Quantcast
Channel: walk on wings, tread in air
Viewing all 2773 articles
Browse latest View live

Tiru atau terinspirasi?

$
0
0

Semalam and kelmarin 4 orang tag aku kat satu post di FB.
Post tentang ada sorang lady ni gambar dia anak-beranak kena plagiat.
Blog reader ni semua tag aku sebab dulu aku ada kes ni.

Kes lama dah tu, sebelum aku bertudung. Yang tau, tau la.
Masa tu blog aku ni penuh dengan gamba.
Time tu aku banyak cerita tentang rutin seharian.
Apa aku masak, mana aku pegi, apa aku buat, apa aku beli, gambar family and bibik jangan cakap lah, bersepah-sepah dalam ni.
Antara larat dengan tak larat je nak tengok.

Kebetulan pagi ni FB memories keluarkan ni :



Macam di plan-plan pulak FB memories ni suruh aku buat entry ni 😂.
Kes 4 tahun lepas.
Padahal masa tu FB aku ni aku tak open to public, hanya yang dalam frenlist je boleh nampak post-post aku.
Maknanya this lady ada dalam list.

Ni salah satu kes antara a few cases yang aku pernah kena.
Jangankan kata lempeng aku, dengan caption-caption aku sekali dia sebat.
Alahai comel nau perangai.

Tak sangka pulak dalam ramai-ramai yang baca tu ada yang berkenan dengan life aku.
Punyalah dulu aku banyak haters, masih ada gak yang teringin nak jadi aku.
Dia ingat seronok nau gamaknya jadi Diana Ishak ni.

Dulu, agak lojik kalau kes-kes copycat ni wujud sebab tahun 2007-2009 media sosial belum mantap macam sekarang.
Jarang orang boleh detect.
Tapi kalau tahun 2018 masih lagi ada orang yang berani immitate someone's personaliti, berani curik gambar-gambar family orang tu mengaku famili sendiri - ni memang spesis hati kering punya berani.
Zaman sekarang ni network lebih meluas.
Kejap je orang boleh tangkap kau curik gambar orang lain.

Imitating doesn't brings out the real you lah, sayang.
Nak jadi orang lain untuk apa.
Untuk tarik perhatian orang lain?
Kelam sangat ke hidup sendiri sampai nak jadi orang lain?

Ya, aku faham bukan sikit-sikit orang yang takut nak create new path.
Life is easy when we do what others are doing, kan.
Takut nak start sesuatu yang baru, takut tak boleh berdepan dengan cakap-cakap orang.
So we tend to copy apa yang best dalam diri orang lain.

Perasan tak, banyak kes copycat ni semuanya copy life-life yang surface-nya nampak best.
Dia hanya copy certain things je.

Contoh macam kes copycat aku dulu, budak tu tak copy semua.
Mana-mana entry yang dia rasa cool, dia ambik.
Mana-mana gambar yang dia rasa boleh menonjolkan 'diri dia', dia ambik.
Apa yang dia ambik tu semuanya yang dia rasa boleh menarik ramai followers.
Nampak sangat hidup sekadar nak dapatkan perhatian manusia.

Biasa dah kita tengok anak-anak akan tiru apa mak bapak buat.
Remaja tend to tiru role model masing-masing (kalau zaman aku dulu artis).
Students akan contohi cikgu.
Leaders tiru mentor.
Takde yang salah pun.

The issue now is, kau pi copy bulat-bulat.
Kau tiru personaliti.
Kau plagiat hidup dia and act as if itu hidup kau.
Kalau kagum, apsal tak berterys-terang dengan dorang, "Aku kagum dengan kau lah".
Let them know kau kagum dengan dia.
Be friends kalau boleh, lama-lama nanti kau akan terinspirasi secara sihat.
Ni tak, kau pi copycat.
Mana tak kena hencap.



Another kebetulan lagi hari ni, ada sorang reader DM aku screenshot ni.
Ini entry aku dalam blog, lupa dah tahun bila.
Aku share tentang sikit amalan yang aku buat, kot-kot lah nak follow.

Ada beza ya antara "inspired by someone" dengan "pinjam personaliti someone".
Ini contoh "inspired by someone".

Atau contoh lain, kau attend wedding reception yang sangat wow, dan kemudian kau buat ala-ala macam tu for your own wedding.
Ini pun namanya terinspirasi.

Wedding anniversary aku yang lepas pun ramai yang tanya pakej sebab nak buat macam tu jugak.
Siap tanya lagi En Wan pakai apps apa buat video untuk aku.
Dia tak pakai apps, dia instruct staff dia buatkan 😂.

Ini semua namanya "inspired by someone".
Kau buat cara kau tapi idea asalnya dari someone.

Awal-awal blogging dulu, writing style aku menggila.
Rupanya ramai yang suka style macam tu.
Pastu dapat beberapa 'aduan' si polan sini tiru style aku, si polan sana tiru style aku.
Sebenarnya itu bukan tiru. Itu namanya terinspirasi, and I'm fine with that.

"Tiru" tu macam those yang gunakan nama orang lain, gambar-gambar orang lain, post-post orang lain dan copy buta-buta, lepas tu berbangga pulak bila orang puji dia cool. Ewahhh.

Tapi, ada yang lagi teruk dari tu.

Jenis yang dah la dia copycat kita, pastu kondem pulak semua benda yang kita buat.
Ini sejenis penyakit.
Bukan penyakit contagious.
Tapi aku mohon tolong jangan membiak.




Terlupa sungguh aku nak highlite pasal bawal plain ni.
Ada lagi, tapi rasanya dari 19 warna, tinggal a few warna je.
Korang KLIK SINI, check kod warna yang korang nak dulu, pastu tanya.



Ada faedahnya patah hati.

$
0
0



Ujian Allah datang tak kira samada kita baik, jahat, miskin atau kaya.
Orang miskin diuji, orang kaya pun sama
Sebagaimana rakyat diuji, yang jadi raja dan menteri pun
In fact, ujian raja, menteri dan orang-orang kaya boleh jadi lebih berat dari ujian yang rakyat dan orang miskin rasa.
Jangan ingat orang miskin je menangis bila diuji.
Raja-raja tu sendiri kalau diuji tetap rasa takut.
Kita tak tau entah-entah those yang ada kuasa dan kaya-raya ni lagi banyak menangis dan lagi besar ketakutan yang menghantui hidup dorang.

The point is kita semua pasti diuji sebelum maut menjemput.
Yang tak pasti cumalah apa bentuk ujiannya, samada dengan kesusahan atau kesenangan.

Allah uji bukan nak tengok sejauh mana kita selesaikan masalah.
Tapi bagaimana sikap kita semasa menghadapi ujian tu.
Kerana sikap kita tu nantilah yang akan diminta untuk dipertanggungjawabkan bila kita kembali pada Allah.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al-Baqarah 214).

Kalau kita rasa kita dah buat semua kebaikan dan amalan, cuba fikir kejap.
Kalaulah amal soleh kita jadi benteng ujian, takkanlah Nabi pun terima ujian, betul tak?
Nabi amalnya jauh lagi hebat dari kita, pun masih lagi diuji.
Kita ni solat sunat baru 2 rakaat, tu pun belum tentu khusyuk tapi dah berharap hidup smooth sampai akhir hayat.
Takkan boleh macam tu.

Cara Allah bagi reward tak sama macam manusia.
Manusia kalau bab reward nak yang best-best aja.
Kadang tu belum buat apa-apa dah tanya dulu reward apa bakal dapat.
Reward tak best taknak buat.

Reward yang kita nak dari Allah ni syurga.
Syurga pulak ada macam-macam level.
Bila Allah nak kita dapat tempat tinggi dalam syurga, takkan boleh kita dapat dengan sekadar amalan dan ibadah.
You will not be able to get to these high places kecuali dengan mengharungi ujian untuk angkat darjat.

Lagi satu kena faham selalunya bila diuji baru kita sedar kita lemah, baru kita cari Tuhan.
Selagi tak diuji, kita akan terus rasa selesa dengan cara kita sekarang.
Bila kita diuji dan tak ada tempat nak mengadu, masa tulah baru kita teringat kita ada Dia.
Waktu tu lah kita kenal khusyuk dalam solat.
Masa tu lah kita rendah hati.
Barulah dapat merasa nikmatnya ibadat.

Dalam keadaan senang, selalunya solat pun boleh terbabas.
Berzikir pun jadi lupa, lagikan nak baca Quran.
So, kalau ujian tu membuatkan kita semakin dekat dengan Allah, kan bagus namanya.

Kalau dulu diuji dengan masalah relationship, akhirnya membuatkan kita kembali mencari Dia.
Dan sekarang pun diuji lagi dengan masalah yang sama, boleh jadi relationship tu Allah tak redha.
Bagi kita takde yang salah, tapi Allah nampak kat mana yang salah.

Tak ada istilah iman kosong.
Selagi kita masih percaya adanya Allah, itu namanya masih beriman.
Yang ada cumalah iman yang turun naik.
Iman menurun tu wajar, tapi jangan sampai hilang terus.

Ibadah kadang-kadang memang harus dipaksa.
Kalau tetiba datang rasa malas nak solat, itu biasa.
Tapi kita kena biasakan paksa solat juga.
Kan ada hadis yang perintahkan pukul anak kalau taknak bersolat.
"Pukul" tu bermakna paksa.

Tak kira apa jadi antara kita dengan Allah - tetap solat.
Tak kira apa jadi dengan hidup kita - tetap solat.
Tak kira kita ada kat mana - tetap solat.
Even kalau orang kata kita "Kau ni, mulut jahat, perangai macam munafik, baik tak payah solat!" - NO, tetap solat!
Sebab solat ni urusan kita dengan Allah, bukan dengan orang lain.

Tak pasti apa yang buatkan this reader 'down'.
Boleh jadi ada kaitan dengan boifren buat perangai?
Atau baru lepas break dengan boifren?
Atau boifren senyapkan diri jarang contact?

Not sure.

Yang pasti ada kaitan dengan tu sebab dia ada mention masalah sekarang adalah kawan-kawan dan boifren.

Kalaulah cinta penyebab rasa down, please....jangan jadikan cinta penyebab kita lupa Tuhan atau bermalas-malas nak jumpa Tuhan atau give up dengan hidup.

Look.

Kalau dia tinggalkan kita sedangkan kita baik.
Kalau betul kita setia, dia yang curang.
Kalau betul kita sabar dengan semua sikap buruk dia.
Kalau betul kita dah lakukan segala yang terbaik tapi dia masih tak puas, itu maknanya dia yang bodoh.
Kenapa kita nak menangis bila orang bodoh tinggalkan kita?
Kenapa nak sayang-sayang kat orang bodoh tu lagi?
Ke kita yang bodoh?
Patutnya bersyukur kita cuma hilang orang terbodoh dalam hidup, so tak perlu regret, tak perlu nak meratap sampai hilang mood.

Ni lagi satu aku nak pesan kat ladies.
Kalau boifren kita buat hal nak kat pompuan lain walaupun kita baik, kita setia, dan kita berusaha sedaya upaya pertahankan hubungan, dah lah.
Dia nak sangat pegi kan, kau lepaskan je lah.
Nak menangis 1-2 minggu boleh, tapi jangan meratap lama sangat sampai takde mood, nak mati lah apa lah. Just don't!

Kau kena sedar betapa beruntungnya bila Allah lepaskan kau dari someone yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada.
Apa yang Allah ambik, Dia akan gantikan dengan yang jauh lebih baik.
Cuma Allah hold kejap until waktu yang tepat then, TADAAAAAA!
Dia akan hadirkan orang yang lebih baik untuk teman kita.
Masa tu nanti baru kau sedar betapa baiknya Allah sebab gantikan someone yang kau pernah hilang dengan someone yang lebih baik.

Those yang takde mood nak solat sebab masalah cinta, rugi!
Boifren/girlfren boleh dicari lain tapi pahala ibadat yang sengaja ditinggalkan dan yang dibuat acuh tak acuh takleh ganti dah.

Selalunya, orang yang pernah kecewa dalam bercinta, once dia bercinta lagi, level calon suami/isterinya otomatik naik.
Kalau dulu dia terima seadanya, tak solat pun takpe, asalkan keje besar.
Tak hensem pun takpe, asalkan kaya.
Bila dia bercinta lagi, dia akan lebih teliti.
Dia akan start ambik kira urusan agamanya macamana?
Akhlaknya macamana?
Setia ke tak?
Bertanggungjawab ke tak?
Sometimes, ada faedahnya juga bila patah hati.
Allah jadikan kita lebih selektif memilih pasangan hidup.

Kat dunia ni takde total happiness.
Total happiness hanya ada kat akhirat.
Selagi kita hidup kat dunia ni, get prepared dengan macam-macam ujian yang akan datang.
Kalau tak nak diuji, jangan hidup kat dunia ni. Pindah dunia lain! (eh macam pernah dengar je hawa-hawa statement gini 😂).





Ni list free gift yang kita offer.
Rupanya boleh pilih nak yang mana, aku ingatkan tak boleh pilih.
Maklumlah, jarang attend meeting so tak tau rules 😂.
August Promo masih valid sehingga 10 Ogos.

By the way, yang last month beli pakej RM100 Nutrijuice tu, korang ada dapat diskaun kod, kan?
Tak reti-reti ke nak redeem kod diskaun tu.
Valid 10 Ogos jugak tu.



Jatuh susah.

$
0
0

Kelmarin time nak tido En Wan tanya aku :

Part 1

En Wan : Kalau abang susah, Di nak tak kat abang?

Aku : Tak.

Senyap.

Pastu dia tanya lagi.

Part 2

En Wan : Kalau tiba-tiba abang jatuh susah, Di stay tak?

Aku : Tak.

Pastu terus dia tak tanya-tanya dah.

Kalau tanya soalan ringkas, aku jawab pun ringkas la kan.
Kalau expect orang jawab "yes", maka soalan tu biar jelas.

Aku pernah sembang-sembang dengan dia pastu masuk ke bab calon isteri.
Aku kata ada some kawan-kawan aku tak kisah pun bakal isteri blaja tinggi ke tak, kerja besar ke tak, yang penting baik.
Then aku tanya pernah tak dia terfikir nak cari calon isteri macam tu.

Dia kata "Tak. Abang dari awal dah plan bakal isteri mesti blaja tinggi, bijak dan bekerja".

Ok now aku nak explain isu tadi.

Kalau seorang lelaki boleh pilih kriteria bakal isteri, kenapa perempuan tak boleh pilih kriteria bakal suami pulak?
Orang perempuan pun ada gak taste.

Jadi, bila En Wan tanya aku if aku boleh accept dia atau tak kalau dia susah, memang jawapannya tak lah.
Oh pandai. Kau set kau punya kriteria boleh, abis aku ni nak suruh terima lelaki seadanya? No way!
Aku pun ada gak kriteria yang aku nak.
Mana boleh main sebat je asalkan kawen.
Ingat kawen ni kerja 2-3 bulan ke.
Kalau boleh nak sampai hujung nyawa, masing-masing mesti be prepared.

Macam ustaz aku ada cakap, "Memang betul seseorang boleh berubah. Tapi kan lebih bagus kalau kita selidik dulu akhlaknya, agamanya, solatnya. Kalau solat pun ke laut, kan lebih baik uruskan solat dulu sebelum nikah?"

Ada betulnya apa ustaz cakap.
Sama lah jugak dengan kawen.
Kalau kau tau dah susah, uruskan apa yang patut dulu.
Jangan aniaya anak orang oi.

Aku dengan En Wan pun start dengan bersusah-susah jugak, bukan terus-terus dah senang.

Tapi maksud "susah" yang aku nak cakap ni adalah sejenis susah yang disebabkan oleh sifat pemalas diri sendiri.
Dah tau susah, taknak kerja.
Ada kerja, buat sambil lewa.
Dah la bini sorang kerja, yang dia duduk rumah ayun telur 24 jam.
Rumah pun tak reti nak kemas, nak mencekik perut sendiri pun tunggu bini siapkan.
Spender sendiri pun tak reti lipat.
Jenis ni mati lagi bagus. Hidup lama pun tak mendatangkan pekdah.

Jangan serkap jarang kalau nampak pompuan tinggalkan boifren untuk ke lelaki yang lebih kaya.
Jangan simply tuduh pompuan mata duitan, materialistik kalau tak tau hujung pangkal cerita.
Dia pun ada hak nak bina masa depan dia.
Dah kalau ada lelaki yang lebih baik nak kat dia, why not?
Yang kau pun apa sebab nak kat dia, apesal taknak orang lain?
Kalau betul kau tak memilih dah lama kau mintak mak kau pinangkan sesape je.
Sebab kau pun taste kemain, kan.
Adil ke bila kau boleh pasang kriteria calon bini tapi perempuan takleh pasang kriteria dia pulak?

Lebih 20 tahun lepas (kalau tak salah aku), ada sorang artis perempuan ni katanya refuse to accept pakwe dia sebab nak terima lamaran sorang ahli perniagaan yang jauh beza usia.
Ahli perniagaan tu kalau tengok paras rupa memang out lah.
Jauh beza denggan boifren artis ni.
Kalau nak kata sepadan dengan artis ni, memang sekali imbas tak sepadan lansung.
Tapi dorang kawen jugak.

Masa aku matrik (or maybe skolah menengah), terserempak dengan artis ni and her husband kat Sungei Wang tengah shopping.
Memang cun gila artis ni rupanya in real life.
Dengan putihnya, dengan bergayanya, dengan cantiknya - tengah pilih handbag.
Kat belakang dia ada beberapa orang (rasanya bodyguard) and the husband.

Terus aku teringat kat statement artis tu dalam paper "Saya perlu memikirkan masa depan saya juga".

Kalau pemahaman makcik-makcik bawang, statement dia ni seolah-olah nak bagitau "yes, aku nak kawen laki kaya supaya hidup senang".

Tapi lojik kot apa dia kata.
Dia hanya artis, rasanya tak blaja tinggi.
Belakon ni nasib-nasib je, sampai satu masa orang taknak tengok kau dah.
Waktu tu kita dah berusia, anak dah membesar, banyak duit nak pakai.
Jadi, bila dia kata dia memikirkan masa depan, tak semestinya dia pikir nak hidup mewah sorang-sorang.
Tapi dia memikirkan nasib anak-anak dan mak bapak dia sama.
Boleh jadi dia ada tanggungan lain waktu tu, entah adik-adik masih bersekolah ke apa ke.

Alhamdulillah artis ni kekal dengan suami dia sampai akhir hayat.
Walaupun jalan cerita dia berjumpa jodoh tu mendatangkan macam-macam kecaman, kalau dah namanya jodoh, tetap jodoh.

Masa aku accept En Wan dulu pun gitu lah ceritanya.
Some people ingat aku tinggalkan ex-bf sebab aku nak lelaki yang kaya, yang lagi pandai, yang lagi better look.
Padahal ada sebab lain aku aku tinggalkan ex-bf yang orang lain tak tau, hanya kawan-kawan baik je tau.
Kebetulan pulak lelaki yang aku pilih tu serba-serbi better dari ex-bf, lagilah mengundang kecaman kan.
Nampak benor la aku yang jahat.

Ok sambung Part 2 pulak.

Yang Part 2 ni tricky sikit sebab soalan En Wan "Kalau dia jatuh susah...".

Jatuh susah kat sini ada banyak maksud.
Kalau maksud "jatuh susah" tu adalah disebabkan kilang dia bankrup, ok itu something yang kita tak boleh elakkan sebab kita hanya makan gaji.
Tapi, kalau kau yang resign lepas tu takde ikhtiar untuk cari kerja lain - ok yang ni namanya sengaja cari susah.
Pastu nak suruh aku stay? No way.

Ya, aku tau nampak macam keji nau perangai nak tinggalkan laki bila laki jatuh susah.

Look.

Bagi aku, bila kita dah hidup bersama dan ada anak, priority dah letak kat anak, bukan lagi kat diri sendiri.
Zaman aku hidup senang bergaya-gaya ni dah berlalu dah, now is zaman untuk anak pulak.
Aku dah takde masa nak semakkan otak pikir masalah lain especially masalah laki yang taknak kerja, taknak accept jawatan rendah dan gaji murah semata-mata jaga ego.
Apetah lagi lelaki yang mampu untuk kerja tapi memilih untuk jadi stay-at-home-father uruskan anak-anak manakala isteri cari rezeki.

Helooo...???

Walaupun kau baik hati sebab tolong jaga anak, ambikkan anak pegi balik skolah, tolong masak, tetap tak menjadikan kau lelaki yang bertanggungjawab bila kau biarkan bini kau sorang cari duit.
Mana tanggungjawab kau sebagai suami yang perlu sediakan tempat tinggal, makan, pakai dan nafkah.
Ni ke namanya kepala keluarga?
Apa ingat ni barter system ke.

Ada sorang kawan aku yang terpaksa berenti kerja sebab berpindah.
Masa tu dia dah ada anak.
Isteri dapat kerja lain, dia masih belum.
Tapi dengan education background yang dia ada, dia create seminar and talk.
Panjat bulding sana sini untuk offer seminar and workshop.
Kiranya dia sebagai organizer sahaja tapi speaker dia ambik orang lain.
Untung tak banyak, tapi ada.
Dan dengan duit itu dia top-up apa-apa yang patut dalam rumahtangga.

Allah dah janji rezeki tu dah ada, tapi tak semua rezeki kita tercampak depan mata everyday.
Ada yang kita kena ikhtiar.
Dapat tak dapat lain cerita sebab Allah nilai dari segi usaha kerana usaha itu ibadah, bukan dari banyak mana kita dapat.
Banyak tak banyak tu Dia dah set awal-awal lagi.
Semua orang akan dapat rezeki yang tak terduga, tapi rezeki yang tak terduga ni mungkin akan sampai lagi 15 tahun.
Habis, sepanjang 15 tahun ni takkan kau nak melanguk je, betul tak?

Mesti usaha cari duit.
Ini bukan soal gaji rendah atau gaji lagi tinggi dari isteri, tapi ikhtiar.
Kalau orang lain aku tak tau, tapi kalau aku, aku tak kisah bab duit kalau untuk rumahtangga provided suami pun sama-sama bekerja.
Tapi kalau kau dah tau punca kau jadi susah adalah kerana diri kau sendiri, dah tu malas nak cari kerja lain pulak, sorry aku angkat kaki, jalan.

Bila usia dah menganjak 40an, aku mengharapkan hidup yang stabil.
Usia macam ni kalau boleh aku dah taknak fokus sangat pada urusan dunia like zaman muda-muda dulu.
Dulu zaman berhempas-pulas, keluar gelap balik gelap.
Now no more new loans, fokus untuk settlekan hutang-hutang yang masih berbaki dan just jalani apa yang dah ada je.
Bukan zamannya untuk hidup backwards and start all over again.

Betul, hidup dalam alam perkahwinan kena sama-sama bersiap-sedia untuk apa saja kemungkinan.
Siap-sedia untuk menerima kelebihan dan kekurangan.
Tapi MALAS tetap takde tolak-ansur.
Sebab "malas" adalah sejenis penyakit.
Duduk dengan orang malas ni kau jadi extra penat tau.
Bukan hanya penat sorang-sorang bekerja tapi vibe negatif dorang tu sangat kuat.
Kau akan jadi stress dan cepat marah bila duduk dengan orang malas.
Lama-lama energy kau drain.

Lagi satu jenis "jatuh susah" adalah bila kau susah disebabkan kebodohan diri sendiri buat hutang, buat new loans, pinjam ah long, cagar situ sini, pastu takleh bayar balik.
And you expect me to stay demi cinta? Jangan haraplah.
This is not susah-senang bersama.
This is kau senang sorang tapi bila susah aku kena sama-sama tanggung.

Ramai isteri-isteri yang kena hadap benda-benda macam ni.
Suami buat perangai, tapi bab susah, kena sama-sama tanggung.
Dek kerana nak jadi isteri mithali, tanggungla jugak masalah tu sampai tali bra dah lunyai pun tak mampu ganti.

"Bagi wanita berhak mendapatkan perlakuan ma'ruf, sebagaimana ia wajib memperlakukan suaminya dengan ma'ruf " (Al-Baqarah 228).

Perintah kat sini supaya isteri tak mengecewakan suami dan suami tak buat sesuka hati kat isteri.

Nak jadi mithali tak perlu sampai jadi bodoh. Ikutlah dengan ilmu.




Ramai tanya guideline nak dapatkan diskaun kalau beli kat website.
Ok ni caranya.
Pastikan bila dapat one-time kod diskaun tu copy and paste.
Kalau tak, dia takkan detect diskaun.


Harga kawan-kawan

$
0
0

"Macamana Kak Di respond to sedara-mara yang nak beli produk akak dengan harga diskaun?"

Ni question yang aku selalu dapat dan dah banyak kali aku explain.
Tapi takpe, aku memang suka explain lagi dan lagi.

Memang ramai yang hadapi masalah ni, kan?
Nak-nak lagi di kalangan yang self-employed (buat kerja sorang-sorang tanpa staff).
Selalunya golongan ni lebih susah nak elak dari tak bagi diskaun.
Walaumacamanapun, tak terikat untuk tak boleh memberi diskaun.

Ini kerana, bila kita bekerja sendiri (dan sorang-sorang), kos operation lebih rendah.
Lebih senang nak project sales and kira untung rugi.
Lagipun duit yang dapat masuk ke poket sendiri.
Nak bagi diskaun memang boleh sangat-sangat.
Antara nak bagi dengan taknak je.
Walaumacamana pun bergantung pada kos barangan juga.
Kalau kos pun tinggi dan untung tak banyak mana, tak boleh jugak nak bagi diskaun.

Dulu masa aku run bisnes dari rumah, siapa nak diskaun aku letakkan syarat kena beli lebih dari satu.
Ni baru namanya win-win.
Successful negotiations require give-and-take.
Mana boleh kau win sorang.

Kalau kawan-kawan and sedara-mara memang aku bagi 'harga sedara-mara'.
Tak banyak mana pun, janji diskaun sikit.
Kalau kau nak tengok ramai mana sedara kau, time ni la.
Tak tau hujung pangkal tetiba ramai pulak mengaku kenal aku.

Tapi, bila aku dah run a bisnes (dah ada staff), no more harga sedara-mara atau harga kawan-kawan.
Ni kalau orang yang tak paham nanti dia kata "mentang-mentang dah berjaya, sombong dah dengan member. Diskaun sikit takleh".

Bukan macam tu ya.

Bila kita dah ada staff, segala duit yang masuk adalah hak syarikat, bukan masuk kat poket aku lagi.
Ya, aku tau itu bisnes aku tapi ada hak pekerja dalam setiap sen yang masuk.
Duit yang masuk tu adalah gaji, bonus dan increment staff.
Aku tak boleh sesuka hati bagi diskaun harga sedara-mara, harga kawan-kawan, harga jiran hanya kerana kita kenal sesama kita.
Kalau aku bagi diskaun, bermakna aku dah mengurangkan bonus dan increment staff.

Ya, nampak macam "Alah berapa sen sangat pun kalau bagi harga kawan-kawan. Tak luak pun untung kau tu".

Sebab kau rasa kau sorang je yang mintak diskaun, kan.
That's why kau nampak macam untung tu tak luak.

Friendship is a two way street.
Kau tak boleh expect take without giving.

Ni tak.
Ada yang "Kalau beli harga sama dengan HQ, baik aku beli kat HQ terus!"

Kalau kau boleh beli dengan harga normal pada third party, kenapa dengan kawan-kawan kau tak boleh beli dengan harga yang sama?
Kan ke bagus kalau kau dapat beli dari kawan, someone yang boleh kau percaya.
Melainkan kau dengan HQ ada strong connection, then beli la terus dengan HQ.
Dia senang cerita macam ni la, kalau seller tu nak bagi diskaun, he/she will offer it before you even ask.

Selalunya aku elak entertain orang yang gunakan friendship dah hubungan darah untuk diskaun.
Kita boleh hang out sama-sama, aku belanja.
Sebab aku belanja guna duit gaji aku.
Tapi kalau mintak diskaun, itu duit syarikat dan aku tak boleh sesuka hati buat macam tu.
Melainkan beli banyak, ok kita boleh bagi kelonggaran.
Tapi kalau beli seketul mintak harga macam harga agen, memang taklah.

Benda-benda macam ni memang payah sikit nak explain kat orang yang taknak hadam.
Patutnya bila kawan atau sedara kita berbisnes, itulah waktunya kita gunakan peluang untuk mintak nasihat atau explanation tentang produk dengan lebih detail.
Sedara kau tuan punya produk.
Kawan kau founder produk yang kau guna.
Kalau aku, aku lagi senang berurusan dengan kawan-kawan sendiri.
Nak tanya macam-macam tentang produk pun masa ni lah.
Aku anggap itu adalah investment.
I pay full, in return I get worthy support.

Dulu masa tengah hot Young and Living produk, aku pandang je, nak tanya lelebih karang, kalau aku tak beli orang marah pulak.
Rupanya kawan aku ada jual.
Masa ni la aku tanya kaw-kaw.
Dan aku beli dengan dia 3 diffuser terus, pueh hati punya pasal.

Senang berurusan dengan orang yang kita kenal, satu hal.
Satu hal lagi, kita lebih percaya.
Kurang risiko nak kena tipu.
Aku ni pulak jenis malas nak serabutkan kepala kejap-kejap nak check tracking number, kejap-kejap nak tanya "barang saya dah pos?"
Dah kalau seller tu di kalangan kawan atau sedara, aku lebih lega.
Aku tak mintak diskaun.
Yang lebih penting, aku dapat barang and senang nak tanya apa-apa kalau perlu.

Ada orang suka bila kawan-kawan buat bisnes supaya boleh dapat harga murah.
Ada orang lain pulak suka bila kawan-kawan buat bisnes supaya urusniasa jadi lebih lancar.
Tapi ada juga orang yang dah tau kawan buat bisnes tapi sanggup beli dengan orang lain untuk dapatkan produk yang sama.

Siapa ada kawan jenis ni?

Aku pernah gak dapat a few luahan hati pasal ni.
Kawan tau yang dia jual barang A, tapi kawan pi beli dengan HQ padahal harga sama je.
Yang menjual barang A ni elok je keje satu building yang sama tapi taknak pulak dibelinya dengan dia.
Gigih pulak request kat HQ "Jangan letak description barang tau", takut kawan yang menjual tu nampak dia beli apa.

Sorry, aku takde komen tentang hal ni.
Itu pilihan masing-masing.
Dia nak support member atau tak, itu pilihan dia.
Asalkan dia tak buat taik kat bisnes kau dah cukup bagus.

Ada sorang reader pernah bagitau kawan dia tau dia jual produk A tapi kawan asyik promote seller lain yang jual produk yang sama.
Tak pernah pun promote dia.

Dalam kes macam ni, kita tak boleh terus bersangka buruk.
Boleh jadi kawan tu dibayar oleh that seller untuk buat promosi.
Sebagaimana kita tak suka orang halang kita cari rezeki lebih, kita juga tak boleh halang kawan kita tu nak cari side income sebagai promoter.
Anggap saja itu bukan rezeki kita nak berurusan dengan dia.
Hidup jangan serabut mikir benda yang tak perlu dipikir.
Daripada spend energy mikir apesal kawan tu tak beli dengan kau, baik kau guna energy tu untuk get sale from orang lain.




Ni screencap some customer yang ada akaun dengan GreenAard.
Punyalah banyak point terkumpul, dah kenapa nak peram lama-lama, sayang.
600 point dah boleh dapat diskaun RM10.
Ramai antara ni beli GreenAard semalam tapi tak redeem point pun.
Kaya-kaya korang ni ya sampai tak kisah nak redeem diskaun.
Point ada expiry, jangan sampai expired, rugi.

Nak check point balance WHATSAPP SINI.


Pullman Putrajaya Staycation

$
0
0

Jumaat lepas mak ikut Kak Ngah balik Tganu 2 malam.
Kitorang tak ikut.
Jadi, last Friday aku half day petang.
Tengahari En Wan nak balik solat Jumaat, aku pun ikut balik sebab mak balik Tganu around 2pm.
Weekly bibik habis kerja pukul 4pm, so kena ada orang tunggu rumah.

Elok je En Wan balik, dia cakap "Jom, lepak hotel releasekan kepala".

Aku apa lagi, tiada bantahan.
Terus sumbat baju dalam beg, pastu bagitau bibik hari ni dia boleh balik awal.
Punyalah gelabahnya laki ajak cuti, sampai rumah tak habis kemas pun takpe.

Pastu aku teringat, eh anak aku skolah petang, sape nak ambik dia balik nanti?

"Takpe, kita gi dulu. Banyak masa lagi ni. Lagi 2 jam abang keluar balik ambik adik".

Laki aku ni bab buat keje gila memang pass kat dia je.
Dah satu hal dari Putrajaya nak patah balik Putra Heights semata-mata nak ambik anak.
Apa salahnya tunggu anak balik baru pegi, kan.
Ni tak, dia nak check in awal jugak.



Ini first time aku stay Pullman, selama ni lalu-lalang je depan tu attend orang kawen.
Pullman ni hotel cantik, tapi lobby tak cantik.
Tapi tak kisah la tu, bukan aku nak tido kat lobby pun.



Nak staycation je, takyah ambik bilik gempak sangat lah kan.
Hambik je 1-room apartment ni, dalam RM600+ per nite termasuk breakfast.
Check in hari Jumaat gini la harga dia, kalau check in Rabu murah le sikit kot.
Patut la laki aku suruh check in awal, biar berbaloi duduk dari petang sampai pagi esok kekdahnya.

Pullman ni konsep hotel dia macam resort, banyak bulding and wing.
Jadi, kalau kau nak sumbat berapa ramai pun takde hal agaknya.
Macam bilik aku ambik ni punyalah luas untuk kitorang bertiga.
Agaknya kalau aku ajak Kak Long anak beranak datang macam hari tu, konfem dorang willing tido je depan tv ni tak berkatil pun takpe, sebab selesa.
Rasa lemau pulak duduk bilik luas tapi bertiga.
Tapi dah kata nak berehat kan, jadi sesuai la duduk senyap sepi dalam ni.

Entah apa je la yang aku buat dalam bilik petang tu, tau-tau dah bersiap nak keluar balik ambik Rayyan.
Mula-mula plan nak makan buffet, pastu aku teringat Jumaat kan ada pasar malam depan skolah.
Baik aku tapau nasik lemak paru je lagi best dari makan buffet.




Ni aku bawak tour dalam bilik.
Nice room, luas, siap ada kitchenette, sesuai untuk orang yang ada anak kecik, boleh basuh-basuh botol susu dengan selesa.
Katil ok, tapi inilah hotel pertama aku pergi yang bantal katil dia bagi throw kusyen 2 keping.
Stylo lah gamaknya tu.

Pukul 5.15pm kitorang keluar ambik Rayyan.
Sebelum dia keluar, kitorang masuk pasar malam dulu.
Rayyan tak tau kitorang nak bawak dia ke Pullman, saje senyapkan diri.
Tapi dia tanya-tanya gak la "Kenapa kita lalu sini? Kenapa kita taknak balik rumah kita? Kenapa lambat sangat sampai?"
Jenuh nak menjawab.

Sampai je depan hotel, terus aku hulur baju mandi dia "Salin ni, kita nak terjun kolam terus jap lagi".

Terus sengih sampai ke sudah.
Eloklah, tunjuklah kat orang gigi arnab kau tu.



Mula-mula terjun kolam kat tingkat 2 dulu.
Kolam yang dia mandi ni 1.2ft je. Khas untuk baby-baby.
Agaknya boring cetek sangat, lama-lama dia pindah ke kolam atas.



Masa ni konon nak santai baca paper.
Bila anak dia terjun kolam besar, terus "Di, abang naik atas tukar baju".



Pose tepi kolam.
Calendar boy.



Ok aku nak bagi teka-teki.

Nampak tak beza warna kulit Rayyan dengan apak beliau?
Seputih-putih Rayyan, bapak dia lagi putih.
Jadi cuba teka berapa level punya beza ton kaler aku dengan En Wan? Kahkahkah.

Tapi muka En Wan sama kaler dengan Rayyan. Badan je putih.
Nak kata banyak berjemur, padahal satu ofis dengan aku. Tak paham aku.
Pun begitu, dia masih paling putih.

Pullman ni ada 4 kolam.
2 kolam besar, 2 kolam kecik.
Satu set kolam kat level 2 (gambar aku ni).
Another set of kolam ground floor.




Dinner nasi lemak kosong with ayam goreng.

Kitchenette complete dengan pinggan, mangkuk, sudu, garfu, periuk, and pan.
Tinggal nak masak dengan taknak je.
Tapi minyak kau beli sendiri la, dia tak sediakan.
Jangan lupa beli sekali sponge and sabun basuh pinggan.
Tapi kalau terdesak shower gel pun blasahhh (macam aku la tu).

Aku : Rugi la bang ambik bilik besar-besar, tak sempat nak guna semua facilities. Dapur ni tak sempat guna pun.

En Wan : Dapur kat rumah kita tu 4 kali ganda besar dari ni, tu pun seminggu 2 kali je awak guna. Ada hati nak masak kat sini.

Terkebil-kebil kejap aku digest.
Kalau ikut hati aku balas balik.
Tapi bersabar ya Diana, ini bulan Ogos.
Bulan Ogos kena banyak buat baik dengan dia.
Ini investment.



Tak payah nak jeling-jeling sangat ya.
Mana pergi apak kau tak pernah gagal bawal homework untuk buat malam-malam.
Baik buat sekarang sebelum bapak kau jeling kau balik.

Lepas habis buat homework aku ajak En Wan cari mamak.
Tekak ni teringin nak pekena teh tarik dengan roti telur.
Memikirkan yang Putrajaya ni confirm senang nak cari mamak, maka kitorang anak-beranak pun keluar dengan harapan yang cukup besar.

Tapi masing-masing tak familiar pun dengan area ni.
Nama je dekat, tapi Alamanda tu pun last aku jejak 4 tahun lepas.
Nak waze pun tak tau nak waze apa.
Takpe, round-round je dulu.
Jenuh meround, tak jumpa gak.
Alahai, apa ke payah nau nak cari seketul mamak kat sini.
Kat Putra Heights ni pemamakan dah berleluasa, takkan Putrajaya haram seketoi takde?

Frust gila aku.
Muncung je sepanjang dalam kereta.
En Wan ajak balik lak tu.

En Wan : Kat Putra Heights orang ajak pi mamak taknak. Kat sini sibuk nak cari mamak.

Lagi sedassss aku kena.
Demi Ogos, aku bersabar lagi.



Penyudahnya kat sini, Coffee house Pullman.
Otak dah tune nak pekena teh tarik and roti telur tapi kat dalam ni black tea dengan sandwich telur je ada.
Terus jem otak aku.
Tapi takut En Wan marah sebab dah masuk taknak order, aku order jugak la sandwich telur with ice water.
Dengan harapan kunyah sandwich telur sambil gugel gambar roti telur mungkin mampu meredakan kempunan.

SEKALIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!



Dia bawak keluar tuna sandwich!!!

Aku mintak telur, dia bagi lain.
Ya ampunnnnnn, sakitnya jiwa aku.
Tapi aku diam je.
Karang melenting lak laki aku ni.
Nasib baik tuna tu sedap.

Cuma, kau tengok lah camana presentation dia.

Apeni?
Sandwich siap dengan kulit tepi ada yang buang ada yang tak.
Mana yang dia buang pun bersememeh tak buang habis.
Apeni??

Buta-buta gitu je dia punya sandwich.
Macam aku buat sendiri kat rumah je gayanya.
Tak pernah lagi aku dapat sandwich rupa gini kalau kat hotel.
Roti pulak jenis roti berderai.
Mak mertua aku buat roti sardin pakai Gardenia okeh.



Nasib baik mushroom sup ni sedap.
Tapi bun kejung keras.

Aku dah mendidih-didih dalam hati sampai takleh fokus kat makan.
Chicken and fries Rayyan pun aku lupa snap.

Overall food malam tu lousy.
Even chicken and fries put tak up to standard hotel-hotel.
Pullman kot, takkan gini je tahap food yang kau offer.

Bayangkan, banana split pun takde.
Yang ada cuma SATU jenis eskrim saja.
Aku lupa apa nama eksrim tu.

Sambil makan sambil bengang, aku up cerita ni kat IG.
Sekali ramaiiiii yang tunjukkan jalan nak ke mamak.
Tapi disebabkan ramai reader yang menyahut, lepas ni aku datang makan rumah korang je lah. Hahaha.







Semoga screencap ni bermanfaat untuk korang yang nak mencari mamak kat Putrajaya.




Kat cafe atas tu la kitorang makan.




Kalau sabit nak bergambar-gambar memang cantik la hotel ni.
Tapi kalau food, baik beli kat pasar malam je tapau makan dalam tu.
Sebab tak banyak pilihan.



Lepas breakfast, teman Rayyan and En Wan mandi kat kolam ground level.

Breakfast pun tak best mana.
Nasik lemak takde, nasi goreng takde, mee goreng takde, yang ada kueytiaw.
Pastu beef slice takde, sosej pun lamb sosej je.
Then ada fish fillet, mushroom, sayur campur, porridge and yee mee.
Dia punya cheese omellete pun nipis gila and ..... sedap lagi aku buat lah.
Tapi pastry banyak.
Maybe hotel ni fokus kat foreigners kot sebab tu heavy breakfast takde.
Roti-roti and pastry yang banyak pilihan.



Besen ni bukan aku bawak.
Memang Pullman sediakan untuk budak-budak main buih.



Yang ni another kolam budak.

Kalau nak lepak-lepak berehat, memang recommended sebab bilik cantik, hotel cantik.
Nak shooting-shooting gambar produk baju raya pun sesuai kena dengan tema.
Tapi kalau bab makan, pi Alamanda je la.




Aku sebenarnya tunggu je orang hantar testimoni sangkut-paut dengan senggugut.
Tup-tup dapat last week.
Bukan apa, aku jarang kena senggugut.
So aku nak buktikan kat diri sendiri formula ni berkesan.
Gloei ni formulanya banyak guna plant yang high vitamin C.
Adequate vitamin C akan ease cramps.
Bila baca feedback ni, happy. Fomula menjadi, alhamdulillah.

Sorry, harga promo dah habis.
Tapi boleh redeem point kalau nak diskaun :)

WHATSAPP SINI

Sumpahan mak

$
0
0


Entah kenapa, aku pun terasa-rasa mak mertua dia macam dah kena jerat dengan scammer.
Tapi, aku takde pendapat tentang macamana nak nasihatkan mak mertua tu.
Sebab, perkara yang melibatkan hati dan perasaan susah kita nak kawal, dan susah pulak nak dihalang.
Orang kalau tengah bercinta, semua benda jadi best.
Jadi, toksah cakap apa-apa.
Jangan dihalang, jangan pulak digalakkan, dan jangan melayan kalau dia mula nak bersembang pasal kisah cinta dia.
Kau buat dek je kalau kau tak suka.
Yang penting, kena cari bukti sampai jumpa, pastu tunjuk kat dia.
Kalau dia still taknak percaya walaupun dah ada bukti, nak buat macamana.
Kita dah usaha.
Cuma sedihlah kalau mak kita dibodoh-bodohkan gitu, kan.

Bab forward message yang tak betul tu, itu biasa.
Dorang tak berapa aware sangat dengan benda-benda viral yang merepek ni.
Kadang tu cerita yang dah sah hoax 5 tahun lepas pun dia tak tau, dia main forward je.
Just bagitau je itu berita hoax, habis cerita.

Bab excited dengan cucu tu pun, lain orang lain cara dia express-kan keterujaan.
Selalunya cucu sulung kebanyakkannya memang excited.
Tapi ada jenis mak-mak yang tak berapa suka budak kecik.
Bukan tak suka cucu tapi presence of budak kecik tu dia tak berapa minat dah.
Dah penat handle budak-budak kecik katanya.
Toksah kecik hati sangat, itu benda biasa je tu.

Aku lebih berminat nak sentuh pasal tindakan mak dia menyumpah-nyumpah anak tapi bila berjumpa semua act normal macam takde apa berlaku.

Nampak macam pelik, kan?
Tapi sebenarnya tak.

Benda ni tak pelik untuk someone yang dah biasa dengan situasi ni.
Boleh jadi memang dari awal dulu, anak-anak dah biasa dengan persekitaran macam tu.
Dah biasa dengar mak menyumpah-nyumpah agaknya.
Macam orang kampung Mak Aji la, kadang tu cakap menengking-nengking, nak-nak lagi bila lama tak jumpa, alih-alih karang "Hah, naiklah rumah".
So boleh jadi keluarga mertua reader ni dah biasa dengan sumpah-seranah ni.
Sumpah-seranah ni maybe tak selalu mak cakapkan, tapi dia pernah biasakan bercakap macam tu jadi anak-anak dah tak kisah.
Agaknya la.

Tapi bagus anak-anak dia.
Walaupun mak macam tu, anak-anak masih memuliakan mak.
Dorang tak ungkit apa yang berlaku di whatsapp dan anggap macam takde apa yang berlaku.

Perlu ingat, perintah berbuat baik kepada mak bapak tetap berjalan walaupun mak bapak adalah sorang musyrik dan selalu buat syirik.
Islam tetap perintahkan untuk buat baik tanpa ikut ajakan mereka.
Maksudnya, buat baik satu benda lain, taat satu benda lain.
Bukan semua benda yang mak bapak suruh kita kena taat, tapi hormat tetap kena hormat.
Ada beza kat situ.

Walau macamanapun Isam melarang mak bapak menyumpah anak-anak.
Kita sendiri pun dilarang menyumpah diri sendiri sebab tak tau bila waktunya perkataan atau doa yang keluar dari mulut tu dikabulkan.
Kalau sebut baik takpe, dibuatkan masa kita sebut buruk tu lah Dia kabulkan, padahal kita takde niat pun nak cakap macam tu sebenarnya.

Kadang-kadang ada mak bapak yang sesedap anak tekak je keluarkan perkataan "derhaka" kat anak-anak.
Actually dorang tak maksudkan pun, just nak ugut-ugut je katanya.
Kalau ugut guna perkataan "derhaka" gerun sikit bunyiknya, kan.

"Aku sumpah kena panah petir baru tau!"

Sekali depan mata ZAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!

Betul-betul anak kena sambar petir depan mata.
Terus meroyan 12 tahun.

Sangat menyedihkan sebenarnya bila perkara macam ni jadi.
Bukan saja kita nampak jahil tapi menampakkan betapa jauhnya kita dari agama bila kita buat something yang membuatkan kita fall into fatal mistake.
Tak payah buat keje macam tu, ya.
Kalau masin mulut tu karang, putih mata.

"Janganlah kamu menyumpah diri kamu, dan jangan pula menyumpah anak-anak kamu dan harta kamu, kamu tidak mengetahui waktunya permintaan (doa) dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu" (HR Muslim).

Maksudnya, ada waktu-waktunya kata-kata akan dikabulkan.
That's why Fatah Amin selalu pesan #doayangbaikbaik #cakapyangbaikbaik *tiberrrrr*.

Sometimes kita cakap "Apa yang bengap sangat kau ni?", itu pun sejenis sumpah jugak.
Lepas tu question apesal anak blaja tak pandai-pandai.
Entah-entah sumpah kita makbul.

Memang kelakuan anak-anak tak always buat kita happy.
Dari 10 benda yang dia buat, mesti ada satu yang buat kita mendidih.
Keadaan akan jadi lebih teruk kalau mak bapak tu sejenis yang pantang di-provoke.
Bertambah-tambah pulak kalau waktu kejadian berlaku, mak bapak psychologically stressed.
Masa ni memang senang nak naik darah kat anak-anak.
Kadang anak tu tak buat apa sangat pun, tersinggung kita sikit je pun dah buat kita merempan.

Walaupun macam tu, kena ingat yang doa mak bapak ni mustajab.
Jangan sampai keluar yang bukan-bukan dari mulut.

Pernah ustaz cerita kisah sorang lelaki yang datang mengadu, rezeki dia dalam perkerjaan tersangkut-sangkut.
Puncanya, dia tak dapat belikan apa yang mak dia nak sebab takde budget.
Disebabkan mak asik mintak (jenis tak paham bahasa gak mak dia ni aku rasa), maka terkeluar dari mulut dia "Mak, patutnya umur-umur mak macam ni jangan pikir nak kumpul harta dunia lagi".
Itu pun masih dalam nada yang sangat lembut.
Bila selidik-selidik, adik dia cakap mak pernah kata "Biar nanti aku sumpah abang kau kena langgar lori".

So far belum kena eksiden yang teruk tapi dia berubah jadi clumsy.
Kejap-kejap langgar barang jatuh timpa kepala sampai berdarah, tetiba jatuh longkang berjahit, tergesel kereta orang, tayar kereta kena toreh.
Macam-macam.
Duit dia keluar macam air untuk bayar ganti rugi and medical treatment.
Dia tanya ustaz if itu salah satu petanda doa mak dia makbul.

Ustaz kata "Boleh jadi ya, boleh jadi tak. Allah lebih tahu".

Maybe masalah yang menimpa dia tu bukan kerana sumpahan tapi kerana dia dah singgung hati mak.

Nampak tak macam ada very thin line kat situ yang susah untuk kita define?

Kita rasa macam kita dah cakap cukup berlembut tapi eiii...ntah lah.
Apa kata kita doa je lah supaya mulut kita sendiri terjaga dari cakap yang buruk-buruk.





Promo free gift tinggal 2 hari je lagi.
Kalau nak beli dengan guna point pun boleh.


Alternative treatment

$
0
0

Kebetulan semalam ada sorang reader email tanya pandangan aku tentang rawatan alternative vs medical treatment.
Dia adalah seorang medic student.
Abang dia ada kencing manis.
Abang dia opt for dua-dua jenis rawatan tapi as a medic student dia lebih suka kalau abang dia gunakan rawatan profesional saja.
Memandangkan aku produce supplement (ni kira alternative treatment jugak), dia nak aku punya view sebab dia dah explain dia punya view kat aku.

Ok, sebelum tu, aku nak pesan, sila baca entry ni dengan nada yang lembut ya.
Sebab entry ni bukan untuk bash sesiapa.
Aku ramai kawan-kawan dokter medic, anak sedara aku pun dokter, uncle and aunty aku pun docter.
So please baca dengan lemah-lembut.



Ini screencap dari FB kawan aku, a PhD researcher/lecturer yang gunakan alternative treatment untuk his diabetes.
Dia guna dua-dua treatement, hinggalah ke satu tahap he is not happy with his reading.
Evethough his fasting glucose was 13.7 mmol\L and an A1C was 12.7%, doctor kata itu adalah something yang progressive and he was to take medication for life.
Tapi dia refuse to accept and start looking for alternative treatment.
And the rest is history....

Lecturer aku pernah cakap "Benda-benda ni (treatment melalui kajian makanan) susah nak explain kalau bawak jumpa dokter. Researcher and medic doctor always tak sependapat".

Actually dispute ni mungkin berpunca dari lambakan supplemen yang antaranya timbang kilo.
Dan some produk ni founder-nya bukan dari bacground sains pun dan dia sendiri tak faham apa dia jual.
Yang dia fokus jual jual jual pastu bagi reward kat agen untuk push sales.

Inilah punca-punca kenapa now semakin ramai medical dokter yang tak sebulu dengan founder-founder produk.
Tapi percayalah, tak semua produk timbang kilo.
Penyelidik bersengkang mata pikir formula and 3-4 kali RnD kat diri sendiri.
Kalau semua supplemen kita kata tak ok, sedihnya para penyelidik especially yang buat food research.
Supplement memang dibuat berdasarkan kajian makanan.
They study the plant/herbs/spices and test.

Yang salahnya bila seller/agen fokus untuk menjual rather than menyelesaikan masalah pengguna.
Kebanyakkannya fokus untuk buat untung, untuk kejar reward, untuk habiskan stok.
Takde yang salah kalau nak berniaga supplement, tapi jadilah rajin sikit, buat reading, baca jurnal, tanya penyelidik.
Jangan fokus pada untung semata-mata.
Sebab itu ramai yang bantai semua boleh bila customer tanya "Boleh tak produk ni treat ........."

"BOLEH!"

Sampaikan jamu pun dia suruh belasah ambik hari-hari.

That's why aku seriau nak ambik agen untuk GC Plus and Herba Rahsia Rimba.
Aku taknak agen aku fokus untuk habiskan stok semata-mata nak kejar reward.
Kerana dua-dua produk ni kategori ubat-ubatan.
Mana-mana produk yang dikategorikan sebagai ubat (ada MAL number), mesti ada pantang-larang dan undang-undang yang kau kena ikut.
Tak boleh main bedal je.

Alternative medicine is not just "woo-woo" wellness.
Dulu aku pun bercita-cita nak jadi dokter gak sebab aku minat bab-bab treatment.
Lepas aku jumped into Biotech studies, aku terdedah dengan kajian.

Final projek aku tentang plasmid backteria.
Aku kaji tentang vector plasmid yang menyebabkan bakteria resistant pada racun.
Dalam projek tu, aku pelik kenapa certain bacteria resistant sangat kat racun.
Dah tinggi sangat concentration racun yang aku letak tapi dia masih hidup, some mati at certain concentration.
Barulah aku tau dalam plasmid (DNA) ada satu vector yang bantu bacteria ni untuk terus hidup.
Sampai ke satu peringkat, akibat pendedahan yang berterusan pada macam-macam racun akan buatkan bacteria ni develop vector tu dengan sendirinya.

So, macamana nak bunuh bacteria ni kalau one day dia jadi resistant?

Masa aku ada projek dengan MPOB (Palm Oil), penyelidik tu cerita kat aku dorang tengah buat research untuk identify treatement for pokok sawit sebab bacteria kat kawasan ladang dah resistant dengan racun. Tak lut.
Masa dengar mukadimah Dr tu aku macam "Wahhhhh, ini projek aku dulu ni".
From there aku start faham treatment sentiasa berevolusi, tidak terhad pada satu-satu jenis treatment saja sebab penyakit pun akan berevolusi.

Masa aku join Biotech business, boleh dikatakan setiap tahun ada new issue (problem) dan tak lama lepas tu ada product baru released.
Budak-budak sales yang tak rajin membaca, konfem susah nak close deal sebab dorang tak tau what's going on in the market.
Nak promote apa pun tak reti sebab dorang have no idea apa jenis breakout yang hot dalam dunia reasearch.

Sebelum aku kawen dulu, tiba-tiba tumbuh kayap (shingles) kat pelipat lengan kiri.
Sikit je, tapi sakit ya ampunnnnn.
Celah mana aku dapat kayap tak tau lah.
Kau just imagine kayap kat pelipat lengan?
Setiap kali aku bengkokkan tangan, menjerit sakit.
Sampai demam-demam aku tahan sakit.
Then jumpa dokter, dokter tu bagi krim, solution and pills.
Dia suruh cuci kat kayap everday.
Pastu dia suruh aku makan oren and minum soya banyak-banyak.
Dia cakap oren and soya antara alternative treatment untuk bantu percepatkan lagi kayap ni hilang.

Nampak tak, even dokter pun ada yang suggest customer guna alternative treatment at the same time.

Anak sedara En Wan dokter.
Kalau dia datang rumah mesti dia check tekanan darah mak.
Mak mertua aku dulu darah tinggi.
Pastu dia pesan "Mok toksoh makan lagi ubatlah, jadi jadilah ambik. 2 tahun doh".

Aku tanya apesal dia suruh stop pulak sedangkan dia dokter.
Then dia cakap "Ubat-ubat ni semua untuk tolong je. Tapi kalau kita makan tak berpantang, bedal jugak lauk banyak garam, ubat takkan lut"

Terus aku teringat masa aku tersadai kat hospital 29 hari dulu.
Hari-hari makan ubat darah tinggi tapi aku pelik apesal kat kepala katil dia letak DISIPLIN : HPT.
Maknanya makanan aku semua takde garam lansung!
Aku terpikir, apehal kau bagi aku makan ubat darah tinggi tapi makanan aku masih takde garam?
Patutnya kalau makan ubat, kira dah ada 'pendinding' la kan.

Rupanya pemahaman aku salah.

Ubat darah tinggi tu untuk bantu mempercepatkan proses stabilkan tekanan darah.
Tapi aku kena bantu ubat tu bertindak dengan lebih baik dengan cara berpantang makan garam.

Faham tak maksudnya apa kat sini?

Ada ubat dan supplemen yang boleh merawat kalau kena caranya.
Ada juga ubat dan supplemen yang tak lut kalau tak kena caranya.

Kita selalu anggap ubat dan supplement tu magic produk.
Kalau makan, mesti baik.
Kalau makan, mesti sembuh.
Sedangkan prosesnya tak macam tu.
Mesti ada pantang yang kau kena ikut juga.
Dan masing-masing ada sangkut-paut.

Inilah antara punca kenapa medical dokter tak serasi dengan founder produk.
Ada founder yang claim produk dia lebih bagus dari medical treatment.
Claim produk dia semua boleh.
Satu produk boleh rawat semua katanya.
Pitam aku baca.

Toksah la sampai macam tu sekali nak berbisnes.
Patut padan la sikit kalau nak promote produk.
Kalau tak tau cakap tak tau.
Kalau tak sure cakap tak sure.
Jangan semua benda kau sebat boleh.
Sebab memang tak semua benda boleh dimakan oleh semua orang.
Contoh, Quinoa tu bagus untuk kawal kolesterol and berat badan tapi dia ada tinggi phosphorus, tak boleh bagi orang yang ada chronic kidney problem makan, nanti lagi teruk.

Tu pasal dokter-dokter bengang.
Sebab kau overclaim.

Tapi aku sebenarnya agak terkilan dengan satu kes yang pernah viral dulu.
Kes tentang sorang lecturer/researcher yang produce satu gel untuk treat sakit urat.
Kena hentam kaw-kaw dengan netizen especially yang anti-alternative treatment.
Sedangkan itu customer biotech aku.
Aku supply kits and chemicals untuk research dia.
That product was produced on research basis, bukan timbang kilo!

Sebenarnya researcher and medic doctors can work hand in hand.
Kalau nak kata dispute, semua benda pun ada risiko dispute.
Tapi kalau kita faham dan hujah kita jelas dan berfakta, insyallah semua benda akan jadi ok.



Ini conversation semalam dengan follower IG (blog reader juga).
En Wan kata aku ni sepatutnya jadi dokter bukan jadi bisneswomen.

Tapi selalunya kalau dah ambik ubat dokter, aku tak suggest ambik Nutrijuice.
Habiskan treatment dengan dokter dulu, kalau tak jalan baru cari alternative treatment.
Jangan kacau ubat.
Tapi kalau insist nak try, terpulang sebab Nutrijuice bukan ubat, hanya makanan.

Hari ni last day PROMO FREE GIFT.
WHATSAPP sini kalau nak grab.
Kalau nak live chat dengan aku, aku on sampai 1pm.


Kurang ajar dengan Allah.

$
0
0


Tak solat, tapi baik.
Baik tu maksudnya akhlak baik.
Tapi 'akhlak baik' bukan sekadar interaksi kita sesama manusia.
Yang lagi penting adalah akhlak antara kita dan Allah.

Ada orang suka buat baik sesama manusia tapi dia tak solat.
Itu bermaksud dia ada akhlak yang baik kat manusia, tapi kurang ajar dengan Allah.
Itu jauh lebih teruk.

Perlu faham yang solat merupakan rukun Islam.
Wajib dijalankan oleh setiap orang Islam.
Kerana solat membezakan orang Islam dengan bukan Islam.
Ini adalah perintah, bukannya akibat.
Maksudnya, bersolat belum pasti membuatkan kita jadi baik.
Tapi bersolat adalah perkara yang dah pasti kena buat.

Kalau someone bersolat, tapi akhlaknya masih buruk, bukanlah bermaksud "Baik kau tak payah solatlah!".

Bukan macam tu, ya.

Kerana tak bersolat merupakan perbuatan munkar yang tersendiri, sebab terang-terang dah menentang perintah Allah.
Kalau nak cerita pasal 'tak-solat-tapi-baik', ramai orang bukan Islam yang akhlak baik, hati pun baik, perihatin kat orang miskin dan banyak lagi kebaikan lain.
Tapi akhlak yang baik tu pun masih tak cukup untuk ubah statusnya dari kafir kepada muslim.
Jadi kalau kita rasa lebih-baik-takyah-solatlah-kalau-perangai-masih-teruk, itu adalah keyakinan yang tak betul.

Orang kafir kalau buat baik, perbuatan baiknya akan terus dibalas oleh Allah di dunia.
Makin dia sedekah, makin dia jadi kaya.
Allah bayar cash terus kat dunia supaya nanti di akhirat terus masuk neraka.
Jadi, kalau kita orang Islam nak ikut formula tu, silakan.
Biarlah tak solat, asal hati baik, suka sedekah, ramai orang sayang, rezeki pun lancar, baguslah.
Biar Allah balas semua di dunia nanti kat akhirat terus masuk neraka je, nak?

Kalau kita rajin solat tapi mudah marah mudah sentap, mudah sakit hati kat orang lain, boleh jadi kita ni someone selalu merasa diri betul.
Maknanya ada perasaan bangga diri dan takjub pada peribadi sendiri sampai membuatkan kita tak boleh terima teguran orang.

One more yang kita always terlepas pandang adalah menggunakan sesuatu yang haram.
Ini pun ada effect pada akhlak jugak.

Kita semua memang sensitif bab halal-haram tapi jarang kita nak peka kat perkara-perkara haram yang lain.
Contoh, guna barang pejabat untuk keperluan sendiri.
Nampak macam takde apa, kan?
Curi data telco pastu layan internet sesedap rasa.
Nampak macam takde effect, kan?
Tapi sebenarnya ada kesan pada akhlak dan hati.
Macamana lah kita nak expect hati kita tenang kalau kita guna benda haram?

Tak, aku tak kata reader ni buat benda haram.
Tapi itu adalah antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi akhlak dan hati.

Kadang-kadang, kita memang tak tinggal solat.
Tapi kita sengaja melambat-lambatkan solat.
Dan bersolat pun buat asal buat je.
Benda-benda macam ni selalunya kita tak perasan.
Kita rasa kita lebih baik dari dia hanya kerana kita solat, sedangkan kita buat dosa melambatkan solat.
Dosa ni samada kecik atau besar, tetap namanya dosa.

Lagi satu, suka bercakap perkara yang sia-sia.
Semakin banyak kita cakap benda yang sia-sia, hati akan jadi keras.
Bila hati dah keras, kita susah nak terima pandangan orang lain, mudah membentak-bentak kalau kemahuan tak diikut dan sentiasa rasa tak puas hati dengan orang lain.

Kalau everyday bersolat tapi akhlak masih belum baik, masih membawang 24 jam, masih kuat marah, masih busuk hati, itu maksudnya ada yang salah pada solatnya.
Maka solat tu yang perlu diperbaiki bukannya ditinggalkan.
Boleh jadi juga akhlak buruk tu bukan berpunca dari solat, tapi pengaruh dari luar.

Those yang hati baik, sabar, tak kuat marah tetapi tak solat, insyallah akhlaknya akan jadi lebih baik lagi kalau dia bersolat.
Sebaliknya, kita yang kuat mengamuk walaupun bersolat, entah-entah akan jadi lagi teruk lagi sekiranya tak bersolat.

Jalan langkah paling awal kena buat, bukanlah bercerai.
Tapi taubat.

Jangan suruh orang lain (suami) yang buat solat taubat.
Tapi kita yang kena buat banyak solat taubat.
Kerana belum tentu apa yang jadi ni adalah punca kerana suami tak solat.
Boleh jadi ada salah pada diri kita yang kita terlepas pandang.

Ustaz aku always pesan, "Kalau anak nakal, mak bapak buatlah banyak-banyak solat taubat. Banyak-banyak istighfar. Kerana airmata taubat seorang ibu boleh mengubah akhlak anak".

Jadi, kalau kita gunakan formula tu, apa kata kita sebagai isteri buat banyak-banyak solat taubat.
Insyallah, Allah tunjukkan jalan keluar dengan baik.





Semalam aku buka ruang untuk live chat dengan aku, ramai yang tanya Gloei.
Hari ni tak bukak, tapi korang boleh whatsapp.
Walaupun bukan aku yang reply tapi kalau admin tak sure dia akan tanya aku direct, aku akan respond cepat.





Sampai satu tahap kena set-kan limit.

$
0
0




Gitu reader ni kena 'torture' dek anak-anak jiran.
Aku belum pernah nampak depan mata lagi jenis macam ni.
Setakat dengar-dengar cerita je ni.
Kalau berlaku depan mata, gamaknya aku pindah rumah kot.

Ok kita takyah sembur anak-anak ni.
Penat dah rasanya menyembur bulan raya hari tu.
Now kita sembang pasal disiplin.
Asyik menyembur je tapi tak bagi solution tak jalan jugak, kan.

Selalunya bila kita tegur perangai anak-anak ni, nanti ada yang kata "Budak-budak lagi tu..."
So agak-agaknya, umur berapa tahun sesuai untuk kita ajar dorang supaya ada disiplin.
Umur 1 tahun?
2 tahun?

"Kecik sangat budak-budak tu kalau nak dihukum".

Hah, itulah silapnya.
Sebab kita anggap mendisiplinkan anak adalah menghukum anak.
Padahal disiplin tu membimbing anak supaya jadi 'orang'.
Nak anak membesar jadi 'orang', mestilah kena mula dari awal.

Sampai bila kita nak biar anak terbalikkan mangkuk coco crunch?
Sampai bila nak biar asal anak mintak je dia mesti dapat?
Sampai bila nak biar anak tak reti kemas permainan lepas main?
Sampai bila nak biar anak bergelimpangkan selipar/kasut dia depan pintu rumah?

Akan sampai satu tahap mak bapak kena setkan limit.
Setting limits is a critical part of parent's responsibility.
Kita bukan nak hukum dia, tapi kita nak dia paham mana betul, mana salah.
Anak-anak mesti blaja patuh peraturan.
Dorang mesti belajar cope dengan frustration kerana tak selamanya semua benda dorang boleh dapat.
Kalau nak sesuatu, mesti usaha lebih, tak selamanya asal mintak terus dapat.

"Tapi kan budak-budak suka explore things..."

Ye, aku tau budak-budak memang suka explore.
Jangankan budak, kita yang dah berbulu atas bawah ni pun suka explore sesuatu yang baru.
Tapi tak semua benda kau boleh explore ikut sedap anak tekak.
Datang rumah orang explore dari depan sampai ke belakang, naik atas, kelebet semua bilik yang ada.
Itu bukan explore, tu namanya kepoh.

Budak-budak memang suka explore.
Dorang kerenyamkan makanan untuk tengok apa rasanya bila makanan jadi benyek.
Dorang campak mashed potato ke lantai untuk tengok apa jadi bila makanan jatuh.
Dah tu sampai bila nak bagi dorang campak-mencampak ni?
Sampai tuan rumah boikot kau masuk rumah dorang baru nak start disiplinkan anak?

Kalau kita boleh ajar anak toilet training sampai jadi, kenapa tak boleh ajar anak jangan sentuh barang-barang perhiasan sampai dorang faham?

In general, takde apa sangat yang kita boleh ajar anak awal-awal bulan.
In fact awal-awal tu kalau kita penuhi apa dia nak, itu sebenarnya membantu perkembangan dorang.
Tapi, umur 6-7 bulan dah boleh start slow-slow ajar.
At this stage, kita dah boleh start bezakan apa yang dia nak dan perlu.
Contoh, berbuai.

Rayyan anak nenek sebab nenek bela dari kecik.
Tau je la kan, orang-orang tua jaga budak, asal tido nak ditepuk, nak dibuai.
Yes, they might want to fall asleep dalam buai tapi sebenarnya dia tak perlu pun buai tu.
Boleh je dia tido tanpa buai.
Mak mertua aku istiqomah ingatkan aku dengan En Wan belikan buai belikan buai belikan buai.
Tapi aku hati kering, aku wat dekkkkk je.
Redza tu bukti boleh je tido tanpa buai, apesal dengan Rayyan aku nak ajar berbuai pulak, kan.

Itu menunjukkan, manusia boleh dibentuk.
Kita boleh cuba membentuk anak.
Masalahnya, kita taknak cuba pun.
Balik-balik kita assume "Dia budak lagi....dia kecik lagi....dia blom paham apa..."

Alahaiiii, kita ni pun kalau tak diajar buat kerja, sumpah tak paham apa pun.
Tapi bila diajar, lama-lama jadi paham lah.
The thing is, kena start.
Kalau tak start, sampai bila pun tak jadi apa-apa.

Umur 12 bulan dah start boleh 'babab' kalau dia sentuh barang-barang kaca dalam rumah.
Kalau dia mula bergerak ke barang perhiasan, cuba tepuk lantai tu sambil cakap "Jangan!".
1-2 kali memang tak lut tapi dah lama-lama sok dia jadi faham.

Dulu ada kawan datang rumah and tanya "Bersih dinding rumah kau, anak-anak kau memang tak conteng dinding, eh?"

Aku macam pelik juga dengan soalan tu.
Seolah-olah wajib mana-mana rumah yang ada anak kecik, dindingnya berconteng.

Pastu aku jawab "Cubalah dorang conteng kalau nak rasa tido luar satu malam".

Kawan aku cakap "Ei kau ni, dengan budak-budak pun nak berkira".

Bukan berkira.
Tapi anak mesti tahu pen and pensil lukisnya atas kertas, bukan atas dinding.
Aku ni bukan sejenis mak yang rajin nak mengelap mengemop rumah hari-hari, ya.
Lagipun aku hire bibik untuk tolong jaga anak and kemas-kemas rumah.
Bukan untuk jadi babu anak hari-hari nak kena bersihkan dinding berconteng.

Aku masa skolah dulu asik tertinggal bekal kat skolah.
Tau apa Mak Aji buat?

"Kau pergi skolah sekarang, bawak balik bekal kau. Selagi tak jumpa kau jangan balik!"

Masa tu dah petang oiii.
Kadang tu dah pukul 5pm.
Berlari aku sorang-sorang pi skolah, tunggu sampai sesi petang habis sambil berdoa janganlah bekas tupperware aku orang rembat.
Tapi selalunya takde sape rembat sebab mak aku bekalkan aku tupperware yang buruk-buruk je.
Tupperware cantik mati hidup balik dia takkan bagi aku bawak.

Ada satu kali tu, Darjah 4 (ya, aku ingat sampai sekarang sebab ini kejadian tragis).
Aku bawak bekal mee hari Jumaat.
Sekali lupa nak bawak keluar dari beg.
Hari Ahad, mak aku spot check beg skolah.
Terpekik dia dari bilik panggil aku.

"Ni kau nak buat apa peram bekal dalam beg?"

Aku cuba untuk mengelentong, "Diana ingatkan nak makan lagi mee tu nanti".

Pastu mak aku jawab "Dah basi ni kau nak makan lagi? Hah meh sini aku nak tengok kau makan".

Dia sumbat mee basi tu dalam mulut aku, ok?
Terus aku tak lupa-lupa dah pastu.
So, jangan kata aku kejam berkira dengan anak-anak, kau tak kenal lagi apa istilah kejam. Hahaha.

Masa aku Darjah 2, seronok sangat main sampai dah azan Maghrib baru teringat nak balik.
Sekali nak masuk rumah tak boleh.
Rupanya aku telah dikurung duduk luar rumah sampai habis Isyak.
Bila boleh masuk rumah, tak boleh makan malam pulak tu.
Berlapar sampai esok pagi.

Sejak dari hari tu, sebelum pukul 7 aku dah terpacul depan rumah tak kisah lah tengah best main, aku tetap stop.
Even dah remaja, melepak ceruk mana sekalipun, sebelum 7pm kena ada depan rumah, kalau tak, jenuh nak menjawab.

Masa mula-mula kawen, En Wan ajak jalan-jalan.
Masa kat mall, aku cakap "Dah pukul 6 dah ni, tak sempat sampai rumah sebelum pukul 7 karang".
Punyalah troma kena kurung kat luar.

En Wan pelik je pandang muka aku "Biarlah balik malam pun, kenapa?"

Eh, lupa pulak aku dah kawen.
Wah, seronok gila waktu tu bila realize aku dah boleh balik malam dan mak aji tak boleh kurung aku luar rumah lagi. Kahkahkah.
Terasa bebas betul.

Bab-bab parenting ni aku tak berapa pandai sangat.
Lagipun anak masing-masing kan, jadi masing-masing lagi faham dan tau apa nak buat.
Kalau cakap lebih-lebih karang kata kita tak faham keadaan dia.
Jadi, terpulanglah.
Anak-anak nak terkinja-kinja ke, nak berkubang ke, nak berpencak ke, silakan buat dalam rumah masing-masing.
Yang penting, kalau terlepas masuk dalam rumah aku dengan perangai gitu, jangan terperanjat kalau pitching aku tetiba naik.
Bukan apa, your kid, your rules.
But this is my house, so my house, my rules.
Konsepnya gitu.

Masa Redza skolah agama (skolah rendah), dia pernah main kejar-kejar kat kawasan skolah sementara tunggu aku ambik.
Nak dijadikan cerita rupanya jiran sebelah skolah tu adalah blog reader.
Dia bagitau aku "Tadi I marah Redza sikit, bukan marah apa tau Di, sebab I nampak dia dah start nak panjat pagar, I takut dia jatuh".

Aku appreciate orang 'marah' anak aku macam tu.
Aku percaya yang tegur-tegur ni pun taraf mak-mak juga so aku boleh faham style mak-mak tegur, mesti untuk kebaikan.
Masalahnya, some people (parents) are just sensitive.
Dia tak tau beza TEGUR dengan MARAH.
Padahal mana ada orang nak marah anak orang lain tanpa sebab.
Kebanyakkannya akan tegur "Ehh, jangan panjat, nanti jatuh".
Melainkan kalau dah banyak kali tegur still tak lut, maybe akan naik sikit pitching tu.

Kalau kes reader ni kena kat aku, rasanya aku pekikkan je budak tu.
Dah tu kalau anak kau dah macam pelesit keluar masuk rumah orang macamkan mak bapak dia ada share, I'm going to say something.
If you don't like it, keep your kid away from me. Simple.




Terima kasih customer Gloei yang sudi share testimoni.
Anyone interested?


'Tak puas hati' nampak..?

$
0
0

Boleh tahan ramai teruja dengan gambar 'before and after' dalam entry semalam.
Berbuih-buih admin aku nak ulang benda yang sama "Ya, betul cik. Penggunaan tu hanya sebulan".

WAIT!

Jangan salah faham, ya.
Rawatan kulit bergantung pada berapa teruk skin condition korang sekarang.
Kalau parut jerawat tu jenis parut dalam, mungkin akan ambil masa yang lebih panjang.
Tak boleh pukul rata semua jenis jerawat tu sama.

Jerawat tu adalah simptom masalah kulit.
Tapi kalau acne, itu adalah penyakit kulit.
So tak boleh kata "muka saya jerawat, muka dia pun jerawat, apesal saya punya lambat baik dari dia?"
Entah-entah yang kau punya tu bukan jerawat tapi nodul (jerawat yang ada nanah di bawah kulit).



Dalam Gloei hanya ada 20 sachet.
That's why ramai yang tengok gambar ni semalam 'tak puas hati' betul ke muka customer ni licin after makan 1 botol Gloei je.
Sebenarnya bukan korang je terperanjat, dengan aku-aku sekali terkejut.
Tapi this is somehow expected sebab dalam Gloei ada selected plant extract yang dah diuji kesannya terhadap kulit and collagen production.

Insyallah, aku yakin dengan formula dan konsep yang aku guna untuk Gloei.
Gloei guna konsep stimulate kolagen badan sendiri, bukan dari bantuan kolagen tambahan.
Sebab, bila kolagen tu dihasilkan dalam badan, badan kita lebih tau perfect dosage untuk diri sendiri.

One thing yang aku minat tentang Chamomile (salah satu bahan dalam Gloei), bukan je dia ada bahan aktif yang kuat untuk skin treatment tapi dia bagi stress relief.
Tak ramai yang tau stress boleh bagi effect kat kulit.

Ekzema and psoriasis salah satu contoh.
Salah satu punca ekzema dan psoriasis adalah stress.
In fact stress boleh kacau satu badan korang termasuk rambut dan kuku.
Kadang tu rambut gugur belum tentu lagi sebab 'salah shampoo', entah-entah kau sebenarnya tengah stress.
So jangan melulu nak salahkan produk.

Bila kita dalam keadaan stress, tindak balas kimia dalam badan akan buatkan kulit jadi extra sensitif.
That's why dalam keadaan stress jerawat tak semena-mena tumbuh, padahal selama ni tak pernah tumbuh jerawat pun.
Lagi satu, perasan tak dalam keadaan stress, jerawat tumbuh makin banyak?
Bila badan tertekan, badan akan hasilkan hormon kortisol.
Hoemon kortisol ni akan send message pada kelenjar untuk produce extra minyak.
Sebab tu lah jerawat makin lama makin banyak, sebab kulit keluarkan minyak yang banyak.

Itu satu hal.

Lagi satu hal lagi, hormon kortisol ni meransang rasa lapar tau.
That's why bila kau stress, kau melantak tak ingat dunia.
Bila badan kau naik, kau makin stress.
Tengok cermin jerawat pulak bersepah-sepah, tambah lagi stress.
Dah tu celah mana nak baiknya kalau stress manjang?
Berdasarkan konsep "skin-stress" ni la datang idea untuk libatkan Chamomile dalam Gloei.

Itulah juga punca kenapa aku wujudkan pakej Gloei + Cleansing Gel.
Kerana di samping merawat jerawat dari luar (guna Cleansing Gel), skin juga perlu dirawat dari dalam (makan Gloei untuk stress relief dan boost collagen).
Bijak tak? Haaa tepuk!!! *tiberrrr*



Ok, ni satu lagi testimoni.
Kali ni bukan testimoni kulit tapi saraf.

WARNING!

Ni nak bagitau siang-siang.
Gloei BUKAN ubat perbetulkan urat saraf.
Gloei fokus untuk skin treatment saja.

Tapi meh aku nak explain kenapa akak kat atas ni cakap lepas ambil Gloei, the next day tangan kaki dah tak sakit.
Aku cuba explain semudah yang boleh.

Dia macam ni tau.
Free radicals yang masuk dalam badan boleh rosakkan sel-sel badan.
Sel boleh kehilangan fungsi normal dan akhirnya mati.
Free radicals ni boleh datang dari udara, makanan, ubat atau air.
Dalam Gloei ada satu plant yang kandungan inositol tinggi.
Inositol ni meneutralkan free radicals so that bahagian-bahagian sel dilindungi seterusnya memperbaiki urat saraf.

Bila aku baca testimoni ni, aku dapat kaitkan kenapa lepas dia ambil Gloei urat-urat tak sakit dah.
It is somehow related.
Tapi, jangan pulak masing-masing ambil Gloei untuk tujuan treat saraf.
Tu dah salah faham.
Karang ada yang kata aku overclaim.
Yang saraf tu bonus je, tapi yang utamanya adalah skin treatment, ok?



Berita baiknya, hari ni ada offer untuk semua produk GreenAard sempena dengan birthday aku.
Offer ni 2 hari je, hari ni dan esok (14-15 Ogos).
Jadi, silakan whatsapp untuk dapatkan harga promosi.

WHATSAPP 1 (Intan) - 9am to 9pm
WHATSAPP 2 (Syiema) - 9am to 5pm


CAT

$
0
0

Sabtu lepas, waktu malam.
En Wan ajak try satu restoran baru kat Putra Heights, restoran tomyam.
Restoran baru, memang tak ramai orang.
Tapi malam kitorang datang tu, memang takde orang lansung.
Tapi takpelah, kalau tak try mana nak tau best ke tak best, ye tak.

Dari segi cantik, memang cantik.
Cantik kat sini bermaksud kemas.
Restoran baru katakan, segalanya masih cantik.
Kedai cantik.
Kerusi meja cantik.
Susunan cantik.
Baju pekerja cantik.
Menu book cantik.
Sink cantik.
Hiasan cantik.
Lantai cantik.
Parking pun cantik (sebab waktu malam ofis tutup so banyaklah parking-nya).

Dari segi cantik, memang A.

Agaknya sebab takde orang, service pun cepat.
Ambik order cepat, order sampai pun cepat.

Dari segi ni pun A.

Tomyam boleh tahan sedap.
Kuah tak cair, rasa masam ada, rasa pedas ada.
Aku mintak seafood tomyam.
Lengkap dengan lala, sotong, udang, isi ikan and ketam!

Aku mintak telur bistik jugak.
Pun sedap, cuma sikit sangat ayam/daging dalam bistik tu.
Tapi overall menjadi la rasa bistik tu.

Aku minta jugak sotong goreng tepung.
Bab sotong goreng tepung selalu aku dapat yang salah.
Aku expect sotong goreng tepung yang bersalut tu.
Kalau pi utara, selalunya sotong goreng tepung dorang yang menepati selera aku.
Tapi kalau belah-belah sini punya sotong goreng telur selalunya yang sampai - tepung yang berintikan sotong.
Tepung besar penumbuk, sotong besar hujung jari kelingking je.

Itulah yang terjadi kat restoran ni.
Dalam menu tulis "Sotong Goreng Tepung (tepung tempura)".
Berkali-kali aku tanya betul ke sotong ni dengan tepung tempura?
Dia angguk ya ya ya.
Sekali yang datang tepung berinti sotong.
Padahal dia yang tulis tepung tempura, jadi secara lojiknya, akan jadi macam udang tempura la kan, udang bersalut tepung.
Aku expect sotong tu jadi macam tu.
Terus turun 20% mood aku.

Tapi takpela, kedai cantik, order cepat sampai, 2 lauk lagi pun ok.
Jadi aku takdelah mati selera sangat.

Tiba-tiba mood aku terus hilang serta-merta.
Nak tau sebab apa?

Ada kucing masuk restorannnnnnnnnn!!!!!

Allah, inilah yang paling aku alergik sekali.
Aku ni penakut kucing tapi takde la sampai ada ailurophobia.
Cuma lebih kepada geli.
Tu pasal aku memilih sikit kalau bab tempat makan.
Bukan aku tak suka makan kat warung, tapi selalunya kat warung kucing bersepah-sepah, itu sebenarnya yang aku tak boleh.

Terus aku mintak kunci kereta, masuk kereta, tinggalkan En Wan makan sorang-sorang.
Gitulah aku kalau dah givap dengan kucing.
Laki aku pun aku tinggalkan.
Rela aku berlapar, balik rumah makan maggi, daripada aku makan tapi kejap-kejap tertoleh-toleh nak tengok kucing tu ada kat mana.

Ni aku nak cakap kat mana-mana tuan kedai.
Macamana sayang pun tuan kedai dengan kucing, tolonglah jangan biarkan kucing berkeliaran dalam kedai mengganggu pengunjung.
Ya, aku tau kucing tu lalu-lalang je, bukan cakar orang.
Tapi bagi seorang pentakut kucing macam aku ni, bunyi kucing pun dah satu gangguan.
Kalau yang suka tu mungkin tak kisah kucing lalu bawah meja bergesel-gesel kat kaki.
Kena kat yang fobia kucing silap-silap boleh bukak silat atas meja makan.
Jadi, sebelum ada meja yang patah dikarate, pastikan kedai makan kau bebas kucing.

Benda ni bukan tak pernah jadi kat aku.
Aku melompat sampai terbalik kerusi pun pernah.
Aku melompat sampai air sirap aku terbalik masuk dalam pinggan En Wan pun pernah.
Aku menjerit sambil terajang kerusi pun pernah.
Tinggal terajang orang je belum ni.

Pernah ada satu kali tu aku makan kat warung.
Aku nampak dah ada kucing kat meja hujung.
Tapi aku cuba cool-kan diri.
Lagipun aku teringin sangat nak makan roti canai melayu waktu tu, so aku beranikan diri jugaklah.
Tak sampai 30 saat, tup-tup kucing yang kat hujung tadi dah ada sebelah aku siap berdiri dengan 2 tangan dia dah cecah peha aku.
Kau rasa?

Tanyalah En Wan berapa desibel aku punya pekik.
Siap dengan pakej terajang kerusi aku bagi.
Satu warung toleh kat aku.
Givap aku nak order.
Terus masuk kereta.
Laki aku dengan Redza rilek je sambung lepak situ siap bedal roti kosong 2 keping sorang macamkan kejadian tu berlaku kat meja orang sebelah.

Kucing ni kalau dia kenyang, dia takkan ganggu kita (pengunjung).
So, buatlah something untuk bagi dorang kenyang sebelum kedai dibukak.
Atau selepas kedai bukak pun, carilah jalan bagi dorang kenyang.
Ni tak, dah nampak kucing berkeliaran masuk dalam kedai boleh lagi buat dek.
Siap dimeow-meow-kan lagi kucing itu. Eh kau ni.



Hari ni last Birthday Offer.
Cukuplah 2 hari kan.
Jadi, yang tak sempat beli semalam, sempat lagi nak beli hari ni.

WHATSAPP 1 (Intan) - 9am to 9pm
WHATSAPP 2 (Syiema) - 9am to 5pm


LGBT

$
0
0


Post FB atas ni aku tulis Ahad lepas, without knowing at the same time ada menteri katanya dah recognized transgender people untuk guna public toilet according to their new sex.
Actually status FB tu aku respond untuk kes bapuk yang nak kawen dengan sama jantina tu.
Dah lama sangat reader mintak aku tulis pasal ni tapi aku asyik terlupa.
Tak tau pulak ada kes lain pada masa yang sama.

Anyways, dengar kata that menteri dah tarik balik kenyataannya berhubung kebenaran kongsi toilet.
Alhamdulillah, kalau macam tu.
Tak sure la kot-kot ada isu lain lepas ni, aku pun dah 2 hari tak dengar berita.
Kalau nak suruh berfikir secara LOGIK, ok, aku rasa aku faham kenapa penggunaan public toilet hampir-hampir nak dibenarkan hari tu.



Cuba tengok gambar ni.

Gambar atas ni adalah perubahan seorang wanita menjadi lelaki.
Kalau transgender lelaki dah rupa gini, aku pun seriau nak allow dia masuk toilet perempuan.
Just imagine tetiba lelaki macam tu masuk toilet kita (perempuan), mau tak terpekik semua orang?
Dah macam jantan betul rupanya pun, padahal dia memang perempuan.
Jadi aku faham kenapa menteri tersebut 'ter-bersetuju' untuk allow transgender guna tandas ikut jantina baru.
Jangankan kata dorang tak selesa masuk tandas kita, dengan kita-kita sekali tak selesa tengok badan dah macam abang body.



The thing is, kalau kau tu transgender macam gambar belah kiri ni lain cerita.
Sumpah tak perasan lansung kau tu lelaki.
Kau masuk toilet perempuan pun takde yang kisah sebab memang nampak macam perempuan betul.
Tapi kalau kau sejenis transgender belah kanan yang sohih nampak muka jantan, takyahlah susah payah nak perjuangkan hak.
Baik kau reverse jadi lelaki lagi senang cerita, kau pun tak letih nak meyakinkan orang.

Tapi, honestly aku cakap, seperempuan mana pun muka kau, tapi bila kau masuk toilet perempuan, orang tetap tau kau lelaki.
Tahu kenapa?

Sebab perempuan tulen tak pakai mekap tebal setakat nak berjalan gi mall.
Perempuan pakai mekap tebal kalau nak pi function je.
Tapi transgender selalu bergaya macam nak rak and pakai mekap tebal gila 24 jam.
Kerana, kalau dorang tak pakai mekap, muka tetap nampak hawa-hawa jantan.
Jadi bila kau masuk toilet dengan muka yang extra jelita, orang tetap tau kau jantan.
That's why tak payah la gigih sangat nak tepek mekap 34 lapis.

Selalunya hujah the transgender people "Semua toilet berpintu dan ada selak/lock. Semua selamat. Lagipun mak tak kuasa nak skodeng kau punya nokkk, mak pun hade katanya".

Secara lojik akal manusia, betullah tu.
Toilet semua dah berpintu, apa nak risau.
Tapi kita hidup atas dunia ni bukan semua benda boleh pakai lojik akal.
Hukum agama kadang tak boleh pakai lojik dan tak perlu question "why".

The thing is aurat kau dengan aku tetap tak sama.
Perempuan masuk toilet bukan sekadar nak buang air.
We use toilet as a gendered safe space, contoh untuk betulkan tudung.
Aku tengok rambut kau takde masalah, tapi kau tengok rambut aku banyak masalahnya nanti.

Orang perempuan tak selesa transgender guna bilik air yang sama bukan sebab takut kena harass.
There has never been a documented case transgender woman harass another woman dalam toilet pun.
Yang kita takut cuma ada pihak lain yang ambil kesempatan atas kelonggaran syarat tu.
Bila kita dah start allow transgender guna toilet perempuan, apa jaminannya yang masuk tu benar-benar transgender?
Dibuatnya yang masuk tu perogol menyamar jadi perempuan, camne?

So apa nak buat sekarang?

Nak buat genetic test sebelum masuk toilet?
Ke nak letak guard kat depan pintu untuk 'meraba' pengguna toilet bagi mengesahkan jantina?
Atau perlu ke buat toilet khas untuk transgender?

Our (my) concern is, kalau kita start buat toilet khas untuk golongan ini, bermakna kita kena standby dengan bermacam-macam permintaan lagi selepas ni.
Esok entah apa lagi yang dimintak, entah-entah ruangan jantina dalam borang tu pun mintak tambah.
Dah bukan lagi dua.
Pasni ada tambahan option - IT'S COMPLICATED.

Mereka kena faham, we don't organize the toilets by who likes who.
We organize them by gender.
Lelaki, masuk toilet lelaki.
Perempuan masuk toilet perempuan.
Golongan LGBT perlu faham mereka ada kecelaruan identiti.
Dan kecelaruan itu perlu diperbetulkan, bukan diiktiraf.

LGBT bukan pemberian Allah.
Kalau LGBT ni pemberian Allah, maknanya golongan LGBT di Malaysia sama banyak dengan LGBT Thailand dan sama banyak dengan LGBT Mesir.
Tapi yang kita nampak sekarang, LGBT Thailand lebih ramai dari Malaysia dan LGBT Malaysia lebih ramai dari Mesir.
Maksudnya kat sini, LGBT ni bukan pemberian Allah.
Ia adalah masalah yang bercambah akibat dari pengaruh persekitaran.
Kalaulah di Thailand tu persekitarannya tak support pertandingan Ms Bapuk, konfem bilangan bapok kat sana takkan semakin besar.
Tapi disebabkan masyarakat di sana support program-program macam tu, that's why makin lama makin teruk.

Itulah yang kita cuba prevent di Malaysia.
Kita taknak nanti lepas satu, satu permintaan dorang kita approve, lama-lama dorang takde rasa nak berubah.
Nak buat apa berubah, takde keperluan untuk berubah pun sebab masyarakat dah boleh terima katanya.

Awal-awal ni memang la just mintak hak-hak sebagai rakyat saja.
Hak untuk diterima bekerja.
Hak untuk share toilet.
Hak untuk menggunakan perkhidmatan awam.
Hak untuk dapatkan rawatan kat hospital.....bla bla bla bla.
Apa jaminannya satu hari ni dorang tak mintak kita iktraf perkahwinan sesama jantina pulak?

Bukan aku tak mahu cuba faham dilema golongan ni, tapi dorang pun mesti faham yang Allah ciptakan manusia ni dua jenis je - lelaki dan perempuan.

"Dan Dia (Allah) menciptakan dua pasang dari dua jenis laki-laki dan perempuan." (An Najm, 45).

Jelas dah tulis dalam Quran.
It's lelaki dan perempuan.
Takde golongan "it's complicated".
Yang ada pun khunsa, ada dua alat kelamin.
Itupun khunsa akan pilih satu jantina saja, ikut yang mana satu kecenderungannya.

Jenis yang sibuk menuntut hak ni bukannya khunsa, tapi 'shemale'.
Hat ni la yang sibuk nak memperjuangkan hak sama rata kejadah segala.

"Pandangan masyarakat terhadap trangender masih negatif sebab tu kami suka bergaul sesama kami saja. Padahal kami juga ada hak dan kewajipan yang sama dengan yang lain."

Bila kau sendiri yang pilih untuk jadi berbeza, maka bersedialah untuk dapat 'exclusive' treatment juga.
Kalau nak dapat hak yang sama macam orang lain, then please jangan jadi 'berbeza'.
Yang sebenarnya mereka suka bergaul sesama-sendiri bukan sebab masyarakat sisihkan tapi sebab meraka yang tak boleh terima pandangan agama.

Kalau kita usaha mendekati golongan ini untuk memahami dilema, that's fine.
Tapi kalau mendekati mereka untuk cuba consider hak-hak yang diminta, rasanya tak perlu.
Kerana dorang yang perlu faham jalan yang dorang pilih adalah salah.




Ini new agent.
Dengar kata Pos Laju Batu Caves selalu buat hal peram pakej.
Kalau rasa-rasa dah givap dengan PPL Batu Caves, boleh beli dari agent ni.


41th

$
0
0

Selamat menempuh umur 41 tahun, Diana!

Umur 14 tahun takde celebration, dah cecah 41 baru nak celebrate bagai.

Kali ni celebration start on 13th August.
Semuanya idea En Wan.
Ahad lepas aku dah pasang niat nak puasa 1 Zulhijjah.
Sebab aku tau anytime next week aku dah tak boleh solat, jadi sementara ada masa ni dapat 1-2 hari puasa jadiklah, kan.
Sekali malam tu dia tanya "Di puasa ke esok?"

"Puasa, nape?"

Dia cakap "Takyah puasa lah, abang nak ajak Di makan. Selasa dah start Founder's Birthday promo, takut busy. Kita celebrate besday Di esok je lah".

Dalam hati aku terpikir, dah kenapa kalau aku nak puasa pun?
Sah-sah esok (Isnin) belum birthday aku, apa salahnya celebrate time bukak puasa.
Lagipun selama ni memang celebrate time dinner.
Oh agaknya kali ni dia buat reservation makan lunch sekali dengan budak-budak opis.
So ok lah, tak jadi puasa.

Kebetulan pulak Ahad tu Rayyan demam.
Jadi Isnin (esoknya) aku taknak pi opis.
Aku nak monitor Rayyan kat rumah je.

Isnin tu aku tunggu sampai pukul 12 dia tak balik-balik.
Busy nau agaknya kat opis prepare untuk promo.
Aku pun terus masak tomyam.
Dah bagi Rayyan makan segala, dia pun balik.
Aku tak siap apa pun lagi.
Nampak dia keluarkan beg baju and pack baju.

"Kita nak pi mana ni?"

Dia kata "Ada la...dekat-dekat je".



Memang dekat sungguh pun, kat Sunway Resort je.
Alahaiii, dia punya warning tak kasik aku puasa tu aku ingatkan nak bawak aku pi Penang ke, Langkawi ke.
Kalau sepelaung gini, baik berangkat lepas bukak puasa pun takpe.
Tapi takpelah kan, dah dia nak ajak, ikut je la.

Waktu bunga ni sampai, kitorang memang kat lobby.
Aku tengah tunggu dia check in, sekali datang sorang budak perempuan.
Aku ingatkan reader datang nak mintak otograf. Siap bawak bunga bagai. Kahkahkah. [kau ingat kau Diana Danielle?].
Aku tengok En Wan kat depan front office dah tersenyum-senyum.
Bangga la tu surprise menjadik.



Mula-mula aku bajet, petang karang mesti dia balik ambik anak dia datang sini.
Macam last time, lepak Majestic KL.
Tau-tau je malam ambik anak-anak kat rumah datang tido hotel.
Dia ni memang tak boleh jauh dari anak-anak dia.

This time mula-mula dia dah cadang, kalau rasa-rasa rindu kat Rayyan, dekat je kalau nak ambik.
Tapi bila bukak langsir rupanya bilik ni betul-betul facing Sunway Lagoon, terus kensel plan.
Takleh jadi ni kalau bawak Rayyan, tak aman hidup aku kejap-kejap dia ajak masuk sana.
Dah, tak payah.
Tunggu abang dia balik sok baru kita pegi.

Aku ni nama je duduk Subang Jaya.
Orang kata kalau nak pi Sunway Lagoon tetiap hari tu boleh sangat.
Tapi, 5 tahun pun tak sekali masuk dalam ni.
First aku masuk sini masa dating dengan En Wan zaman bercinta dulu, mandi bersama you olss. Kahkahkah.
Last aku datang tak ingat bila tapi dah ada Redza time tu. Rayyan je belum masuk dalam ni lagi.
Ni kira macam pengganti Mimaland.
Dulu Mimaland la paling gempak sekali.
Harap-harap Sunway Lagoon ni panjang la sikit umurnya, jangan jadi macam Mimaland.



Dah tua-tua masih lagi dapat hadiah bear, rasa tebiat sangat. 



Bagi kotak canggih sangat, bini dah lah spesis blur. Nak bukak pun tak reti.
Rupanya dalam tu ada cokelat favourite.
Baru bercadang-cadang nak kirim kat Redza balik nanti, dah dapat ni tak jadilah jawabnya.

Lepas kelebet-kelebet bunga, En Wan ajak gi cari bedak aku kat Sunway Piramid.
Patut la last weekend tu aku ajak pi beli bedak aku kat sana dia buat dek.
Rupanya dia dah plan nak lepak Sunway.




En Wan ajak masuk Bubba Gump.
Ni first time masuk walaupun dah banyak kali aku mintak nak masuk sini.



Dua-dua air ni sedap.



Lamb sedap, tapi gravy tak berapa sedap.
So aku makan lamb gitu je tanpa gravy.
Takpe, sebab lamb dia dah marinate sedap sangat.
Mashed potato pun sedap.
Dengan kulit-kulitnya sekali dia mash.



Portion lamb grill ni quite banyak jugak la, aku share dengan En Wan baru boleh habis.



Appetizer aku pilih mac and cheese with shrimp.
Ini sedap melampau.
The best mac and cheese aku pernah rasa so far.
Lain kali order bendalah ni je pun dah ok. Puas hati!



Ko tengok betapa tak kedekutnya dia dengan cheese.
Yang dalam tu dah tentu-tentu la bergelumang dengan cheese.
Yang atas tu pun dia tabur punyalah banyak.
Kenyang babat-babat aku jumpa kawan-kawan baru.
Udang pun banyak dalam tu.
Asal aku cedok mac je mesti ada udang sekali.



Ini pun sedap.
Udang yang disumbat dalam crab ball, kau rasa??



Cuma aku rasa tak sesuai sangat pair dengan nasi.
Sebab aku tak boleh telan nasik with cheese.
Isi ketam tu dia campur dengan cheese and carrot.
Kalau gaul dengan nasik macam tak kena.
Memang that day kitorang tak sentuh pun nasi tu, makan the ball je.



Muka pun dah jadi pat persegi lepas melantak cheese, jom lah kita pulang.
Dalam ni ada souvenier corner untuk beli merchandize Bubba Gump.



Hari tu kat dalam restoran cuma ada 2 couple je, kitorang and sorang chinese couple.
Maybe sebab weekdays and office hour.
Kalau weekend rasanya padat.
So kalau nak makan bertenang-tenang, sila datang on weekdays dan bukan lunch hour.



Padahal tengah celebrate birthday sendiri, tapi bila masuk sini aku boleh lupa nak redeem birthday offer aku.
Nasib baik sales tu bagitau, kalau tak rugi 10%.
Korang yang ada akaun dengan GreenAard ni tau tak korang boleh dapat 100 points free untuk birthday month?
On top of that korang dapat beli harga GreenAard dengan harga booth price?
Tak tau kan? Haa...tu la sape suruh tak follow FB GreenAard.



Bila duduk rumah terasa nak lepak hotel, berehat.
Bila dah duduk hotel terasa panjang nau pulak masa sampai tak tau nak buat apa.
Jadi kitorang tengok movie.
Itupun tak tau nak tengok apa sebab En Wan nak save cerita best-best untuk tengok dengan Redza nanti.
Dengan aku tengok citer bodoh-bodoh je. 
Kitorang pilih The First Purge.
Dengar cerita The Purge tahun 2013 tu jauh lagi best.

The Purge kali ni tak sedap mana pun.
Thrill memang thrill tapi entahlah, tak sedap mana pun.
Maybe takde Ethan Hawke kot tu pasal kureng sikit keterujaannya.
Yang 2013 punya ada Ethan.

En Wan dah ada banyak movie dalam list nak tengok dengan anak bujang dia.
Ni Redza dah sampai rumah, jawabnya seminggu ni aku tak laku la.
Tengok movie dengan anak, lepak mamak pun dengan anak.
Agaknya tu pasal dia layan aku kaw-kaw sebelum Redza balik, investment lah agaknya so that aku tak kacau time dia nak melepak dengan anak.



Habis tengok movie, lepak mamak.
Padahal takde la lapar mana pun tapi saje.
Kalau terlampau banyak free time gini la jadiknya.
Tu pasal orang kata keep yourself busy, kalau tak tau apa nak buat ujung-ujung mentekedarah je kejenya.



Bahagia nau rasanya sesekali dapat melepak sampai malam-malam gini.
Walaupun melepak kat mamak je.



Kiri : Birthday tahun lepas.
Kanan : Birthday tahun ni.

Sama je baju aku pakai rupanya, baru perasan.
Nampak nau wardrobe takde baju baru. 

Seronok betul breakfast buffet Sunway Resort.
Dari satu hujung ke satu hujung penuh dengan makanan yang sedap-sedap.
Kalau roti ni ya ampunnnn macam-macam jenis.
Rasa macam nak makan semua.

Kebanyakkan food dia middle east sebab hotel ni Arab yang punya dah tentu dia lebihkan makanan untuk orang-orang dia.
Yang stay sana pun puak-puak dia jugak.
Tapi walaupun macam tu, food dorang sedap.
Puas hati bayar buffet macam ni.



First round.
Yang daging cincang with peas tu, aku lupa nama dia.
Ingatkan beef rupanya kambing!
Best gila pagi-pagi breakfast kambing.
Yang macam mihun ni sebenarnya bukan mihun Malaysia, tapi mihum style Arab.
Rasa manis-manis sikit.
Tak berapa boleh layan, tapi habis gak aku makan.
Aku ni apa ajelah yang tak sedap.



2nd round.
Bermacam jenis roti.
Tu pun banyak lagi yang aku tak ambik.
Ada manakish chicken, manakish olive, manakish cheese, and lebanese bread makan dengan cheddar.



Disudahi dengan cheese omelette with yogurt and yakult.
Cukuplah 3 round.
Kalau ikut hati aku, aku nak ambik makanan lain lagi tapi En Wan nak sambung buat keje dalam bilik.



Dia ni kau campak la kat mana-mana pun, mesti cari nasik jugak.


Lepas makan, kitorang balik ke bilik dulu.
Masing-masing bukak laptop buat kerja.
Aku cakap kat En Wan aku taknak masuk opis hari ni, birthday aku kan, aku nak cuti.
Dia cakap ok tapi nak singgah opis kejap ambik barang sebab dia pun nak buat keje kat rumah je.

Masa keluar dari hotel nak balik ke opis, dia tanya "Kalau lalu jalan sini agaknya jem tak?"

Aku cakap jem apa sangatlah Subang Jaya ni, standard la kalau orang keluar lunch.
Tapi masa tu belum pukul 12 pun lagi, takde jem mana pun.
Lagipun macamlah Sunway dengan opis tu jauh sangat, kejap je dah sampai, nak kejarkan apa ntah.
Tapi aku perasan hari tu dia macam-macam tergesa-gesa je bawak kereta.
Lepas tu henfon kat tangan tak lepas.
Aku cakap "Yang nak kejap-kejap tengok henfon tu kenapa. Cuba letak and fokus kat jalan je. Nak cepat sampai tapi sibuk nak tengok henfon, bila nak sampainya?"

[Wah, dah berani sound dah time ni, maklumlah dah dapat surprise birthday takyah nak bersabar-sabar lagi. Investment sudah berakhir. Hahaha].

Sampai kat parking opis, dia naik atas ambik barang jap, aku tunggu dalam kereta.
Kejap lepas tu dia turun, "Di naik kejaplah, abang nak settle keje kejap. Karang lama sangat tunggu dalam kereta. Dalam setengah jam".

Takpelah kalau macam tu, aku naik la kejap, bawak laptop sekali.

Sampai depan opis aku pelik apesal pintu opis ni bertutup?
Awal nau budak-budak ni ambik lunch break.
Pulak tu takkan takde sape tinggal kat opis.
Selama ni memang dah bagitau tak boleh keluar lunch serentak, at least mesti ada sorang jaga opis sebab waktu lunch hour ada orang walk-in beli barang.

En Wan reply "Dorang pegi makan lah agaknya tu..."
Cool je dia jawab.
Again, satu kepelikkan sebab laki aku ni sejenis bos Jepun-style.
Dia takde de ambik mudah undang-undang yang dia create.
Selalunya dia la yang paling hangin kalau opis takde orang jaga time lunch.




Rupanya semua berpakat nak buat surprise kat aku.
Mastermindnya laki aku la sape lagi kan.
Patut la bawak kereta macam pelesit, rupanya staff dah bagi que semua orang dah sampai, makanan semua dah ready.
Siap berkomplot dengan Mak Aji and Pak Aji.

Patut la Isnin lepas staff aku call "Akak ada order apa-apa tak dari Pos Laju, kalau takde, kami nak keluar kejap. Takut nanti Pos Laju sampai takde orang kat opis".

Masa tu aku dah tergerak nak tanya "Kenapa semua nak keluar serentak?"

Tapi tak terkeluar pulak dari mulut.
Mood tengah baik baru sampai hotel waktu tu, so tak kuasa aku nak tanya macam-macam.
Rupanya, hari Isnin tu lagi budak-budak ni dah keluar pi beli barang untuk prepare birthday surprise ni.
Patut la En Wan cool semacam je bila aku tanya pasal staff.
Pasni aku tau dah, kalau tetiba dia cool je bila melibatkan hal-hal opis, tu mesti ada agenda tersembunyi.

Apa-apa pun memang menjadi surprise ni.
Aku pun tak tau masa bila En Wan prepare semua benda ni.
Padahal hari-hari aku ada dengan dia.
Ni yang aku cuak ni kalau jenis yang senyap-senyap buat planning.
Karang tau-tau je company aku dah bertukar tangan. Kahkahkah.



Masalahnya, pandai pulak dia order kek bagai.
Order kat kawan aku pulak tu.
Yang kawan aku pun rilekkkk je bersekongkol tanpa rasa bersalah.
Kalau nak order kek ni, boleh order kat Aisyah 019-2812880.
Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada seketul Nutella atas tu, sebabnya, nama kek ni Red Velvet Nutella Cake.



Sebelum potong kek, hambik gamba kek dulu.
Itu rule pertama.



Yang best tu, mak bapak aku pun sama naik berkomplot dengan menantu.
Ntah bila masa En Wan contact mak bapak aku ajak datang opis ntah.
Patut la masa aku keluar dari hotel Mak Aji call aku tanya aku kat mana.

Mak Aji : Kau kat mana ni.

Aku : Baru keluar hotel, nak balik opis, kenapa.

Mak Aji : Takde la, tanya je.

Pastu dah, dia letak phone.
La, call aku tanya itu je ke?
Rupanya dia dah standby kat opis waktu ni.



Bukan just kek, tapi En Wan siap order tauhu bergedil and mee bandung feveret aku!
Tak sia-sia aku berbuat baik dan banyak bersabar terhadap beliau di bulan Ogos.
Sabar itu indah. 



Masuk bilik, atas meja ada Ferrero Roche.
Ni dah sah dari mak bapak aku.
Tetiap tahun memang tak pernah missed belikan aku cokelat feveret aku ni.



Alhamdulillah, di usia 41, Allah masih panjangkan usia mak bapak dan mak mertua untuk sambut hari jadi sama-sama.
Yang atas riba aku tu dah macam Ju-On pulak.

Terima kasih kat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish sejak Isnin lepas.
Terima kasih yang mendoakan.
Semua doa yang baik insyallah akan kembali kepada korang juga.






New agen.
Kalau kawasan berhampiran Jengka nak COD dengan this agen, please call her, ok?

Hijabista Ballet

$
0
0



Semalam aku tengok cerita Hijabista Ballet.
Cerita ni keluar kat TV last month, aku rekod tapi baru semalam tergerak nak tengok.
Tentang a girl, seorang penari ballet yang tergerak hati nak berhijab.
She tries to convince everyone yang penampilan will not make her skills diminished tapi banyak tentangan.
Sekolah ballet tempat dia blaja tu pun dah taknak terima bila dia berhijab.
Ye la kan, ballet ni banyak tunjuk pergerakkan badan, dah kalau bertutup litup celah mana orang nak nampak otot and pergerakan badan tu.
Lama-lama dia quit dan dia plan untuk buat show pertama sebagai penari ballet yang berhijab.
Unfortunately, ramai yang kecam plan ni sampaikan kena pukul dengan aktivis agama sebab dikatakan menghina agama.

Ok cukup sampai situ je sinopsis.
Nak tau lebih, gi tengok sendiri.

Aku bukan penari (matila kalau orang tau camne cara aku menari dalam bilik mandi, hazabedah!).
Tapi aku pernah berada dalam posisi seseorang yang merasakan apa yang dibuat, tak salah.

Sebagaimana penari ballet yang menari bukan untuk menggoda seksual penonton tetapi untuk bercerita melalui tarian dan berekspresi dengan tubuh, macam tu la aku berpakaian dulu.
Walaupun some people anggap aku sengaja pakai seksi ke opis untuk mudah dapat sales, entahlah mana dia dapat teori tu.
Ingat aku ni GRO ke cari pelanggan dengan pakai seksi-seksi?
Padahal aku pakai sebab aku nak pakai, aku suka pakai macam tu dan aku selesa pakai macam tu (dulu lah..).

Dalam movie Hijabista Ballet, this girl tak faham kenapa orang tak boleh terima dia sebagai penari ballet berhijab sedangkan dia sedang berubah menjadi lebih baik.
Banyak sangat tekanan yang dia terima selepas berhijab.
Dari pihak skolah yang minta dia tanggalkan tudung hinggalah ke kecaman netizen.
She decided untuk tinggalkan negara sekejap supaya keadaan reda tapi di overseas kena kecam pulak sebagai terrorist hanya kerana bertudung.

Cerita ni sebenarnya bawa maksud tersirat tentang hijrah dan istiqomah.
Nak bertudung, senang. Tergerak je, terus sarung tudung.
Tapi nak bertahan dengan hijrah tu bukan calang-calang ujiannya.
Dan selalunya kita 'berdiskaun-diskaun' dengan istiqomah.

Untuk istiqomah, respon positif dari persekitaran sangat membantu.
Sebab itulah bila kita tengok ada orang baru berhijrah, perubahannya takkan begitu cepat.
Kadang-kadang terkehel, bangun balik, pastu tersungkur, bangkit balik.
Jarang yang jalan hijrahnya smooth.
Kerana dia perlu masa untuk konsisten dengan satu benda yang baru.
Waktu ni masing-masing masih lagi cuba tepis benda negatif dan tangkap benda positif.
Kedua-duanya masih nampak sama di mata, tak sure mana satu boleh mana satu tak.

Kalau nampak someone yang dah lama berhijrah tapi masih dalam tahap biasa-biasa saja, don't judge.
Kerana setiap orang lalui proses yang berbeza.
Ada yang berubahnya pelan-pelan sebab jalan cerita semua orang tak sama, jadi perubahannya dah tentu takkan sama.

Benda negatif dan positif, kedua-duanya mempengaruhi usaha dan istiqomah.
Pengaruh negatif boleh datang orang-orang yang rapat.
Boleh juga datang dari minat atau kerjaya.
Macam cerita Hijabista Ballet ni, ujiannya pada cintanya terhadap ballet.
Ballet adalah minat dan kerjaya dia.
Tapi once dah bertudung, otomatically ballet and hijab tak boleh bersama.

Kalau nak diikutkan, this girl patut dah lepas tudung lama dah, sebab lingkungan dia takde satu pun yang mendorong dia untuk kekal berhijab.
Plus, satu negara kecam bila dia nak buat pertunjukkan ballet berhijab.
Tapi yang membuatkan dia stay berhijab adalah kawan dia mati tanpa sempat berhijab.
Kawan dia mati kena langgar depan mata.
A few minutes sebelum kena langgar kawan dia ada cakap "belum sampai masanya lagi kita nak bertudung".
Pastu BAMMMMMM kena langgar dengan lori, mati.

That thing-lah yang buatkan dia nekad teruskan bertudung.
Hidayahnya sampai dengan cara musibah.
Kalau bukan kerana musibah tu, konfem dia dah tanggal tudung lama dah sebab surrender dengan environment yang tak membantu.

Hijabista Ballet mengajar kita bahawa dalam istiqomah, pengaruh kawan-kawan memang penting.
Kalau dapat kawan yang menyokong, insyallah jalan hijrah lebih mudah.
Dapat kawan jenis tak membantu, lebih mudahlah untuk hanyut.
Dah banyak dah tengok kes-kes macam ni.
Akibat dengan siapa kita berkawan, pengaruh kerjaya, pengaruh trend - buatkan ramai yang dulunya nekad berhijrah akhirnya slowly kembali ke asal.

Bukan nak suruh lupa kawan-kawan lama atau menjauh as if they are not your level, tapi untuk istiqomah, carilah kawan-kawan baru yang lebih cenderung kepada agama.
Tak perlu buang kawan-kawan lama pun kerana boleh jadi hidayah mereka nanti datang melalui kita.

Hijabista Ballet ni bukan cerita sedih, in fact lakonan pelakon utama dia kaku.
Tapi aku boleh ter-menangis pulak bila tengok because I can relate.

Masa aku tergerak nak bertudung, waktu tu aku dah berada dalam zon yang comfortable.
Kerjaya dah mantap.
Keluarga stabil.
Kewangan kukuh.
Aku rasa, this is the right time untuk aku berhijrah sebab Allah dah bagi banyak dah.
This is the right time untuk aku balas budi Allah, kononnya.

Lepas je aku hijrah, hah kau, lepas satu-satu ujian Dia datang.
Makin payah nak dapat customer.
Nak close big deals pun tak sesenang dulu.
Aku terasa macam life aku kembali backwards sebab aku kena berhempas pulas balik untuk close sales, keluar pagi-pagi, kerja lewat sampai malam.
Rasa nak giveup dah.
Tapi bak kisah Hijabista Ballet tu, aku pun ada faktor yang buatkan aku nekad pertahankan hijrah.

Masa ni Redza dah skolah.
Aku tak sanggup dengar one day nanti anak aku balik skolah cakap "Ma, ustazah kata orang Islam kena tutup aurat, kenapa mama tak pakai tudung? Mama bukan Islam ke?"

Hah, karang sentap pulak aku.
Walaupun aku tau Redza takkan cakap macam tu, kalau Rayyan insyallah bertepek-tepek aku kena.

Boleh jadi faktor ni la yang buatkan aku kuatkan jugak diri untuk jalan terus.

Tapi kalau kita pikir-pikirkan balik, apa tujuan Allah hantar ujian?
Takkanlah untuk buat kita tersungkur balik ke zaman jahil.
Takkan lah Allah sengaja bagi ujian hanya untuk tengok kita menangis kecewa.

Ustaz aku penah kata bila kita decided untuk kejar Allah, Allah akan datangkan ujian bertimpa-timpa kerana Dia nak tengok kita berubah kerana dunia atau kerana Dia.
Kalau niat kita berhijrah kerana urusan dunia, slowly kita akan kembali ke diri kita yang dulu tanpa kita sedar.
Kalau kita berhijrah kerana Dia, bersama-sama ujian yang datang Dia akan bagi kita kekuatan luar biasa untuk bertahan.
Apabila kebergantungan kita kuat pada Allah, kita akan dapat kekuatan luar dari jangkaan kita. Kerana bila pandangan kita terarah kepada akhirat, kita akan memandang dunia pada perspektif yang berbeza.
Tapi kalau kebergantungan pada dunia lebih kuat, waktu itulah istiqomah akan jatuh satu persatu.

Kita ni, takkan nak tunggu sampai ada musibah baru nak tersedar, betul tak?
Kalau boleh, biarlah teguran dan hidayah Allah tu datang bersama-sama nikmat, bukan musibah.

Dunia ni umpama office hour.
Dunia adalah tempat kita bekerja melaksanakan segala perintah Allah dan menjadi hamba yang terbaik.
Sampai waktu 'office hour' habis, kita semua akan kembali ke rumah asal.
Semoga 'gaji' yang kita terima sewaktu bekerja ni setimpal untuk dibawa balik rumah.





New shawl, Isnin.

Geo

$
0
0

Ni first time aku buat shawl 3 warna je.
Serabut perut nak pikir warna-warna, jadi apa kata kali ni kita buat 3 set warna je.
Korang nak pilih pun senang.
Staff aku nak pack lagi senang. Haha.

Material : Chiffon
Measurement : 180cm x 65cm
Cutting : Shawl
Price : RM48 only

Terus WHATSAPP SINI, bagi nombor kod ok?










Privacy

$
0
0

Lepas aku buat birthday post aku last week, ada sorang follower FB ni tanya kenapa aku always mention "takut company aku kena rampas" as if aku tak percaya kat En Wan 100%.

Takde maknanya aku tak percaya kat En Wan.

17 tahun hidup bersama, apa benda yang aku tak share?

ATM card aku dia pegang.
PIN number aku dia tau.
Dia nak keluarkan duit aku bila-bila masa boleh.

Card credit aku dia pegang.
Dia nak swipe bila-bila masa pun boleh.
Tapi setakat ni takde lagi la dia buat onar dengan card aku.

FB aku pun dia boleh view sebab aku tak pernah log out FB aku dari laptop dia.
That's why aku selalu tak baca PM, sebab tak dapat notification pun, rupanya dia dah baca siap-siap.
Tau-tau je karang bila aku browse-browse, bersepah PM aku tak baca lagi.

Password email aku pun dia tau, dia boleh baca email yang masuk.

Basically most benda aku share.
Cuma company share memang aku tak bagi 50-50 sebab dia bukan letak duit pun.
Aku je yang baik hati letak nama dia. Hahaha.

Nowadays, password media sosial and emails tu rasanya common kalau kita share.
PIN number bank pun common dah laki bini share.
Bukan apa, untuk kemudahan.
Sejenis makhluk macam aku ni, malas nak beratur kat ATM keluarkan duit, jadi bagi je la PIN number kat En Wan, senang dia keluarkan duit aku.

Ada perbezaan yang besar di antara membiarkan pasangan gunakan sesuatu milik kita untuk manfaat bersama, dengan, membagi pasangan akses kepada sesuatu yang lebih peribadi.
Aku tak tau apa maksudnya dengan "memberi 100% kepercayaan".
Aku tak rasa aku boleh letakkan rasa percaya 100% kat sesape saja.
Dengan diri sendiri pun kadang aku tak percaya.
Pagk-pagi Subuh aku janji dengan diri sendiri taknak makan roti canai.
Karang siang En Wan ajak aku makan, sampai 2 keping roti canai aku bedal.
Janji dengan diri sendiri pun aku terbabas, lagikan nak letakkan 100% kepercayaan kat orang lain, yang sah-sah bukan bawah kawalan aku.
Nope, aku tak rasa aku boleh bagi sesape pun 100% trust.
Mesti ada sikit aku simpan untuk diri sendiri.
Contoh, password online banking.
Setakat ni aku tak share lagi dengan En Wan walaupun ATM card aku dia pegang.

Tapi tak bermakna aku hidup dalam insecurity, walau dengan suami sendiri.
Kalau aku sejenis insecure dan tak percaya pada En Wan, konfem kejap-kejap nak check henfon dia, check FB dia, check wallet dia.
Tak tenang rasa hidup kalau kejap-kejap nak kelebet segala benda.

Orang kata bila kita dah berkahwin, tak perlu lagi simpan rahsia dari pasangan kita.
Tapi, be realistik lah.
Kita hidup di dunia nyata, di mana pasangan yang paling harmoni dan romantik sekalipun, tetap sembunyikan sesuatu.

Jangan salah faham di antara RAHSIA dan MENJAGA PRIVASI.
Menjaga privasi ada hubungkait dengan keperluan seseorang untuk ruang peribadi.
Bila ada sesuatu yang bersifat peribadi, kita tak nak share dengan orang lain.
It is only a personal choice regarding a person's lifestyle or personality, tu je.
Tak semua benda kita boleh share atau mahu share.

If you want a relationship based on trust, ada a few benda yang kita perlu buat secara terbuka.
Especially kalau benda tu ada potensi untuk mempengaruhi masa depan atau kehidupan kita dengan pasangan, so dia ada hak untuk tahu, contohnya hutang-hutang yang kau dah buat dengan Ahlong, atau penyakit yang kau tanggung selama ni.
Tapi kalau berapa banyak duit simpanan kau ada, berapa banyak kau bagi mak bapak kau tetiap bulan - kalau tak sampai mengabaikan hak pasangan dan anak-anak (nafkah), tak payahlah nak bagitau.

Seingat aku, aku tak pernah tanya lagi berapa En Wan bagi mak bapak dia duit, berapa banyak dia spend belanja adik-beradik dia makan, berapa banyak dia bagi kat anak-anak sedara time raya - never.
Selagi hak aku and anak-anak tak terabai, aku takkan question yang lain-lain.
Ini bukan rahsia, tapi aku anggap itu adalah privacy.

Honesty isn't always the best policy.
Kita mesti tau simpan sesuatu hanya untuk diri sendiri, dengan syarat perkara yang disimpan tu tak bahaya dan tak melibatkan sebarang penipuan.
Contoh, dapat bonus beli kasut yang agak mahal sikit tanpa bagitau isteri kita.
Bukan kau menipu pun, kau cuma tak bagitau dia je kau dah beli barang untuk diri sendiri.

Benda-benda besar like ahli keluarga meninggal, bodoh sangat lah kalau itu pun kau taknak share dengan partner, kan.
Atau member baik kawen, mestilah share.
Ataupun, kena marah dengan boss, you certainly need a shoulder to cry on, of course share dengan pasangan.

Tapi kalau less-significant things macam exbf liked gambar kau kat FB, atau terserempak dengan old crush kat Giant, do you really want to share these things with your partner?
Eh hello, pernah dengar perkataan 'smart-sharing'?

Kalau kita sorok kecurangan dengan gf baru, ok that's wrong.
Tapi kalau kita pilih untuk tak berkongsi sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan or cause some friction, itu lebih baik tak payah share.

Macam aku, aku pilih untuk taknak share online banking password, kekalkan single signatory untuk duit company dan share pun aku taknak bagi 50-50.
Bukan tak percaya, tapi itu something yang aku nak jaga, aku anggap hadiah untuk diri sendiri.
At least ada benda yang aku 'ada'.

Nak bahagia (atau nak jadi pasangan yang bahagia), tak perlu "tiada rahsia antara kita".
Bagi aku, showing interest in our partner's interests jauh lebih bermakna dari berkongsi segala-galanya.

Contoh, kalau laki kita suka bola, perlu ke kita as isteri pun minat bola?
Kalau kita suka artis Hong Kong, perlu ke laki kita pun suka artis Hong Kong?
Kalau kita laki bini sama-sama suka bola, layan bola, adakah itu baru dinamakan serasi?

Those things are nice, but not essential.
Apa yang penting ialah kita tunjukkan minat terhadap apa pasangan kita suka, walaupun minat kita sebenarnya berbeza.

Macam tu lah jugak dengan privacy.
Kalau kita sama-sama kongsi rahsia, adakah itu baru dinamakan saling mempercayai?

Kita tak perlu kongsi segalanya dengan pasangan.
Tinggalkan sikit untuk diri sendiri, as long as tak menyebabkan perang besar.
Walaupun berkongsi segalanya akan menjadikan relationship a little easier, tapi percayalah, what's more important is that we respect privacy masing-masing.




Disebabkan Gloei banyak dapat request untuk harga birthday promo (malangnya tak dapat nak extend), maka sebagai tanda terima kasih sebab support Gloei, aku nak bagi FREE Cleansing Gel 25ml. Gloei untuk makan, Cleansing Gel pulak untuk apply pada skin.

Untuk setiap botol Gloei, korang akan dapat :

1 x Cleansing Gel 25ml 
1 x kod diskaun untuk beli sebarang produk pada next purchase.



Bila joke disalahertikan

$
0
0


Ini InstaStory aku Isnin lepas.

Ok, aku nak tanya.
Berapa orang baca ni and cakap "Berlagak gila!"?
Dan berapa orang anggap ini joke?

Actually after a few minits aku post ni, aku terfikir what if orang anggap aku show off, sedangkan that was a joke.
Yang terlibat dengan conversation tu fahamlah.
Tapi yang tak terlibat, mesti akan pikir yang bukan-bukan.
To them, they need to be clarified, otherwise dia anggap we are showing off.

Kadang-kadang nak bergurau pun kena explain macam-macam.
Tapi, semakin kita cuba untuk explain, belum tentu menjadikan keadaan lebih baik.
Kerana tak semua orang setuju dengan kita atau faham our perspective.

Contoh, beberapa tahun dulu, ada kawan aku buat joke.
Joke-nya camni.
Ada 2 orang lelaki.
Lelaki A dan B.
B selalu tiru apa yang A buat.
A naik rimas.
So one day they went to a bar.
Lelaki A mintak kat bar, "Give me one glass of H2O".
Lelaki B mintak "Give me one glass of H2O too".
Lelaki A happy gila kali ni bila B tiru dia.

Get it?

Aku gelak dengan joke tu
Sorang lagi kawan kat tepi aku tercangak-bangak tanya "Apesal?Apesal?"
Bila aku explain yang lelaki B tu maybe akan dapat H2O2 (hydrogen peroxide) instead of water, dan mungkin menyebabkan dia mati, that's why Lelaki A tu happy.

Kawan aku yang tak paham tu kata "Eleh, berlagak. Mentang-mentang budak sains, buat teka teki pun pasal sains. Nerd betul budak sains".

Aku gelak-gelak anggap itu joke sebab memang budak sains sinonim dengan nerd pun.
So aku balas balik "Budak sains tak blaja H2O2 dah. Tu Form 1 lagi dah blaja. Tahap kitorang ni dah start blaja buat bom".

Eh dia tembak aku balik "Ha, elok la tu, orang lain habis skolah jadi orang, korang menjahamkan negara buat bom".

Terus aku surrender.
Last-last aku dengan member aku bantai gelak sama sendiri.
Macam pelik pulak, asal-asalnya joke pasal H2O2 je.
Hanya kerana kau tak faham the joke, pastu kau nak hangin pulak.
Terasa diri bodoh sangat ke camne ceritanya ni?

Look, kalau tak faham tak apa.
Tapi bila kau nak counter balik ke-tidakfahaman kau tu dengan mengecop orang lain berlagak, that's weird.
En Wan kalau buat lawak engineering pun aku tercangak-bangak tapi that's normal sebab bukan bidang kita, lojiklah kalau tak faham.
Orang kata that's how smart-smart people buat joke.
Memang boring sikit la joke dia tapi untuk yang faham, memang seronok dengar.

Come to think of it, kawan aku tu tak salah sepenuhnya.
Dia cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Itu adalah bukti bahawa tak semua orang faham apa yang nak kita sampaikan.
Some akan anggap kita berlagak, padahal di kalangan kelompok yang faham, mereka tau bukan itu maksud sebenar.

Same goes tu InstaStory aku tu.
Lepas aku naikkan that post terus aku terpikir alamak ni mesti ada yang kata aku nak menunjuk-nunjuk ni.
Tapi aku biarkan je, saja nak buat kajian kes.

Tak lama lepas tu masuk satu komen "Berlagaknya C tu. Patutnya tak payah brag bila kawan-kawan lain tengah struggle".

*tepuk dahi*

Aku nak respond, tapi malaslah pulak rasanya sebab dia sorang je yang respond macam tu.
Bukan apa, kadang-kadang bila kita explain in detail boleh bawak lebih banyak kesan negatif daripada positif.
Kesian pulak karang dia mesti malu sebab tak paham itu cuma joke.
Bila ada yang respond macam tu kat InstaStory, menguatkan lagi keyakinan aku bahawa apa juga statement (dan caption) yang kita buat di media sosial, hanya boleh diterima sekiranya ia ditulis in the right situation among the right sort of people.
Kalau kau buat at the wrong time, among the wrong sort of people......maka tahniah!
Anda baru saja menaiktarafkan diri anda sebagai juara baru carta untuk diperbawangkan secara berjemaah.

Aku ada kawan yang payah nak recognize metaphor sampaikan aku rasa apehal extreme gila kau punya left brain ni sampai joke pun tak paham.
Everytime kitorang buat joke, semua gelak terbahak-bahak, tapi dia tak.
Padahal joke tu bukan intelectual joke pun.
Dah satu keje lak kena explain kat dia.
Dah explain pun tak gelak-gelak jugak. Hamlau betul.
End up kitorang yang explain ni pulak yang gelak berkali-kali.

Oh tapi, bukan semua benda kau boleh jadikan bahan lawak ya.
Aku memang benci joke yang mengaibkan orang, mempermainkan nama mak bapak, atau menghina.
Yang tu bukan lawak, tu namanya bodoh.
Tapi kalau simple-simple joke pun kau kejung, maybe you take yourself too seriously kot.

Orang yang boleh faham lawak dan boleh buat lawak ussually bijak, dengan syarat joke tu bukan joke murahan dan menghina lah.
Generally great artists and scientists are people who really like to joke.
Walaupun kadang-kadang dorang ni nampak macam tak stress bila berdepan dengan masalah, the way they perceive a joke is quite unique.
Spesis macam ni boleh menyampaikan sesuatu yang serius tanpa buat muka ketat kerana dalam penyampaian dorang ada joke.
That's why orang-orang yang macam ni selalunya lebih tenang bila berdepan dengan masalah, maybe because the 'skill' yang dorang ada ni.

Lagi satu, kemampuan kita memahami joke dan buat joke akan bantu kita untuk bertindak positif pada kehidupan.
Biasanya those yang sense of humor yang tinggi akan jadi orang yang hebat dan dapat atasi various difficulties kerana dia melihat kesulitan tu dari sisi humor yang dia miliki.
Semakin kita get used to jokes, semakin tinggi rasa humor yang kita miliki, dan semakin tinggi kecerdasan kita to overcome difficult situation.

That's why aku suka blogging.
Ber-blog beri aku medium untuk menceceh dengan panjang lebar, biar tulis sampai orang faham.
Kalau FB status and IG caption ni tak boleh nak explain panjang-panjang sangat, tak puas.
Kalau blog, puas.
Sometimes aku terasa macam "gigihnya aku ni nak explain semua benda".
Tapi rasanya memang perlu, kerana EQ manusia berbeza-beza.
Ayat yang terlampau ringkas pun kadang-kadang boleh buat orang tak faham dan salah anggap.
Bila salah faham, mulalah effect kat relation, samada hubungan antara keluarga, kawan, atau marriage.




Semalam dah start yang purchase offer ni.
Ada yang tanya boleh ke redeem guna point?
Boleh!
Kalau guna point lagi untung.
Kalau tolak 600 point, maknanya boleh beli ni dengan harga RM129 saja, on top of that Cleansing Gel tetap dapat juga.

Sila whatsapp untuk tanya balance point.


Kalau akhlak buruk baik takyah pakai tudung!

$
0
0


Ini gambar aku letak kat IG 2 hari lepas.
Tapi after a while, aku delete sebab aku nak transfer gambar ni ke blog.
Aku rasa aku perlu explain panjang lebar tentang ni.

Oh tak.
Takde yang bagi komen-komen tak murni cuma aku terdetik nak menulis sesuatu tentang gambar tu.

Sebelum tu, aku nak bagitau, itu adalah gambar pertama aku dan En Wan bergambar bersama.
It was taken on the 26th Disember 1998.
Itulah kali pertama aku dengan En Wan keluar dating setelah 9 bulan berkenalan dan bercinta melalui surat, tak pernah bertemu muka [ya, aku tinggal di zaman Pak Malau].
Aku ramas seluar dia bukan sebab geram ya [awwww!] tapi sebab dia yang letakkan tangan aku atas peha dia, terus aku nervous lantas meramas seluar beliau.
Mau tak gabra bila first bergambar sama.
Nak pulak dia pegang bahu aku for the first time, lagi la ahkak nebesss.

Bila aku tenung balik gambar tu, banyak yang salah.
Pakai tudung tapi selak sampai nampak dada.
Pakai tudung tapi baju ketat dan pendek.
Pakai tudung tapi bersentuhan dengan lelaki.

Mungkin inilah yang dikatakan "nama je pakai tudung tapi takde akhlak".

Yes, aku pernah berada di level tu.
Level di mana aku tutup kepala kerana mahu tutup, tanpa ada pengisian.
Bila tutup kepala sekadar tutup, gitulah hasilnya.
Pakaian tak patuh syariah.
Pergaulan pun takde batas.

Tapi, kita tak boleh terus-terus berharap once dah bertudung, akhlak mesti tip top.
Boleh jadi itulah punca ramai yang taknak bertudung sebab merasakan akhlak belum cukup tip top.

Dalam pandangan masyarakat kita, perempuan yang bertudung sangat identical dengan sikap sopan santun, sabar, tenang, rajin solat, baik, rajin blaja agama dan macam-macam amalan soleh lagi.
Sebahagian besar perempuan yang bertudung memang macam tu sifatnya, that's why bila ada perempuan bertudung buat something yang bertentangan dengan penampilan, maka penilaian masyarakat jadi sangat negatif.
Hasilnya, tudung dah jadi benchmark for actions that are not in accordance dengan akhlak pemakai.

Akhirnya, some perempuan yang belum bertudung memilih untuk kekal tak bertudung sebab berpegang pada kata-kata "Kalau aku tak boleh tunjukkan attitude yang baik bila dah pakai tudung, baik aku takyah pakai tudung dulu. Biar aku hijabkan hati aku dulu".

Sebenarnya, mengaitkan hubungan antara tudung dengan attitude adalah satu misconseption.
Memang kalau seseorang tu baik, dia akan berusaha menjalankan perintah agama dengan baik juga.
Dah tentu dia akan aplikasikan semua perintah agama sebaik mungkin dan salah satunya memakai tudung, tapi tetap tak ada kaitan antara tudung dengan akhlak.

Memakai tudung [menutup aurat] adalah perintah agama yang ada hubungan dengan keperibadian seorang perempuan Islam.
Maksudnya, memakai tudung itu adalah KEWAJIBAN tanpa mengira samada akhlak dah baik atau belum.
Kalau ada yang pilih untuk tak mahu bertudung, itu pilihan dia.
Tapi kena ingat, setiap pilihan ada risikonya.
Dan risiko untuk tak menutup aurat adalah dosa.

Menunjukkan akhlak yang baik adalah tuntutan sosial (selain tuntutan agama).
However, apa saja yang dituntut dan dilarang oleh agama, tak ada kaitan dengan akhlak.
Jadi, kesimpulannya, pakai tudung memang wajib untuk setiap perempuan Islam yang telah memasuki usia baligh, tanpa melihat sama ada akhlaknya baik atau buruk.
Tudung dia lebar ke, kecik ke, singkat ke, labuh ke, bajunya ketat ke, longgar ke, itu perlu dikaitkan dengan level keimanan dan ketakwaan seseorang, jangan dicampur-adukkan dengan akhlak.
Masalah akhlak adalah satu perkara yang lain yang ada hukuman berasingan.
Kalau perempuan bertudung buat salah/dosa, yang disalahkan sepatutnya bukan tudung, tapi akhlaknya.

Bukan sikit-sikit kita dengar orang kata "Orang yang bertudung litup tu bukan semuanya baik. Ramai yang pakai tudung nak cover benda jahat yang dorang buat je".

Ya, betul.
Memang ada yang macam tu tapi bukan semuanya.

Kalau kita memang niat nak berhijrah, memang niat nak mentaati perintah Allah untuk menutup aurat, sepatutnya jangan salah pilih reference.
Ramai lagi yang menutup aurat dan akhlaknya pun baik-baik, ramai sangat!
Kenapa yang tak baik juga yang nak dijadikan reference?
Kalau mindset kita macam tu, memang makin lambat la jawabnya kita nak berhijrah.
Kerana kita hanya melihat yang tak baik dari beberapa orang saja, padahal ramai yang baik tapi kita tak jadikan mereka inspirasi.

Inspirasi ni banyak.
Orang yang merompak pun ada inspirasinya.
Orang yang membunuh pun ada inspirasinya.
Firaun tu sendiri pasang inspirasi.
Inspirasi nak jadi Tuhan.

Kalau nak cerita pasal inspirasi, baik orang soleh atau jahat, masing-masing ada inspirasi yang menyebabkan mereka buat apa yang mereka mahu buat.
Tapi as a good Muslim, kita tak boleh sekadar mengambil kira inspirasi.
Kena ambil kira samada sesuatu yang diinspirasikan itu baik atau buruk.

Contohnya pencuri.
Seseorang itu mencuri boleh jadi kerana terinspirasi untuk hidup kaya dan terkenal.
Tapi Allah redha atau tak, that is the question yang kita perlu tanya pada diri sendiri.

The point is, kalau kita nampak those yang bertudung tetapi akhlaknya tak baik, jangan jadikan itu alasan untuk tidak bertudung.
Dan jangan pulak anggap those yang belum bertudung tu lebih baik hanya kerana akhlak mereka lebih baik dari yang bertudung.
Itu salah, sebab kedua-duanya tak betul.
Mindset macam tu kena buang supaya hijrah kita tak susah dan lebih mudah kita menjemput hidayah.

Jangan sombong kata "Ahhh, pakai tudung tapi pegang-pegang (dengan bukan muhrim). Aku yang tak bertudung ni pun tau batas-batas".

Ingat ya, setan tu tipu dayanya lemah tapi sangat experience sejak zaman Nabi Adam lagi.
Jadi, hati-hati dengan apa yang kita cakapkan.




Yang beli Gloei tanya boleh ke campur dengan air?
Boleh, kau nak gaul dalam sup ayam pun boleh, tak ada masalah.
Cuma lebih senang tuang je terus dalam mulut.
Lupa ke yang aku ni sejenis pemalas?
Of cos aku create product yang menyenangkan hidup aku seperti tak perlu membasuh cawan selepas ambil Gloei.

Promosi 'Buy Gloei and get free Cleansing Gel' masih ongoing sehingga 31 Ogos.


Staycation Dash Box Cyberjaya

$
0
0

Ahad lepas, mak mertua balik Tganu untuk raya haji.
Tahun ni kitorang tak balik sebab En Wan kata raya tengah-tengah minggu, malas ambik cuti.
Ceh! Macamlah dia perlu ambik cuti tahunan bagai, kan.
Memandangkan mak nak buat kenduri raya haji hari Jumaat, jadi En Wan gunakan alasan tu untuk tak balik raya haji.
Takut rush nak balik sini untuk hantar Redza balik Langkawi katanya.
Ahh, gasak.
Yang aku tau raya tetap raya.
Balik mana-mana pun ok, tapi kalau balik Bangi, alhamdulillahhhhhhhhh.

Memandangkan mak dah balik hari Ahad, jadi untuk mengelakkan keboringan duduk rumah tak tau apa nak buat, En Wan book Dash Box Hotel kat Cyberjaya untuk kitorang melepak satu malam.
Dari hari aku lepak Pullman Putrajaya tu lagi En Wan dah aim hotel ni tapi dia save untuk Redza.

Hotel Dash Box ni unik sikit, dia part of MaGIC Village.
Dia punya konsep macam industrial and street art.
Bilik-bilik pun guna konsep bahan-bahan industri macam batang paip lah, mentol industri lah, tapi kemas and praktikal.
Selalunya most hotel ketengahkan konsep mewah, tapi Dash Box lebih kepada praktikal.
Aku suka dengan Dash Box sebab hiasan bilik tak too much tapi meet what guests need.



Ada 3 jenis bilik je kat sini.
Yang twin bed duduk dalam kontena-kontena.
Pastu ada studio room.
Yang paling besar deluxe.
Kitorang ambik deluxe sebab katil dia super king. 
Muat 4 beranak tido atas tu dengan selesa.
Yang gambar atas ni gambar bilik yang kitorang ambik.



Patung hijo atas katil tu bukan aku bawak ya, itu memang maskot Dash Box, so aku rasa every bilik pun ada anak patung tu.
2 dewasa dan 2 kanak-kanak just nite fit in this room.
Tapi ada gak aku tengok family yang cramp sampai 5-6 dewasa dalam bilik kecik.
Aku yang tengok pun hazab, konfem berlaga-laga tetek kat dalam.




Aku suka bilik air dia.
Walaupun takde bathtub, tapi praktikal.
Ada ruang shower yang selesa, toilet ada hose and ruang sinki sangat simple, tak serabut dengan 10 jenis toiletries dan takde towel muka berlambak-lambak.
Semuanya keperluan yang praktikal saja.



Macam biasa, masuk mana-mana hotel mesti try Club Sandwich.
Kat Dash Box ni unik sikit room service sebab makanan yang kita pesan dia pack dalam lunch pack macam ni kemudian delivered dalam paperbag.
No tray, no fancy plates, no napkins, sudu garfu pun plastik.
Yang penting harga bukan harga neraka.
Fries pun besar-besar, roti pun pakai wholemeal bread, takde la roti patsegi cikai macam kat hotel lagi satu tu.

Dan seperti biasa jugak, time aku tanya "nak apa-apa tak?", sorang tak menyahut.
Bila makanan aku sampai, semua meluru.
Penyudahnya aku makan satu lapis roti je dengan telur [roti tu 3 lapis, aku ambik lapisan atas je].
Lepas makan, semua menggelupur nak terjun kolam.



Menyangkutkan diri kat belakang abang, kalau tak, takde chance nak mandi kat kolam 5ft.



Meniarapkan diri kat kolam 1ft, feeling-feeling boleh berenang.



Macam biasa, zaman aku berendam dalam pool dah lama berlalu.
Sekarang jadi tukang pegang towel and jaga selipar je lah.

Boleh tahan ramai orang kat sini, padahal lusa dah raya haji.
Semua set-set kampung kat KL agaknya.
Hari yang aku stay tu, the hotel dah fully booked.
En Wan kata hotel ni memang hot spot, sentiasa penuh.



Pool ada 2 je, satu kids, satu adults.
Tapi yang adults pool tak besar mana.
Yang bestnya kat sini every pool ada slide.
Memang bersusun je budak-budak naik slide.
Mak bapak tukang sambut dari bawah.

Nampak tak bilik depan pool tu?
Satu building tu ada 3 rooms, 2 kat bawah and 1 kat atas.
Yang atas tu la jenis bilik yang aku duduk.
Lebih besar and privacy sebab takde orang lalu-lalang depan bilik kau.
And tak perlu kau tutup sliding door and langsir 24 jam.
Cuma the advantage, bukak sliding door terus terjun tiruk.
Kalau duduk atas kena turun tangga, tapi aku prefer bilik atas sebab besar.



Macam ni la contoh-contoh kurang privasi kalau duduk bilik bawah.
Kitorang nak balik bilik akan lalu depan bilik orang.
So sape duduk bilik bawak pastikan langsir tarik.
Kalau taknak tarik langsir, pastikan baring elok-elok karang free-free je aku nampak kau terkangkang tersiat kat dalam.



Bilik kitorang garden view tapi kalau aku jengukkan kepala kat balkoni tu dah boleh nampak view pool.
Yang tingkat atas tu bilik kitorang.
Masa ni aku dah nak naik dah, tak kuasa aku nak hadap Redza ngan bapak dia main bola.



Kesian tau laki aku, dia gigih nak buktikan kat anak dia bahawasanya dia dulu star wakil U.
Tapi main geli-geli camni pun dah semput.
Terpaksalah aku punggah gambar-gambar lama kat blog tunjuk kat anak dia memang bapak dia star.
Barulah apak boleh tidur dengan tenang lepas meriak kat anak.



Disebabkan Redza main bola kat skolah, balik kali ni apak dia akhirnya memperturunkan kasut bola yang dia pakai kat Jepun dulu, pada Redza.
Kemain suka Redza bagitau aku "Ma, papa akhirnya bagi jugak kasut dia kat Redza".
Hah elok sangat la tu, buat semak lemari kasut je sejak 18 tahun lepas bawak balik tak berguna-guna sampai ke sudah.
Lagi baik kasut tu jahanam kat padang dari mereput dalam lemari.



Hari tu masa duduk Pullman tak jumpa kedai makan kat Putrajaya, kan.
Kali ni aku qada'!
Rupanya bersepah-sepah kedai makan best-best kat Putrajaya.
Dia punya night life kemain lagi, dah macam Hong Kong Harbour dari jauh.
Berkat nasihat para follower kat IG, aku try masuk Ayer8, memang happening sini.
Kedai makan bersepah-sepah.
Kitorang masuk Thai Restaurant.
View cantik, berlatarbelakangkan masjid besi and tasik.




Frust gila aku dapat ayam goreng kunyit ni.
Aku berani jamin ayam ni cuma seketul yang dihiris-hiris nipis nak bagi nampak banyak.
Ayam dia punyalah sikit, yang bersepah cuma sayur-sayur.
Dah kenapa la berniaga style gini.
Baik kau ubah nama dia jadi 'sayur campur with hirisan ayam'.



Sotong goreng tepung macam ni yang aku maksudkan, bukannya cekodok sotong macam selalu aku dapat tu.



Telur bistik.
Yang ni pun banyak sayur dari telur.
Setakat ni telur bistik yang best dan berbaloi aku pernah makan, antaranya kat Kedai Suraya (kalau tak silap) di Seksyen 7 Bangi.
Dia punya telur bistik banyak and ayam pun banyak, siap ada udang lagi 2-3 ekor.
Telur bistik kat kedai Thai ni lebih banyak rasa sos.



Butter prawn ni ok.
Walaupun pernah makan lagi sedap dari ni, tapi yang ni ok je lah.



Tomyam sedap.
Blom boleh celen tomyam Absolute Thai, tapi kira halal la ni sebab kuah dia pekat, isi pun banyak.




Ni aktiviti lepas makan.
Tiba-tiba En Wan ajak mengayuh volkswagen kuning malam-malam.
Jenuh wei, dah la aku dengan berjubah bagai, nasib baik memang kat dalam pakai seluar cerut, aku selak jubah aku sampai ke lutut punyalah nak tunjuk skill mengayuh.
Nak harap En Wan and Redza berdua mengayuh memang tak bergerak la jawabnya volkswagen ni.
Memang berbaloi naik bendalah ni, terasa kurus 500g malam tu berpeluh-peluh mengayuh.

Tapi boleh tahan mahal benda ni, RM30/ride.
Boleh ride se-round je.
Tapi takpelah, aku pun bukan larat nak kayuh sampai 10 round, karang mencungap mintak nyawa.

Cute jugak dorang buat benda ni.
Ada macam-macam, ada kereta, ada train, ada bas.
Setakat nak seronok-seronok dengan anak-anak boleh lah.



Sementara nak hilangkan mencungap ambik napas lepas berkayuh, layankan permintaan budak-budak ni nak main buih.
Not bad jugak la nite life Putrajaya, especially bila cuti-cuti skolah macam ni, kalau malas nak berjalan jauh, meh la datang Putrajaya je.

Dah settle main buih, kitorang balik hotel.
Tapi sebelum sampai hotel, singgah AnW, makan lagi! Kahkahkah.
Memang kuat makan betul klorga ni.
Mencekik non stop.



Sebelum balik, kasik chan la aku bergamba dengan laki aku dulu.



Good Morning Cyberjaya!

Kat Dash Box takde buffet for breakfast.
Tapi kau boleh makan apa saja dalam menu ni.
Bayar RM20/head, kids RM10/head - dan makanlah sepuas-puasnya.

Tapi, banyak mana sangat lah boleh makan.
So, kalau nak makan banyak benda, please avoid pilih nasi lemak.
Kalau tak, jawabnya memang tak muat dah perut nak isi makanan lain.



Untuk RM10/head, Rayyan cuma pilih ni. Tu pun tak habis.



Redza pilih ni, Brioche French Toast.
Not bad jugak food kat sini.
Presentation pun ok.



Ni En Wan punya, roti canai witj kuah kari ayam.
Roti canai garing, kuah kari pun sedap. 



Brown Toast, aku share berdua dengan En Wan.



Aku punya, Omelette Cheddar Cheese.
Cheese yang melambak, BEST!

Aku puas hati dengan breakfast dia.
Takde selection yang merepek-repek.
Presentation pun kemas, rasa pun sedap.
Cepat pun boleh tahan cepat.
Suasana tempat makan pun cozy je.



Sambil-sambil tunggu aku habiskan makanan, dorang anak-beranak dan anak-anak meja sebelah sama-sama main bola ni, apa benda ntah nama dia, lupa.



Ini laluan ke lobby and pool dari pintu masuk.



Ada kedai dalam ni, tapi bukan merchandize hotel.
More like kedai-kedai pakaian.



Yang hijau tengah-tengah tu la maskot hotel, that's why setiap bilik ada patung arnab hijau ni.



Ada ruang melepak tepi pool.
Boleh la lepak sini buat-buat macam tengah baca buku padahal usha awek mandi kat bawah.



Ruang melepak yang sebenarnya besar ni.



 Semalam tu aku ambik gambar pool adult je, yang kid's pool sebenarnya yang ini.



In short, this staycation is fun.
Kalau nak anak-anak enjoy, boleh lah consider Dash Box.
Ruang tak besar mana, tapi segalanya praktikal dan berbeza dari kebanyakkan hotel.
Cuma kena rajin-rajin check slot, sebab selalunya memang penuh.





Gloei ni cuma makanan tambahan, bukan kategori ubat-ubatan.
It is safe to take by pregnant mothers yang kandungannya berusia 5 bulan dan ke atas.
Ibu-ibu yang menyusukan anak pun no problem nak ambil Gloei.
Promo Gloei with free Cleansing Gel tinggal 4 hari lagi sebelum kita tamatkan.



Ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah.

$
0
0


Aku letakkan gambar ni kat IG.
Memang create confusion sikit sebab, kalau tahun 2000 aku dah bertudung, maka celah mana datang zaman seksi?

Ok, meh aku cerita.
Gambar ni tahun 2000, masa aku kerja di Kementerian Sains, kerja pertama aku selepas habis blaja.
Tapi masa ni blom konvo lagi.
Aku dapat kerja as Research Assistant selepas 2 minggu habis blaja.
Alhamdulillah, tak payah menganggur lama-lama.

Macam yang aku bagitau dalam post Isnin baru-baru ni, dulu aku bertudung tanpa motif yang jelas.
Aku bertudung masa tahun pertama di Unimas.
Motif aku bertudung sangatlah bodoh, tapi pada waktu tu, aku tak nampak jalan lain melainkan pakai tudung.

Aku pakai tudung sebab fedap dengan rambut aku yang lebat dan wavy.
Ini je punca kenapa aku bertudung.

Rambut aku sangat lebat tapi tak lurus menyebabkan rambut aku bertukar jadi menyinga bila kering.
Salah satu cara nak bagi dia tak kembang adalah dengan ikat rambut atau potong pendek.
Menguruskan rambut panjang yang lebat dan beralun ambik banyak masa.
Bila dipotong pendek pulak dia melentik macam pantat itik.
Itu lagi buat aku tension.
Nak taknak, aku kena simpan panjang, tapi mesti ikat selalu, kalau tak dia akan mengembang.

Tahun 1997, rebonding belum in lagi.
Aku pun tak kenal lagi apa itu rebonding.
Kalau kenal pun, takde duit nak pi buat rambut.
Jadi jalan paling senang, aku sarung tudung.
Bila sarung tudung barulah lega.
Nak siap pun cepat, kalau tak, setengah jam dok men-settle-kan rambut yang tak settle-settle.

Aku hanya pakai tudung di kolej.
Balik bercuti, tudung pun terbang.

Bila aku dapat kerja ni Kementerian Sains, plan untuk tanggalkan tudung terbantut sebab aku ingatkan semua yang kerja dengan kerajaan mesti pakai tudung, jadi aku teruskan pakai.
Walaupun sebahagian besar waktu aku terpaksa bertudung, tetap tak menjadikan aku berkeinginan untuk bertudung dengan serius.
Pulak tu, En Wan (masa tu masih tunang), tak suka aku bertudung.
Sebab masa awal-awal dia terima gambar aku, aku bagi gambar yang tak bertudung.
Jadi dia lagi suka aku tak bertudung dari bertudung.
Aku plan, lepas aku kawen, aku taknak pakai tudung dah.

Lepas aku kawen, laki aku tak kasi aku pakai tudung, aku tak pakai.
Apa yang aku pakai from top to toe, semua En Wan yang approve-kan.
Kalau dia tak approve, aku takkan beli.
Kadang tu, apa yang dia pilihkan aku tak berkenan, tapi sebab cantik kat mata dia, aku pakai.
Walaupun apa yang aku pakai lagi banyak tunjuk kulit dari tunjuk kain, tapi semuanya dah dapat kelulusan suami.
That's why aku pekakkan telinga bila haters kecam penampilan aku yang daring.
Bagi aku, as long as laki aku ok, then I'm ok.

Eh, penat pulak rasanya nak explain benda yang sama banyak kali 😂😂.




Ni salah satu gambar lama, taken candid by En Wan dengan beg susu Redza kat sebelah.
Ini kira sopan lagi ni sebab waktu ni aku keluar berjalan dengan mak mertua dan ipar duai.
Waktu ni aku rasa pakaian aku cukup sopan sebab seluar aku bawah dari lutut.
Kalau pi opis, selalunya atas dari lutut, jadi ni dikira masih sopan.

To cut story short, zaman aku 'menyeksi' tu bukan kerana sengaja nak seksi, tapi pada waktu tu aku tak nampak kat mana salahnya aku berpakaian macam tu sebab aku tak kacau life orang.
Dalam kata yang lebih mudah - jahil.
Disebabkan berpakaian tak cukup kain tu dah jadi pakaian harian, jadi bila aku post gambar-gambar di blog, ramai yang terkejut dengan ke-daring-an aku.
Ramai yang question apesal aku daring sangat sedangkan aku tak faham celah mana yang aku daring sebab itu adalah pakaian harian aku.
Dulu, those yang rapat dengan aku baik friends atau ofismate semuanya berpakaian macam tu, jadi itu dah jadi satu pemandangan biasa dalam kelompok aku.
That's why aku tak nampak apa yang salahnya.



2007, masa team-building.
Zaman di mana aku tak rasa bersalah keluar in public pakai baju with no seluar [of course la pakai spender].
Orang kata ni daring level neraka.

Masa aku post gamba aku pakai swimming suit (one-piece), ramai yang kecam.
Still, masa tu aku tak faham apesal aku kena kecam.
Apa bukannya pakai one-piece pi kenduri arwah.
Aku pakai one-piece di tempat yang betul, kat beach, kat pool.
Cara aku berpikir dulu berdasarkan hukum lojik akal, bukan hukum Allah.

Disebabkan aku tak jumpa punca kenapa orang kecam cara aku berpakaian sedangkan ofismate, frens and family pun tak cakap apa-apa, jadi aku teruskan je dengan cara macam tu sampailah tahun 2011.
Kerana aku yakin, aku tak buat jahat pun. Aku baik hati walau tayang cleavage. Gitu.

Tapi aku salah.

Setan tu, kalau tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita malas.
Malas solat.
Malas baca Quran.
Malas kerja.
Malas TUTUP AURAT.

Aku tak pernah malas nak ulang cerita pasal transformation, cuma disebabkan aku pernah cerita sebelum ni, so boleh KLIK SINI JE.

Apa yang aku boleh katakan, setiap manusia ada cerita masing-masing.
Setiap manusia ada pengalaman hidup yang berbeza.
Setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk.
Dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya.
Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macamana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.

Boleh jadi juga disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan aku lebih 'tolerate' dalam menyampaikan pesan-pesan Allah.
Bukan mengambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah bukan semua keadaan perlu bersuara lantang.

Tak ada manusia yang sempurna, jadi jangan merasa diri kita dah baik.
Percayalah, ketika kita merasa kita dah baik, itu petanda awal kita bakal jadi jahat.
Kalau nampak ada orang lain lebih buruk dari kita, doakan, bukan menerakakan dia.

Ramai daripada mereka yang berubah jadi baik, belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu.
Someone who has a dark past will turn into a much better person and will even turn out to be a good person more than those who don't have a dark past.
Selalunya begitulah.
So, jangan pandang remeh hanya kerana dia ada dark past kerana dia juga ada future if he/she is aware of his/her mistakes.

Kalau kita ikhlas nak someone berubah, tolonglah jangan gunakan kata-kata kecaman atau kutuk-mengutuk.
Takkan ada efek pada orang yang kita kutuk tu, makin menjadikan dia keras hati macam aku dulu.
Mengajak orang berubah tanpa berdoa adalah satu bentuk kesombongan.
Sebab bukan kita yang bagi hidayah, melainkan Allah.
Jadi, setiap kali mengajak, sertakan dengan doa.
Kerana ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah tapi boleh diubah dengan doa.





Hari ni genap 2 tahun anniversary Cleansing Gel.
So, apa lagi?
Celebration ni 2 hari je.

Viewing all 2773 articles
Browse latest View live