Quantcast
Channel: walk on wings, tread in air
Viewing all 2792 articles
Browse latest View live

Tudung singkat

$
0
0


Gambar yang aku mosaic ni bukan gamba orang lain tapi gamba aku, back in year 2006 kalau tak salah.
Gambar ni pernah ada dalam blog ni. Tapi aku dah delete.
Dulu, aku takde rasa apa letak gamba macam ni dalam blog and FB.
Pada aku, aku bukan bogel pun.
Aku pakai baju apa.

Memang aku pakai baju, tapi baju yang tak cukup kain.

Masa tu aku takde rasa bangga atau sengaja nak tayang lurah ke apa ke. Takde.
Sebab aku rasa itu memang gaya harian aku. Memang pakaian harian aku.
Aku kat opis pun macam tu.
Aku keluar berjalan pun macam tu.
Jadi sebab tu aku tak rasa satu kesalahan up gamba ni kat blog.
Waktu tu kalau ada orang kutuk-kutuk aku kat blog, aku tak paham apesal korang nak kutuk aku?
Aku bukan bogel doh!

Bukan takde yang nasihat. Ada.
Tapi nasihat tu lansung tak sampai ke jiwa sebab cara penyampaian tu sangat tak ikhlas.
Ada personal interest.
Sebenarnya nak kutuk, nak maki, tapi gunakan nama agama.
Eh sorry la, aku memang tak layan.
Mereput la kau kat situ buntang bijik mata tengok gamba-gamba aku.
Sape suruh kau stalk aku?

Until aku kenal dengan salah sorang reader blog ni.
Yang lansung tak pernah nasihatkan aku secara direct untuk berubah.
Lansung tak!

Tapi perwatakannya, cara bercakapnya, cara dia membawa diri, aku peratikan.
Dia seorang yang mengajar aku melalui teladan.
Tak perlu kata-kata nasihat tapi cukup dengan cara dia berinteraksi dengan semua orang buatkan aku selesa dan tak rasa rendah diri.
Sebenarnya rendah diri mula-mula, tapi lama-lama aku rasa segan dengan diri sendiri secara tiba-tiba.
Dan apabila dia tengok aku dah bertudung, masih lagi tak nasihatkan apa-apa tapi selalu pos kat aku buku-buku agama.
Halus dan berhemahnya dia berdakwah.


Ini gambar minggu-minggu pertama aku mula bertudung.
Beli kat Giant je sebab tak tau nak beli tudung kat mana. Tak biasa masuk kedai tudung katakan.
Beli yang instant sebab tak reti nak bersiap lilit-lilit shawl.
Tudung singkat.


Dah mula kenal Ariani.
Ini shawl Ariani pertama aku.
Pandai dah sikit lilit shawl time ni.
Tapi masih singkat, walaupun shawl tu panjang 180cm.
Boleh je nak labuhkan, tapi tak nampak lak bunga ros kat baju tu kang. Hahahha.


Ini aku sekarang.
Mudah-mudahan kekal sampai ke mati.


Kat Vendeur Festival baru-baru ni ada sorang reader datang bagitau aku "Saya tak sangka Di macam ni sekarang"

Aku tak kata aku sekarang baik.
Tapi kalau nak banding dengan dulu, alhamdulillah aku sedang cuba memperbaiki diri.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, bukan semudah ABC kita nak ubah orang yang jahil kepada baik.
Ia mengambil masa.
Tak perlu kata-kata paksaan, tak perlu kata-kata sindiran.
Cukuplah dengan menjadikan diri sendiri sebagai teladan untuknya.

Masa aku buat umrah baru-baru ni, mutawwif ada bercakap pasal tudung.
Tak tau la topik apa tazkirah hari tu yang membawa kepada tajuk tudung.
Dia kata "Yang penting pakai tudung dulu. Nak lilit apa pun, lilitlah".

Aku suka cara dia berdakwah.

Maksudnya, buat yang penting dulu.

Kalau orang tu nak pakai tudung, biarkan dia pakai tudung dulu.
Tak kisahla tudung tu singkat di depan.
Yang penting tutup kepala dulu.

Kerana, bukan mudah untuk someone yang dah biasa ke sana kemari tanpa tudung nak memulakan pakai tudung.
Mereka masih lagi berada dalam keadaan "Nak pakai ke tak, nak pakai ke tak"
Mereka ni juga masih lagi belum boleh meninggalkan gaya lama.
Masih nak pakai baju ketat, masih nak pakai seluar ketat.
Jangan gunakan kekerasan.

Sebab aku pernah lalui.
Jadi aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Kalaulah aku dulu yang daring tayang sana tayang sini disuruh pakai tudung labuh dan jubah terus, mungkin sampai sekarang aku masih berbaju spageti strap ke pasar malam.

Masa aku tergerak nak pakai tudung, aku masih lagi konfius, kena pakai tudung yang macamana?
Boleh ke pakai tudung kaler-kaler?
Boleh tak pakai tudung kain jarang?
Takkan nak tukar sekaligus semua baju dalam lemari ni?
Baju-baju aku dulu semua ketat padat.

At the same time aku masih lagi mahu kelihatan bergaya.
Aku taknak nanti customer aku terperanjat tengok eh semalam ye ye kau pakai skirt pendek belah sampai peha, alih-alih pagi ni kau berjubah bertudung litup labuh sampai perut??
Seriesly, itu sangat menakutkan.
Dan boleh juga mengundang fitnah.
Ajaran sesat ke hape?
People boleh je bersangka macam tu.

Berilah peluang mereka ini berubah.
Walaupun tudung yang dipakai sekarang singkat, setidak-tidaknya mereka dah mula bertudung.
Mungkin caranya kurang tepat, tapi yang wajib dah dibuat.

Kita kena ambil kira juga bagaimana mereka-mereka ini masih lagi berperang dengan perasaan sendiri.
Bukan kerja senang untuk berubah dengan mendadak.
Alangkan kita yang dah bertudung ni pun ada yang kepala saja berlitup tapi mulut macam longkang mengumpat sana-sini. Itupun setelah sekian lama masih takleh nak ubah.
Apetah lagi mereka yang masih baru nak berjinak-jinak dengan tutup kepala.

Jangan kerana mereka tu masih lagi bertudung singkat, kita pukul rata tahap kesempurnaan mereka.
Janganlah kuat sangat buruk sangka dengan orang lain.
Jangan nampak diri sendiri malaikat yang sempurna dan nampak orang lain pemaksiat tegar.
Jangan kerana kita tak buat, maka kita rasa kita hebat dan hanya nampak aib orang lain.

Allah bagi 2 mata.
Satu mata untuk melihat keaiban dan kelemahan diri, satu lagi lihat kebaikan dan kehebatan orang lain.
Lihat dan cari baik orang di mana.
Cari sampai jumpa.
Mesti ada!

Walaupun dia pakai tudung singkat baju ketat, mesti ada benda baik kat dia. Cari!
Jangan dok highlite kurang dia kat mana.
Jangan asik nak bandingkan kekurangan dia dengan kelebihan kita.
Bandingkan sama kelebihan dia dengan kekurangan kita, tengok kita ada rasa malu ke tak pastu.

Aku pernah berurusan dengan seorang lelaki ni untuk mintak sumbangan annual dinner company lama.
Company hantar aku, sebab dia kata lelaki ni jenis suka discuss over lunch, over dinner.
Aku terasa diri aku digunakan hanya kerana aku tak pakai tudung, aku pakai skirt pendek.
Bila aku pakai skirt pendek gi opis semua pandang aku atas bawah buat muka keji, tapi bila nak sumbangan semua hantar aku.
Sape yang keji now?

Sama la macam orang-orang yang asik la highlite duit ni semua duniawi. Yang penting akhirat.
Tapi bila perlukan sumbangan, kalau takde yang kaya yang kejar duniawi ni, mana sumber kita untuk dapatkan sumbangan kalau dah semuanya miskin?

Jangan pukul rata semua yang kejar duniawi tu tak bagus.
Mungkin dorang tak bagus lagi mempraktikkan perintah Allah tapi tak bermakna dorang jahil sepenuhnya.

Bila kita guna hanya 1 mata untuk lihat kekurangan orang, macam mana nak tengok kelemahan diri?
Asyik taksub dengan kelebihan diri sehinggakan terlupa nak lihat kelemahan. Istighfarlah.

Perlu tahu, sebahagian besar dari mereka teramat ingin nikmat untuk berada dalam suasana soleh dan baik tapi masih belum kuat nak cari kekuatan untuk benar-benar berubah.
Kalau kita betul ikhlas nak orang tu sama-sama pecut dengan kita ke syurga, tolonglah buat cara yang betul.
Bukan dengan cara mengecam tindakan mereka.
Apa yang mereka buat belum tentu salah, cuma mungkin kurang tepat.

Help them untuk cari kekuatan agar mereka jumpa kesedaran untuk menjalin hubungan dengan Allah dengan lebih kukuh.
Biar kita menjadi penyebab jalinan tu!



Penyakit

$
0
0



Ni dapat dari artikel yang ditulis oleh Ms Anna Kong tentang kes Dr Harlina baru-baru ni.

Taknak ulas pasal kes ni, tapi aku minat sangat nak cakap pasal mereka-mereka yang beria-ia kompangkan tentang cara Dr Harlina tegur company tu, malangnya cara dorang tegur Dr Harlina jauh lebih buruk.

Malaysia ni memang dah sakit.
Toksah kata la menteri je yang sakit.
Rakyat pun sama je sakit, sama teruk je aku rasa.
Budaya keyboard warrior.
Budaya troll.
Budaya memaki hamun sewenang-wenangnya.
Oh silap. Tu bukan budaya. Tu namanya penyakit.

Memang penyakit manusia ni jelas.

Kalau orang tu kaya, jangan sanjung sangat hanya kerana dia kaya katanya.
Kalau orang tu terpelajar, jangan banggakan dengan kebijaksanaan tak bawak ke mati katanya.
Kalau orang tu ada gelaran, gelaran tak menjadikan diri kamu lebih mulia di sisi Allah katanya.
Kalau orang tu cantik, jangan pandang rupa, satu hari nanti akan kerepot jugak katanya.
Kalau ada tittle, jangan bangga sangat bukan boleh dibawak mati.

Eh, macam-macam lah.
Tak nak sanjung takpelah.
Tapi kalau taknak sanjung perlu ke kita tukarkan dengan maki?
Kau diam-diam duduk sana takleh ke.
Cakap elok-elok takleh?

Gelaran, kaya, cantik, semua tak bawak ke mati.
Tapi masing-masing lupa, dosa pahala bawak ke mati ya.
Apa yang kau buat atas dunia ni bawak ke mati ok?
Termasuklah caci-maki kau kat orang.
Tu semua tapau sekali masuk kubur tau.

Nak cerita pasal buruk orang memang best.
Maunya tak best. Buruk orang, bukan buruk sendiri, apa ade hal.
Tangan tu kemain laju je type komen selamba badak je maki hamun orang.
Eh tapi pandai pulak sambil maki sambil cakap pasal agama sikit.
Tapi maki tetap maki.

Cuba masing-masing ambik kertas A4 tu, and listkan semua keburukan orang kat kau.
Depan belakang kertas konfem penuh. Siap mintak extra kertas lagi.
Tapi cuba kertas yang sama senaraikan keburukan diri sendiri pada orang pulak.
Mesti separuh pun tak penuh. Sebab masing-masing tak dapat nak fikir apa keburukan kita buat kat orang.

Memang kayu ukuran kehebatan manusia tak terhad pada satu-satu perkara sahaja.
Tapi apa yang mereka ada itu, kelebihan yang dia ada, itu semua adalah point-point yang tak dapat tidak memang menjadikan mereka kelihatan istimewa. Jangan lah kerana kelebihan tu buatkan kita sangka buruk.
Sebagai manusia yang percaya pada rezeki,cuba berlapang dada menerima kelebihan yang ada pada orang lain, yang takde pada kita. Kalau kita tak suka, takpe. Tak perlu nak maki-maki macam tu.

Pernah aku nampak orang maki sorang public fugure ni kat FB and IG.
Reason apa aku pun tak tau.
Tapi ada la some komen "Baik-baik...kalau tak sokong dia nanti dia block korang. Hahahah".

It is not about sokong tak sokong.
Tapi adab.

Kau nak orang dengar komen kau tapi kau sendiri letak komen macam hanat, bila kena block kau merempan?
Kau kena block kau jaja kat semua orang, tapi punca kau kena block kau tak cerita kat semorang kan?
Kebanyakkan yang kena block tu bukan sebab bagi komen yang tak sependapat tapi caranya sangat biadap.

Nak bagi teguran kena perhatikan adab-adabnya dulu sebab adab sangat menentukan nasihat tu diterima atau tak.

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu hanya akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya" (Bukhari & Muslim)

Kalau betul nasihat tu niatnya kerana Allah, PASTI Tuhan bukakan pintu hati penerima nasihat untuk lembut hati menerimanya kerana pemberi nasihat berhak ke atas pahala nasihatnya. Tapi kalau niatnya lain, maka nasihat tu takkan sampai. Dan jangan marah kalau orang tak terima.

Nak bagi teguran cubalah usaha tak malukan dia di khalayak.
Ini memang musibah yang dah jadi trend yang seronok dibuat.
Nak bagi teguran sudahlah dibuat secara terang-terangan, biadap pulak tu.
Nak tegur, tegurlah dalam keadaan sembunyi sebab manusia selalunya boleh menerima teguran bila dia bersendirian dan dalam keadaan mood baik. Itu waktu yang paling baik sekali nak bagi teguran.
Sebagus mana pun nasihat, kalau disampaikan di tempat yang tak tepat, nasihat takkan meninggalkan bekas.
Teguran yang dibuat dengan biadab dan memalukan akan membuatkan pintu hati tertutup.
Menerima teguran tu seumpama membuka pintu.
Pintu takkan terbukak kalau tak jumpa kunci yang betul.
Tak ada kunci yang lebih tepat kecuali teguran disampaikan dengan cara beradab.

Jika kita tak jumpa kata-kata yang lebih manis dan beradap untuk menyampaikan teguran, lebih baik diam sebab itu akan lebih menjaga dari perkataan-perkataan yang akan memperburukkan keadaan.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah berkata yang baik atau diam" (Bukhari & Muslim)



Teringat-ingat zaman dulu..

$
0
0


Mula-mula nak highlite-kan yang kat blog ni ada BUY BUTTON untuk kemudahan reader blog ni untuk beli GreenAard (sidebar belah kiri). Pilih saja area kat mana, klik BUY NOW and terus akan dibawa ke check out page. Settle.
Tapi, kalau nak baca blog GreenAard, memang ke pi website GreenAard lah.



Semalam aku nampak orang share gambar-gambar yang mengimbau zaman kecik.
Ni memang permainan aku kalau tengah tak tau apa nak main dah. Nak buat homework dah habis buat. Nak baca buku malas. Nak ratah Milo pun Milo dah habis. Memang ini je lah penyudahnya. Lepak depan kipas yang full blast, pastu menyanyi. Bila menyanyi dengan penuh penghayatan, suara bila kena kipas tu bergema menggigil-gigil pulak. Eh memang terasa macam Endang S Taurina okeh. Nak lagi time tarik high pitch tu. Siap pejam-pejam mata nak kontrol feel. Tau-tau je pelepuk sedas kat belakang kepala "Berangan! Berangan je keje kau!".

Haihhhhh. Kang aku ratah Milo dia marah.
Aku berangan yang dah sah-sah free pun kena marah gak.



Aku belajar guna public phone buat pertama kalinya masa aku masuk Maahad, sebab nak call mak bapak. Tapi, aku dan public phone mula menjadi 'sehati sejiwa' bila aku masuk TKC.
Masa tu kalau public phone tu bernyawa, mesti dia kenal aku dah. Maunya tak, sehari paling kurang 3 kali aku call makbapak aku. Sampai mak bapak aku troma nak angkat telifon. Asal angkat call je dengar suara aku menangis mintak balik. Hahahaha.

Umur aku 27 tahun, aku masih lagi mengharapkan public phone kalau nak call En Wan.
Masa tu dah kawen, dah kerja, tapi belum mampu nak pakai henfon.
Time tu kalau nak berjanji ngan En Wan tunggu kat mana-mana, memang kena tepati.
Walaupun tempat yang aku janji tu hujan ribut, aku tetap bertahan kat situ sebab kalau aku blah pi tempat lain, camana aku nak bagitau En Wan? Nanti aku tunggu kat tempat lain, dia tunggu tempat lain, last-last bergaduh. Daripada aku bergaduh dengan dia, rela aku berhujan. Janji dia nampak aku.

Memang payah gila sebenarnya takde henfon time tu.
Sebab kalau tetiba En Wan stuck dalam jem dia takde punca nak call aku.
Maka, bertabahla aku tunggu dia kadang-kadang tu sampai 2 jam. Hazabedah betul.
Sampai pening-pening aku tahan muntah sebab lapar menunggu.

Paling musibat sekali kalau empat-empat public phone kat situ rosak.
Terpaksa la tebalkan muka pinjam sesiapa punya henfon. 
Aku penah pinjam henfon orang untuk call En Wan untuk tak sampai seminit just nak bagitau aku dah sampai stesen komuter, pastu aku bayar orang tu RM10. Sebab aku tak tau berapa nak bayar. Aku dengar-dengar cerita bil henfon ni chargenya mahal, so aku bagi je la RM10 untuk seminit panggilan.



Aku pernah join kelab sahabat macam ni, tapi bukan yang ni la.
Aku join Dewan Pelajar punya.
Itu lah sekali aku join. Pertama dah terakhir.
Kawan aku join, hari-hari dapat surat berikat-ikat.
Aku join, sampai aku terpaksa pi tanya abang posmen tu "Takde surat untuk saya ke, bang?". Kah Kah Kah.

Budak-budak sekarang bersyukurlah masing-masing ada henfon boleh selfie banyak kali before upload muka kat IG.
Tak cukup licin, boleh pakai camera 360 bagi licin muka.
Agak-agak jerawat batu besar ibu jari tumbuh kat muka, boleh edit letak smiley face nak cover.
Sebab tu korang payah jumpa cinta sejati. Yang nak berkenalan ngan korang semua tang terpesona dengan gambar 360 tu. Hahahah.

Zaman-zaman acik dulu takde edit-edit ni.
Time ambik gamba paspot tu, tu je la sekali kau kena be ready.
Sila buat muka jelita sehabis boleh sebab kalau dia dah ambik gambar, that's it,
Dah takde edit-edit ya.
Camne kau tadah muka kau, camtu la ko dapat kat gamba.

Itu la jadiknya kat aku dulu.
Aku rasa macam aku dah senyum, tapi bila keluar gambar nampak macam aku tengah meneran.
Tapi acik konfiden je dik. Acik hantar je gambar meneran tu.
Orang nak kenal ke tak, belakang kira.
Yang penting muka akak masuk majalah gitu. Itu aim dia. Rasa bangga nau nau muka keluar majalah.

Ada la 3-4 orang yang hantar surat kat aku.
Muka dorang pun set-set macam aku jugak. Muka tak berapa boleh nak pergi.
Aku saspek dorang pun antara yang hantar gambar kat Dewan Pelajar tapi takde orang nak kenal, so kita kenal sesama sendiri je lah. Mbhahahahahah.

Acik dulu time kenal ngan pakcik kau ni pun takde edit-edit gambar dik.
Main konfiden je hantar gamba yang rasa-rasa eh macam boleh pergi gamba ni.
Eh, tau-tau dia sangkut pulakkkkk kat acik.
Ni contoh cinta sejati namanya ni dik.
Sebab muka tak berapa nak jalan pun dia masih sudi. Gitu.



Seriesly, kalau kerusi jenis ni ada lagi kat rumah Mak Aji, memang aku ajak anak aku main ni.
Dulu aku cukup suka main ni.
Tapi sebab kerusi pun tak banyak, jadi kusyen pun tak banyak la jugak.
Tapi cita-cita besar, nak buat 'rumah' sorang sebijik.
Tapi takpe, berbekalkan kreativiti, aku berjaya adakan 'rumah' tanpa guna banyak kusyen.
Kadang-kadang Pak Aji bersandar kat kerusi sambil naikkan kaki atas meja.
So aku jadikan rumah aku bawah kaki dia.
Orang tua tu elok je tengah duduk sambil baca sokabar, aku suruh dia kangkang sikit kaki, pastu aku ambik kain pelikat bentangkan atas kaki. Siap pun khemah!
Jadi di bawah tu lah 'rumah' aku. 
Kadang-kadang masing-masing dah naik syeh main kusyen, sampaikan orang tua tu nak bersandar pun tak boleh. Kusyen tempat dia sandar tu pun aku ambik buat main. Betul-betul tinggalkan kusyen kat bontot dia je. Tapi bapak aku rilek je. Kalau ngan Mak Aji mati hidup balik aku takkan buat. Jangankan kata kusyen. silap-silap dengan kerusi-kerusi tu sekali duduk atas kepala aku pulak.



Ni fenomena zaman aku Darjah 4, year 1987 dah start budak kelas aku ada kad ni.
Masa tu aku terfikir mana dorang dapat duit buat kad ni semua?
Aku teringin gak nak ada satu set tapi mahal (dulu mahal la).
Masa tu kalau kau ada kad ni kau senang dapat new fren. Orang yang tak sekufu ngan kau pun tiba-tiba boleh jadi sekufu. Sebab benda tengah trend. Kalau kau ada kad ni maknanya kau geng la. Kalau takde, payahlah sikit nak geng. Takde namecard mengada nak pakai namecard. Now dah ada namecard pun kadang-kadang aku tak bawak. Lebih selesa "Nombor you apa, I miskol you". Settle.
Lepas tu boleh whatsapp.



Beria budak baju kuning ni main sep tiang.
Rasa macam satu cabaran hebat untuk pastikan boleh ke tak sep tiang sebelah.
Sebab kalau aku start kena jadi monyet memang sampai habis waktu rehat la aku kekal jadi monyet kat tengah tu. Sebab aku tak kuat lari. Jarak antara tiang boleh tahan jauh. Konfem takkan lepas punya. Nak lagi kalau main sampai 9 orang. Yang tiang hujung tu selamba je sep sambil melenggang-lenggang.

Sekolah rendah aku dulu tiang tak banyak.
Cuma jalan menghala ke kantin je ada tiang. Bila satu sekolah dah naik syok dengan game ni, asal waktu rehat je mesti akan ada macai dari setiap kelas berlari laju-laju untuk cop tiang bagi pihak kawan-kawan lain. Tak makan pun takpe janji boleh main sep tiang. Selalunya kelas bawah la yang dapat dulu. Kelas-kelas atas ni mampu usha dengan jelingan maut je la kat budak-budak tu.

Ada lagi ke tak agaknya permainan yang mencabar ni.



Masih ramai lagi yang tanya aku buat review iklan kat blog lagi ke tak.

Sebenarnya aku tak pernah pun kata nak close, cuma aku tak sempat dah nak buat iklan.
Jadi aku plan camni.
Memandangkan korang pun memang nak berniaga, nak tak nak, kalau berniaga mesti kena keluar budget untuk marketing.
Apa kata korang sponsor je produk korang untuk aku masukkan dalam goodies bag GreenAard,
Setakat ni GreenAard kalau di event mana-mana, sambutan memang belum mengecewakan.
This is your chance.
You decide berapa banyak nak sponsor. Aku tak letakkan had.
Aku tak terima flyers. Hanya product saja. Pastikan pada produk lekatkan sticker atau apa saja yang membolehkan customer contact korang dengan senang (Email/Phone/IG/FB).

Next event GreenAard will be on 26th April.
Boleh email wuw757[at]yahoo[dot]com (En Wan) untuk inform tentang sponsorship.

Sebarang details produk perlu dibuat dalam bentuk SATU FLYER SAHAJA, dan emailkan pada En Wan juga. Yang ni untuk aku tepekkan kat blog bila aku announce tentang event GreenAard nanti. Aku akan highlite sponsorship sekiranya ada.

Boleh kan?

Kalau nak rasa famous, aku dah lama rasa melalui blog aku.

$
0
0


Aku naikkan status ni semalam sebab nak ingatkan aku tulis entry pasal ni.
Kalau tak, nanti aku lupa.

Actually ni respond pada mesej sorang reader/follower kat FB semalam.
Dia ada la cerita sikit tentang isu dia sebagai menantu, bilamana dia usaha jadi menantu and ipar yang baik. Ayat dia "..macamana baik pun kita, bila tiba bab harta, bab duit, menantu tetap orang luar. Takde pun dia ajak kita duduk sekali. Bukan kita nak kaut harta bapak dia pun. Tapi kita ni bukan keluarga ke? Nak tumpang dengar je pun.."

Look, kita menantu.
Macamana baik sekalipun, kita tetap namanya menantu.
Walaupun keluarga mertua cakap kita ni macam adik-beradik sendiri, akan ada satu ketika, dorang selesa bercakap sesama keluarga saja. Pada waktu tu, menantu tak dikira sebagai keluarga.
Itu kita kena terima.
Tak perlu kecik hati.

Kita mula akan berasa kecik hati bila hati kita tak ikhlas buat sesuatu.
Mulut cakap ikhlas, tapi kalau benar ikhlas maka tak perlu ada 'berasa hati", 'jauh hati'. 'kecik ati' bila keikhlasan kita tak dihargai.
Kalau benar kita ikhlas, kita tak harap orang kenang jasa kita.

Of course, sape yang taknak dikenang.
Kita buat baik dengan harapan orang pun buat baik dengan kita.
Tapi tak semestinya semua perkara orang nak kena consider kita.

Aku pun menantu.
Aku pun macam menantu-menantu yang lain, seronok belikan buah tangan untuk keluarga mertua.
Kalau aku pi mana-mana ngan En Wan, aku rasa aku lebih ingat nak beli buah tangan untuk adik-beradik dia berbanding dengan En Wan sendiri.
Tiap kali aku bagi barang tu kat famili En Wan, aku cakap "Nah Kak Long, ni abang (En Wan) belikan".
Even kalau mak mertua aku nak balik kampung pun, aku bagi duit and cakap "Ni abang yang kasik mak, dia tak sempat nak bagi pagi tadi".

En Wan selalu marah aku apesal aku selalu bagi barang or duit gunakan nama dia.
Dia taknak nanti orang ingat dia banyak duit sangat.
Tapi aku pulak rasa aku perlu guna nama dia sebab aku taknak nanti aku harap balasan dari setiap apa yang aku bagi.
Bila aku sedar yang aku gunakan nama En Wan setiap kali aku belikan/bagi sesuatu kat famili dia, itu maknanya aku seolah-olah tak pernah bagi apa-apa. So kalau famili dia tak teringat aku pun aku tak kecik ati.
It's actually one of the way untuk aku didik diri supaya tak harap orang balas apa aku buat. Lebih tenang bila kita bagi dan dalam masa yang sama kita tak perlu kenang-kenang budi kita.

Biasa-biasakan bila kita rasa kita buat benda baik, lepas buat, jangan pikir dah.
Sebab bila kita start pikir, kita akan kenang.
Bila kita kenang, kita akan mengharap orang balas.
Bila orang tak balas, kita kata orang tu tak kenang budi.

Kalau tak salah aku dulu pernah ada kes blogger bergaduh pasal ni.
That was tahun 2008-2009 kalau tak salah aku.
Time-time aku rajin baca blog orang.
Ada la kes blogger bergaduh pasal blogger lagi satu lagi yang tak kenang budi.
Katanya kalau tak kerana dia yang promote blogger tu, sampai sekarang takde sape yang kenal.
Rupanya blogger yang dipromote tu dah lagi glemer dari dia.
Itu je punca nak sentap.
Tu yang payah bila tak ikhlas. Sebab ujung-ujung yang sakit ati pun kita jugak, bukan orang lain.

Kalau buat sesuatu untuk dapatkan perhatian manusia, memang perhatian tu takkan kekal lama.
Sebab hati manusia ni berubah-ubah.
Emosi manusia juga berubah-ubah mengikut persekitaran.
Bila kita selalu sangat buat sesuatu untuk dapat perhatian manusia, itu yang kejap-kejap datang angin sentap bilamana perhatian manusia tu beralih pada orang lain.

Seronok ke bila kita dapat perhatian manusia?
Nak bawak sampai ke mana seronok tu agak-agak?

Tahun lepas, aku pernah plan dengan sorang usahawan untuk hasilkan produk weight loss.
Tapi masa tu aku dah start RnD GreenAard, jadi projek tu pause kejap.
Masa tu usahawan tu cakap "Kalau kita join venture, sape nak ke depan (membawa produk ni)".
Aku cakap aku tak nak. Aku taknak orang tau pun aku terlibat.
Pastu dia tanya "Ko taknak ke rasa glemer, famous keluar majalah..".
Aku jawab "Kalau nak rasa famous, aku dah lama rasa melalui blog aku".

Dikenali orang bukan satu benda yang mudah untuk ko carry.
Pretend as if kau tak kisah orang perhatikan kau adalah simple.
Tapi untuk pretend as if hati kau tak seronok, tak bangga, tak riak bila kau dikenali adalah satu yang sangat sakit untuk kau tanggung.
Hanya Allah saja yang tau betapa sakitnya kau nak jaga hati kau dari rasa bangga, rasa takbur, rasa riak, rasa best, rasa bagus.

Allah akan bagi apa yang kita nak tergantung kepada apa yang kita niatkan.
Kalau niat kita memang kerana Allah, insyallah kita takkan rasa terkilan bila kita tak dapat apa yang kita nak.
Kalau kita buat baik kerana Allah, kita takkan rasa jauh hati bila orang tak kenang kita.

Aku always berdoa "Sekiranya cita-citaku, kekayaan, kemasyuran, kebijaksanaan yang kuminta itu membawa aku semakin melupakanMu, maka jauhkan dariku. Datangkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah aku bayangkan, yang hadir bersama-sama keredhaanMu".

Kalau bermanfaat, gunakanlah doa tu.


Sape nak baju raya free?

Nak murah boleh, tapi jangan demand macam-macam.

$
0
0

Ok sebelum tu nk bagitau semalam kita dah ada pemenang untuk Jubah Laurel.
Ada 2 pemenang :

1. Ayu Rafikah
2. Nisya Hashim

Ayu Rafikah dah terima jubah Laurel.
Nisya rasanya belum lagi sebab dia tak respond kepada email.
Kalau ikut tracking sistem, dia join the contest melalui blog, so harapnya baca entry ni and please check your email and respon to our admin the soonest possible.

Thank you kepada yang participate.

Ok enough with that.

Dari dulu sampai sekarang, apa-apa pun kita nak beli, mesti nak beli dengan harga murah.
Tapi, kualiti nak tip top.

Tak kira lah, be it makan nak sedap tapi harga nak murah.
Melancong nak stay tempat best, convinient ride, tapi nak harga bajet.
Baju nak cantik, nak kain kualiti, nak jahitan kemas, tapi nak harga mampu milik.
Wedding nak gempak, nak pakai fresh flower susun dari lantai sampai ke ceiling, tapi nak bajet ciput.

Segala benda nak murah.

Tak salah nak murah.
Murah bukan bermakna tak berkualiti.
Tapi kebanyakkan orang lupa, bila dia sebut nak harga murah, how murah is murah?
Murah untuk dia, belum tentu murah untuk kita.
Berbaloi untuk dia, belum tentu berbaloi untuk kita.

Kalau nak beli harga mampu milik, maksudnya mampu dimiliki oleh siapa? Oleh kita sorang ke?
Sebab kalau kita rasa kita mampu, belum tentu orang lain pun sama mampu.
Kalau kita rasa kita tak mampu milik, belum tentu semua orang pun tak mampu milik.

Hari tu masa kat event Vendeur Festival, ada booth yang jual shawl RM10 sehelai.
RM10 tu dah harga mampu milik sangat.
Tapi masih ada jugak customer yang komplen, "Ingatkan double loop tu, rupanya yang ini. Patut la RM10"

See?

Kau pun tau "rupanya yang ini" tu layak dengan harga RM10.
So kalau double loop tu patut jugak ke harga RM10???
Eh sendiri boleh pikir kot.

Semalam first time aku tau rupanya model pun ada orang mintak harga murah.
Tapi masing-masing nak pakai model yang mukanya dah naik kat billboard. Tapi nak harga murah.

Aku ada shooting malam tadi.
Model yang aku guna ni dah a few times aku pakai service dia.
Semalam dia keje 2 jam 15 minit, jadi aku dah calculate siap-siap setiap minit waktu kerja dia and aku bagi extra just supaya aku tak kurang bayar. Manalah tau kan kot terkurang bayar, malas aku nak menjawab kendian hari.
Masa aku bayar tu dia cakap "Kak Di takde mintak kurang pun. Ada setengah client tu dah habis keje tetiba mintak kurang"

Aku dengar pun macam ... eh seriesly memang ada orang buat macam tu ke?
Model tu dah settle kerja menyengih depan kamera berjam-jam, buat macam-macam pose untuk kau, lepas settle kerja kau mintak kurang??
Eh cuba pulak kau dah habis buat kerja beria-ia, tetiba hujung bulan time gaji bos kau mintak kurang gaji, boleh?

Fotografer pun sama rupanya.
Nak pakai fotografer gempak, tapi nak harga junior fotografer yang baru lepas grad.

Macam yang aku cakap tadi lah.
Ni bukan isu murah ke mahal dah.
Ni isu takde otak punya orang.

Sebelum kau decide nak ambik service orang atau nak beli barang, itulah gunanya buat survey dulu.
Buatlah survey harga 3-4 orang model/forografer dulu.
Mintak quotation, nego, lepas tu baru decide.
Bukannya kau dah decide siap-siap nak ambik sape, baru kau mintak kurang harga.

Aku pun dulu masa awal-awal nak try studio fotoshoot, aku tanya ramai fotografer.
Tanya harga, tanya lokasi.
Berbaloi tak harga yang dia bagi dengan lokasi untuk aku berangkut ke sana pulak.
Fotografer ni pun harga lain-lain.
Kalau junior murah sikit. Tapi hasil keje kadang-kadang tak kena dengan kehendak kau.
Kalau fortografer level principal ni, kau takyah cakap apa dah, dia sendiri tau nak shoot angle apa yang the best.
Kadang-kadang tu dia tengok baju-baju yang kau bawak pastu dia decide background apa yang sesuai untuk bagi gamba lebih cantik.
Kadang tu dia akan suggest model tambah mekap mana yang perlu.

Kena tanya harga model. Model ada banyak rate.
Selalunya model yang pandai mekap sendiri ni lagi mahal rate dia.
Yang model profesional kau takyah jaga apa-apa semua dia buat sendiri pun ada.
Kau datang studio and tengok je dia pose, takyah ajar apa-apa dah.
Yang ni rate memang tinggi.
Tapi keje kau senang. Nak pulak jenis macam aku yang tak reti nak ajar posing, tak reti nak ajar ikat tudung. Jadi, semua benda tu aku ambik kira.

Kalau tak reti mekap, kena survey harga MUA pulak.
MUA banyak rate.
Ada MUA yang charge harga mekap lain, harga dia kena tunggu sampai habis shooting pun lain.
Kalau kau rasa MUA tu perlu stay untuk touch-up model, maka kau kena consider semua tu.

Lepas dah survey, BARU DECIDE!
Bukannya lepas habis keje baru kau decide berapa nak bagi dia. Tu kurang aja namanya.

Dulu mula-mula aku blaja ambik gamba studio aku ambik yang paling murah dulu antara harga-harga yang aku dah survey.
Bila dah try yang murah, nanti baru kau tau samada ok ke tak hasil kerja dia.

Camana nak tau hasil kerja dia ok ke tak sedangkan itulah pertama kali kita try?

La, kan kita yang hire dia.
Kita sepatutnya tau apa yang kita nak dari dia.
Kita patut tau hasil keje yang macamana kita mahu.
From there dah boleh plan samada forografer ni masih boleh diajak berkerjasama lagi in future atau try guna orang lain pulak.

Macam aku, reason aku bertukar fotografer adalah sebab lokasi.
Aku selalu shoot malam, jadi aku perlukan lokasi yang lebih dekat.
Kebetulan fotografer yang dekat dengan lokasi aku harganya takde yang murah sangat.
Tapi takpe, disebabkan takde choice, ambik jugaklah yang mahal.

Memang ada beza rate RM150/jam dengan RM259/jam.
Sangat ada beza!

Yang harga RM150 ni, aku kena adjust balik warna gamba sebab bila dia snap warna baju dah jadi lain sikit.
Lepas tu aku kena crop sendiri.
Eh satu keje lah pulak.
Baiklah aku bayar yang mahal, lepas tu keje aku settle malam tu jugak takyah nak sambung-sambung kendian hari.

Macam tu jugak dengan model.
Nak cari yang muka cantik, ramai yang cantik.
Tapi yang kita nak cari ni yang kamera friendly, yang tak kejung depan kamera, yang pandai pose, yang pandai ikat tudung 10 jenis ikatan, etc.
Aku pernah guna model yang cantik. Amateur.
Tapi baju 5 helai shoot sampai 2 jam.
Mak oiii letih oiii.
Sampai fotografer pun hilang mood.
Hasilnya, gamba nampak kaku sangat walaupun dia senyum depan kamera.

Aku pernah guna profesional model rate RM300/hr yang pakai 45 helai tudung dalam masa 2 jam.
Puas hati.
Walaupun bayar mahal, tapi tak makan banyak masa fotografer. Jimat sewa studio.

Sometimes, client sangat berkira dengan duit yang setakat RM300/jam.
Tapi dia lupa dengan duit yang dia dah spend berpuluh ribu untuk beli stok.
Hanya kerana berkira dengan harga model yang bagus, fotografer yang bagus, lama-lama stok kau jadi aset tak gerak-gerak.

Sama la macam makan.
Makan nak sedap tapi harga nak murah kaw-kaw.
Bila ajak makan tempat best-best, membazir!
Tapi kalau kita kata kita belanja, eh laju pulak.

Ini bukan masalah ekonomi.
Ini masalah individu!

Bukan ko sorang je nak jadi alim, dorang pun nak jugak. Jangan gelupur, plis?

$
0
0


Hari tu aku nampak ada orang share ni kat timeline.
Aku save and simpan.

Tak dapat dipastikan apa motif orang ni up status macam ni, tapi sangat mengundang tak sedap hati orang yang membacanya. Termasuklah aku.
Konsepnya simple.
Takkan ko sorang je nak beribadat.
Orang lain pun nak gak.
Melainkan dia mengganggu dan menghasut penduduk setempat, itu another story.
Tapi rasanya semua pun maklum kebebasan menjalankan upacara dan aktiviti keagamaan masing-masing. Why must create something yang mengganggu keharmonian? Tak cukup huru-hara lagi ke dalam negara ni maka nak tambah api lagi?

Aku paham kerisauan orang ni.
Dia takut kalau anak-anak dia akan 'tergoda' dengan aktiviti keagamaan bangsa lain.

Macam tu la agaknya kerisauan Mak Aji masa aku melayan lagu cina hari-hari sampai sanggup tak makan semata-mata nak kumpul duit belanja buat beli kaset cina.
Tak cukup dengan kaset, asal ada cerita cina semua aku layan.
Kalau boleh berita cina pun aku nak tengok. Punyalah cintanya dengan cina Hong Kong. Tak dapat tengok cerita cina Hong Kong, cerita cina Malaysia pun aku belasah tengok.

Biasala tu, semua mak bapak pun takut kalau anak cenderung minat dengan bangsa lain.
Abis ko ingat mak bapak bangsa lain tu tak takut ke anak-anak dia cenderung ngan bangsa kita?
Semua orang pun sama ada perasaan risau tu, tapi tak perlu lah jadi paranoid sampai macam tu sekali nak mencetuskan ketidakselesaan antara kaum.

Jiran lama aku masa aku sekolah rendah dulu, cina.
Nama dia Teo Yee Loo. Dia umur setahun muda dari aku.
Sebab jarak umur tak jauh beza, so kitorang selalu main sama-sama.
Rasa-rasa mak Teo tu risau ke tak anak dia pagi petang siang malam bercampur ngan budak-budak melayu?

Mak dia pernah menjerit bila Teo ni azan depan rumah.
Aku pun nak tergelak.
Ye la kan, dah surau belakang rumah.
Memang la 5 kali sehari azan, lama-lama dia hafal.
Budak-budak, memang tak tau apa dia buat. Apa yang dia azankan tu pun aku yakin dia tak tau.
Tapi, nak salahkan anak ke kalau dia buat apa yang dia tak tau?
Or, nak salahkan sekeliling ke hape?

Ni kan kekdahnya sama la macam orang yang dok marah si Fareeda jual tudung singkat.
Tak patuh syarii katanya.
Sama jugak dengan those yang dok perli-perli orang jual seluar jeans ketat.

Benda ni macam susah aku nak hadam.

Pemahaman aku, kalau kau taknak pakai, kau jangan pakai.
Kalau kau taknak buat, kau jangan buat.
Kalau kau tak kasik anak kau pakai, kau cakap kat anak kau jangan pakai.
Bukan kau marah orang tu jual sebab takut anak kau terpengaruh.
No, tu bukan caranya.

Sebab, manusia memang fitrahnya mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Kalau kita kata orang luar boleh mempengaruhi akidah dan akhlak anak kita, maka kita juga boleh pengaruhi anak kita supaya ikut cakap kita. Apa bezanya kita dan orang luar? Kita dan orang luar adalah sama-sama "persekitaran" anak-anak kita.

Ada segelintir orang kita, asal kaum lain bukak kuil sikit, bukak gereja sikit, dia punya menggelabah kemain lagi. Tapi diri sendiri takde pulak rajin ke masjid. Tu yang aku selalu perati. Sebab aku pun ada gak pengalaman ngan set-set ni. Kalau bab membangkang nombor satu. Tapi bila ada majlis ilmu sorang tak penah nampak muka. Tapi time makan kang dia sampai. Nak je aku terajang sorang-sorang.

Aku rasa Mak Aji antara mak yang paling risau di dunia bila anak dia meniti alam remaja dengan minat lagu-lagu cina. Minat bukan sikit-sikit punya ni. Siap print baju muka artis Hong Kong. Semua rancangan cina nak tapau. Sanggup taknak balik kampung sebab nak rekod semua cerita cina time raya cina. Raya melayu pun aku tak penah gaduh nak tengok cerita melayu tau. Tapi raya cina boleh mogok lapar kalau tak dapat tengok filem-filem cina kat TV. Cuma aku tak berangan nak kawen ngan cina. Tapi kalau Leslie nak kawen ngan aku, aku tak tolak.

Tapi alhamdulillah, walaupun aku jahil dalam banyak perkara, tapi akidah aku tak berubah.
Maknanya persekitaran aku (keluarga) kuat walaupun hari-hari aku mentelaah lagu-lagu cina.
Dari muda membawak ke tua ni, tanyalah En Wan, kat opis, kat kereta, kat bilik, setiap hari mesti aku pasang lagu cina. Dulu, susah nak nyanyi lagu cina, takde orang tolong translate. Now dah senang, En Wan pandai baca kanji, so aku tanya je dia apa maksud. Nak sing along pun tak susah, dah banyak dah pinyin romanize kat internet. Type je lagu apa aku nak, dah boleh nyanyi sekali. Aku siap SMULE lagu Leslie tu.

Kalau kita ada rasa kegelabahan dengan rumah ibadat kaum lain, itu bagus.
Tapi transform-kan kegelabahan tu dengan banyak-banyak ke majlis ilmu.
Itu caranya untuk kita jaga akidah.
Bukan dengan cara menakutkan-nakutkan orang lain dan create sesuatu yang menggugat keharmonian.

Nah, ambik ni buah tangan dari akak untuk semua pembaca.
Ni bukan Leslie, tapi lagu Leon Lai ni sedap. So aku share.





Menjak last week lagi orang dok PM aku tanya apa offer Ephyra bulan ni.
Kali ni lambat sikit aku naikkan promo sebab dok ralit buat benda lain.
Nasib baik belum ramai lagi yang order. Kalau tak menyesal korang.

Oh bukan ya.
Bukan.
Takde kaitan dapat free telefon or beg baju dalam gambar tu.
Tu saje je letak.

Roughly itu offer bulan ni.
Yang utama adalah offer yang tengah-tengah tu.
2 kotak Ephyra dengan harga RM360 only. Jimat RM34, sape nak bagi? HQ Ephyra pun taknak bagi okeh.

Ada a few more option lain untuk korang pilih.
Masuk website ni, kelebet-kelebet dulu option yang ada. Dah puas hati baru order.
--->> KLIK SINI.

Atau order sini je lah :



Ok settle hal Ephyra.
Hal-hal produk lain akan dibincangkan esok lusa.


Karnival Masjid 3.0 dengan beg Doraemon yang ohsem.

$
0
0


Hari ni hari extra busy.
Konfem aku tersadai kat opis sampai malam.
Memang macam ni kalau setiap kali nak ada event.
Esoknya nak event, malam ni dah tentu berumah-bertangga kat opis sampai ke malam. Silap-silap 1 pagi pun aku lek je ada kat opis.

Esok Karnival Masjid 3.0.
Bertempat di Masjid Al-Ikhlas (masjid Naza yang baru) kat Seksyen 13 Shah Alam.
Ramai ilmuan agama dan celebriti muslimah akan ada di sana untuk forum ilmiah.
Selain tu akan ada beberapa acara yang sinonim dengan mana-mana karnival like, booth makanan, booth pakaian, riadah, sesi bertemu selebriti, pertandingan itu ini...banyak sangat programnya.

Tapi YANG PALING PENTING --->> Cari booth GreenAard!
Booth no. 95.
Kat booth ni, aku bawak GreenAard, kurta Khalifa yang terbaru and all jubah hitam only. Mood masjid gitu.

Yang best kali ni kita ada goodies bags yang disponsor oleh reader blog ni.
Tapi aku tak buat konsep bagi goodie bags sesaje macam kebanyakkan event organizer.
Sebab aku dah lama perati, kebanyakkan yang ambik goodies bags tu semata-mata datang ambik je.
Yang bagi sponsor ni semua willing to spend, yang kau datang semata-mata nak ambik goodies je.
So aku rasa those yang willing to spend jugak yang layak untuk dapat goodie bags ni.
Lagipun aku nak mengelakkan orang beratur panjang tido depan booth aku malam ni semata-mata nak dapatkan goodies bags free. Kah Kah Kah. Berangan.

Selalunya orang yang berani untuk commit, dia akan lebih menghargai apa yang dia dapat.
Barang-barang yang dalam beg GreenAard tu semua bukan cikai-cikai punya barang ya.
Ada yang dari pengusaha spa, ada yang owner skin care product sendiri, ada yang uli tepung semata-mata nak buatkan sample for this event. Semua tu perlukan kos.

Antara penyumbang untuk goodies bags esok :


 Minuman Jus Durian Belanda.
Darah tinggi and sakit gout boleh minum ni.
Bila darah tinggi dah turun, baru boleh ambik GreenAard ya. Ewahhh promo produk sendiri pulak.
Shahira yang sponsor ni dah dapat sorang customer melalui IG blasting yang aku buat tentang event aku pagi ni. Sebab ada orang call opis tanya contact number dia. Good luck Shahira!


 Ni dari pengusaha spa.
Dia bagi feminin wash bar dan rempah-rempah untuk scrub/lulur.
Peh ni kalau lepas mandi ni aku cakap kau, dapat tido konfem nyenyak oiii.


 Ni datang jauh dari Kedah.
Anak akak ni hantar sampai depan pintu rumah aku.
Ni kuih kacang tumbuk aku panggil.
Mak mertua aku kan jenis cerewet tau dengan food.
Kalau tak sedap dia direct je kata "Bakpe rasa dia gini?"
Tapi dia makan kuih ni dia kata sedap.
So, korang silakan try. Sebalang kecik ni aku rasa akak ni letak 10 biji. Akak ni nak bagi korang kenyang terus namanya ni.


 Sape yang nak rasa kukis Mak Aji's Oven, maju-majukan diri ke booth GreenAard esok.
Tak, aku tak jual. Yang ni kita bagi free sample.
Tahun ni Mak Aji buat 3 jenis kukis for raya.
Choc chip kukis, Mocha kukis and yang terbaru Choc chip with Oat kukis.
Jadi dalam goodie bags esok tak semua dapat flavour yang sama, nasib-nasib kau lah.


Kopi Pak Belalang.
Masa kopi ni sampai aku macam "Eh, macam pernah nampak.."
Lama aku pikir kata mana eh?
Rupanya salah sorang agent GreenAard punya kopi.
Korang takkan dapat yang dalam kotak tu ya. Yang dalam kotak tu dia bagi untuk aku try.
Korang punya yang dalam plastik Paris tu. Kang ada lak esok cakap apesal saya tak dapat kopi pak belalang? Aku tampau kang.


En Wan kata ada lagi yang belum sampai, kalau tak sampai, kita akan carry sponsor korang ke event seterusnya minggu depan ni Menara TM. Kat Menara TM esok kita bawak semua produk Fleur by Mrs Him. So orang-orang Menara TM please standby ya. Aku tau korang bonus next week kan?

Terima kasih kat semua pen-sponsor.
This is the best yang aku boleh pikirkan untuk kebaikkan semua.
Sebab aku sendiri tak tau nak letak harga untuk buat iklan kat blog.
Plus, aku takut aku tak sempat nak buat.
So, memandangkan korang pun memang nak marketkan the produk, jadi apa kata join je event-event aku. Aku akan edarkan produk-produk korang pada customer. Di situ harapnya awareness tu mencapai matlamat sebab orang lebih suka kalau dapat test dulu the produk sebelum beli, kan?

Jangan risau, as a bonus, those yang commit untuk sponsor produk ni, aku akan highlite di blog nanti.
Nak highlite semua sekaligus kang dah jadi blog ilmiah pulak.
Aku akan highlite satu-satu atau 2 produk dalam satu entry.
Hari ni aku highlite je dulu produk apa yang bakal customer dapat nanti.



Ok, promo GreenAard bulan ni dah pun start.
Beli 2 botol dapat pendrive design 3D logo GreenAard (2gb).
2gb je sudah la kan. Aku punya mp3 sampai 350 lagu pun baru pakai 1.25gb. Dari KL pi Tganu pun tak habis dengar 350 lagu tu. Ni aku bagi 2gb ni. Nak 16gb pi la beli sendiri.

Some agen dah berebut restock sebab nak dapatkan pendrive ni semalam.
Sebab aku dah buat teaser dari Ahad lepas lagi, tu yang customer dorang dah queue siap-siap.
Cute pendrive ni weh, the one and only, tak sama punya dengan orang lain. Hahaha.

Sape nak, boleh order sini : KLIK SINI



Beg Dorameon semua dah ready.
Setiap hari, 20 customer terawal saja dapat, tak kira customer GreenAard mahupun Fleur by Mrs Him.



Ok, selain dari promo pendrive GreenAard, ada satu lagi produk aku launch esok pagi, Jumaat, 12.01 pagi. Hah, gitu. Tengah-tengah malam buta launch kauu.

Kurta Moden Khalifa Vol. 2.

Yang Vol 1 memang ohsem sangat sambutannya.
Plannya nak buat untuk raya, ingatkan bertahan lah sampai Ramadhan.
Rupanya rezeki En Wan, sold out in 14 days only.

Kali ni untuk Khalifa Moden Vol 2, kita buat 10 warna.
5 warna restock warna lama sebab ada permintaan, pastu tambahan lagi 5 warna baru.
Macam yang aku pernah bagitau dulu, kain tenun tu kena beli satu kayu, satu kayu.
Dia tak jual sikit-sikit. Sebab kain tenun tu datang 1 kali saja coraknya.
Lepas tu dia tak repeat corak yang sama.

5 warna asal yang kita re-stock pun hanya warna saja yang sama.
Tenun dah lain. Tak dapat yang sama sebab aku yang perabiskan kayu-kayu tu kelmarin. So this time pilih new tenun yang sama gak gojesnya.

Bawah ni kaler-kaler yang available.
Size S-XL.
Boleh check size chart kat bawah sekali.













Kali ni kita ganti dari black zip kepada gold zip, biar jeles Pierce Brosnan tengok.
Barulah ada gaya, mutu, keunggulan.

Ni aku kasik korang cuci mata je dulu tau.
Pikir nak size apa nak warna apa.
Malam kang Jumaat 12.01 am kita launch kat website, PM and Whatsapp serentak.
Kurta ni pun akan dibawa ke event esok.

So esok boleh laju-laju masuk website Fleur by Mrs Him.
Aku takleh bagi link now sebab link tu hanya activate tengah malam kang.

Tapi kalau nak tanya apa-apa boleh PM Fleur atau Whatsapp 012-7728976.

Ok you all, see you tomorrow kat :

Karnival Masjid 3.0
Masjid Al-Ikhlas (Masjid Naza)
Seksyen 13 Shah Alam.
29/4 - 1/5
9am - 11.30pm
BOOTH 95.



Jom main jawab-jawab soklan!

$
0
0

Ada tak sesape yang cuba nak beli Kurta Khalifa thru website tapi tak jumpa link ke Kurta Khalifa Vol 2?
Kalau ada, jangan risau.
Memang link tu aku terpaksa tarik atas arahan bis bos aku sebab malam tadi pukul 12 malam je dah masuk whatsapp bertalu-talu.
Dia dah menggelabah. Sebab takut stok kiucar-kacir. Hari ni kan ada event kat Shah Alam, so some stok dibawak ke sana jugak. Jadi takut nanti stock kat whatsapp, kat FB, kat booth semua jadi tak tally dengan inventory.
Jadi, aku hold dulu publish kat website.
Kalau nak, boleh whatsapp terus 012-7728976.

Post semalam tentang sponsor, ada yang nak join.
Boleh, takde masalah. Tapi untuk Karnival Masjid 3.0 ni tak sompek dah.
Kalau nak, boleh la join end of the month, event kat Melaka.
Kalau nak, email En Wan kat wuw757[at]yahoo[dot]com.

Aku ada buat satu lagi contest.
Kali ni contest untuk new shawl.
Aku akan pilih 3 pemenang, dah setiap pemenang dapat 2 shawl free.

Tapi sebelum ko join contest ni, meh aku tunjuk dulu camne tudungnya.















Gojes tak kaler-kaler dia?
Nak lagi yang FL12 ni, memang kena nau ngan selera aku.
Tapi bos aku tak bagi ambik dulu.
Dia kata warna ni mesti laju. Hahaha. Kesian tau aku, nak ambik shawl pun kena ambik yang belen-belen.
Korang kalau taknak dapat yang belen-belen baikla order now.

Ok, semua dah tengok gambau kan?
Ok, marilah join contest ni.
Kali ni senang gila.
Kau jawab 5 soalan je.


Food!

$
0
0

Siapa nak tau apa benda yang disumbangkan dalam beg doraemon GreenAard?

Antaranya adelah makanan
Sebenarnya ada lagi yang nak sponsor tapi aku taknak clash-kan 2 benda yang sama dalam 1 beg.
Jadi, those yang sponsor makanan yang sama, aku mintak hantar ke waktu event lain.

Antara yang bermurah hati nak sponsor produk adelah Hanis.
Datang dari Gombak bawak sampel brownies. Ni kat bawah ni brownies yang dia sponsor :



Jangan tanya aku apa rasanya.
Aku ni sebenarnya tak boleh makan coklat sangat.
Kang muntah. Memandangkan dia tak bagi extra sample, jadi aku takleh nak mintak sape-sape tolong rasakan. Aku tak berani nak mintak rasa sebab dia dah buat cukup-cukup 60 pack untuk event Shah Alam ni.
Tapi berdasarkan bau semerbak dalam kereta aku, dan rupa bentuknya, insyallah sedap.
Lagipun Hanis ni memang baker.
Bukan brownies je dia jual.
Macam-macam! Boleh check kat IG dia (ada aku tulis kat flyer atas ni). 
Dia memang terima kalau korang nak tempah untuk special event. Apetah lagi kalau nak tempah untuk makan-makan sendiri.

Sape penah makan Congo Bars?
Aku selalu nampak orang jual Congo Bars tapi aku tak tau apebenda Congo Bars ni.
Sape yang belum penah rasa dialu-alukan rasa. Jangan jadi macam aku, selalu tertinggal.
Kang orang dah sibuk bergasak beli kuih lain, aku baru nak terkinja-kinja makan congo bars.




Dua jenis produk ni datang dari brand yang sama iaitu KRUP KRUP NUTS.
Jauh ni, datang dari nun kat Sungai Petani.
Tapi anak Kak Mala ni hantar sampai depan pintu rumah aku.
Aku pun tak sempat jumpa sape orangnya sebab masa tu aku keluar. Tima kasih Kak Mala sebab sponsor.

Tapi korang cuma dapat sponsor kuih kacang tumbuk tu je. Aku la best dapat makan dua-dua. Kah Kah Kah. Aku pulak memang suka nau yang kerepek yang bawah tu. Apa ntah nama dia, tapi aku suka kerepek ni. Aku dah rasa dah dua-dua kuih Kak Mala ni, memang sedap. Mak mertua aku suka sangat ngan kuih kacang tumbuk tu sebab takyah kunyah pun sebenarnya. Hisap-hisap sedut-sedut je dah cair. Aku rasa mesti Kak Mala perlukan agen jugak untuk kuih kacang tumbuk tu sebab kuih tu kalau dipos memang besar harapan sampai kat tangan kau jadi serbuk je. Cuba korang tanya Kak Mala dia nak pakai agen tak. Aku syak mesti akak ni perlukan agen untuk kuih tumbuk tu.



Yang ni memang konfem pakai agen.
Agen-agen yang dah biasa ambik menjak tahun 2009 lagi pun dah start tanya Mak Aji tahun ni bisnes ke tak.
Insyallah, masih bisnes lagi.
Ni pun Mak Aji dah pesan, LAST ORDER ADALAH 28 MAY 2016.
Menjak buat kukis ni, Mak Aji masih lagi dok menggentel kukis walaupun dah tinggal 4 hari lagi nak raya.
Tahun lepas takpela sebab semua anak beraya rumah menantu.
Dia takde la kecoh sangat nak buat persiapan raya.
Tapi tahun ni semua anak giuliran beraya Bangi so 4 hari sebelum raya dapur dah mesti clear dari sebarang tray tray kukis.
Jadi, adelah lebif afdol untuk korang letak order sekarang.
be it as agen ataupun nak order perseorangan, silakan order sebelum 28 May ya.

Tahun ni Mak Aji tambah satu lagi produk, jadi kesemuanya ada 3 jenis kukis.
Agen boleh campur-campur flavor kalau nak ambik ya :

♠ Choc chip
♠ Mocha
♠ Choc chip with oat - NEW!

Harga macam biasa :

♥ RM45/100pcs
♥ RM38/100pcs (50-99 balang)
♥ RM35/100pcs (100 balang ke atas)

Semua contact number ada pada flyer masing-masing.
Gigih aku create flyer.
So owner product kalau nak ambik flyer tu untuk letak kat page masing-masing, silakan.


Ambik ni! Kalau nak kita tuliskan kad, bagitau.

$
0
0

Ada banyakkkkkkkkkk benda aku nak kena update kat blog, tapi dalam banyak-banyak benda best weekend lepas, gambar bawah ni yang terpaling best :


Ni anak sedara En Wan. Anak kepada Kak Ngah.
Dia ni masa kecik-kecik memang comel sangat. En Wan kata ada sorang kawan dia sama-sama blaja Jepun dulu penah tengok gamba Didi ni (waktu tu umur Didi maybe 3 yrs kot). Kawan dia cakap "Kalau budak ni besar sok, kalau aku boleh kawen ngan dia, aku kawen".
Sampai camtu sekali efek sebuah kecomelan.

Tapi Didi membesar dengan berbadan besar.
Dari zaman sekolah menengah sampai di UiTM (diploma).
Last year, bulan 9, time kawen anak sedara En Wan, aku tengok badan budak ni eh macam makin besar pulak.
Happy agaknya.
Dalam ati aku, takpelah, esok dah blaja, bergaul ngan kawan-kawan yang pandai bergaya, konfem kau dengan sendirinya rasa nak kurus.

Eh, rupanya betul.
Tak lama pastu dia call aku tanya boleh tak nak beli GreenAard.
Aku cakap takyah beli, aku bagi 2 botol untuk kau guna. Aku pesan jangan tahan lapar. Sebab bila kau tahan lapar, kau tend tu mentekedarah kaw kaw bila kau dapat peluang makan nanti.
Pastu bagi testimoni.
Tapi aku dah cakap, 1-2 minggu pertama tu, memang kerap ke tandas. Jangan sampai kau ponteng kelas sebab memerut.
Elakkan makan makanan manis-manis.
Aku ajar dia, sebaik-baiknya, 3 hari pertama, jangan sentuh makanan/minuman manis lansung.

Dan lepas tu aku pun lupa nak follow up.

Last week, dia datang rumah, aku tengok, apesal budak ni kurus?
Belum kurus betul tapi memang beza la dari yang dulu.
Aku syak dia ni stress blaja, sebab dia baru sambung degree pulak.
Gamaknya susah kot degree tu pasal sampai kurus.

"Didi, apesal ko kurus sangat ni?"

"Makan ubat makcik Diana la.."

DANGGGGG!!
Baru aku teringat, aku penah bagi dia GreenAard.

Terussssssssssssssss aku interview.

Dia cakap dia ambik selang-selang, bukan everyday.
Pastu dia ambik 2 biji je sebab 4 biji too strong untuk dia.
Dia tak elak makan nasik. Makan tetap makan,
Cuma dia elakkan makanan manis-manis.

Hasilnya...lihatlah dunia!!!
Aku tak pernah imagine Didi boleh susut macam ni.
Sekali dah slim, eh lawa lah pulak budak ni.
Ko jangan pandang sebelah mata kat orang badan besar ni.
Esok dia dah kurus, bergetar tulang rusuk kau 14 keturunan.

Didi is another great testimoni.
Macamana KONSISTENSI boleh membawa kepada hasil yang positif.

Ada orang makan hari ni, lusa dah sibuk nak timbang.
Bila tak nampak penurunan, dah givap.

Kamon guys, masing-masing ternak babat berapa tahun?
Lojik ke makan hari ni, minggu depan dah kurus?
Be realistik plis.
Dulu, masa aku matrik berat aku 54kg.
Aku balik cuti semester 3 bulan kalau tak salah, aku nekad stop nasik terus.
Aku just makan biskut cream crackers cicah teh O setiap masa selama 3 bulan.
Hasilnya, dalam masa 3 bulan turun ke 41kg!
Hilang 13kg dalam masa 3 bulan.

Dari segi hukum biologi :

♥ bagi orang yang obese, hilang 13kg dalam masa 3 bulan, ini proses yang lambat. Sepatutnya, lebih besar badan orang tu, lebih cepat dia hilang berat. 8kg in a week adelah normal. So, kalau 13kg dalam masa 3 bulan tu dah kira lambat.

♥ bagi orang yang oevrweight 8kg lebih dari berat ideal, turun 13kg dalam masa 3 bulan tu, lojik.

♥ tapi macam kes aku dulu, itu adalah penurunan badan yang sangat tak sihat. Sebab berat 54kg tu sebenarnya masih dalam range healthy weight. Sebab borderline is 54.5kg. Tapi sebab aku rasa macam aku dah gemuk (padahal cuma berisi), maka aku buat diet drastik. Orang yang badannya dah memang dalam range healthy weight range, kadar penurunan berat badan memang tersangat lambat. Sebab kau dah memang capai ideal weight. Sebab tu aku ambik masa 3 bulan untuk turun 13kg walaupun hanya dengan makan biskut and teh O. Kalau orang obese buat diet aku ni, mahu 34kg dah dia turun.

Good job, Didi!
Makcik up lagi sebotol. Kah Kah Kah.



Jumaat-Ahad baru ni, kitorang ada kat Shah Alam.
Today sampai Khamis, kitorang ada kat BUSAINNA EVENT, Multipurpose Hall (MPH), Menara TM, Bangsar.

Ntah sape la bijok pandai sangat pi daftar event back to back macam ni.
Walaupun aku takde la duduk kat booth everyday, tapi aku tengok pun letih tau tak.
Korang yang kat Menara TM atau yang berhampiran boleh la ke sana start hari ni untuk dapatkan GreenAard dengan harga booth RM78/botol.
Sape beli 2 botol dapat pendrive tu. Cantik kan? Hehe.
En Wan and the ladies ada kat sana today.
Lady tua cam aku ni duduk opis je la sudeyyy.
Tapi aku akan datang esok pagi.
Macam yang dah dijanjikan, 20 pembeli terawal setiap hari akan dapat goodie bags.
So, rebut peluang ni sebab korang akan dapat macam-macam product sponsor kat dalam beg tu.

Kelmarin aku dah highlite tentang food yang di-sponsor.
Brownies and  Mak Aji kukis dah takde dah untuk goodie bags today sebab dorang cuma sponsor untuk event Shah Alam saje. Yang lain, insyallah ada. Aku pun tak berapa sure. Tapi goodie bags memang ada.

Di Menara TM, kita ada lucky draw untuk sponsor istimewa.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Ini sponsor istimewa kita hari ni.
Kemeja lelaki batik Indonesia.
Aku akan highlite brand ni kendian-kendian. Ada banyak lagi brand yang sponsor yang belum aku highlitekan.

Cuma aku nak bagitau, customer di Menara TM berpeluang buat cabutan bertuah untuk menang kemeja Noh Batik ni.
Ingat ya, BERPELUANG.
Bukan SEMUA DAPAT.
Yang bertuah saja dapat.
So, boleh try your luck.
Siapa yang dapat kemeja ni nanti, sudi-sudikan lah tag Noh Batik (FB/IG).



Lagi satu, nak bagitau, aku dah start open sale untuk Mother's Day 2016.

Aku dah share post dari Fleur by Mrs Him tentang sale ni kat FB aku semalam.
Pagi ni aku tengok dah berjujuk order masuk tapi aku tak sure if semua yang order tu dah buat payment ke belum.
Aku akan check dengan admin aku nanti.

Aku taknak tulis panjang tentang ni sebab semuanya admin aku dah tulis, so KENA FAHAMKAN BETUL-BETUL ok?

KLIK SINI UNTUK BACA

Aku nak tekankan lagi sekali yang 3 jenis jubah ni aku dah launch lebih awal.
Ada di antaranya dah 2 bulan launch, jadi size memang limited.
Jangan nanti ada yang sound admin "Buat sale tapi stok takde!"
STOK MEMANG DAH TERHAD.
Sape suruh tak beli awal-awal? Haaaa...gitu.

Sale kali ni aku offer harga lagi rendah dari harga modal, sebab stok dah tak banyak.
Aku pun boleh clearkan shelf untuk next production yang akan sampai.

So, kalau masa korang place order, size and warna yang korang nak tu ada, tolong buat payment terus.
Sebab aku dah set kat website, order yang takde bayaran dalam masa 24 jam, otomatically kita cancel dan stok akan dimasukkan semula dalam inventory.
Bagi chance orang lain pulak beli.

Yag order kat whatsapp and FB pun sama.
Bila kita reply, stok ada, terus buat payment.
Kita hold your order 24 jam saja.

Happy Shopping!

p/s : Kalau perlu kad untuk hadiahkan pada sesiapa, bagitau ya. Kita akan tuliskan kad.



THANK YOU KARNIVAL MASJID 3.0 SHAH ALAM!








15th

$
0
0

Alhamdulillah, settle dah event kat Menara TM, 3 hari.
Walaupun aku cuma datang semalam je, itupun 3 jam je, tapi the process pre and post sumpah memenatkan.
Sebab kali ni beza sehari je dengan event Shah Alam yang last week.
Tobat lahum pasni aku kena make sure event-event ni semua at least sebulan sekali je.
Masak oii bulan ni je 3 event.

Kebetulan agaknya event ni buat on hari bekerja, so crowd memang ramai, especially time lunch break.
Yang bestnya booth sebelah aku jual nasik.
Ni first time aku jumpa organizer yang tak asingkan exhibitor according to product.
Macam pelik je, aku jual baju, eh tetiba kat sebelah ada orang jual nasik.
Tapi yang best, lepas beli nasik, dorang singgah booth aku. Hahaha.

Semalam best.
Sebab aku dapat jumpa ramai reader kat Menara TM.
Aku pulak yang interview dorang, lama mana dah baca blog aku ni?
Lepas tu bila sorang-sorang jawab, 8 tahun lepas, dari zaman pakai skirt pendek, dari zaman kuat mencarut.....oh myyyy, termalu sendiri.
Sendiri tanya pastu sendiri malu.

Terasa lama sangat rupanya aku berblogging.
Dari zaman pakai baju putih nampak bra merah.
Dari zaman pakai skirt sampai nak ternampak spender.
Dari zaman rambut kaler mahogany.
Dari zaman kurus sampai ke gemuk.
Aku rasa macam aku sorang je yang makin tua, budak-budak yang baca ni semua baru umur 30-an.






Yang datang tengahari je la yang aku dapat snap gambar bersama, yang datang pagi dan hari-hari lain, thank you so much sebab singgah ke booth Fleur by Mrs Him/GreenAard.

Semalam, anniversary aku ngan En Wan yang ke 15.
Tahun ni tak sempat nak plan pegi mana-mana pun sebab busy ngan event, kebetulan pulak si Redza nak exam next week, so jangan haraplah bapak dia nak kemana-mana time anak dia nak exam.
Takpelah, tangguh la sampai hujung tahun pun aku takde hal.
Sebab kalau berjalan dengan En Wan, memang konfem penat punya.
Takde istilah melepak dalam bilik hotel bersantai-santai. Takde!
The moment sampai je, jam tu jugak dia ajak keluar berjalan. Letih aku.

So, malam tadi En Wan ngan aku keluar pi makan je berdua.
Masuk je kereta dia tanya "Nak makan kat mana?"

Eh??
Aku ingatkan ye ye je angkut aku keluar berjalan ni dah buat preparation, rupanya tak.
So aku cakap makan je la mana-mana janji sedap. Malas nak pikir dah.

"Ok, kita makan satey nak? Mintak 15 cucuk je. Sempena 15 tahun kawen".

Ko ghase????

Pastu dia gelak-gelak.

Last-last dia bawak aku pi Red Lobster kat Kota Kemuning.
Dah buat reservation rupanya.

Lama dah aku teringin nak makan lobster.
Ingat pun dia.
Maka semalam selamatlah aku makan lobster.


Gambar ni entry tahun 2008 kot, aku ambik balik.
Memang comel sangat lah muka laki aku gambar yang atas sekali. Muka tengah muda, kulit tengah muda, memang lah semuanya nampak cantik kan.
Tu masa belum kawen lagi tu. Tahun pertama baru. Dia balik cuti.

Gambar bawah, ulangtahun ke-7.
Celebrate kat Sheraton ke Shagrila, aku pun dah lupa.
Zaman-zaman ranggi.
Pakai baju terkuak dada dengan selambanya. You think I care??? Hahahah. Gitu dulu.



Ni gambar semalam.
Ulang tahun ke 15.
Masing-masing macam baru balik dari masjid. Kah Kah Kahhhh!!
Aduiii gelak sampai keluar air mata aku tengok 3 gambar ni.
Well, zaman muda kan. The good old days.
Aku harap lagi 15 tahun masih terdaya lagi nak keluar celebrate macam ni.


 Ni roti, complimentary.


 Mushroom stuffed with shrimp and cheese.
Tak sedap sangat.
Sebab maybe aku expect shrimp dia dicincang, tapi yang ni dia blend and campur dengan kentang, so kureng rasa udang.


 Ni aku punya.
Aku punya haruslah besar.


Ni En Wan punya.
Apa nama ntah, tapi ada nasik sekali.


 Aku malas nak makan ketam aku, so En Wan perabiskan.


Macam sedappppppppppppppp je aku tengok isi ketam tu hari ni.
Semalam tengok takde selera.


Dah masuk tahun ke 15 ni, dah makin takde apa yang aku expect dari En Wan, just masing-masing perbaiki tanggungjawab masing-masing kat Tuhan, mak bapak, anak-anak and famili. 
Hadiah memang dari dulu aku malas mintak. 
Nak melancong now pun masing-masing dah start sibuk tahun ni.
Aku nak balik Bangi tengok cousin aku beranak pun tak sempat lagi ni. Hadiah dah terduduk atas meja 3-4 hari dah.
Balik-balik si Rayyan belek, balik-balik dia belek.
Kang tetiba kang dia kiraikan je semua hadiah tu atas lantai, satu hal pulak.

Terima kasih yang wish kat FB.
Tak sempat nak reply all.
Tapi aku baca semuanya.



Thank you BUSAINNA, MENARA TM!

En Wan kata hari ni ada yang cari aku kat booth.
Sorry, hari ni memang aku tak datang, sebab ada keje nak kena buat kat opis.
Terima kasih sebab datang, insyallah ada rezeki kita jumpa :)


Komplen je keje

$
0
0

Jadi manusia ni memang best.
Kalau apa yang kita buat tu tak menjadi, maka boleh salahkan orang lain.
Kalau dah tak jumpa sangat punca nak salahkan orang lain, maka bolehlah reka-reka cerita.

Berurusan dengan manusia memang banyak cabaran.
Yang jadi customer pun janganlah demand tak tentu arah sangat.

Aku ingat lagi sorang pengusaha butik cakap "Dulu saya jual murah memang ramai yang beli. Tapi banyak sangat karenah saya kena handle. Bila saya start jual harga mahal sikit, less hassle.".

Aku terpaksa akui statement dia.

Masa aku launch new produk, karenah customer hampir takde.
Customer order, bayar, and done.

Bila buat sale, ya ampunnnnn.
Kadang tu benda yang aku tak pernah terpikir pun, tetiba boleh jadi ada.

Baru-baru ni aku buat sale jubah.
Ada aje spesis manusia yang marah-marah sebab size yang dia nak dah habis.
Kalau size dah habis, aku nak buat camana?
Time aku launch awal-awal hari tu, ko taknak beli.
Nak tunggu sale baru nak beli.
Bila size dah takde nak marah orang "Buat sale beria, tapi size semua takde!"

Aku buat sale bukan sebab stok tak jalan.
Aku buat sale sebab stok dah tinggal tak banyak.
Dari sakit mata aku tengok stok yang sikit-sikit ni, maka lebih baik aku buat sale.
Bila size dah takde, janganlah marah seller.
Marah la diri kau apesal tak beli awal-awal.
Ko ingat time sale ko sorang je nak beli, abis orang lain taknak beli?

Sale jubah yang baru-baru ni, huru-hara kejap nak cari stok.
Sebab stok yang order kat website, kat FB, kat whatsapp, semuanya adalah stok yang dibawa ke booth.
So kejap-kejap kena call orang kat booth tanya stok size sekian-sekian ada lagi tak.
Kalau ada, simpankan.
Memang dari awal dah cakap stok VERY LIMITED.
Aku cakap ko taknak dengar, pastu merempan.

Itu cerita bila barang dah jadi murah (sale).
Kalau barang tu mahal, punnnnn kena marah.
Siap bagi tazkirah lagi kat ruangan komen "Nak menggalakan orang menutup aurat tak perlulah jual mahal-mahal!"

Hamboi.
Komen tang aurat tu dah bagus dah.
Tapi tak kena la, kak.

Masalahnya, kemain bersepah je product muslimah yang murah-murah, yang kau sibuk jugak nak follow produk yang mahal tu dah kenapa?
Kalau betul sekadar nak menutup aurat bagai dikata, maka tak perlulah cari produk muslimah yang mahal-mahal, ye tak?
Beli je la yang jubah tiga helai RM100, janji tutup aurat kan?
Tapi kau taknak pulakkkkkkkk.

Nak yang cantik, tapi nak murah.

Ni sama la macam kes budak yang pakai krim tak panas tu.
Krim tu berapa harga ntah, aku tak tau.
Maybe around RM100 (kot).

Kamon lah.
Treadmill yang harga RM2000 tu pun kalau takat sekali naik, memang takkan kurus.
Sebulan naik pun belum tentu turun 5kg kalau asal lepas exercise kau bedal MekDi.
Tu cara-cara buat treadmill.

Inikan ko yang main sapu-sapu je.
Kalau nak kurus tanpa senaman, kena la konsisten pakai baru boleh nampak hasil.
Takat sekali calit dah berangan bertukar jadi Heidi Klum, kang aku jentik lemak ko kang tak pasal je.

Sebenarnya sampai skarang aku dok terfikir lagi, apa sebenarnya yang ada dalam fikiran budak tu bila dia dengan bangganya bagitau satu dunia dia buat polis report tentang produk yang tak berjaya memanaskan lemak dia?

Tidak ke dia boleh terfikir dulu, samada aku salah cara pakai ke?
Atau aku tak cukup konsisten guna ke?
Atau lemak aku jenis degil ke...??
Tapi memang ada orang yang dia expect semua produk yang dia pakai can do wonders dengan sekelip mata. Gila pemalas eh?
Dah la taknak bersenam, taknak diet, taknak keluar duit yang banyak untuk treatment pecah lemak, tapi ada hati nak slim sekejapan.
Mati hidup balik lapan kali pun takkan jumpa produk macam tu oi.

Kalau nak kata kecewa, aku rasa aku ni lagi kecewa.
Bertahun-tahun aku guna segala krim pemutih, dari semurah-murah produk kat Guardian and Watson, sampailah ke semahal-mahal produk kat kaunter, semua aku bedal.
Tapi tak putih-putih pun. Padahal aku istiqomah tau. Bukan sekali calit je. Bertahun!
Takde pulak aku nak salahkan produk tu semua.
Sebab aku rasa maybe kulit aku bangsa itam sejak azali, so takkan boleh putih punya.
Aku nye konsep, dia tak berjaya memutihkan aku, tapi dia berjaya menjadikan muka aku less berkerak, jadiklah.



Sama la macam orang yang 2 tahun sekali je pegi spa, lepas tu expect kulit jadi lembut and halus macam model.
Halooo??
Sebab tu la model cantik-cantik. Dia maintain body dia kaw-kaw. Rajin pi spa, rajin pi facial, rajin makan supplement.
Ni tak.
Semua benda nak ringkas, nak murah, nak bajet itu ini, tapi nak cun macam Che Ta.
Kau tanya Che Ta berapa sebulan dia habis untuk badan saje?
Belum muka tau, kau tanya badan je dulu.

Hari tu Raisya Tradi Spa ada sponsor body scrub and feminine wash untuk pembeli produk GreenAard. Aku pun tak merasa apa benda productnya tapi macam best je tang scrub tu.
Tu kalau dapat gosok kat tumit pehhhhhhhhhh! Mesti berkrak kruk krak kruk bunyiknya.

Hari tu ada yang dah tanya aku kat mana boleh dapatkan product ni.
Tu mesti dah serasi la tu.
Ni sempena Mother's Day dorang ada buat promosi RM99 je untuk urut tradisional + mandi lulur + mandi bunga.
Tu kira dah habis murah dah tu.

Foot Spa dia baru RM28.
Dia gosokkan kaki kau, tumit, bagi massage sikit hilangkan lenguh-lenguh, just RM28 je.
Aku tanya korang, korang nak ke buat keje mengurut, membasuh kaki orang dengan hanya RM28?
Nak?
Taknak kan. Sebab murah sangat upahnya.
So kalau murah, apa kata korang je pegi sana, and hulurkan kaki untuk dirawat.
RM28 je.



Ni antara standard promo yang ada.
Aku tengok dia ada buat promo Hari Ibu.

FB : Raisya Tradi Spa 1
IG : Raisya Tradi Spa

Contact : 016-2078091 (Noor) / 011-36888677 (Idayu) 

Aku nak makan nasik.


PM

$
0
0

Ya ampunnnn.

Pagi ni aku memang blow je bila baca komen-komen kat page aku.
Walaupun admin yang reply, dan aku tau admin aku penyabar orangnya, tapi aku yang tengok ni dah naik kurang sabar pulak.
Aku tak paham dorang ni dulu skolah kat mana.
Tapi aku yakin dorang ni kertas pemahaman BM mesti tak dapat A.
Sebab semuanya jenis tak memahami arahan.

Dah ditulis siap-siap harga, pakej, offer, nombor telefon, PM instructions, punnnnnn benak.



Celah mana yang tak paham arahan ni?

Aku rasa admin aku dah tulis segala info yang seorang customer perlukan :

Harga sehelai shawl ✔

Offer price sehingga certain date ✔

Postage ✔

Pakej deal ✔

Whatsapp number ✔

Order instruction ✔


Apa benda lagi yang balik-balik kau komen "PM" ni??

Dulu, masa aku setup Fleur by Mrs Him ni, aku tak aim big sangat.
Aku just marketkan kat blog je, untuk blog readers.
Aku tepek gambar, letak harga.
Pastu aku letak satu online form.
Jauh lebih simple.
Tapi readers aku semua faham instructions.

Bila dah grow sikit, aku marketkan kat FB.
Tapi aku highlitekan link website Fleur kat FB.
So sesiapa nak beli, klik je link tu and the link will direct them to website aku.
Ada yang faham.
Ada yang kata tak reti nak guna website.

Pelik gak aku.
Masing-masing hadap FB kat phobe reti pulak.
Tak suruh order kat website tak reti.

Oklah takpe.
Mengambil kira mungkin ada makcik-makcik kat luar sana yang tak berapa familiar dengan teknologi baru, so aku buka order melalui PM.

Dah ditulis terang-terang, suruh PM.
Masih ada lagi yang komen "PM harga".

Mula-mula tu aku yang reply.
Tengah tak banyak, boleh la reply satu-satu walaupun segala mak nenek info aku dah tulis kat description.

Bila dah semakin banyak request masuk, siapa yang ada masa nak layan komen sorang-sorang?
Kalau tanya benda yang tak berkaitan tu boleh la aku layan.
Kalau 50 komen, 50 semua tulis "PM plis", jadahnya??
Bila dah ada admin, aku pass semua kat admin.
Aku taknak handle enquiry dah, aku nak fokus kat business development pulak.

Pastu ada pulak yang bagi komen "Kalau ada whatsapp kan senang?".

Oh ok, kau nak whatsapp pulak ya.
Fine, aku bagi nombor whatsapp.
Memang ada yang whatsapp, tu aku tak nafi.
Tapi aku tak nafi jugak ada yang terlebih bengap masih tak faham arahan.
Eh dia pulak yang letakkan nombor henfon dia kat ruangan komen mintak kita whatsapp dia.
Haloo?
Kau ingat ko sorang je ke yang beli barang ni maka aku ada 24 jam nak melayan kau je?

Ni semua bangsa customer yang rasa duit dia mahal dan kita hadap sangat sale dari dia maka dia suruh kita kejar dia pulak.
Customer jenis ni tak series dengan apa yang dia nak.
Dia rasa kita peniaga, kita kena menyembah dia.
Bila size dah habis, mengamuk.
Time aku bukak order kau eksyen PM PM PM PM tak sudah-sudah.
Bila size dah habis, merempan.
Kalau ruangan komen tu boleh deactivate macam blog, dah lama aku deactivate komen box kat page FB. Kalau kat personal FB memang boleh block. Tapi kat page tak boleh pulak.
Ni semua budaya instagram.
Tengok gambar je keje.
Baca malas.

Tapi ada gak sekali aku nampak ada orang bagi komen kat promo kurta Khalifa Vol 1 "Kan senang kalau letak harga je terus, ini susah semua nak kena PM".
Aku baca cam hek eleh mamat ni.
Poyo terlajak.
Dia nak bash kita, tapi dia sendiri tak tau kita dah tulis segala mak nenek info kat atas tu.
Last-last dia kena bash ngan komen-komen lain.
Len kali kalau tak berapa nak bijak berkata-kata, lebih baik diam.

Aku buat conclusion, those yang suka komen PM PM PM PM ni semua tak series.
Sebab kalau series, dia akan baca and fahamkan, and tanya apa yang dia takde kat decsription saja, contohnya "Shawl kod 04 tu biru navy ke biru royal?"
Kalau macam ni ok.
Aku pun ada selera nak bagi jawab.



Sama macam GreenAard.
Dah ditulis terang-terang kat website, Langkah Berjaga-Jaga.
Tak paham melayu, aku tulis omputih sekali.
Punnnnnnnnnnnnnn sama gak.

Bila dah dapat produk "Saya dah terima GreenAard. Nak tanya kalau ada darah tinggi boleh ambik tak?"

La hawla walaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dah beli baru nak tanya ke sayang oiii.
Kenapa la sebelum beli tak tanya or baca dulu segala info ni.
Padahal beli kat website, terang-terang dah benda ni tertulis kat website.
Dan untuk keseratuslimapuluh kalinya, aku kena reply "Kami tak galakkan. Tapi kalau nak juga cuba, bla bla bla bla..."
Sampai admin aku simpan reply aku ni so that dia senang cut and paste je bila ada orang tanya soalan yang sama.

Tapi GreenAard sama macam Fleur, tak ramai yang tanya pasal teknikal part.
Mesti dorang nak tanya harga jugak.
Walhal sampai tiga kali aku type harga kat description.

Yang baca blog aku, aku tau memang rajin membaca :)
Nah sambung baca artikel bawah ni.

Artikel ni ditulis oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di Perth kalau tak salah, sejak tahun 2010.
Dia baru je launchkan online magazine ni nama Netizen Magazine.
Ada yang dia tulis in english, ada yang malay.
Fokus Netizen Magazine ni untuk highlitekan individu dan bisnes.
Kalau rajin boleh la scroll FB dia Netizen Magazine, ada cerita tentang usahawan, ada cerita tentang mualaf. Semuanya menerusi interview. Jadi, apa yang dia tulis bukan sekadar 'dengar-dengar cerita' or cilok ceriat sana-sini and olah jadi artikel sendiri. No.
Dia memang interview that person dan buat artikel about it.

2 minggu lepas dia ada email aku untuk online interview. Dia berminat dengan story Fleur by Mrs Him. Aku lupa nak share artikel ni. Semalam baru aku share kat FB.










Kerimasan setiap tahun. Benda yang sama dok ulang-ulang.

$
0
0

2 hari lepas aku ada up status kat FB tentang 'kerimasan' aku dengan topik yang every year dijadikan bahan bertekak dan berdebat kat FB - HARI IBU.

Every year, tiap kali Hari Ibu mesti ada orang berdebat pasal boleh ke tak boleh celebrate.
Dari awal-awal isu ni dibangkitkan dulu aku tak ambik port lansung.
Sebab aku yakin, aku celebrate Hari Ibu takde kaitan dengan perkara yang memesongkan akidah, melainkan nak suka-suka seronok celebrate dengan mak aku.
Kalau nak kata hari-hari pun Hari Ibu, well, berapa kerat sangat yang call mak hari-hari tanya khabar?

Berapa kerat yang bila ada peluang mak depan mata nak melayan mak bersembang?

Berapa kerat yang hari-hari tanya mak kat rumah makan apa?

To be honest, aku sendiri pun tak buat macam tu.
Alasan?
Tak sempat.
Busy ngan keje.
Tau-tau dah malam.
Nak pulak now dah ada whatsapp.
Whatsapp je lah keje aku.
Seminggu ada lah 2 kali call Mak Aji.

Sebab aku sedar diri lah, maka aku tak ambik port kau nak bergasak kat FB pasal boleh ke tak celebrate Hari Ibu.
Aku celebrate sebab aku rasa this is the time yang special sikit untuk aku raikan dengan mak aku, selain dari wedding anniversary dia and birthday dia.

Aura Hari Ibu ni sangat kuat.
Sebab menjelang Hari Ibu, kat radio, kat TV, kat sokabar, kat mall, kat restaurant, semua bersepah highlite pasal Hari Ibu.
Dia punya feeling tu macam nak sambut raya.
Mak-mak kita kat rumah tu tengok TV kejap-kejap keluar iklan hari ibu, dia pun tau "Ohhh dah nak Hari Ibu rupanya"
Tapi anak dia senyap je.
Kau rasa mak kau tak terasa ke?
Dia terasa, tapi dia malas nak cakap.

Aura Hari Ibu yang punya kuat ni pun kalau tak membangkit perasaan nak celebrate dengan ibu masing-masing, tak tau la aku nak cakap.
Kerat jarilah hari-hari lain ko nak kenang ibu korang beria-ia melainkan kalau esok dia dah takde, baru sibuk nak kenang siang malam.
Esok bila tiba Hari Ibu, barulah nak "Kalaulah mak ada...."
Time ada Hari Ibu kau berlagak taknak celebrate.
Bila orang dok highlite Hari Ibu, baru kau nak kenang-kenang.
Tak payahhhh.

Kita kan suka kalau buat test "Sejauh mana pasangan anda mengenali anda".
Kemain sentap lagi kalau pasangan kita tak jawab dengan betul.
Dan-dan tu rasa tak serasi.

Plis, jangan gedik sangat, boleh?
Meh sini jawab soalan bawah ni dulu.


♥ Seberapa jauh kita kenal ibu kita?

♥ Apa favourite color dia?

♥ Apa favourite food dia?

♥ Apa perkara yang paling buatkan dia happy?

♥ Apa perkara yang buatkan dia sedih?

♥ Apa ukuran baju dia?

♥ Apa ukuran kasut dia?

♥ Baju fesyen apa yang dia suka?

♥ Kebiasaan tidurnya belah mana?

♥ Apa sabun and shampoo yang dia guna?

♥ Berapa blood pressure reading dia bulan ni?

♥ Apa nama ubat-ubatan yang dia ambik?


Honestly, tak semua soklan atas tu aku boleh jawab dengan tepat.
Aku tau korang pun tak berapa yakin dengan jawapan korang kan?
Tapi lagi mau eksyen kata "Hari-hari pun hari ibulah!!"
mak kau pakai kasut size apa pun kau tak tau, lagi nak berani-berani mengaku celebrate hari ibu everyday.
Aku jentik buah sorang-sorang baru tau.

Hampir tak ada perkara yang mak tak tau tentang kita.

Mak kita semua tau apa kita suka makan, apa kita suka minum, apa color yang kita suka, macamana gaya tidur kita, kita tengah sedih pun dia tau, kita tengah pendam sesuatu pun dia tau, kita curik-curik makan time puasa pun dia tau, kita dah ada boifren senyap-senyap pun dia tau!

Hakikatnya, ada banyak perkara yang kita tak tau tentang mak kita, sedangkan hampir semua hal tentang kita, mak kita tau.
Lagi-lagi Mak Aji.
Aku sampai fedap nak sorokkan apa-apa cerita dari dia.
Ujung-ujung dia tau gak.

Kadang-kadang Mak Aji call aku "Mama buat macaroni bakar ni. Kau nak tak? Kalau nak, nanti petang-petang sikit mama datang rumah kau".

Tapi aku, gi makan nasik JM bariyani, pi snap gambar up kat FB.
Senyap je mentekedarah nasik bariyani anak-beranak.

Pastu jap gi whatsapp Mak Aji masuk "Tengah makan nasik beriyani ke?".

Aku tau, bukan aku sorang buat macam ni.
Korang pun buat kan?
Tanpa rasa bersalah.

Selalu kat FB orang dok share 'Jangan up gambar makanan, nanti orang yang susah sedih tengok gambar makanan kita'.

Tahik lah.

Sibuk asyik nak suruh jaga hati orang susah.
Orang yang susah takde masa lah nak layan FB.
Kalau dia ada masa layan FB maknanya dia belum susah.

Sibuk sangat nak kenangkan orang yang susah tak makan, tapi tak ramai yang terfikir mungkin gambar makanan sedap-sedap yang kita up kat status FB tu akan dilihat oleh mak kita yang baru lepas makan nasik putih ngan lauk perangat semalam.

Kan?

Mak mertua aku, dia duduk ngan kitorang.
Jadi, akulah orang paling selalu dengar cerita dia.
Kadang tu dia dah ulang cerita tu sampai 8 kali.
Aku dah hafal.
Tapi aku layan je. Buat-buat macam first time dengar.
Kadang tu cerita yang aku dah dengar 8 kali tu, satu kali pun En Wan tak pernah dengar.
Betapa tu menunjukkan mak-mak ni dia nak berteman.
Dia nak bersembang, nak bercerita.
Dia bukan nak kita belikan apa-apa pun.
Tapi kalau kita dah tau kita bukan ada masa hari-hari nak melayan mak kita bersembang, jadi apa salahnya gunakan Hari Ibu tu sebagai hari yang special sikit?
Janganlah sombong nau.

Hari Ibu tu ada specialnya.
Sebab bukan semua ada masa nak celebrate mak everyday.
Ada yang duduk kat KL, mak nunnnn kat Sabah.

Ada yang jenis tak biasa belikan mak hadiah.
Tak biasa tunjuk dia sayang mak dia.
Segan.
Selalunya lelaki lah.
Kang tetiba beli hadiah nanti mak kata "Kau ni tebiat ke hape tiba-tiba belikan aku hadiah?"
So bila ada Hari Ibu, takde lah mak ko pun rasa pelik apesal anak aku ni tak pernah-pernah belikan hadiah tetiba beli.

Benda-benda macam ni to some people, tak celebrate pun takpe. Aku celebrate hari ibu ngan mak aku hari-hari katanya.
Tapi to some people yang lain, Hari Ibu membantu menguatkan lagi kasih-sayang antara ibu and anak.
Mungkin Hari Ibu jugak lah yang menyatukan mak dan anak.




Mia

$
0
0

Seperti yang dijanjikan, maka ditepatikan.

Ni kurung moden MIA.

Aku produce baju kurung setahun sekali je.
Tahun ni insyallah, ada 2 jenis kurung.
Yang pertama is MIA.
Yang kedua, bulan depan baru release.
Tak tau la nak letak nama apa. Mungkin MEOT.

Kurung ni dah ada kat website, tapi aku tak blast kat FB lagi.
Jadi yang baca blog aku saja yang tau aku dah release kurung ni today.
Macam biasa konsepnya longgar dan tak ketat sendat.
Baju ni tak berpinggang, tapi cutting blouse tu membuatkan baju ni nampak macam ada cutting.
WAIST pada size chart adalah ukuran pinggang kain (skirt), bukan pinggang baju (blouse).

Ada ompek kaler - Pine green, Lilac, Jam red, and pink.
Atas lace tu ada manik-manik and batu-batu.
Tapi tak sarat dengan batu, so kalau lepas raya nak pakai baju ni pi opis pun boleh. Tak terlalu glam.

Aku lebih suka berhabis kat fabrik kain dari berhabis kat sarat-barat dengan manik.
Kain aku guna maxmara.
Very fine tekstur. Sangat halus and lembut.

Depan baju tu aku buat pleat, nampak seakan-akan blouse.
Ada zip kat tangan and dada.

Boleh order terus kat website, DI SINI

Untuk early birds, setiap pembelian akan dapat 1 shawl free bernilai RM45 dan free pos dalam Malaysia. Valid sehingga 20 May 2015 saja.
Selepas tarikh ni, kita charge pos and takde free gift.









Kenapa aku diuji sebegini??

$
0
0



Yang pertama, memang aku ada plan nak let go shawl-shawl aku especially Ariani.
Ada yang aku dah let go senyap-senyap.
Sebab bak kata budak ni, kalau aku announce aku nak let go, mesti nanti yang email 300 orang, padahal shawl nak let go 50 helai tak sampai.
Serba salah aku nak jual balik shawl Ariani.
Sebab Ariani ni shawl dia kebanyakkannya jarang.
Nanti ada yang tak biasa pakai Ariani, bila dapat je shawl kat tangan "Eh apesal jarang ni??"
Satu hal aku nak menjawab.

Dulu, aku pernah terima email macam ni jugak.
Kes yang sama, baru blaja-blaja nak pakai tudung.
4 tahun lepas kalau tak salah. Masa tu kebetulan shawl-shawl yang aku produce untuk raya dah tinggal belen-belen je. Ada yang selai-selai je. So budak tu dapat nak kat 14 helai. Rezeki ko lah agaknya.

Yang kedua tentang revamp closet bila dah berhijrah (dah pakai tudung).
Yang tu aku dah pernah cerita kat blog, so malas cerita lagi.

Kali ni aku nak cerita pasal persepsi orang bila kau berhijrah 'extreme'.
Contohnya, dulu kau free hair, pastu bila kau berhijrah kau pilih untuk terus pakai tudung labuh and jubah.
Baju kurung pun tak pakai.
Long skirt pun tak pakai.

One fine day, kau pakai baju kurung pi opis.
Dan member-member seopis mula sok sek sok sek "Eh, dah jumpa balik baju kurung? Terselit kat mana baju kurung ni dulu?"

Dialog atas ni kisah benar ya.
Ada reader email aku kisah ni. Kisah dia sendiri.
Lepas tu terus dia tak pakai-pakai dah baju kurung.
Sampaikan jadi umpatan ahli keluarga pulak bila wedding adik dia, dia datang dengan berjubah hitam.
Ahli keluarga tak boleh terima, bila dia hadir ke majlis macam pi majlis berkabung, something like that.
Budak tu tanya aku camana aku istiqomah pakai jubah hitam.

Wait!

Aku bukan istiqomah pakai jubah hitam ya.
Aku cuba beristiqomah tutup aurat dengan lebih sempurna.
Jangan salah faham.
Aku pilih pakai jubah hitam sebab mudah nak solat and mudah nak pakai.

Manusia suka nilaikan orang lain melalui material.
Yang berkereta mewah tu lebih kaya.
Yang berjubah berniqab tu lebih soleh.
Bla bla bla...
Yang berpurdah berniqab berjubah tu belum tentu lebih soleh. Tapi sedang menuju ke arah lebih soleh, itu pasti.

Situasi reader tu tadi adelah normal untuk orang yang baru berhijrah.
Kita mudah rasa apa yang kita pakai tu tak kena dengan imej penghijrahan tu.
Pakai tu tak kena, pakai ni tak kena.
Takut nanti orang kata apa pulak kalau pakai macam ni.
Takut nanti orang pandang semacam kalau pakai macam tu.

Masalah kita semua memang itu lah.
Suka sangat pikir apa orang kata.
Ujung-ujung stress sorang-sorang.

Dalam Islam, pakaian seorang wanita yang dituntut adalah pakaian yang boleh terus dibawa bersolat.
Kalau apa yang kau pakai tu boleh terus dibawa bersolat, maknanya kau pakai cara pemakaian yang tepat. Dia punya parameternya di situ.
Boleh terus dibawa bersolat ke tak.

Kalau baju kurung kau jenis baju kurung pesak, yang besar dan longgar, dan boleh dibawa bersolat, maka pakai ajelah baju kurung. Bukan maksudnya pakaian terbaik tu mesti jubah.

Kalau tudung kau tak transparent, dan boleh menutup bahagian dada, be it kaler rainbow sekalipun, boleh aje nak bawak bersolat, tak semestinya pakai telekung.

Those yang pilih untuk pakai tudung labuh dan jubah, bukan untuk kelihatan lebih soleh dari orang lain, tapi untuk memudahkan dia bersolat terus takyah pakai telekung segala. Itu saja.

Kalau ahli keluarga kita kata tema untuk majlis kawen adik adalah pink, apa salahnya kita pakai jubah pink atau kurung pink.
Kalau pakai all black boleh menyebabkan ahli keluarga tak suka, dan menimbulkan fitnah di majlis, kan ke lebih baik kita ikut je tema dorang?
Kerana menghormati majlis dan menjaga hati ahli keluarga juga adalah amal soleh.
Bila kita sendiri tak faham apa yang kita buat, sebab tu ujung-ujung kita stress.

Ada orang bila dia berhijrah, dia pilih untuk pakai tudung labuh terus.
Alhamdulillah, itulah sebaiknya.
Tapi, kalau dia memilih untuk terus pakai tudung singkat Fareeda, itu pun tak salah. Cuma kurang tepat, kerana ia singkat dah tak sesuai dibawa bersolat.

Sama macam pakaian.
Nak pakai pants with blouse and tudung, pakailah. Sape yang nak marah pun.
Tapi kalau kau sendiri rasa pakaian tu tak sesuai dibawa bersolat, keep on berdoa supaya diberikan kekuatan untuk istiqomah menutup aurat dengan lebih sempurna.
Tak semestinya kena pakai jubah hitam.

Jangan susahkan hidup.
Kita saja yang suka letakkan restriction pada benda-benda yang tak perlu.
Lepas tu mengadu stress.
Stress orang dok mengata.
Stress orang pulaukan kita.
Stress kawan-kawan menjauh bila kita berubah secara drastik.
Lalu kita kata "Kenapa aku diuji sebegini??"

Nanti akan ada orang kata "Bila kita nak mendekatkan diri dengan Allah, memang kita akan diuji dengan macam-macam. Tu tandanya Allah sayang".

Dan tak semena-mena rasa bangga muncul.
"Oh, aku insan terpilih rupanya".

Hahaha.
Ye...ye.
Allah kalau sayangkan hambaNYa memang Dia hantarkan ujian sehingga kita rasa lemah. Betul lah tu.

Tapi perlu ingat juga ya.
Bukan beratnya ujian yang membuatkan kita lemah.
Tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang membuatkan kita seakan-akan tak dapat menanggungnya.

Muhasabah.

Ingatan buat diri.


Untungnya hidup macam ni

$
0
0

Semalam and hari ni aku betul-betul berehat kat rumah.
Semalam aku flat sehari suntuk sampai ke malam sebab selsema dari Subuh membawak ke malam.
Hari ni pulak aku memang berniat nak melepak baca buku.

Tercapai.
Walaupun hanya 3 muka surat.
Selebihnya tido.

Sebelum tu sempat la jugak aku kelebet-kelebet FB and IG.
Tengok apa cerita dunia luar.

Nampak a few komen.

Yang komen kat gambar TMJ and wife, "Untungnya hidup macam ni".

Yang komen yang gambar orang bershopping branded items penuh kiri kanan tangan, "Bestnya life you!"

Yang komen kat IG orang yang suka travel "Bestnya life you ni, every month melancong overseas! Naik business class pulak tu".

2-3 hari lepas pulak aku ada terbaca orang share kisah bagaimana bangsa lain sibuk beratur membeli rumah mengumpul harta, dan melayu masih lagi selesa menyewa bertahun-tahun tapi gigih buat 5-6 tabung yang kesemuanya dilabel tabung melancong, tabung beli henbeg, tabung beli henfon, etc.
Takde pun tabung downpayment untuk rumah.
Aku baca pun tergelak.

Tapi itu bukan isu entry ni.

Apa yang aku nak tulis ni lebih berkisar pada konsep rezeki.
Bagaimana kebanyakkan kita masih lagi memandang rezeki tu hadir dalam bentuk cash dan material.

Hari-hari dapat shopping branded items = bahagia.
Kejap-kejap dapat melancong overseas = bahagia.
Dapat suami hensem dan berjawatan tinggi = bahagia.
Muda-muda dah mampu beli rumah harga 3 juta = bahagia.

Memang manusia ni kalau diberi peluang tentukan takdir hidup mesti nak yang best-best je.
Taknak lansung ujian.

Nak dilahirkan sempurna dan comel.
Membesar sebagai remaja yang beauty with brain.
Dapat study kat overseas.
Balik dapat kerja jawatan besar gaji besar.
Kawen dengan anak orang kaya yang hensem.
Dapat anak-anak yang comel.
Dapat menantu yang hebat.
Dapat cucu yang comel.
Mati dengan tenang.
Masuk syurga tanpa dihisab.

Phewwww!
Gila hebat manusia macam ni.
Semua yang best-best dia tapau.

Melihatkan kepada feedback, tak keterlaluan kalau aku kata ramai yang selalu mengangankan kehidupan macam drama TV pukul 7 malam,
Cerita drama pukul 7 malam tu aku rasa banyak yang menonjolkan kehidupan yang best-best.
Contohnya Ariana Ross.
Laki hensem, kerabat raja, lelaki kaya, jawatan besar, kereta mewah = cair.

Takrif rezeki tu memang akan susah difahami kalau kita selalu mengaitkan rezeki dengan cash and material.
Pemahaman yang takde makna.
Pemahaman yang membuatkan manusia lupa yang pintu rezeki tu sentiasa terbuka luas untuk mereka yang sabar dan bersyukur.
Bila pemahaman itu salah, sebab tu kita mudah sangat rasa kecewa dan tak nampak nikmat yang ada di tangan.
Sebab selalu nampak nikmak cash and material yang ada pada orang lain.
Kita kata kita tak materialistik.
Tapi dalam tak sedar kita memang materialistik bila kita selalu imaginekan kebahagian tu datang dalam bentuk cash and material.

Dulu, masa bisnes partner aku left the company ikut husband dia pi overseas, aku terkontang-kanting.
Aku uruskan bisnes one man show.
Aku lah buat sale, akulah buat marketing flyer, akulah designer, akulah tukang fotostate, aku lah bagi talk, aku lah delivery and operation guy.

Along the way, aku tak rasa aku buat apa-apa peningkatan.
Aku always rasa insecure bila tengok akaun bank.
Macam tak banyak je??
Sebab pemikiran aku, dalam bank mesti ada this this amount.

Until Sang Nila Utama sedarkan aku.
Dia kata "You tak boleh tengok berdasarkan cash. Tapi tengok apa yang you dah bina.
Dulu you kerja one man show, now you dah ada pekerja.
Dulu ofis you ada meja u 2 bijik and fotostate machine seketul. Now you dah ada meeting room, you ada workstation untuk staff, u ada your own room untuk bekerja, u ada real ofis!
Dulu you jual baju dari rumah, now u ada kedai.
Dulu you jual barang orang, now you ada your own brand and people are using your brand, dan dah ada permintaan.
Dulu you distributor, now you recruit distributor to distribute your product".

True.
Sangat betul.
Aku adalah salah sorang yang selalu lihat cash sebagai punca kebahagiaan dan ketenangan hati.
Kerja aku asik la tengok duit keluar masuk dalam bank.
Tanpa aku sedar, Tuhan sebenarnya dah bagi lebih tapi aku tak nampak.

Banyak sebenarnya rezeki yang Tuhan bagi.
Dia tak bagi dalam bentuk selepuk 44 juta.
Tapi dia bagi dalam bentuk kekuatan untuk aku run bisnes alone.

Masa aku start XZIZ Biotech, aku laburkan RM20K.
Tu je la duit yang ada. Kalau bisnes melingkup memang jahanam lah.
Dengan gaji RM1500, aku run the bisnes.
Alhamdulillah, survive.

Masa aku start GreenAard pun aku start alone.
Aku rangka ingredient and formula alone.
Aku sorang-sorang carik RnD team untuk semak formula and ingredient aku.
Sembah sana sini sorang-sorang untuk korek ilmu dan dapatkan contact. Alone.
Tak ramai yang tau, batch pertama GreenAard tu aku tampal sendiri kat rumah.
Beratus-ratus botol aku tampal sticker.
Sebab aku run alone, aku gunakan duit aku seorang, takde investor, takde bisner partner, takde loan, takde.
En Wan pun masa tu tak tau menahu aku setup GreenAard. Tau-tau dia nampak aku tampal sticker je.
Jadi selagi boleh jimat, aku jimat.

Kalau nak dipikirkan balik, tak boleh buat sorang sebenarnya.
Dengan Fleur lagi nak kena run,
Tapi rezeki kekuatan tu DIA bagi.
Itu yang paling mahal.

Bila Sang Nila Utama tegur aku, baru aku nampak yang sebenarnya DIA dah bagi banyak.

Kalau boleh memang kita semua nak kaya duit, kaya harta. Hidup, tidur dan mati atas duit.
Tapi janganlah sampai mematikan hati kita terhadap nikmatNya yang lain.
Jangan penat dan mengeluh dengan rezeki kita.
Kerana di sana ada orang yang saban hari berdoa untuk miliki apa yang kita ada.


Bila kuasa berpindah tangan

$
0
0

Blog aku ni dah tak macam dulu.
Dulu kalau takde gambar tak sah.
Paling tak pun mesti ada muka aku seketul dalam blog.
Dah makin tua ni naik malas pulak aku nak tenyeh gamba dalam blog.
Tapi takpe, hari ni aku tenyeh.



Hari ni Hari Guru.
Forever akan aku ingat tarikh ni.
Bersempena dengan tarikh aku punch card setelah hampir 9 tahun tak punch card (ofis lama aku dulu pun tak guna sistem punch card ni).
Tapi yang paling akan aku kenang sepanjang hayat adelah tarikh ni aku secara rasminya telah diturunkan pangkat tanpa notis oleh En Wan.

Masa nak balik, aku menonong je keluar ofis.
Pastu dia panggil "Oii, punch card jangan lupa".

Pagi tadi masa punch aku tak tengok sangat bendalah ni.
Bila time nak balik baru aku perasan eh apesal aku punya ID 0002?
Bukan aku ke patutnya ID 0001?

Aku : Apesal Di 002?

En Wan : Ye lah. Abang yang 001 sebab Abang bos.

Terkebil-kebil aku berdiri depan thumbscan ni.

Entah bila zaman aku serahkan kuasa ntah.
Lantikan sendiri agaknya.

Macam-macam respond aku dapat kat FB bila aku up-kan gambar ni.
Ada yang PM tanya betul ke aku serahkan company aku kat En Wan?
Hahahahaha.

Takde la serahkan buta-buta.
Tapi aku memang bagi dia lead the company tapi apa-apa keputusan nak buat mesti sama-sama berbincang dulu walaupun aku rasa macam banyak je benda yang laki aku buat ni macam takde berbincang ngan aku pun.
Contohnya thumbscan ni lah.
Kot ye pun nak buat sistem punch attendance, pakai punch card yang bunyik kentang kentung kentang kentung tu takpe. Takat nak ambik rekod keluar masuk staff kan.
Oh taknakkkkkkkkkkk.
Tak percaya sistem punch kad. Nanti ada orang tolong punchkan katanya.
Nak jugak guna sistem thumbscan.
Bila aku pikir-pikir balik, benda-benda macam ni la yang buatkan aku benti keje dulu kat opis lama.
Merepek sangat nak rekod kehadiran keluar masuk.
Tapi opis lama aku dulu lag musibat. Keluar pi jumpa customer pun kena punch, keluar lunch pun kena punch. Asalkan kau keluar dari opis tu je kau dah kena punch.
Kalau appointment kau kat Bangi habis pukul 5pm, kau tetap kena patah balik ke Shah Alam untuk punch out lepas tu baru kau balik rumah.
Hanya kerana nak patah balik opis untuk punch kad je aku tersekat 2 jam kat jem.
By the time aku sampai rumah hari pun dah malam.

Tapi En Wan kata no wayyy.
Satu Jepun pakai sistem thumbscan. Dia amat yakin sangat dengan sistem ni.
Hek eleh...kang aku geram aku gunting kabel thumbscan tu. Selesai satu masalah dunia.

Tapi pasal aku serahkan company ni untuk En Wan lead, memang betul.
Operation-wise memang dia handle.
Tapi sales and marketing memang aku pegang lagi.
Cuma sama-sama duduk berbincang kalau nak buat apa-apa.
Yang tu standard la semua orang pun buat macam tu.

Aku ingat lagi 'pesan orang tua-tua', kalau boleh suami isteri jangan bekerja satu bumbung.
Susah nanti, kalau company tu bankrup maka dua-dua melingkup berjemaah.
Tapi pada aku, itu perkara kedua. Itu lebih kepada faktor material.
Pada aku, perkara utama yang sangat merisaukan bila suami isteri bekerja dalam satu bumbung adalah masalah hormat dan taat. Ini sebenarnya yang sangat sangat sangat scary.

Dari mula aku decide terima En Wan masuk dalam company sebagai salah seorang director, aku dah blaja untuk 'rendahkan' diri.
Biar dia 'tinggi'.

Tak ada 2 bilik director.
Dua director berkongsi bilik.

Set kerusi dia lebih mahal dari aku.
Walaupun sama-sama director, tapi aku sengaja pilih yang lebih murah.
Biar dia punya lebih mahal, lebih besar, lebih selesa.
Biar aku rasa aku lebih rendah kedudukannya.

Susun atur, design opis, showroom, semua En Wan uruskan.
Aku tau hobi dia suka hias rumah, so aku biarkan dia buat.

Walaupun dia tak tau sangat pasal GreenAard, tapi apa-apa yang aku nak buat dengan GreenAard, aku tanya pendapat dia.
Padahal aku tau dah dia mesti tak paham punya bila aku dah masuk bab biotek segala, tapi takpe, biar dia rasa dia penting.
Kadang-kadang dia tak bagi buah pikiran pun sebab dia tak paham sangat, tapi at least dia tau apa aku nak buat.
Tapi kalau dia nak buat design baru kurta, dia pilih kain tenun asli yang mahal gila tu, dia tak bagitau aku pun. Tau-tau dia mintak aku transferkan duit je kat tailor. Haihhhh.

Tak kisah la apa jawatan kita, berapa juta pun income bisnes kita, bila bekerja dengan suami, tak ada istilah profesional.
Walau di tempat kerja, isteri tetap isteri.
No such thing kat opis kita equal sebab share kita sama banyak. No.
Jangan terlampau terpengaruh dengan hak sama rata wanita dan lelaki.
Tu omputih punya style. Kita punya style lain.

Aku tak tau cara orang lain.
Mungkin ada yang pernah lalui bitter memories dengan lelaki or bekas suami yang menyebabkan mereka jadi defensive.
Tapi this is my way.
Aku yakin bila ada perkara yang aku tak berkenan dengan En Wan, aku yang kena buat solat taubat.
Percayalah cakap aku.
Banyakkan buat solat taubat, things will change.
Trust me.
Sebab hakikatnya wanita memang keras kepala and suka buat kepala sendiri. Sebab tu suka mengeluh, merempan dan mengamuk.
Bak kata Ustaz Kazem, orang pompuan ni kalau bab beribadat memang tip top.
Tang puasa sunat cukup rajin Isnin Khamis.
Solat terawikh pompuan yang penuh dulu.
Kalau ke majlis ilmu pun pompuan yang ramai.
Tapi satu je yang paling susah pompuan nak buat iaitu taat dan hormat pada suami.
So banyakkan buat solat taubat.

No such thing hal opis habis kat opis, kat rumah suami menjadi bos.
Gaduh biar kat opis je, balik rumah kita kembali jadi suami isteri. Haktuihhhh.
Jangan buat lawak macam tu ya, kang aku boh penampa saje je.



Selalu-selalu la belikan hadiah kat suami.
Jangan asik nak reward diri sendiri je. Hahahha.
Aku buat, sebab tu aku pesan suruh buat.
Lama-lama nanti tak semena-mena suami pulak yang tau nak surprisekan kita.
Contohnya now aku kejap-kejap dapat surprise Starbucks.
Walaupun harga Tissot yang aku belikan tu berganda-ganda dari Starbucks aku, tapi takpe. Janji ada perubahan daripada dia memarah aku beli air mahal-mahal kepada membelikan tanpa disuruh, Hahahah.

Try beli satu baju kemeja batik Noh Batik kat laki korang.
Orang-orang muda mana nak pi majlis kawen pakai baju melayu or batik sutera.
Taraf-taraf Pak Aji je yang suka pakai batik sutera pi jemputan kawen ni.
Noh Batik ni design dia tak heavy, simple je. Kain aku tak reti nak cakap, macam cotton pun ya, macam viscose pun ya, tapi tak panas. Macam pakai kemeja biasa cuma dia batik.
Gambar atas ni, macam kena pulak kat mata aku.
Pastel kaler. Aku membayangkan kalau ada baju kurung corak ni pun cantik gak ni.
Susah tau nak jumpa baju lelaki yang warna-warna pastel lebih-lebih lagi batik.

Korang boleh follow Noh Batik kat sini : KLIK SINI UNTUK FOLLOW NOH BATIK
Ada banyak lagi pilihan cotak yang cantik-cantik.



Tapi kalau korang nak carik good product untuk achuben korang, dengan harga ekonomi, boleh try PurebySafiyyahOsman.

Aku suka packaging product ni.
Nampak sangat omputih sekali, walhal produk orang Malaysia.
Oh tapi, kalau yang jenis kepoh nak check tanda Halal, tanda KKM, tanda SIRIM segala, toksah pakai lah produk ni ya.
Sebab ini homemade produk.
Dia laki bini bancuh sendiri. Ini product bahan-bahan organik.
So ko jangan nak kelebet sangatlah tanda-tanda logo ni semua.
Yang penting dia ada sijil Kosher yang mengesahkan product homemade ni semua halal, tanpa alkohol. Yang tu yang penting.

Lagi satu kalau bangsa yang pakai hari ni, lusa nak nampak kesan pun tak payah pakai produk ni.
Sebab fitrah produk organik, kesannya tak nampak serta-merta.
Sebab tak guna bahan kimia.
That's why produk organik ambik masa yang lebih lama untuk nampak kesan sebab dia takde penggelupasan, penggantian kulit whatsoever. Takde.
Ini memang ko kena guna secara rutin, lama-lama sok kau jelita. Ko guna je dengan sabar okeh?

Disebabkan semua ni dari bahan organik, maka laki kau pun boleh pakai. Anak pun boleh.
Sila belikan laki masing-masing seketul dua.
Tak mahal pun, pakai lah.

Follow FB dia kat sini :KLIK SINI UNTUK FOLLOW PURE BY SAFFIYAH OSMAN


Ranking

$
0
0

Dulu masa aku galak memblogging, tahun-tahun awal dulu, 2007-2010 (ni tahun-tahun galak), reader rajin tanya "Macamana nak jadikan blog kita famous?"

Tapi aku tak rasa aku berjaya jawab soalan tu.
Sebab zaman aku blog, aku blog for fun. Tak kuasa aku nak kelebet blog aku ni femes ke tak femes.
Kau nak baca, baca.
Ko taknak baca sudah.

Sekarang, memang ramai yang berlumba-lumba men-famous-kan blog sebab blog dah jadi salah satu punca pendapatan tambahan untuk certain people, melalui review iklan.
Kalau dulu Nuffnang lah.
Now dah tak pakai Nuffnang pun takpe.
Sebab bukan Nuffnang sorang je yang nak pakai khidmat blogger, ramai lagi yang nak gunakan khidmat blogger especially yang buat online bisnes.
Yang korang kena pastikan adalah, update blog selalu.

Tapi, sehari 14 kali update entry pun tak guna kalau kau meraban tak tau hujung pangkal, tau-tau je entry habis.
Orang yang membaca pun....eh kau merepek apa, bangang??

Tahun-tahun awal dulu orang kenalkan aku dengan Alexa ranking.
Sebenarnya aku pun tak pernah tau ranking-ranking website ni.
Ada salah satu blog dulu dia letakkan ranking blog dia sebesar-besar alam kat header blog, jadi aku pun try lah check ranking aku.
Aku lupa lah berapa rankingnya sebab aku pun tak pasti ranking tu boleh bawak ke mana, maybe seronok-seronoklah agaknya.

Now, bila blog dah jadi antara medium yang hot untuk iklankan produk, barulah nampak fungsi ranking ni.
This is one of the way untuk korang estimate ke-berbaloi-annya mengiklankan kat blog orang tu.
Dari situ jugak maybe korang dah boleh bajet harga yang korang kena prepare untuk bayar review dorang.

Ni antara yang korang boleh consider untuk iklankan. Ini semua global ranking ya, bukan Malaysia ranking :


Masa aku mula-mula setup GreenAard, admin aku pernah suggest untuk mintak dia review GreenAard. Tapi sampai sekarang dah masuk tahun baru setengah tahun, belum hantar-hantar lagi untuk dibuat iklan. Kalau tak salah aku, RM1000/iklan dia charge. Itu harga tahun lepas lah. Tahun ni tak tau. Aku tak tau dia ni cerita pasal apa kat blog dia. Boleh la pegi check.


World ranking dia hebat kan? Padahal bukan blog omputih.
Tapi dia ni buat cerita pasal artis, so memang expected lah ranking dia tinggi macam ni.
Orang Malaysia memang suka gossip. Hahahah.
Aku tak sure dia buat review iklan ke tak. Boleh tanya dia.
Tak salah aku founder Ephyra pernah bagitau aku dia charge RM3000/iklan.


Ni Vivi Fashion Valet.
Aku dulu rajin baca blog dia, tapi sekarang aku dah kurang masa nak kelebet blog orang, so aku follow IG dia je lah. Yang ni pun kira ok lah ni sebab walaupun rank dia 700,000, tapi ini world ranking. Cuma aku tak sure dia buat review iklan ke tak. Dijangka rank ni akan meningkat lepas dia buat TV show sendiri.


Dia ni pun not bad gak populariti dia. Tapi blog dia bahasa omputih.
Tapi dia ni fesyen blogger, so kalau korang buat fashion bisnes maybe boleh contact dia kot.
Eh tapi aku tak sure la dia buat iklan fashion ke tak sebab dia pun ada fashion label sendiri.


Ni pun femes ni.
Banyak job Nuffnang dia dapat. Siap pegi-pegi oversea lagi buat review Nuffnang.
Tapi kat blog dia tak buat iklan review kot sebab blog dia banyak review Nuffnang.
IG dia buat, RM350/iklan.


Dia ni kuat menganjing orang dulu, so abaikan.

Ko tengok berapa banyak aku punya rank drop?? Orang lain drop sikit-sikit je. Aku punya drop sampai sejuta! Hahahaha. Aku harap yang 1,400,431 tu semua haters. Maklumlah, blog aku dah hawa-hawa ustazah skarang kan, dah tak kuat menganjing orang, so haters pun dah takde bahan nak maki aku. Boring lah blog dia ni skarang, jom lah kita blah dia kata. Alhamdulillah....syukur ada Pamoga.

Sebenarnya gini, aku mencari blogger-blogger dan Insta famous yang nak iklankan produk aku.
Ada sesape nak ke depan?

Contact aku kat : aveo757[at]yahoo[dot]com ya.

Jangan malu-malu.
Nyatakan website korang apa, IG apa, and bagitau charge sekali.
Kalau ada pakej blog + IG review, bagitau.




Ni hadiah untuk diri sendiri sempena wedding anniversary + mother's day + teacher's day.
Dari aku, kepada aku.
Lepas tu pos laju sampai buat-buat excited.

Annick Goutal. Nak sebut nama dia pun aku tak tau sebenarnya sebab tu beli online, kalau beli kat kaunter, malu nak sebut. Kah Kah Kah. Tapi rasanya perfume ni takde kat Malaysia lagi.
Ni kawan aku jual. Kawan-kawan sehawau kat UNIMAS dulu. Dia jual branded goods like henbeg, jam, perfume, makeup.
Senang sikit beli ngan member, kurang sikit kebarangkalian nak kena kencing.
Barang kalau RM50 takpe. Ni beratus. Kalau henbeg dah konfem beribu.
Jadi, better aku beli ngan member je.

Ada yang mintak review perfume ni.
Perfume ni baudia okey je tapi aku sebetulnya suka bau-bau fresh macam Kenzo, Green Tea and Miracle Lancome.
Bau Annick ni menyengat sikit. Perfume mahal-mahal ni bau mesti menyengat, aku tak tau apesal.
Mujur En Wan suka bau ni, kalau tak terpaksa aku buat sale lagi kat blog. Suka lettewwww.

Tapi nak mengeluarkan botol perfume tu jenuh la aku korek atas korek bawah, tak keluar-keluar.
Macam tak kasik orang pakai je.
Rupanya kena tarik tali kat botol tu. Patut la ada tali.
Menyusahkan betul.
Aku rasa perfume ni mahal kat kotak je ni.

Kalau korang nak shopping henbeg raya boleh ke IG kawan aku @oohmybags (Cheq).

Ok, jangan lupa blogger-blogger dan instafemes sekalian, email aku ya.



Viewing all 2792 articles
Browse latest View live