang Nila Utama, kenalkan aku dengan a guy, cosmetic surgery dokter, orang Malaysia tapi bekerja di London.
Dokter ni pakar dalam bidang kecantikan.
Dan biasa dah buat operation buang lemak, sedut lemak peha tampal kat tetek [untuk breast enlargement], bubuh silicon, tegangkan kulit muka, etc.
Masa aku jumpa dia, dia baru pencen dan balik Malaysia.

Aku bagitau dia plan aku.
Dia sangat excited sebab weight loss pun bidang dia jugak.
So dia explain pasal fungsi lemak, distribution of lemak, apa yang boleh menyebabkan lemak pecah, etc.
Banyak ilmu dia aku ambik and aku apply dalam produk aku.

Kadang-kadang aku terpikir jugak celah mana lah datangnya Dr ni dalam bisnes plan aku.
Aku tak pernah jumpa dia let alone terfikir untuk dapatkan khidmat nasihat seorang cosmetic surgery, pakar pulak tu.
Hal-hal macam ni yang datang dengan tiba-tiba, aku anggap asbab redha mak bapak.

Tahun 2016, tahun pertama GreenAard beroperasi genap setahun.
Macam kebiasaan mana-mana company yang lain, setiap tahun mesti ada sales target.
Tahun tu adalah tahun pertama letak target untuk GreenAard.
Tahun pertama dah letak target tinggi.
Masa tu GreenAard cuma ada GC Plus saja.
Hanya satu produk tapi aku cuba letak sales target yang tinggi.

Kalau nak ikutkan, target yang aku letak tu tak reasonable lansung sebab harga GC Plus seketul baru RM90 tapi aku letak target macamkan aku jual mesin biotek harga ribu-ribu seketul.
Tapi tak apelah, kita cuba je dulu.

Tinggal 10 hari je lagi sebelum tempoh 1 tahun tamat, GreenAard masih ada a few hundred thousands left untuk capai yearly target.

Sebenarnya aku dah berpuas hati dah dengan respond GC Plus.
Sangat-sangat positive sampaikan aku pun dah lupa tentang sales target.
In fact waktu ni aku dah start RnD new product, dah tak fokuskan sangat pada sales target tahun tu.
Tapi bila En Wan bagitau tinggal RM***K je lagi untuk hit target, perasaan tu tiba-tiba teruja pulak nak cuba capaikan sales target tu.

Bukan apa, aku ni dah biasa buat sales target.
Pakwe aku tu belum pernah.
Itu tahun pertama dia berbisnes secara full time, jadi kalaulah hit target maybe ada sweet memories untuk dia kenang.

However, nak capai that amount dalam tempoh lebih kurang 10 hari adalah agak mustahil.

Yang pertama, produk aku baru cuma seketul, tak banyak pilihan.
Tak banyak yang aku boleh push.

Yang kedua, produk GC Plus tu cuma RM90 je.
Kalau nak hit another ***K, maknanya kena jual more than 1000 botol dalam masa kurang dari 10 hari.

Yang ketiga, aku tak buat mass marketing.
No influencers, no iklan, no billboards.

Lama-lama En Wan cakap "Tak apalah, tak hit target pun tak apa sebab sekarang ni fokus untuk new produk. Lagipun target yang kita letak ni tak reasonable pun". [sedapkan hati sendiri lah ni kekdahnya]

Then aku cadangkan kirorang bagitau mak bapak masing-masing.
Mintak dorang doakan.
Manalah tau kan.
Dalam keadaan yang agak mustahil, kita perlukan miracle.
Dan miracle tu ada pada keramat hidup kita, iaitu mak bapak.

Mak Aji memang always tanya "Kerja kau ok?"

Bila dia tanya tu, aku ambik peluang cerita tentang ni and mintak doakan.
Walaupun aku tau mak bapak aku always doakan anak-anak tapi ini urgent [dah urgent baru nak cari orang tua!].

Esoknya pulak, sebelum gi keje, aku nampak En Wan duduk depan mak, macam tengah bersalam raya style Jawa.
Laki aku memang hati tisu.
Kalau cakap slow talk dengan mak dia mesti merembes sekali.
Aku nampak dia kesat air mata.
Dia mintak mak doakan and mintak mak maafkan salah kalau ada.
Maklumlah menantu and mak duduk sebumbung, mana tau mak terkecik hati bila nampak dia lebihkan isteri.
Kadang-kadang benda kecik pun jadi punca yang menghalang kita berjaya.

Berkat doa orang tua, tahun pertama tu, GreenAard berjaya hit sales, sesuatu yang kitorang anggap mustahil pada awalnya.

Dalam hidup kita ni tak semuanya berkisar tentang hard work.
Ada banyak benda yang kita capai yang sebenarnya bukan datang dari usaha kita.
Boleh jadi sebahagian besarnya dari doa mak bapak.
Kerana Rasulullah dah kata, redha Allah terletak kepada redha orang tua.

Mencari redha Allah memang kewajiban tapi jangan lupa dengan redha orang tua.
Kita ni kadang-kadang bersungguh-sungguh cari redha Allah.
Tunggang-terbalik puasa sunat, solat sunat, zikir, bersedekah tapi kunci syurganya tak dijaga dengan betul.
Bila redha orang tua tak dapat, maka redha Allah pun tak sampai walaupun ibadahnya banyak.
Bila Allah tak redha, apelah maknanya dengan usaha.
Itu yang kadang-kadang, kerja pun terpaksa bermati-matian untuk cari rezeki, siang bawak ke malam, malam bawak ke pagi, ditambah pula dengan orang sekeliling yang sentiasa berkhianat, hati jadi tak tenang, hubungan dengan pasangan selalu berantakan, etc.

Oh, don't get me wrong.

Bukan semua huru-hara yang kita dapat tu akibat takde redha orang tua, tapi boleh jadi ada perkara lain yang kita buat yang Allah tak redha maka kita diuji.

The keyword is memahami kunci redha.

Salah satu punca Allah redha adalah bila orang tua redha.

Samalah macam mencari dan menjemput rezeki.

Rezeki kita semua dah ada, cuma ianya tersebar dan kita tak tahu di mana ia tersebar, hanya Allah yang tahu.
Maka kita berusaha.
Ada yang makan gaji, ada yang berbisnes, untuk mencari di mana letaknya rezeki tadi.

Menariknya, sambil-sambil kita berusaha kerja, kita masih berdoa mintak rezeki pada Allah, kan?
Bahkan setiap kali dalam solat, kita minta rezeki.
Isyak minta 4 kali.
Maghrib minta 3 kali.
Subuh minta 2 kali.
Setiap rakaat solat kita minta rezeki melalui bacaan ketika duduk di antara 2 sujud.
Dah habis solat pun masih minta lagi rezeki dalam bentuk doa.

Rezeki memang dah ada.
Cuma yang kita tak belajar adalah bagaimana cara mengambilnya.

Yang buatkan kita penat adalah kita usaha bermati-matian.
Memang hasilnya akan dapat, cuma bila kita tak tahu cara mengambilnya, maka lebih lambat kita dapatkannya.

Contoh, dah masuk waktu solat kita masih sibuk mengadap kerja.
Ini salah satu punca rezeki lambat sampai.

Selain dari solat, kunci rezeki ada pada redha orang tua.

"Seorang sahabat minta izin Rasulullah untuk ikut berperang, lalu Rasulullah saw tanya "Adakah kedua orang tua kamu masih hidup?" Lelaki tu jawab "Ya". Maka Rasulullah kata "Berjihadlah dengan berbakti kepada keduanya" [HR Bukhari dan Muslim].

Bermakna, redha orang tua lebih prioriti dari amalan wajib yang hukumnya fardu kifayah seperti jihad.

Punyalah besar impak redha orang tua pada kita, asbab redha merekalah terkabulnya doa kita.
Asbab redha orang tua lah kita dapat posisi yang mulia di sisi Allah sehinggakan kita ada peluang besar untuk mendapat redhaNYA.
Kalau Allah dah redha, tak ada yang boleh menghalang kita dapat apa yang kita nak kerana doa kita ada peluang besar untuk dikabulkan dan ianya datang bersekali dengan barokah.



Bukan sekadar movie

$
0
0


Oh, bukan!

Aku tak akan men-review apa-apa cerita Telugu hari ni.
Aku cuma nak cakap, recently kat India dah release KABIR SINGH, a remake dari ARJUN REDDY.
Tak salah aku ada a few TGV yang release Kabir Singh.
Sangat double standard, kan?
Kalau Telugu taknak release, tetiba Hindi nak release pulak kat Malaysia.
Padahal sama-sama je kat Malaysia ni takde yang cakap Telugu mahupun Hindi. Ceh!

Arjun Reddy adalah original movie.
Tapi nak tengok Arjun Reddy dah payah dah, kalau teringin nak tengok, silakan ke TGV berdekatan, tengok Kabir Singh.
Jalan cerita yang sama, cuma pelakon je berbeza.

Actually hari tu ada yang tanya aku kenapa aku suka tengok filem India and Cina.

Sejujurnya, memang dari dulu pun aku lebih suka layan cerita Cina and India [Hindi/Tamil].
Sampaikan bab artis pun aku lagi kenal artis cina dari artis melayu.

Bagi aku, cerita India, especially Tamil and Telugu lebih dekat dengan masyarakat.
Isu yang dikupas kadang-kadang cliche tapi olahan ceritanya berbeza.
Uniknya filem Tamil and Telugu, skrip dorang powerful.

Cerita Arjun Reddy umpamanya, banyak mesej yang dibawa.


1. Stay focus

Cerita Arjun Reddy ni tentang top ranker medical student yang ada masalah anger management.
Walaupun tebiat dia gitu, tapi dia seorang yang sangat fokus.

Ada satu scene tu dia masuk ke kelas awek dia and nampak awek dia duduk bahagian tengah kelas.
Dia panggil suruh duduk depan.
Pastu dia sound awek dia "Ini bukan course senang, ok? Ini MBBS tau. Duduk depan, fokus. Bukan duduk belakang".

Maksudnya, walaupun tengah bercinta, jangan sampai lupa masa depan and cita-cita.
Apa pun kita buat, kita mesti fokus.
Career, study dan relationship.
Time blaja, sungguh-sungguh.
Time bercinta, serius, jangan jadi playboy.
Cinta bukan penghalang kejayaan kalau kita fokus dengan apa yang kita buat.

Being in a relationship is awesome, but sometimes boleh hanyut.
Orang kata bercinta time blaja selalunya result ke laut.

Saya bangkang, Yang Arif!

Kalau kita tak lupa dengan our personal goals, jangan takut bercinta time blaja.
Because kalau kita stay fokus, things like cita-cita and career tetap kekal at the top of the list.


2. Kenali diri sendiri.

Kalau kau rasa apa yang kau buat adalah betul untuk diri kau dan kehidupan kau tanpa menyusahkan orang lain, then proceed.
But if you are acting very selfish then you are not being yourself.
You are lubang bontot [translate sendiri english].

Kalau parents kita mahukan kita pilih kerjaya A tapi kita mahukan B, explain kat dorang baik-baik tentang pilihan kita.
Jangan patuh melulu kalau kita tau kita tak ada hati.
Mak bapak always nak yang terbaik untuk anak-anak walaupun kadang-kadang dorang silap dalam menentukan pilihan untuk anak-anak.
So if you think you are right, be true to yourself.
Explain to them, try to be as nice about it as possible.
Orang kata, identify diri sendiri.
Kalau rasa boleh carry, go ahead.
Kalau rasa tak boleh, bawak bincang.
Orang bijak pandai cakap kenali potensi diri.
Kalau someone ajak kau pi karaoke dan kau tahu kau memang tak boleh menyanyi, for the sake of everyone, please don't go!


3. Jangan main-main dengan perasaan orang

Walaupun kau spesis hawt and available, ia bukan tiket untuk main-mainkan perasaan orang atau sengaja bagi orang lain feeling-feeling.

Manusia adalah spesis sensitif.
We need to be honest with one another.
Jangan jadi "extra friendly" sebab tak semua orang faham kau sebenarnya hanya sekadar being friendly tanpa ada apa-apa intention untuk carry the friendship ke next level.
Kalau kau anggap dia kawan, bagitau terus-terang yang korang adalah kawan.
Jangan sampai one day that person dah jatuh cinta sangat-sangat, pastu kau muka bangang tercangak-bangak as if kau tak tau apa-apa.
Jangan jadi bengap sangat, boleh?
Boleh nampak kot kalau seseorang tu ada hati kat kita ke tak.

Tapi kalau kau dah commit dengan special relationship, please tunjuk yang she is the one for you.
I mean THE ONLY ONE yang kau sayang [selain mak bapak lah].
Kalau suka dan sayang, tunjukkan yang kau memang sayang.
Kalau dah tak suka, terus terang, bukan main tarik tali.
Benda simple kot, bukan susah sangat melainkan kau memang sejenis manusia yang suka main-mainkan perasaan orang.


4. Jangan melawan takdir

Masa awek Arjun kawen dengan pilihan keluarga, Arjun sangat devastated.
Akibatnya, merosakkan diri.
Walaupun career-nya tak terjejas, tapi kehidupannya jadi tunggang-langgang.
Ni semua gara-gara tak mahu berdamai dengan takdir.

Is it wrong to hope your ex will eventually come back?

Tak.
Tak salah pun kalau masih meletakkan harapan, tapi sebelum tu tanya diri, selama kau masih berharap, adakah selama tu juga kau akan merana?
Kerana, HARAPAN adalah sesatu yang belum dan belum ada jaminan.
Bila kita anggap harapan adalah something yang mesti terjadi, kita akan kecewa.

Tak apa kalau kita sayangkan someone unconditionally, but it is wrong to HOPE.

There is nothing wrong with having the thought of getting her/him back, kadang-kadang benda ni hard to control. Aku faham tu.
But instead of menunggu sambil mentorture diri, apa kata kau menunggu sambil kenal-kenal dengan orang lain pulak?
Mana tau, kau akan jumpa someone better dari dia.


5. Kalau ex dah moved on, kau pun kena move on

Jangan cuba-cuba nak jadi saiko.
Kalau si dia dah moved on, jangan diganggu dengan ugut-ugut atau harass macam-macam.
Jangan buat perangai desperate, boleh?

Ramai orang dalam dunia ni, bukan dia sorang.
Start making new friend.
Insyallah akan ada orang yang truly appreciate kau.

Belajar untuk terima takdir.
Awal-awal memang susah tapi kalau kau terus-menerus menangis dan berharap pada yang tak mungkin datang balik, itu jauh lebih susah dan menyusahkan.
Accept that it has happened.
Memang kita tak boleh rewrite our past but we always have opportunity to write our future.


Review movie

$
0
0

Kecewa je kan bila semalam aku tepek gambar movie poster Kabir Singh & Arjun Reddy tapi rupanya gurauan semata-mata. Kahkahkah.

Ok hari ni aku review 6 lagi movie.
Jangan tanya bila masa aku tengok cerita-cerita ni.
Tanyalah En Wan, aku sekarang dah terpaksa masukkan aktiviti menonton movie ni dalam schedule aku.
Dah jadi sebahagian dari kerja hakiki pulak. Hahaha.
Insyallah, sedap-sedap belaka movie yang aku review ni.



1. Kavaludaari [2019]
Rating : 8.1/10
Language : Kannada

Ini second Kannada movie aku tengok.
Yang pertama was K.G.F Chapter 1 [aku tak review cerita ni, malas].
Nampak gaya Kannada dah start nak bersaing.
Mula-mula K.G.F, pastu now Kavaludaari.
Camni baru best, baru banyak pilihan nak tengok, takde lah hadap SRK je tetiap tahun.
Aku harap Deepavali tahun ni keluarkanlah cerita-cerita yang aku dah pernah review ni.
Ni tak, balik Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gam.
Sikit lagi nak pandai cakap Hindustan dah aku dek kerana tetiap kali Deepavali mengadap cerita yang sama.

Kavaludaari cerita ber-genre crime thriller.
Tentang sorang polis trafik nama Syam, yang interested dengan satu kes pembunuhan.
Ada banyak tulang-tulang manusia dijumpai kat satu kawasan construction, dan dikatakan tulang-tulang tu berusia 30 tahun.

One night Syam try untuk ke kawasan construction tu untuk cari lebih banyak bukti.
Kat sana he came across a reporter nama Kumar.
Kumar datang untuk buat liputan.

Syam dapat tahu dari polis-polis senior yang tulang-tulang tu pernah dijumpa dulu dah tapi polis yang handle kes tu resign [Muthanna], jadi kes tu habis gitu je.
So Syam try cari Muthanna tapi Muthanna refused untuk ambil tau apa-apa dah tentang kes tu, in fact dia isolate himself dari dunia luar lepas anak and isteri dia mati.

Lepas a few insiden, Muthanna reveal kes yang dia jaga dulu and dia setuju team-up dengan Syam.
At the same time reporter Kumar tu pun sama-sama terlibat untuk bantu kes ni.
Tapi yang pelik tu si Kumar ni macam lebih advance pulak dari si Syam and dia macam tahu lebih dari sekadar apa yang Syam tahu.

Ada banyak karakter appear in between dalam movie ni, pastikan kena fokus betul-betul.
Pace movie ni slow sikit, lepas tu banyak pulak karakter, aku pun kejap-kejap pause nak men-relatekan semua karakter-karakter ni supaya faham.
Klimax dia brilliant, tapi aku rasa tak sepatutnya cerita ni panjang macam ni, kalau pendekkan sikit pun takpe especially bab flash back.
Tapi memandangkan climax dia mind blowing, jadi silakanlah tengok.



2. Jersey [2019]
Rating : 9.0/10
Language : Telugu

Rating 9.0 kau nampak tuuuuu?
Kalau tak teruja jugak nak tengok tak taulah nak cakap apa.

Ini adalah cerita yang emotional, berjaya membuatkan aku merembes.
Kisah tengah seorang Arjun, bekas pemain kriket yang quit bermain kriket and since that day, hidupnya tak seperti yang pernah dia imagine.
At age 36, dah ada seorang anak tapi masih jobless.
Mujur isteri bekerja tapi isteri mana lah yang boleh bersabar kalau nampak laki siang malam pagi petang asik melepak je kan, lama-lama bengang jugak.
Jadi, Arjun ni selalu kena marah dek Sarah [isteri dia].

Anak dia mintak Arjun belikan jersey Indian cricket team sempena hadiah hari jadi.
Walaupun takde duit, dia tetap janji kat anak dia yang dia akan belikan.
One day, bekas coach dia ajak dia join charity match cricket.
Dek kerana teruja sangat, Arjun tak perasan yang itu pertandingan amal, maknanya takde duit saguhati atau allowance.
Dia frust sangat sebab dia perform very well tapi balik tak bawak apa-apa sedangkan birthday anak dia dah nak dekat.

Tertekan dengan keadaan, Arjun decides untuk kembali main cricket, kali ni dia pasang impian untuk main sampai boleh join Indian team.
Tapi disebabkan umur dia dah 36 tahun, banyak kelab taknak accept dia jadi player.
Akhirnya dia diterima jadi pemain untuk satu kelab kecik, Ranji Club.
Dia represent Ranji Club dan berjaya bawa team dia ke final.

Yang aku cerita ni semua scene flashback.
Lepas team dia menang, the movie goes back to 2019, present year.
Anak dia dah besar.
Anak and isteri dia dijemput datang majlis perasmian buku biografy tajuk JERSEY.
Rupanya Arjun mati 2 hari selepas team dia menang.

[masa ni aku dah nangis tau, tulis ni pun sebak]

Rupanya reason dia quit cricket dulu sebab dokter sahkan dia ada sakit jantung tapi sorang tak tahu.
Masa pelancaran buku tu dokter dia bagitau.
Yang paling sedih bila kat majlis tu baru semua tahu lepas game tu, nama Arjun dah dipilih masuk dalam Indian cricket team.
On that day, anak dia terima jersey Indian cricket team yang ada nama ayah dia.
Dia cakap "This is the present that I asked from my father 23 years ago".

Allah merembes aku weiiiiii.
Seriously ini memang emotional heart touching movie.
Sedih bila kenang balik journey dia bina hidup dia semula semata-mata nak belikan hadiah harijadi anak dia.
Cerita ni sesuai untuk Father's Day.



3. Vellai Pookal [2019]
Rating : 7.4/10
Language : Tamil

Ini genre crime-thriller.
Tamil memang terer kalau buat movie crime, mesti banyak suspens.

Kisah tentang Rudran, polis pencen yang berhijrah ke Seattle duduk dengan anak dia kat sana.
Kebetulan masa dia di sana, kat kejiranan anak dia tu ada orang hilang satu per satu.
Jadi, dia cuba untuk siasat.

Jalan cerita dia best, unexpected twist jadi aku tak nak review lelebih nanti hilang suspen.
Cerita dia ok, cuma pelakon-pelakon America D-list dalam movie ni annoying sangat.
Padahal watak omputih dalam cerita ni ramai and quite significant tapi acting macam sampah.
Nasib baik Tamil actors superb but still kalau pelakon-pelakon omputih tu ambil dari kalangan B-list mesti lagi gempak cerita ni.

Apa yang aku boleh cakap it is not an easy predicted plot.
Clue tu ada, tapi cannot be predicted easily.



4. Lucifer [2019]
Rating : 7.6/10
Language : Malayalam

Mula-mula aku pun tak faham cerita ni sebab awal-awal dia tunjuk sorang Mat Salleh duduk depan PC sebut nama Khureshi-Ab'ram as if Khureshi ni someone yang dikehendaki.
Lepas tu terus tak muncul-muncul dah kelibat omputih ni, let alone nama Khureshi.

Meanwhile, somewhere in India, Chief Minister mati.
Kematian CM ni jadi kecoh and rusuhan sebab dia mati di hospital kepunyaan anak kepada presiden parti pembangkang.
Tengah kecoh-kecoh ni, ada sorang lelaki misteri buat FB live bagitau yang CM ni dulu hanya jadi boneka parti saja.
CM bukan decision maker, sepanjang dia hidup parti yang buat semua keputusan, bukan dia.
So this mystery man list out beberapa nama yang dia anggap boleh jadi pengganti CM, antaranya anak perempuan CM nama Priya, anak lelaki CM nama Jathin dan anak angkat CM bernama Stephen Nedumpally.

Jathin ni tak suka dengan Stephen sebab dia bengang masa kecik-kecik dulu bapak dia tiba-tiba bawak balik si Stephen ni ke rumah, yang dipercayai anak kepada gundik bapak dia.

Jathin ada suami nama Bobby.
Bobby ni jahat, dia cabul anak Jathin and dia buat bisnes drugs.
In fact masa bapak dia jadi CM, dia la yang rule the party.
Bila CM dah mati, Bobby ni ada plan nak letak partner drugs dia as CM so that bisnes dia takde sape boleh kacau.

Stephen ni sebenarnya duduk dengan keluarga CM tu setahun saja lepas CM bawa dia balik ke rumah, lepas tu dia duduk kat church, dijaga oleh paderi.
Jadi dia a bit religious, ada bukak rumah asuhan and jaga remaja bermasalah.
Kiranya Stephen ni baik.

One day Jathin dapat tahu cerita yang selama ni Bobby cabul anak perempuan dia.
Dalam keadaan tu, dia teringat pesan bapak dia.
Bapak dia dulu tak suka dia kawen dengan Bobby tapi bapak dia dah pesan if one day Bobby bawa masalah, pegi mintak tolong Stephen.
So Jathin jumpa Stephen and bagitau semua masalah dia.
Dari sini aksi terbang, tembak dan kejar peluru pun bermulalah.....

Tapi siapa Khureshi yang awal-awal tadi?
Ok, kena tengok sendiri.



5. Maharshi [2019]
Rating : 7.8/10
Language : Telugu

Mahesh Babu kembaliiiiiiiiii.

Macam biasa la, kalau cerita melibatkan Mahesh Babu, bergasak macam nak rak pun muka and rambut maintain, ya.
Cerita Maharshi dia punya countdown bermula 100 hari sebelum release lagi.
Jenuh aku tunggu kawan ku bagi file ni.
Malaysia cerita-cerita best gini taknak release.
Cubalah release biar rakyat Malaysia kenal sikit Mahesh Babu ni, ini tak, balik-balik SRK, Salman Khan, Amir Khan.

Cerita ni tentang friendship.
Tentang hubungan 3 sekawan - Rishi, Ravi and Pooja sewaktu kat kolej.
Dorang terpisah selepas habis blaja bila Rishi [Mahesh] dapat tawaran kerja kat luar negara.
Bertahun-tahun dia kat sana, akhirnya dia berjaya jadi CEO satu software company.
PA dia arrange kawan-kawan lama se-uni untuk datang ke USA celebrate kejayaan dia.
Masa celebration ni dia dapat tahu yang Ravi rupanya dibuang dari U, tak dapat grad sebab kes curi kertas soalan final exam.

Flash back.

Masa final year, ada kes kecurian kertas soalan.
Rishi ni pulak sangat bijak, top ranker.
Jadi bila kes macam ni berlaku, dekan suspect dia yang curi kertas soalan.
Rishi hampir-hampir nak kena expelled dari Uni tapi tiba-tiba polis kata dapat bukti lain yang mengatakan bukan kerja Rishi.
Rupanya Ravi mengaku dia yang curi walhal dia pun tak curi.
Dia sayangkan kawan dia sebab dia tahu potensi Rishi boleh pergi jauh.

Bila Rishi dapat tau Ravi berkorban untuk dia, dia balik India untuk jumpa Ravi.
Bila dia balik dia dapat tahu kampung Ravi ni nak kena beli dek corporate untuk projek dengan kerajaan.
Ramai orang kampung jual tanah and start keluar dari kampung tapi Ravi sorang je protes.
So Rishi sekarang nak balas budi.

Kalau tanya pendapat aku, cerita dia best tapi a bit cliche untuk Mahesh Babu.
Aku ni takde lah die hard fan sangat, tapi dah banyak movie Mahesh ni aku tengok, memang sepesen je watak dia.
Aku rasa rakyat Telugu suka watak dia maintain gitu sebab muka dia kan jambu.
Balik-balik watak CEO, anak orang kaya dan super genius yang membantu golongan susah.

Paling tak boleh blah bab bergasak - sikit lebam pun takde!
Itu yang aku marah sangat tu.
Macam hebat nau ke kau ni?
Overachieving hero.

Tapi oklah untuk menaikkan semangat, boleh la layan sebab movie ni tentang success journey.
Kau kan suka cerita-cerita lelaki hensem, kaya, berjaya dan baik hati, tak gitu?
Dah, pi tengok.



6. Yatra [2019]
Rating : 8.5/10
Language : Telugu

Ini true story tentang perjalanan politik Chief Minister Y. S. Rajasekhara Reddy.
Memandangkan ini true story, jadi sebelum tengok movie ni aku buat reading dulu pasal this CM, barulah best nak layan movie.

Dia ni parti pembangkang.
Semasa jadi pembangkang dia decides nak turun padang tengok keadaan rakyat.
Tapi dia tak mahu tengok rakyat dengan cara naik kereta dengan escort 10 biji kereta polis.
Dia pilih untuk berjalan kaki melewati beberapa daerah sejauh 900 batu!
Sampai pecah-pecah kaki dia, tetap dia berjalan masuk kampung-kampung jumpa rakyat.
Dari situ baru dia nampak masalah sebenar rakyat miskin especially golongan petani.
Dia saksikan sendiri petani bunuh diri bila tanaman tak menjadi sebab kemarau [masa dia berjalan ni musim summer], dia saksikan sendiri anak mati sebab mak takde duit nak bayar kos operation.

Oh by the way, CM YSR ni adalah dokter.
Dulu, sebelum dia join politik, dia pernah buka hospital 70 katil.
Dia charge 1 rupee je untuk rawatan.
Rakyat di sana gelarkan dia 'Dokter 1 Rupee'.

[masa ni aku terpikir maybe klinik 1 Malaysia bayar RM1 tu inspirasi dari CM YSR kot]

Movie ni emotional.
Aku tengok pun sedih especially bila last sekali dia tunjukkan real footage CM ni menang election and depan-depan rakyat dia sign free electricity untuk semua farmers.
Memang ini yang dia janjikan masa dia melawat kampung-kampung.
Semua orang-orang tua dapat pencen.

Tapi Sept 2009, dia mati nahas helicopter.
Bergenang airmata aku tengok sebab nampak dia memang baik.
Rakyat Telugu anggap dia macam Tuhan.
Masa dia mati, lebih kurang 122 orang bunuh diri sebab tak sanggup nak merasa susah lagi kalau CM lain memerintah.

Pelakon utama dia Mammotty - memang superb.
Aku dah tengok 5-6 filem Mammotty, dia ni boleh dikatakan macam Eman Manan punya style berlakon.
Sangat bersahaja.

Tengoklah cerita ni.
Best, not so much on pilitical tapi lebih kepada journey dia sepanjang 900 batu tu.
Truly an emotional journey dan ending yang sedih.



Merespon pada kritikan

$
0
0

Umur bukan jaminan seseorang tu matang.
Ada banyak faktor yang mempengaruhi kematangan seseorang - pengalaman hidup, cara berfikir, cara dibesarkan, pengaruh sekeliling and tahap pendidikan.

Kita semua mesti pernah dikritik.
Tak kisahlah kritikan membina atau menjahanamkan, asalkan namanya kritikan.
Semua pernah rasa dikritik.
Takde yang terkecuali.

Orang kata kematangan seseorang bergantung pada cara dia mengendalikan setiap kritikan yang diterima, samada dengan emosional atau bijaksana.
Tapi jangan lupa, ya.
Cara kritikan disampaikan pun mainkan peranan juga.
Kritikan yang disampaikan dengan berhemah menunjukkan kematangan seorang "haters".

Dealing with haters yang tak matang sangat-sangat meletihkan because kita tak tahu apa yang boleh buatkan dorang puas hati.
No matter what you do - samada kau tulis yang buruk, kau tulis yang baik, baju kau murah, baju kau mahal, muka kau cantik, muka kau tak cantik, kau makan gaji, kau bisnes, kau gemuk, kau kurus - apa saja lah yang kau buat, they will still throw all kinds of hate and criticism kat kau.

Ok, firstly, kena tau beza antara kritikan dan kutukan.

Contoh, dulu ada sorang pengguna Makeup Remover GreenAard bagitau produk ni sangat best tapi botol nampak so cheap.
Dia cadangkan tukar botol supaya nampak lebih class.

Aku jawab, yes, memang botol tu murah pun.

Nak tukar botol, takde masalah.
Aku lagi suka kalau produk GreenArd nampak mahal and classy.

Tapi, kalau aku tukar botol yang lebih class, harga Makeup Remover is no longer RM69.
Takkan dapat harga ni dah.

Sebelum Makeup Remover ni dibuat, semua benda aku dah consider.
Ingredients dalam MR dan teknologinya dah sedia mahal.
Tak berbaloi rasanya beli local Makeup Remover sampai RM100, baik beli Shu Uemura.
Dah tentu-tentu barang berjenama.

Maybe belum masanya lagi GreenAard fikirkan soal classy.
Biarlah GreenAard pasakkan nama dulu.
Esok dah famous, aku tukar ke botol ada swarovski. Kahkahkah.

So that is kritikan.
Kritikan yang membina.

Dia mengkritik dengan berhemah, dan kritikannya bertujuan untuk kebaikan produk yang dia sendiri guna.
Dan dia bagi kritikan berserta cadangan.
Bila aku respond and explain kenapa begitu begini, dia faham.
Dan aku pun sama-sama take note dengan cadangan dia, alhamdulillah.

Kalau kutukan tu macamana pulak?

Ok, katakan kau publish buku dan jual kat Shopee.
Dalam banyak-banyak orang yang bagi good review, mesti ada 1-2 yang bagi bad review, itu normal.
The thing is, bad review tu adalah bersifat keji dan ingin menjatuhkan.

"Jangan beli! Sampah! Takde ada yang menarik pun. Saja nak cari glemer je ni".

That is clearly a hater.

Sebab apa?

Sebab intention dia sangat jelas sekali untuk attack the writer.
If the intention is to help you improve your work, then itu kritikan membina.
Tapi kalau to personally attack you as an individual instead of helping you improve, then that is most likely a hater.

Apa-apa pun, kritik atau kutuk, kita tetap kena handle it without overreacting.
Pilihlah samada nak buat bodoh, nak block, atau nak lawan balik.

Ada orang suka melayan.
Kalau aku, aku buat dek. Malas layan.
Actually, haters tak ambik peduli kalau kau bentang 100 helai fakta sekalipun.
Because dia bukan nak attack kerja kau.
Yang dia nak attack is kau.
So why melayan?

Aku memang takkan buang masa dan tenaga aku melayan benda-benda macam ni.
Kau yang start, maka kau habiskanlah sorang-sorang.
Kau nak merempan, silakan merempan sampai mereput.
Aku ada banyak benda lain nak buat.

Tau tak apa sebenarnya yang jadi bila kau start melayan dan merespon pada haters?

Kau sebenarnya dah meng-activate-kan kau punya inner critic.

Inner critic tu adalah suara-suara kecik dalam diri kau yang mengatakan kau tak cukup bagus, apa kau buat salah dan apa haters cakap betul.
Suara-suara kecik ni lama-lama buatkan kau jadi lemah, demotivated, hilang keyakinan and takut nak buat sesuatu yang pada awalnya betul.
Inner critic ni akan bakor line sampai kau jadi sangat emosi, akhirnya kau merempan tak ingat dunia.
Kau akan jadi sangat sensitif dengan any types of critisism sampaikan kau dah tak boleh beza antara nasihat, teguran dan kutukan.
Kau overreact negatively pada semua jenis teguran.
Apa benda orang cakap kau anggap semua nak menjatuhkan kau.
Kau jadi super-sensitif, sampaikan semua benda kau rasa ada kaitan dengan kau.
Apa orang lain tulis kat FB, kat IG, kat blog, semuanya kau rasa tengah bercakap pasal kau.

Elok-elok dulu kau hanya berdepan dengan haters, sekarang kau kena deal dengan your own inner critic sekali.
Lama-lama kau jadi saiko tanpa sedar.

Kalau kau sedang berada di tahap overreact ni, aku nasihatkan cuba bawak-bawak bertenang kejap.

Bawak bertenang, take a step back.

Bertenang untuk beberapa ketika [nak beberapa hari pun boleh].

Dalam tempoh bertenang ni cuba muhasabah diri.

Check balik apakah tindakan kau overreact tu wajar.

Adakah berbaloi.

Apa impak untuk kehidupan kau seterusnya.

Apa yang kau expect selama ni, adakah untuk dapat approval orang?

Buat soul-searching.

Selalunya, the reason kita jadi too sensitif dan overreact dengan kritikan/kutukan adalah kerana kita terlalu meletakkan diri kita sebagai pusat perhatian.
Bila kita letakkan diri kita sebagai pusat attention, kita jadi mudah beremosi kerana dalam diri kita ada ego.

The bottom line is tak kira apa pun kita buat, there will always be someone yang tak suka kita.
Itu dah pasti.

Rasulullah saw yang macam tu punya baik pun ada haters, lagikan kita ni.
Ikutlah cara Rasulullah saw.
Dia tak membalas, dia diam.

Tapi adakah dengan berdiam dia kalah?
Tak pun.
Nama dia kekal gah sampai sekarang.
Kerana apa?
Kerana manusia dikenang kerana akhlaknya.

So, the most satisfying way untuk respond pada haters adalah buat tak reti.
Kalau kita tahu kita buat benda yang betul, dan kita ikhlas dengan apa yang kita buat, maka kutukan atau pujian bukan lagi sesuatu yang penting.


Soal jawab

$
0
0


Badan kita akan jadi haywire kalau ambil too much nutrient.
Takyah kata vitamins atau supplements lain, kalau dalam sehari kita makan cereal, energy bar, pasta, fruits, tambah pula dengan supplement - ini pun silap-silap dah melebihi kadar pengambilan nutrien yang optimum.

Tak perlu ambil banyak-banyak supplement at one time sebenarnya.
Takde real advantage pun, silap-silap jadi disadvantages.
Kalau ambil supplement, jangan exceed daily value.
Maksudnya, jangan sampai semua benda kau nak ambil dalam sehari sebab badan kita ada quota penyerapan nutrien, kalau kita makan lebih dari yang sepatutnya, akan jadi racun pada badan untuk jangka masa panjang.

Macam tu lah jugak dengan supplement.
As long as you keep the dose reasonable, it's not going to hurt you.
Makan macam-macam supplement atau ambik dalam dos yang banyak dari yang disyorkan boleh increase risiko macam-macam penyakit.

Anak sedara En Wan doktor.
Mak mertua aku makan ubat darah tinggi and some other pill lain.
Then one day cucu dia datang rumah cakap "Mok, jadi-jadilah tu makan ubat. Nak masuk 3 tahun dah. Ce pantang makan pulak. Banyok sangat makan ubat nanti sakit buah pinggang".

Dia yang doktor tu pun suruh stop makan too much ubat dan mintak start berpantang.
Maknanya, apa-apa pun ubat, be it ubat hospital atau ubat yang kita beli kat online ni [supplement], jangan makan dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh yang lama.
Kalau perlu makan juga, mesti support dengan berpantang.
Masalahnya, kita ni taknak berpantang, tapi nak sihat, tapi nak kurus, tapi nak cantik.

Dah dikata, kalau batuk jangan minum ais, dia minum jugak.
Katanya, takpe, nanti makan ubat.

Dah dipesan, nak kulit cantik, elakkan minum kopi banyak sangat.
Taknak, nak jugak togok kopi 3-4 cawan sehari.
Sebab makan kolagen katanya.

Dah diajar, nak berat turun lebih cepat, stop sugary food and drink.
Tak mau, nak jugak makan benda-benda manis.
Sebab makan ubat kurus katanya.

Deyyy.
Aku dulu masuk hospital sebulan.
Hari-hari kena cekik ubat darah tinggi tapi makanan aku semua takde garam.
Siap dia tampal notice kat kepala katil aku - "DISIPLIN : HPT".
Maknanya diet aku dikawal ketat.
Makanan aku secubit garam pun takde.
Padahal aku makan ubat darah tinggi hari-hari.
Kalau ikut lojik, kejadah apa bagi aku makanan takde garam kalau dah makan ubat.
Patutnya ubat boleh bagi baik, kan?

Hakikatnya, bukan macam tu.
Ubat tu membantu mempercepatkan kita pulih.
Tapi kalau nak lebih cepat sihat, kena support dengan berpantang.

Mak aku sekarang banyak minum akar-akar kayu and daun-daun herba yang dia rebus sendiri untuk support health, supaya tekanan darah dia stabil.
Alhamdulillah ok.
Tapi memang kaw-kaw la dia punya berpantang, hanya makan ikan and sayur je.
Seafood, daging, ayam, semua tak makan.
Dia masak nasi minyak lauk gulai daging masa raya hari tu, dia sendiri tak makan, hanya makan nasi dengan acar je.
Kau mampu berpantang gitu?
Aku tak. Kahkahkah.

Bukanlah maksudnya ubat dokter tu tak bagus, tapi kalau dah sampai 3 tahun makan ubat bukan main banyak tapi takde nampak apa-apa hasil, maka kena lah support dengan berpantang sama.

Apa-apa pun yang kita ambil, be it food atau supplement, kalau too much in a single day, boleh mendatangkan mudarat in the long run.
Even vitamin C yang water-soluble tu pun kalau ambil lebih dari sepatutnya pun boleh dapat macam-macam simptom.

Walaupun setiap supplement yang kita ambil tu tak exceed upper limit certain nutrients, bila kita combine macam-macam supplement dalam sehari, itu pun dah dikira melebihi dos sebab supplements can also interact with each other.
That's why yang nak ambil GC Plus, aku akan tanya macam-macam.
Especially yang ada ambil ubat-ubatan hospital secara rutin, memang aku tak bagi lansung try GC Plus.
Please focus on your ubat dokter dulu.
Kalau teringin sangat, aku akan minta tanya dokter dulu.
Bukan apa, kau ada health condition yang dah pasti ada dietary restriction.
Jadi, dokter perlu tahu supplements apa yang kau plan nak ambil.

Untuk yang takde masalah kesihatan, nak guna GC Plus boleh.
But itupun aku masih kena tanya juga soalan like tinggi and berat.
Kalau ideal weight, memang aku tak suggest beli GC Plus.

Berat dah ideal, nak buat apa makan GC Plus?
Kau nak kurus macamana lagi?
Nak sampai pinggang secekak?
Itu bukan kurus, tu namanya kecut.

Badan kita ni bergerak menggunakan kalori.
Kalau berat dah ideal, memang kalori takkan banyak guna dah melainkan kau banyak buat aktiviti baru dia akan guna lebih banyak kalori dan bakar lebih banyak lemak.
So kalau berat dah ideal, there's no way badan kau akan jadi lebih kurus hanya dengan makan pill diet.
No way.

"Tapi berat saya turun jugak dalam 2kg bila makan diet pill"

Itu bukan berat lemak, itu berat air.

Badan kita kalau dah ideal, dah normal weight, selagi kau tak kawal makan atau work out, diet pill tak membawa apa-apa makna.
That's why hanya yang overweight and obese je aku luluskan untuk ambil GC Plus.
Sebab orang-orang macam ni, kadangkala metabolisme badannya slow.
Jadi dia perlu sesuatu untuk kick start the metabolisme.
Kalau berat kau dah ideal cuma perut je buncit sikit, kau pegilah buat sit ups.

Kebanyakkan supplement highlite ada one-for-all benefits.
Boleh bagi tenaga.
Boleh bagi cantik.
Boleh bagi kurus.
Boleh bagi glowing.

Aku taknak sentuh produk orang lain.
Kalau dia claim dia ada one-for-all benefits, itu produk dia, aku tak tau.

Tapi ni aku nak cakap pasal GreenAard.

Aku ambil contoh Gloei.



Kawan aku cakap officemate dia surprised makan Gloei berat badan boleh turun, padahal Gloei ni untuk skin health.

Semua supplement ada bonus-bonus kecil macam ni.
Tapi tak adil kalau kita jual kepada pengguna guna bonus-bonus kecil ni.
Jual lah kerana fungsi utamanya.
Bukan jual kerana benefit-benefit kecilnya.
Misleading namanya tu.

Macam Gloei, somehow memang boleh promote weight loss [explanationnya ada pada screencap di atas], tapi adil ke pengguna beli Gloei semata-mata nak lose weight?
Sedangkan Gloei ni untuk stimulate kolagen dalam badan.
Proses stimulation and production own's body collagen akan gunakan tenaga.
Memang boleh kurangkan sikit berat tapi itu bukan tujuan utamanya. Itu cuma bonus.

Dulu ada orang tanya aku ada tak produk untuk kurangkan sakit lutut.
Aku cakap takde.

Then dia cakap, kawan dia pernah belikan produk untuk mak, dan katanya sakit lutut mak dia dah makin baik.
Aku mintak dia bagi nama kawan dia untuk aku trace dalam sistem.
Kawan dia beli Gloei rupanya.

Aku bagitau, Gloei untuk kulit, bukan untuk lutut.
Apa yang mak kawan dia alami tu maybe akibat peningkatan kolagen dalam badan, jadi sendi-sendi gets better.
Bila kolagen berkurang, 'engsel' jadi problem sikit.
So bila kolagen dan diperbaiki, maka lojiklah sakit lutut berkurang.
But Gloei bukan ubat sakit lutut.
Lutut gets better hanyalah bonus saja.
Kalau nak cuba juga, takde masalah cuma aku perlu highlite tentang ni.
Bukan apa, karang lutut dia takde perubahan dia kata produk aku menipu, padahal memang bukan untuk lutut pun.



GC Plus untuk weight loss.
Tapi kalau pengguna tu ada high blood pressure, atau ada ambil ubat-ubatan HBP, aku tak benarkan ambil.

Kenapa?

Sebab, even badan manusia yang sihat pun ada bagi tindakbalas negatif pada certain ubat/produk, inikan pula badan orang yang sah-sah sakit, lebih perlu berhati-hati.

Kafein adalah satu satu substance yang boleh bagi temporary spike in blood pressure.
Bila kafein banyak dalam badan, dia boleh block another hormon yang berfungsi untuk buatkan saluran darah kita terbuka.
Bila saluran darah ni sempit akibat kaffein, darah jadi sangkut.
This may temporarily increase blood pressure.

Cuma kita tak tau berapa banyak kafein yang perlu ada dalam badan untuk buatkan blood pressure spike sebab tindakbalas badan tak sama untuk semua orang.
Maybe pesakit A minum 10 kopi cawan sehari pun tak apa-apa.
Tapi pesakit B minum 3 cawan pun dah naik blood pressure.

Apa kena-mengena dengan GC Plus?

GC Plus ada kafein, tapi indirectly.
Maksudnya kita tak purposely masukkan kafein dalam GC Plus tapi kita masukkan green tea.

Dalam green tea, ada sekitar 2-4% kafein.
Walaupun sikit saja, aku tetap tak nak ambil risiko membenarkan orang yang ada HBP ambil.

Tapi ada jugaklah yang degil, contohnya Mak Aji.
Dia sorok-sorok guna GC Plus.
Dia kata ok je ambil GC Plus walaupun ambik ubat HBP.
Entahlah, aku malas nak sound mak sendiri. Hahaha.
Yang aku tahu, kalau kau ada HBP, aku tak bagi beli.

Kalau nak tanya apa-apa tentang produk GreenAard, boleh :

1. Whatsapp Admin 1
2. Whatsapp Admin 2
3. health[at]xzizbiotech[dot]com


Sederhana

$
0
0

Semalam berjujuk-jujuk orang tagged, whatsapp and PM aku pasal isu Air Asia halau 12 orang student MRSM Langkawi.
Semua concern pasal Redza.
Terima kasih pada yang bertanya.

Memang Redza balik hari yang sama, Khamis lepas.
Hari tu Pulang Bermalam [PB] untuk 2 malam.
Memang ada je budak-budak yang balik bermalam kat rumah walaupun 2 hari.

Group yang diarahkan keluar flight tu group yang naik pukul 4.10pm [kalau tak silap].
Redza pulak memang ambil flight 6.45pm.
Yang group Redza ni lepas pulak, so pelik bila group 4.10pm tak lepas.

Aku ni tak tau kisah yang dah jadi hal pukul 4.10pm tu.
Aku kan sejenis malas tengok whatsapp group.
En Wan yang bagitau parents kat whatsapp group ada yang dah bengang anak kena halau dari flight, dah masuk tapi diarahkan keluar.
Katanya sebab ada kaitan dengan YTA form.

Pelik juga sebenarnya sebab ini dah bulan 7.
Dari awal tahun sampai bulan 7, dah berapa kali budak-budak ni ulang-alik Langkawi-KL, takkan baru kali ni kena tahan dek kerana YTA form tu?
Macam student yang umur 15 tahun, dah 3 tahun kot berulang Langkawi-KL, tup tup Khamis lepas tak boleh naik pulak, tak ke pelik namanya.

Borang tu tak available online, memang kena ambil di kaunter airport.
Jadi, celah mana nak dapatkan signature parents jam-jam tu jugak untuk sign the form.
Our practice selama ni is parents akan sign surat PB and fax/whatsapp pada cikgu.
Pihak skolah akan arrange some letter of consent untuk student tunjuk pada airport.
Selama ni, practice tu diterima pakai.

Tak taulah kenapa tetiba kapten tak benarkan.
Katanya itu new pilot, wallahualam.
Tapi nak buat macamana kan, dah itu flight dia, kenalah ikut arahan.

Cuma parents terkilan lah bila AA takde clear SOP tentang ni.
Kejap benarkan, kejap tak.
Ground crew dah lepaskan students naik flight, tetiba kapten pulak tak allow.
Dah tu ground crew dengan kapten pakai lain-lain SOP ke camne ceritanya ni?

Budak-budak 12 tu katanya AA arrange selitkan dalam next-next flight.
Mana flight yang masih kosong, dorang selitkan.
Kiranya masing-masing berpecah-pecah.
Kalau tak salah aku, dorang tak perlu beli tiket baru, ground staff arrangekan masuk dalam flight-flight lain.
Tu yang buat mak bapak bengang tu, dah kenapa flight lain boleh accept, flight asal tak boleh?

Tapi kes pun dah settle.
Aku tak sure students yang terlibat dapat pampasan ke tak.
Yang pasti pihak Muafakat [PIBG] katanya dalam urusan nak berjumpa dengan wakil AA untuk discuss pasal ni.
Kes naya ni oii budak-budak kena tahan dari naik flight.
Students yang naik pukul 4.10pm ni, selalunya 2pm dah naik taxi ke airport.
Bayangkan yang kena tahan sampai pukul 9.15pm, berapa jam kena tunggu kat aiport?
Kalau aku, migrain.

Redza dah balik semula ke Langkawi Sabtu lepas.
Balik untuk 36 jam je.
Rupanya Ahad ada exam.
Bukan main sardin lagi balik PB padahal Ahad exam.
Kalau aku tahu, aku tak bagi balik PB.

Yang si Redza pulak, flight balik pukul 6pm, tapi sampai skolah pukul 9.30pm.
Aku tanya apesal lewat sangat?
Dia kata kawan-kawan lain ada yang terlepas flight jadi semua pakat tunggu sama-sama sebab dah malam, ada budak perempuan kesian nanti balik malam-malam takde teman.
Ewahhh kemain lagi kau kan.



Lepas hantar Redza ke airport, rush pula ke PJ sebab Rayyan ada Quater 2 Assessment Test untuk hoki.

Kitorang laki bini sekarang ni kalau weekend memang full, cuma tak masuk opis je, tapi occupied.
Nak balik Bangi pun on weekdays je, weekend memang tak dapat dah. Payah.

Alhamdulillah, Rayyan dapat no 2 kategori Junior.
Not bad jugalah.



Agak seram juga la sebab judge memang dari hoki team player, konfem takkan bagi 'ala kadar' punya marks.

Mula-mula dulu menangis Rayyan kena masuk hoki class.
Dia taknak sport-sport ni semua.
Anak-anak aku baik Redza, baik Rayyan semua kaki memerap dalam rumah.
Redza tu blaja suka sport sejak duduk Langkawi.
Kalau dia duduk dengan kitorang, aku jamin sampai sekarang dia masih gemuk. Hahahaha.

Rayyan ni En Wan paksakan jugak.
Dia kata anak lelaki mesti master at least satu sport.
Nasib baik Rayyan dah boleh adapt.



Gelanggang senior.
Fokus semuanya.



Gelanggang junior.

Kau tengok terer ke tak para junior sekalian.
Cara-cara ada assessment pun boleh telentang okeh.
Kau mampu santai begini ambik exam?

Aku doakan coach diberikan kesabaran yang tinggi mengajor junior.



Semalam, En Wan bawak aku lunch kat SEDERHANA di PJ.
Barulah aku tau rupanya ada cawangan Sederhana kat sini.
Punyalah mengidam Nasi Padang!

Sebenarnya banyak lauk-pauk nasi padang ni boleh tahan banyak juga kat KL, tapi memandangkan setiap kali ke Bandung akan makan kat Sederhana atau Simpang Raya, jadi teruja jugaklah bila tau Sederhana ada cawangan kat sini.
Cuma di sini, dorang tak hidang terus lauk-pauk atas meja.
Kita kena pilih sendiri.
Bila kena pilih sendiri tu yang jadi lambat.
Staff pulak tak berapa ramai, yang nak makan kemain ramai lagi.

Rasanya semua pun penah makan Sederhana kat Indonesia, jadi bila cawangan dibuka kat sini, semua pun serbu.
Yang tak pernah try pun teruja nak cuba juga.

Macam biasa, aku akan makan makanan yang biasa aku makan kalau di Bandung :



Ini aku wajib ambil.
Dan setiap kali makan, memang 2 biji terus.

Nak kata sedap sangat tu entahlah, maybe bagi orang lain biashe-biashe je.
Tapi kat tekak aku memang sedap nau rasanya, tu pasal makan sampai 2 biji.

Lagipun, kalau di Bandung/Jakarta, setiap piring memang selalunya hidang dua ketul.
Telur 2 biji.
Ayam 2 ketul.
Daging 2 keping.
Pari 2 keping.
Semua dua.
Jadi aku dah terbiasa mencekik 2 biji telur.



Another gulai, tapi ayam.
Gulai yang sama.
Ini favourite En Wan.
Kat Bandung pun makan lauk ni, kat sini pun makan lauk sama.



Bergedil kentang.
Walaupun bergedil kentang, tapi sedap and ada hawa-hawa pedas sikit.
Happy bila bergedil kat sini sama besar macam di sana.
Masa mula-mula aku makan bergedil kat Bandung, surprised tengok bergedil dorang besar.
At least besar dari most bergedil yang dijual kat Malaysia ni.
Puas makan orang kata.
Aku ambil 2, macam biasa tapi kali ni share dengan mak.



Selalunya kat Bandung aku akan makan ayam goreng ni with sambal.
Sambal dia macam sambal ayam penyet.
But kat sini aku tak rasa nak makan ayam, so this one aku ambilkan untuk Rayyan, without sambal.
Memang sama rempahnya macam ayam di sana.



Ini aku and En Wan tak pernah jemu makan.
Kalau di Bandung, selalunya lunch akan makan samada di Simpang Raya atau Sederhana.
Dua-dua ni pun makanan padang.
Walaupun hari ni makan sapi goreng, esok tetap makan sapi goreng jugak sebab tersangatlah sedap!
Sambal tu sepatutnya pedas, tapi yang kat PJ ni tak pedas lansung.
Aku kalau makan sambal always rasa pedas sebab aku tak tahan pedas.
So bayangkan kalau aku kata sambal tak pedas, maknanya memang tak pedas lansung la tu.



Bila dah order lauk, baru terperasan semua lauk aku pilih mak tak boleh makan.
Mak tak nak makan ayam, daging and seafood kecuali ikan.
Kat Sederhana ada ikan bakar tapi pakai tilapia which mak tak makan.
Nasib baik ada lauk siakap masak lemak cili api.
Happy tengok mak siap ratah lagi ikan ni, maknanya sedap la tu.



Lauk first time order - sambal tempe with petai.
Aku order ni dengan harapan dia sendukkan tempe lebih dari petai.
Sekali yang datang melanbak-lambak petai, yang tempenya ada la kuis-kuis.
Maka aku pun cubalah petai.
Eh sedap jugak petai rupanya.
Walaupun rasa busuk je dalam mulut aku, tapi bila gaul dengan sambal not bad juga.
Boleh la lepas ni try sambal udang petai pulak.



Lain pulak pesen kat sini.

Kalau di Indo, memang kedai nasi padang akan susun atur mangkuk macam ni tapi dalam mangkuk tu semua lauk-pauk.
Tapi di sini, dia display pinggang mangkuk je.
Lauk pauknya masih di periuk. 
Maybe tak sesuai kot cara tu dengan orang sini.
Orang sini segalanya nak panas, baru selera makan.



Because sistem dia di sini kena order dulu, jadi queue agak panjang dan sedikit lembab.
Patutnya follow je konsep macam di Indo, customer duduk je terus hidang lauk-pauk.





Mula-mula gelak dulu....






......lepas tu kita serius dan fokus pada makanan.


Not bad jugalah Sederhana PJ ni.
Lauk-pauk tak banyak beza dengan di Indo, cuma sambal tu macam perlu pedaskan lagi.
Aku tak sure if sambal dia ada banyak jenis, rasa macam tak nampak pulak jual sambal asing.
At least pedas macam sambal ayam penyet pun dah ok dah.

Kali ni lupa pulak ambik paru.
Selalunya di Bandung kitorang ambil paru.
Takde la special mana pun baru cuma paru goreng je tapi sebab dah jadi trademark makan nasi padang mesti ada paru goreng, so macam something missing pulak bila tak ambik.

Yang penting, teh botol.
Makan nasi padang dengan teh botol baru rasa lengkap.

Not bad, kitorang makan ni RM80.
Oklah tu, jimat banyak dah daripada kena book flight ke Bandung.




Restoran dia ni rupanya dekat sangat dengan kelas hoki Rayyan.
Setiap Sabtu konfem lalu depan ni tapi tak perasan lansung sebab dia tersorok di sebalik fly-over.
Payah kot nak nampak restoran ni kalau tak pakai waze.

Parking tak susah, depan-depan restoran ada.
Kalau tak pun, bawah fly-over ada ruang parking yang banyak, cuma kau menapak sikit la ke kedai.
Kitorang semalam dapat parking tepi bangunan je.



So pada yang belum pernah rasa nasi padang Sederhana, atau yang mencari-cari nasi padang Sederhana, boleh ke PJ.
Katanya ada satu di Shah Alam and Jalan TAR.
Silakan google.

Harap-harap lepas ni cawangan Simpang Raya pula ada sini.



Balik dari lunch, sambung lak makan eskrim.
Ya, begitulah perut seorang Diana.


Lifestyle blogging

$
0
0

Kelmarin aku buat post aku gi makan, kan.
Then ada blog reader bagitau "Rindu Kak Di buat post lifetyle macam tu lagi. Dulu blog Kak Di semua pasal lifestyle".

Ada juga yang pernah tanya "Dulu Kak Di suka share beli perfume. Sekarang Kak Di dah tak beli ke?"

Bila aku tanya En Wan blog aku dah tak macam dulu ke, En Wan cakap "Dulu awak cerita pasal lifestyle. Sekarang ada juga, tapi dah tak kerap macam dulu. Kalau ada celebration, atau pi jalan-jalan baru awak cerita, tu pun gambar dah tak banyak macam dulu".

Hmm...

Betul juga.
Bila diingat-ingatkan balik, dulu semua benda aku cerita.
Apa aku makan for dinner pun aku cerita, walaupun makan mee goreng bodoh.
Apa aku makan the night before pun aku cerita, walaupun cuma KFC.

Dulu, gambar-gambar aku semua seolah-olah aku snap guna disposable camera - malap and kabur.
Tapi bukan main konfiden aku tepek gambar kat blog hari-hari.
Jarang blogpost aku takde gambar.
Honestly, waktu tu I don't care kalau takde orang baca tapi ada jugak yang baca blog aku.
Yang mengutuk pun ramai, tapi mereka tetap istiqomah membaca.

Tapi tu lah dia, zaman kelam namanya.
Zaman di mana bukan sahaja gamba-gamba kelam, malap dan kabur, tapi juga dengan apa yang aku buat.
Like almost every part of my entrepreneurial career, I had no idea what I was doing.
Aku just menulis dan update blog sebab aku enjoy writing and enjoy menceceh.
Sebagai seorang sales yang dah biasa bercakap dan enjoy membagi explanation dengan sedetail-detailnya, sebab tu lah semua benda pun aku nak cerita kat blog.

But, let me tell you this.
Dalam situasi kurang berpengalaman dan kurang ilmu tentang sesuatu yang kita buat, determination makes the difference between where you are and where you want to be.
Masa start blogging, aku anggap blog adalah medium aku bercerita tentang life aku.
Aku tak terfikir lansung one day this blog akan gain followers.
Dan aku pun tak terfikir di kalangan followers ni ada 'hakim' yang judge segala benda yang aku buat, dan menjatuhkan hukum terus.
Aku kalau baca blog orang, aku setakat baca je.
Kalau aku tak suka, aku tak baca dah.
Kalau aku enjoy, aku baca.
Habis kat situ je.
But to some people, tak.

Lifestyle blogging ni sometimes nampak macam annoying kalau kau tak boleh relate dengan diri kau.
But if you can relate, you will enjoy reading lifestyle blog.

Masa aku buat lifestyle blogging, takde apa yang special aku cerita tentang life aku.
Nothing expensive to show.
Nothing exclusive to share.
Segalanya berkisarkan tentang life aku sehari-hari.
Pasal anak, skolah anak, sukan skolah anak, pasal ofis, gathering dengan kawan, outstation kerja, jumpa customer, pasal bibik, makan, beli barang dapur, beli barang rumah, shopping, buku - almost everything.
Tak semestinya kena shopping dulu baru boleh share.
Tak semestinya kena makan tempat best-best baru boleh update blog.

Tak sangka pula cerita biasa-biasa aku tu started gain some attention.
Dah mula ada followers.
Tak ramai, tapi ada.

Slowly, aku dapat a few offers.
The offers came in steadily.
Aku realized kat luar sana ada banyak brand yang ada banyak duit and they were looking to spend it with people like me - yang kuat menceceh.
Cuma waktu tu aku ada kerja hakiki dan kerja aku bukan duduk setempat.
Kebetulan pula aku in a journey membina company.
Some local brand purposely asked their agen to call aku directly because dorang nak aku review their product.

It was fantastic.
Tapi banyak offer yang terpaksa ditolak dengan berat hati atas faktor busy.
Eh bukan busy, tapi aku letakkan priority pada perkara lain.

Blog ni semacam satu "company" that was built on my reputation.
Aku dibayar untuk buat review sebab this little "company" berjaya menarik perhatian big brands kat luar sana because they enjoy and percaya kebolehan aku untuk menceceh produk dorang.

Tapi semakin lama aku berblogging, semakin aku narrow-kan focus pada content blog.

Bukan tak minat dah nak cerita pasal lifestyle.
Yang follow IG aku tahu aku tak pernah tinggalkan lifestyle blogging, cuma nak cerita panjang lebar macam dulu rasa takde masa dah.
Setakat tulis 1-2 perenggan kat IG tu bolehlah.

Writing lifestyle blog boleh mengundang macam-macam persepsi yang salah.
Slowly orang akan mula expect kau jadi seperti yang dorang nak.
Dan bila kau tak match their expectation, kau kena hentam.

The things is, you don't know me.
You only know your perception of me.
Walaupun aku sangat transparent dengan apa yang aku tulis, even I lead a very transparent public life [dengan baju pun sekali transparent] - kau sebenarnya masih tak kenal the actual me.

Sebab apa?

Sebab kau perceive aku through the lens you have created.

Contohnya, kalau kau first time kenal aku thru IG, kau akan anggap aku ni seorang ibu rumahtangga yang rajin masak untuk keluarga.
Sometimes aku masak pukul 3.30pm, kadang-kadang 4pm, di waktu semua orang masih kat tempat kerja.
Bila sesekali letak gambar kat opis, ada yang tanya "Puan, sebenarnya Puan ni kerja apa ya?".

Konfius agaknya dia, ingatkan aku tak keje, rupanya keje.

Kalau kau kenal aku zaman baju tak cukup kain pulak, perception kau mungkin jadi "Macamana la nak membentuk anak-anak kalau dia sendiri macam ni?"

Whatever you perceive about me [atau sesiapa saja di alam maya yang kau tak kenal sangat] adalah berdasarkan apa yang kau expect.
Bila aku tak seperti yang kau expect, kau label aku buruk, kau hentam aku kaw-kaw.
Padahal aku cuma tak meet kau punya expectation saja.

Contoh lagi aku nak bagi.

Yang follow blog aku dari zaman-berzaman tahu aku ada bibik.
Aku ada masa untuk update blog hari-hari, at the same time berkerja, outstation, jumpa orang sana sini - of course I had help.
Aje gila buat macam-macam kerja takde bantuan orang lain.

But for some people, when they realized the truth, the were pissed.
Dan kejam.
Juga keji.

Pernah ada orang tanya "Bersihnya rumah, macamana ya sempat buat semua?"

Bodoh-bodoh je aku reply "Oh, saya ada bibik kat rumah untuk tolong-tolong buat keje. Lagipun mak mertua ada. Suami pun tak kisah kalau saya kerja balik malam".

Then apa jadi?

"Orang selfish je yang choose work over family!"

Cukup keji?

Tak.

Ada lagi.

"Bolehlah berjaya, gajikan orang jadi mak kepada anak-anak dia siang malam".

Tapi aku faham kenapa dorang respond macam ni.
It's likely because that is who they are.

Mereka adalah mak-mak yang kepenatan bekerja, balik rumah nak kena uruskan anak-anak, nak siapkan makan family - tanpa bantuan.
Mereka adalah isteri-isteri yang scream for husband's help.
Takde bibik tolong.
Maybe suami pun tak boleh diharap.
Jadi bila aku ada pembantu untuk ringankan beban kerja, dorang jadi upset kerana they want this kind of life too tapi takdir tak menyebelahi.

Apa yang kau tak nampak hikmahnya adalah, kalau kau berada di tempat aku, mungkin kau tak kuat nak hadapi kecaman dan kutukan hari-hari.
Aku diberikan jalan hidup macam ni sebab Allah tahu aku sanggup.
Begitu juga dengan your life.
Kau dapat ujian tu sebab kau saja yang sanggup.
Allah yakin hanya kau je boleh tanggung stress takde helper menguruskan rumahtangga, sebab tu ujian tu kau dapat.
Allah tak yakin aku boleh carry stress takde helper, sebab tu aku diberikan helper.
Allah yakin pada kemampuan kau, malangnya kau tak yakin kau mampu melaluinya.
That's why kau easily get upset dan always sakit hati dengan life orang lain.

Walaupun macam tu, walaupun kelihatan macam ada yang tak suka, this little blog was read by hundred thousands of people every month.
Tapi aku faham the business behind this little "company" was upsetting to certain people, jadi aku perlahan-lahan kurangkan bercerita tentang lifestyle.
I keep certain aspects of my life quiet.
Biar semua tenang, mudah-mudahan semua happy.

Tapi tu la kan, bila kita tak tunjuk, mulalah orang bertanya akak dah tak beli ni ke, akak dah tak pakai ni ke.

"Akak dah tak beli perfume ke?"

Beli....insyallah, ada.
Tapi tak letak kat sini.
Letak dalam laci. Hahaha.






Khas untuk blog reader terchenta, 2 hari ni aku nak bagi korang jimat sikit duit pos.
Hanya RM1 kos pos per item.

Guna kod : RM1 POS


Crawl

$
0
0

Ahad malam yang lepas, En Wan ajak tengok movie - CRAWL.
Lama jugak ni aku tak layan cinema sebab takde cerita yang aku boleh layan.
Supeheroes, robotic and cerita seram memang bukan selera aku.
Crawl ni pun kalau ikutkan aku taknak tengok tapi nak bandingkan dengan Annabelle and Spiderman, baik aku tengok Crawl.

Tapi sebelum tu makan dulu kat Sushi King.

Sushi King ni dah makin tak best pulak.
Banyak menu-menu best yang kena dengan tekak aku, dah discontinued.
Ntah hape kena ntah.

Contoh Sukiyaki.
Ini menu ter-best untuk aku and En Wan.
Setiap kali masuk Sushi King memang kitorang order Sukiyaki.
Now takde dah.

Then Ebi Sushi.
Dulu ebi sushi ni always ada.
Aku kalau makan mesti 2-3 piring.
In fact, first time makan sushi, memang ebi sushi sahaja yang aku boleh makan sebelum pandai makan sushi lain.
Pastu takde dah.

Semalam, aku ingat nak makan Yakiniku.
Yakiniku ni lebih kurang macam Sukiyaki tapi sushi version.
Alih-alih takde dah.
Ntah hape-hape.
Nak melingkupkan diri sendiri ke camne ceritanya ni.



Nasib baik ini ada lagi.

Ini sushi wajib Rayyan.
Tapi kalau dia makan, dia ambil cheese and ayam je, nasi tinggal.



Dah tak tau nak makan apa lagi, aku order je la ini pulak.

Actually banyak lagi sushi yang ada macam egg sushi, salmon sushi, sotong sushi, timun sushi - tapi ni semua sushi kategori tak berapa best sangat [hahahhaa].

Last-last 2 piring ni je aku makan.
Macam tak berbaloi je masuk Sushi King setakat makan 2 piring.




Nasib baik miso soup ni ada.
Tapi soup ni memang konfem akan sentiasa ada sebab ni je pun soup Jepun.

First time makan miso soup tahun 1989 di Jepun.
Baru real namanya makan makanan Jepun di Jepun.
Tapi masa tu kecik lagi, tak faham.
Tekak pun melayu sangat, tak berapa reti nak makan makana insternasional.
Nak perabiskan satu mangkuk miso hazab benar rasanya.

Sekarang?
Sekarang makan miso soup tak pakai sudu, hirup terus dari mangkuk [ini En Wan ajar].



Dah takde arah nak makan, pilihlah Udon.
Aku tumpang sesudu.



Makanan Jepun ni bak kata En Wan, rasanya tak jauh beza pun cuma dorang suka pelbagaikan presentation.

Contoh udon ni.
Kuahnya kuah miso yang tak berapa pekat.
Letak mee, campak sayur and crabstick with mushroom.
Settle.

Kalau kita punya resepi renyah dengan segala macam rempah.
Tengok resepi mee bandung je cukuplah, terus hilang mood aku nak masak.



Ok movie CRAWL.

Sebelum booking tiket aku dah check rating dia 6.8/10.
Selalunya movie yang rating below than 7.0 aku malas nak tengok.
Tapi takpelah, dah En Wan ajak sangat, aku tengok je la.
Kalau tak bestm aku pejam je mata apa adehal.

Cerita tentang seorang anak yang cuba locate ayah dia semasa taufan melanda area tempat tinggal.
Dia jumpa truck ayah dia di rumah lagi satu, tapi ayahnya takde dalam rumah.
Kat luar ribut taufan dah menggila.
Cari punya cari, jumpa ayah terlantar cedera kat bawah rumah [macam basement dalam rumah].
Masa dia cuba nak heret ayah dia keluar dari basement, ada buaya besar [alligator] attack dia.

So kisahnya ni berkisar tentang dua beranak tu cuba escape dari basement rumah sendiri.

Alligator tu asalnya dari paya berhampiran rumah.
Bila air paya naik dek kerana hujan ribut tu, alligator dalam paya bertempiaran anik ke darat.
Some of them masuk rumah dia ikut saluran paip kumbahan.

Memang banyak scene-scene attack dari buaya-buaya.
Pak incik aku ni pun boleh terkejut-kejut, inikan pulak aku.
Nasib baik bukan aku sorang je yang terpekik dalam cinema tu, so takde lah malu sangat.
Tapi lama-lama aku penat terkejut, aku pejam je mata terus.

Ada la kot dalam 20-30 minit pertama aku bukak mata, bila buaya tu start nak meng-attack je kejenya, aku terus tutup mata.
Bukak sikit-sikit je.
Dari bunyik movie tu aku cuba gambarkan scene dia.
Aku rasa imaginasi aku jauh lebih seram dari cerita sebenar. Kahkahkah.

Gitulah hakikat sebenar aku kalau tengok apa-apa movie yang ganas-ganas.
Tak pernahnya direct tengok sampai habis.
Mesti nak kena pause-pause.
Kalau tengok cerita bergasak, kejap-kejap aku pause, hilangkan debaran kejap.
Buat air kejap pastu sambung balik.
Kadang tak sampai 10 minit pause lagi hilangkan seram pulak.
Satu movie kadang tu ambik masa 3 hari baru habis tengok.

En Wan kata aku ni patut tengok katun je.
Eh tapi kan Tom & Jerry tu pun kalau dibuat dalam bentuk filem nescaya aku pause-pausekan juga.
Aku memang tak suka cerita ada unsur-unsur jahat, pukul-memukul, bunuh, dera.
Cerita seram lagi lah, memang tak payah ajak aku tengok lansung patutnya.
Aku suka tengok cerita yang sweet-sweet, yang mengajak untuk berfikir, yang tenang-tenang.
Tapi kadang-kadang layankan juga la cerita-cerita thriller, crime and horror, cuma bertahanlah sampai 3-4 hari baru settle.

Kesimpulannya, cerita CRAWL ni ok.
Buaya nampak real.
Adegan suspen pun tak dibuat-buat.
Walaupun 60% of the story berlaku kat kawasan gelap [basement], tapi dia takde adegan yang membuang masa.

Contoh cerita yang banyak adegan buang masa is The Nun.
Dia punya elemen seram bukan main lagi, tapi sebenarnya takde apa pun.
Penat aku tutup mata.

The Crawl, 30 minit awal dia kau bertenang-tenang.
Lepas tu kau masuk ke zon berdebar-debar sampai habis cerita.

Tak sesuai bawak anak-anak.
Yang tua pun terperanjat je kejenya, kalau budak-budak mau mengigau malam-malam.
Yang sakit jantung, darah tinggi, dan orang tua tak payah la tengok.
Duduk je kat rumah tengok cerita Korea.


Viewing all 2732 articles
Browse latest View live