Quantcast
Channel: walk on wings, tread in air
Viewing all 2770 articles
Browse latest View live

Yev Vazhi Thani Vazhi *zas zas zassssssssss*

$
0
0


Penuh wall aku dengan news pasal Rajinikanth datang Malaysia.
Semua pakat menge-tag aku.
Konfius kejap aku tengok page sendiri.
Dah macam Page Rajinikanth Die Hard Fans.

Gambar ni rare, sebab tu ramai gila orang share.
Femes kawan Ibal (pilot) ni.
Tu la saper suruh hantar gambar ni kat Ibal.
Pastu Ibal share kat whatsapp, terus aku viralkan.

Yang ber-hi-hi dengan pilot ni, mohon lupakan saja niat murni itu ya.
Ni bapak orang ni. Hahaha.
Ni best fren Ibal dari sekolah ni, bangsa yang tido baring kat rumah Mak Aji.
Kalau tak silap aku, dia ni antara Kapten yang bawak balik jenazah MH17 trip ke-3.

And now aku dah tak senang duduk dah ni.
Boleh la pulak tadi aku dok mikir apa cara aku nak pi carik Rajinikanth ni kat Melaka.
Ni kalau dulu zaman skolah buat perangai menggelitis kat artis-artis memang masak aku dengar suara Mak Aji memetir.

Come to think of it kan, dulu masa zaman skolah, zaman di mana aku hanya mampu berangan nak jumpa artis, dia punya semangat die-hard fans tu tebal gila.
Jenis hati kering sanggup ponteng tusyen semata-mata nak tengok rancangan yang aku tak paham bijik butirnya.
Padahal semalam baru kena belasah ngan hanger, tapi hari ni buat balik perangai memonteng.
Memang jenis hati kering betul lah.
Berhimpit celah ketiak orang dalam bas pun takpe, janji aku dapat sampai rumah sebelum Jade Solid Gold start.
Seminit pun aku taknak miss.
Cerita dah habis dah keluar nama-nama sponsor pun aku tunggu gak depan TV biar sampai betul-betul habis, manalah tau hujung-hujung kang keluar muka Leslie.

Sanggup tak spend duit belanja sebab nak beli kaset yang aku tak paham bijik butirnya.
Sanggup redah kedai cina semata-mata nak beli majalah hiburan cina, padahal gambar Leslie ada lah besor sikit je dari ibu jari kaki bapak aku, tetapppppp beli!
Sanggup tebalkan muka pi kecek member-member yang beli majalah Galaxy mintak tolong guntingkan artikel pasal Leslie.

Kalau ingat-ingat balik, camana la tak asik kena lempang ngan Mak Aji.
Mak Aji gamaknya risau anak dia kena rasuk dek hantu cina.
Padahal anak dia yang hantunya.

Itu dulu.
Time diri tak ada apa-apa.
Tapi dia punya angan-angan tinggi. Masa tu rasa macam taknak pi tempat lain dah kat dunia, nak pi Hong Kong je. Pernah berangan nak blaja kat universiti Hong Kong. Padahal naik kapal terbang takut.

Punyalah minat ngan artis HK sampai sanggup bermatian-matian.
Kena sesah ngan batang paip pun, esok tetap buat balik perangai yang sama.
Yang aku pelik tu mak aku tak penat-penat ke belasah aku?
Eii, kalau aku givap dah.

Tapi now, bila dah ada duit (takde banyak tapi at least kalau nak beli merchandize artis tu lepas lah), asik la ada kekangan masa.
Aku beli collection of Leslie punya movie, punyalah banyak.
Tapi tak tengok-tengok pun.
Kumpul je dulu, janji time nak tengok sok, dah ada. Gitu konsepnya.

Ni si Rajinikanth ni datang, alahai, takat Melaka tu dekat nau!!
Esok pun boleh start enjin kereta, zassssssssssssssssssssss *dan-dan ada sound efek*.
Tapi, esok aku full, Khamis ada visitor, Jumaat-Ahad berkampung kat Jalan Conlay.
Dah bila tahunnya aku nak jumpa Rajinikanth kalau macam ni??

Dah ada kat Melaka dah oiiii.
Bukan Kat Perlis nun.
Bukan kat Kelantan nun.
Kat Melaka jeeeee!!!!!!

*HISTERIA*




Oh by the way, Khamis-Ahad GREENAARD and FLEUR BY MRS HIM akan ada di KRAFTANGAN Jalan Conlay untuk Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman.
Sesape yang ada plan nak mencantikkan rumah dan laman, boleh datang sana. Kot la nak beli kolam ikan ready made ke, nak beli kerusi-kerusi kayu jati ke, not sure if wallpaper punya vendor ada ke tak. Boleh la pi sana tengok-tengok.

Selain dari tu dia bukak 15 booth untuk barangan lain macam booth baju-baju, food, etc.
Booth BOB (Pelikat Pants Afdlin) and Zeta En Rawdah (Che Ta) pun ada sekali.

Those yang nak dapatkan limited gifts untuk GREENAARD silakan datang.
Aku akan ada kat sana, so that boleh bagi explanation apa-apa yang korang nak tentang GreenAard.
Boleh lepak-lepak sembang-sembang.
Kalau rasa-rasa nak usha budak-budak praktikal, silakan datang perkenalkan diri.
And of course ada special gift pembelian istimewa GreenAard.



Siapa pernah beli semi-instant shawl Hannah printed dulu?
Ok ni Hannah Denim semi-instant shawl pulak.
Kain dia dari lycra. Lycra jenis sejuk and shiny, tapi bercorak denim.
This shawl kita launch di booth nanti ya.








Rotan

$
0
0



Suka aku tengok clip ni.
How seorang Sultan confessed yang kena pukul dengan cikgu time skolah tu benda biasa.
Dan dulu-dulu, mengadu hal kena rotan dek cikgu ke mak bapak adelah satu tindakan yang salah dan jugak bodoh.
Sebab takde mak bapak yang akan backing anak-anak dia.
Kau mengadu kau kena sebat dek cikgu sekali, nanti dia tambah 3 kali kat rumah.
Bukan light-light punya sebat dia bagi ya.
Kalau Mak Aji dulu dia memang bagi satu kali je sebat tapi guna hanger. Jadi kau dapat 2 kali calit terus. Senang, jimat masa kata dia.

Aku memang tak berani mengadu dengan mak bapak especially Mak Aji kalau kena denda kat skolah.
Rela lagi aku kena denda dek cikgu dari kena balun dek Mak Aji.
Cikgu apa ajelah prop dia kat skolah tu. Paling besar pun pembaris kuning.
Kalau kena masuk kat bilik HEM and Pengetua pun habis kuat kena sebat.
Takde la sampai kena hempuk ngan meja.
Sakit memang la sakit. Nama pun kena sebat.
Kalau kena sebat tapi tak sakit tu bukan kena sebat namanya. Tu namanya kena raba.

Tapi tu la, budak-budak sekarang ni manja sebab kita mak bapak yang manjakan dorang.
Toksah cerita hal orang la, si Rayyan tu last month, aku jemput dia balik skolah, nangis-nangis.
Bila aku tanya apesal nangis?

"Adik tak pandai jawab, Ma"

Dalam hati memang kesian.
Ye lah, anak kan. Sape la tak rasa kesian tengok anak kita nangis.
Tapi, dah kau lembs sangat sape suruhhhh.
Kalau aku ajar kat rumah tu, manjang je NO-NO!
Aku ajar A, dia sebut B. Aku ajar C, dia sebut D.
Nama dia nak ikut aku ajar tu memang tak.
Pastu ada hati nak mengadu kat aku tak pandai jawab.
Apesal kau tak NO-NO-NO kan je cikgu kau macam ko buat kat rumah?

Terus senyap.

Tapi lepas tu, aku angkut dia pi mencukai kat Select.
Itru je la habis kuat aku boleh pujuk.
Nama aku nak mengiakan kau tu tak lah. Tak kuasa aku.

Redza pun sama.
Tak dapat nombor 1 tak apa.
Tapi kalau cikgu panggil aku datang sekolah sebab kau tak buat homework, kau buat bising dalam kelas, kau buat perangai macam musibat, kau siap!
Memang sakit kau aku keje kan.
Haaaaaa....ada bunyik-bunyik macam mak tiri tak?

Maybe sebab tu lah jugak dia tak penah dapat nombor 1.
Sebab mak dia macam bagi green light gitu.

Cikgu-cikgu aku dulu kan sangat memahami.
Dorang akan sedaya upaya carik kelebihan anak murid untuk bagitau kat mak bapak on report card day.
Agak-agak keputusan aku macam gaya-gaya balik rumah kena balun ngan Mak Aji, nanti cikgu bagitau "Tapi Diana ni rajin. Dalam kelas tak malu bertanya..."

Sejukkkkk hati orang tua tu dengar.
Selamat betis aku hari tu.
Kalau tak, mau mendapat pangkat sarjan.

Walaupun aku jarang kena sebat dek cikgu (1-2 kali je kot tu pun sebab tak potong kuku), tapi kalau denda light-light ni selalu jugak.
Aku ni kerap tak bawak buku atau salah bawak buku.
Sebab aku tak penah salin jadual kelas.
Aku main call kawan-kawan tanya esok blaja apa.
Lama-lama hafal.
Tapi dalam pada hafal tu kadang-kadang kalau blur aku sampai, esok hari Rabu tapi aku bawak buku jadual Khamis. Memang selamat sejahtera la jawabnya.
Selalunya kena denda diri atas kerusi.
Ok lagi tu, dari kena berdiri luar kelas.
Tapi kalau kena berdiri luar kelas pun, asal orang lalu je aku buat-buat la betulkan tali kasut.
Padahal kasut takde tali. Kah Kah Kah.
Cover beb....takkan kau nak satu skolah tau kau kena denda. Jangan bangang sangat, boleh?



Aku rasa aku takde mention pun kat blog ada GIFT untuk pembelian GreenAard kat booth.
Dan aku tak pesan pun kat budak-budak di booth yang ada gift nanti.
Eh tetiba ada orang dah tau. Cis. Baru nak buat surprise.
*suprise lah sangat*

Aku takde kat booth today sebab aku ada keje kat UPM.
Tapi budak-budak aku ada di sana.
Sebab aku bajet hari ni crowd tak ramai sebab hari keje.
Maybe start esok tengahari dah ramai orang sebab gap solat Jumaat yang panjang.
Weekends diharap ramai juga orang kat sana, insyallah esok aku lepak booth.


Ni gambar awal pagi tadi, semua vendor still menyusun-nyusun barang.


Budak-budak ni tengah gosok baju aku rasa.
Sementara pameran belum bukak, kau gosok dulu baju-baju tu ya.
Booth dia kecik je, so aku ambik 2 terus, sebelah for GreenAard, sebelah nun Fleur by Mrs Him.
Pameran start 10 pagi.


Ni dah tengahari sikit, dah ada orang yang rasanya terdiri dari staff-staff kat Kraftangan jugak kot ni.
Tak pun pejabat-pejabat di sekitar Kompleks Kraf.
Kat sini macam-macam ada, ada jual pantings, ada jual comforter, ada jual jual kerepek-kerepek.
Tapi banyak baju la.


Disebabkan kompleks pameran besar, ada disediakan free shuttle.
Jangan risau, korang tak perlu menapak.


Esok aku akan jadi maskot tepi ni.
Siapa ada FAQ tentang GreenAard dijemput datang.


Aku rasa esok aku pegi sini dulu lah.
Nak carik kot-kot ada kerepek tempe ngan kerepek keladi.


Free gift ni tak banyak.
Yang free-nya bawah tu dalam box. Yang atasnya kena beli okeh.
Saja je aku prepare as a thank you token kepada yang bertuah.
Datang la awal ya.


Ni lagi sekali aku naikkan flyer yang dah dibetulkan (tadi ada typo) :


Harga ni valid kat booth saja ya.







Last Day

$
0
0

Morning!!!!

Apa khabar semua?

Wah, gitu. Bajet ramai nau tertunggu-tunggu.

Ni teringat nak update blog pun sebab semalam ada reader datang kat booth tanya "Kak Di dah makin busy blog pun seminggu sekali je update/ Dulu pagi-pagi masuk opis je bukak blog mesti dah ada entry baru".

Ye, dik.
Busy tu memang lah. Semua orang pun busy.
Tapi macamana busy pun, kalau kita letakkan priority kat satu-satu task, kita tetap akan buat jugak walau macamana busy pun, melainkan task tu tak berapa penting.
Ni bukan masalah busy, tapi masalahnya akak kau ni dah tua.
Dulu kat blog sentiasa ada cerita aku merempan, pastu balik-balik muka aku selfie kat blog.
Now dah tak kuasa akak, dik.
Bila semua benda pun malas cerita, lama-lama takde benda dah aku nak tulis.
Tapi kat FB insyallah sehari 17 kali aku update.

Mula-mula nak nak tepek ni dulu sebab hari ni last day.



Hari ni last day kita di booth Jalan Conlay, tapi aku takde sebab hari ni aku dah ada keje lain nak buat tapi En Wan and gadis-gadis pingitan ada kat booth dari 10am sampai 9pm.

LAST DAY TODAY.

Semalam harga GreenAard dah kembali ke asal, RM90/botol.
Menjak kita launch 13 September 2015, hinggalah 31 Okt, kita dah offer harga pengenalan.
Cukup-cukuplah tu kan harga pengenalan, kan?

Tapi kat booth kita masih lagi teruskan harga special.
So, kalau nak harga special, sila ke booth.
Budak-budak aku tau apa nak buat bila korang datang beli GreenAard.



Kesian laki aku sampai menggelabah kena assist jaga booth.
Dah la ada anak dara 2 orang kat situ, lagi lah gelabah.

Bising laki aku bila aku takde kat booth.
"Kesian tau reader-reader awak datang beli GreenAard tapi awak takde".

Abis nak wat camnoooo.
Dah pameran tu weekdays, camne la aku nak pergi.
Tu pun hari Jumaat aku ada kat sana dari 12.30-3.30pm, dah cukup menunggang-langgangkan segala appointment aku petang tu.
Tapi terima kasih banyak-banyak yang datang sana, beli GreenAard.
Kebanyakkan beli terus 3 botol sebab nak kejarkan free gift. Pastu free gift habis, menggelabah aku create diskaun voucher pulak.
Ada sorang makcik tu tanya banyak kali betul ke nanti next purchase saya boleh dapat diskaun RM20 ni?
Dia takut kitorang tipu dia, siap ambik gambar booth aku tu. Hahahahha.
Takpelah makcik, ambik je lah gamba saya sekali nak buat bukti. Saya memang suka bergamba.

Seronok juga bila ada yang datang ke booth bukan sebagai reader tapi sebagai "Saya nampak iklan ni kat internet (FB), itu yang saya datang nak tengok sendiri produk ni".
Tapi yang best sekali bila booth depan belakang datang beli jubah and shawl kat kitorang.
Akak depan booth aku hari-hari beli selai- beli selai beli selai sebab dia kata nak dapat kotak, kotak cantik.
Rezeki dapat jumpa usahawan-usahawan yang supportive.
Ada yang nak datang ambil terus stok tudung this week kat rumah aku.

Tapi, ada juga yang perangai mengerikan.
Ada satu booth tu, customer datang tengok barang dia pastu tak jadi beli.
Biasa la kan, orang datang tengok-tengok, tanya-tanya. Takkan datang terus beli.
Dia boleh sound customer tu "Kalau taknak beli, jangan datang!"
Omigod!!! Gila takleh brain aku.
Aku bukan boleh benda-benda macam ni, kang aku yang menggigil.

Tapi one thing bila kerajaan buat pameran memang selalunya proper.
Aku memang dah biasa dengan style kerajaan buat pameran/karnival (masa kat MOSTI dulu), memang paham sangat style dorang.
Sangat-sangat teliti dan kemas.
Macam Kat Jalan Conlay ni, booth kemas, selesa, walkway yang besar, takde la bersesak-sesak orang berlaga-laga tetek nak jalan depan booth, parking untuk exhibitor disediakan, tempat makan yang proper, gerai-gerai makan yang sedap-sedap belaka, performance dari pagi sampai malam untuk pengunjung.
Memang best!






Ni je lah gambar yang sempat snap.
Sebab aku pun kejap ada kejap takde, pastu En Wan pun runner ke sana sini ambik stok.
Mana yang ada, ada lah.
Yang takde, mintak mahap, ni je yang En Wan sempat snap.



Semalam bawak panglima ni.
Dia yang susun stok GreenAard, flyers and name card aku atas ni.
Pastu orang datang ambik, dia marah "Eh, tak boleh ambik. Kita dah susun"



Ok ni lagi satu aku nak war-warkan.
Sape yang belum kenal Ibu Hanim?

Ibu Hanim ini consultant untuk Leadership Programme.
Even Dr Azizan sendiri panggil Ibu Hanim ke seminar dia untuk mintak Ibu Hanim evaluate cara dia bagi talk.

So Ibu Hanim akan bagi talk di Putrajaya (venue belum diketahui lagi) on this 14th-15th Nov.
Sesiapa yang nak nak evaluate diri, memperbaiki organisasi, cara bekerja, cara befikir, cara menguruskan organisasi, boleh daftar ke seminar 2 hari ni
(details semua ada kat flyer).

AKAN TETAPI!!!



Siapa daftar dengan sebut nama aku atau nama blog www.dianaishak.com, akan dapat early bird price.
Dari RM900, cuma RM580 saja.

Nak berubah, mesti ada kemahuan, mesti ada pengorbanan.
RM580 nilainya memang nampak banyak.
Tapi bila korang dah dapat impaknya, korang akan rasa nilai RM580 yang dia tetapkan tu adalah sangat murah berbanding dengan ilmu yang dicurahkan.
Percayalah cakap aku.

I will be there.

So register (call them) and cakap nak join the seminar menggunakan nama aku DIANA ISHAK (www.dianaishak.com) dan dapatkan harga EARLY BIRD.



Tak sangka pulak dalam group tu rupanya ada pengguna GreenAard.
Aku pun terperanjat jugak bila nama aku kena petik "Diana Ishak ni Diana GreenAard ke?"
Wow, dah ada nama baru rupanya aku. Hahahaha.

This is why aku suka networking.
Menjadi usahawan bukan jalan untuk bermusuh, tapi untuk memperluaskan networking dan menambah ilmu.
Kita tak tau apa potensi setiap orang dalam networking kita.




Malas cerita panjang-panjang kan.
Ni aku kasi tengok gamba je dulu, cerita panjang aku tulis kendian.
Ini cousin aku.
September 18, dia mintak nak guna GreenAard. Aku bagi free je lah sebotol kasik try.
Segan aku nak jual kat sedara-mara sebenarnya.

Dia guna on 18 September, and now 2 November. Tak sampai 2 bulan dah turun 7kg.
And dia kata dia ada juga buat exercise untuk speed up the process sebab member ni nak kawen bulan 12.

Nampak tu hasilnya???

Memang kalau kau nak turun 7kg tanpa perlu exercise, kau kena tunggu 4 bulan lah, macam aku.
Aku pemalas nak exercise, tapi mentekedarah laju.
Jadi 4 bulan baru turun 7kg.
Tapi at least turun lah kan walau aku cuma exercise mulut je.

Ok, aku nak buat keje lain lak.

Bye.







Bagus jugak FB Memory

$
0
0

3 November 2015.

Genap umur Rayyan 5 tahun.

Dan selalunya hari ni aku mencutikan diri.

Ada bagusnya jugak FB Memory.
Dapat la aku tengok apa yang terjadi kat wall aku 5 tahun yang lepas.
Rupanya, ramai kawan-kawan dalam frenlist, ada antaranya yang aku tak pernah jumpa sampai sekarang, concern dengan keadaan aku on 3 Nov 2010.

5 tahun lepas, waktu-waktu macam ni aku dah standby tunggu Dr datang check for the last time before aku disorong masuk dalam wad pembedahan.

Aku tak tido-tido semalaman.
Bukan gabra nak kena bedah, tapi sebab tangan aku sakit dokter salah cucuk jarum drip.
Aku ingatkan aku mengada-ngada takleh tahan sakit (walhal aku tau aku jenis yang suka tahan sakit), rupanya besok bila nurse on drip, melompat aku menjerit.
Sah, jarum salah masuk.
Cam harem je aku tahan sakit semalaman.

Disebabkan takleh tido, pagi tu aku bangkit awal.
Aku mandi, siap shampoo, siap buang air besar bagai. Dalam hati aku cakap "Kalau nanti aku mati, senang sikit orang nak uruskan aku, dah siap mandi, shampoo, berak segala".

Lepas tu aku potong kuku, pastu aku baca Yasin.
Dalam hati aku cakap "Mana tau ni Yasin last aku baca".

Macam dah ready je nak mati.
Dalam hati aku yakin, baby aku selamat.
Tapi aku tak yakin aku hidup.

Masa baby dah keluar, tetiba dalam keadaan mamai-mamai (aku half-sedation), aku dengar dokter-dokter kat situ cakap "BP dia naik! BP dia naik!"

Dalam keadaan mamai and betul-betul tak larat, aku gagahkan jugak mengucap.
Ntah apa yang aku sebut aku tak tau la, tapi aku rasa betul dah tu aku mengucap.
Selebihnya aku mengucap dalam hati.

Tetiba aku rasa badan aku sejuk sangat.
Dah betul kot ni, mati dah kot aku ni.
Walau dalam keadaan belum sedar, aku dapat agak aku ada dalam laci mayat. Sebab sejuk sangat.

"Betul la agaknya, aku ni dah mati", aku cakap dalam mimpi.

Pastu dengar suara bising orang bercakap, orang berlari.
Disebabkab terlampau sejuk, aku terjaga.
Blur gila bukak-bukak mata nampak putihhhh je. Bajet mati masuk syurga.
Rupanya siling.
Dorang letak aku bawah aircond. Patutlah gila bapak sejuk.

Alhamdulillah, semua selamat.
Walaupun Rayyan kena stay lagi 29 hari kat NICU, tapi progress dia cepat.
2 hari lepas aku operate, ada sorang dokter tu bertugas waktu malam, datang nak check luka jahitan.
Rupanya itu dokter yang bedah aku.
Dia cakap "Kes you ni miracle. your BP very high sepanjang you duduk wad, BP you naik mendadak dalam operation theather, urine you dah ada blood, tapi kaki you tak bengkak, and you tak dapat sawan".

Rupanya dokter tu kata ada satu kes yang macam aku di HKL (kalau tak salah aku), anaknya selamat, tapi ibu dia sampai sekarang (waktu tu) terus vegetable.

Alhamdulillah, menumpang rezeki Rayyan agaknya aku ni.

Bila baca history FB komen kat bawah ni, tetiba rasa sebak.
I am blessed with kawan-kawan (yang 99.9%) kenal di alam maya, sangat concern dengan keadaan aku waktu tu.
Aku tak dapat nak jumpa sorang-sorang say thank you sebab mendoakan.
Ada yang mintak surau di taman perumahan masing-masing buat solat hajat untuk aku.
You know who you are.
Terima kasih.


















Kau ingat Heidi Klum bangga muka dia disamakan ngan kau?

$
0
0


Dah 2 kali muka Kak Mah naik kat blog aku ni.
Dah macam pro Kak Mah la pulak.

Tapi aku hilang sabar betul tengok kejap-kejap naik gambar budak pompuan belah kanan ni kat newsfeed aku. Pastu ramai-ramai kutuk Rosmah.

Ya, aku pun bukannya peminat Rosmah, tapi kot ye kau menyampah kat dia pun, takkan asal ada yang muka macam dia kau nak kata "Kesian budak ni, muka macam Rosmah".

Apesal pulak nak kesian?

Kalau Rosmah tu tak wujud atas muka bumi, mesti semua pun cakap muka budak pompuan tu lawa.
KONFEM!
Tapi sebab Rosmah tu wujud, jadi apa-apa yang ada tempias Rosmah semuanya jelik kat mata orang.

Ni lah dia perangai manusia.
Ke, perangai melayu?

Kalau muka kita disamakan dengan Nora Danish, disamakan dengan Heidi Klum, disamakan dengan Aaron Aziz, kemain suka masing-masing!
Dan-dan jalan catwalk.
Perasan cun.

Ce ko tanya pulak perasaan Nora Danish, Heidi Klum, Aaron Aziz, apa dorang rasa bila muka dorang dikatakan ada iras-iras dengan kita yang berapa nak ado ni?
Kau ingat dorang bangga?
Konfem dorang malu tau.
Kau je yang terkinja-kinja syok sendiri.

Itulah perangai manusia.
Kalau disamakan dengan yang cantik, yang hebat, yang bijak, menggelitis masing-masing tak pijak tanah.

Bila disamakan muka ngan muka Najib, muka Rosmah, semua malu.
Rela disamakan ngan muka bangla kononnya, asalkan bukan muka Rosmah.
Seriesly???
Jangan cakap ikut sedap anak tekak dik, esok lusa mendapat.

Kadang aku tengok yang beria-ia mengutuk muka orang ni, muka sendiri pun tak berapa nak pergi.
Tapi boleh gamak nak kutuk muka orang lain.
Kurang-kurang Rosmah tu muka dia cantik la jugak. At least zaman mudanya cantik.
Yang kita?
Muka pun tak berapa nak cantik, perangai kuat mengutuk orang lak tu.
So, cantik kita tu kat mana?
Ke perasan cantik?

Kau tak suka perangai dia, ok fine.
Tapi apa kaitannya dengan nak kutuk muka dia?
Perangai masing-masing macam budak tak cukup umur.
Budak tak cukup umur camtu la perangai.
Mula-mula marah sebab kalah main congkak.
Pastu ujung-ujung "Muka dah la itam!"
Tetiba.
Motif?

Orang yang hidupnya macam takde keje lain asik nak mengutuk orang ni adalah ciri-ciri orang yang hatinya takkan tenang.
Hatinya menderita dan SOMBONG.
Terasa diri dia best sebab tu orang lain sesedap rasa dia kutuk.

Orang yang hatinya penuh rasa sombong, dengki, benci, adalah orang yang tak produktif.
Sebab waktunya dihabiskan dengan melayan perasaan sakit hati.
Orang yang hati bersih lapang jugak yang untung.
Buat apa pun menjadi. Tak percaya, try.
Kerana suasana hidup bergantung kepada suasana hati.
Kalau kau duduk dalam penjara sekalipun tapi kalau hati lapang, tak jadi masalah.
Kalau hidup kat tanah lapang tapi hati terpenjara dengan rasa busuk hati, tetap jadi masalah.
Masalah remeh terasa besar. Yang tak bagi masalah pun kau rasa macam dia bagi masalah.

Lagi satu ni baru-baru ni keluar kat paper kot, anak Che Ta dapat hadiah berlian ke apa ntah untuk birthday.

Macam biasa la lepas tu, berjujukkkkkk orang komen.

Membazir.
Baik sedekah kat anak yatim.
Budak kecik tau apa.
Menunjuk-nunjuk.

Hello??
Toksah kata Che Ta la.
Kita ni anak menang peraduan mewarna kat sekolah tadika pun sampai 6-7 keping gambar kita upload kat FB.
Padahal anak menang pensil color LUNA 24 batang je.

So, itu namanya apa?
Bukan nak menunjuk jugak namanya?

Oh, bukan.
Tu namanya berkongsi kegembiraan.

What the....???

Yang betulnya, berlian tu tak dapat kat kita.
Kalau dapat, kita tunjuk jugak.

Sukati la dia nak tunjuk apa pun.
Kalau tak suka, jangan tengok.
Media sosial ni memang fungsinya untuk mempamerkan.
Lantak la dia nak tunjuk apa pun.
Kau kalau taknak mempamerkan, kau tulis diari je sudah lah.








Preview saja

$
0
0

Today nak bagi preview 2 jenis shawl :

1. Semi-Instant Hannah Denim
2. Instant Kristalli

Ok mula-mula Semi-Instant Hannah Denim.

Sama macam semi-instant Hannah printed yang dulu.
Cuma Hannah Printed dulu tu material jersey.

Kali ni kita guna material high-quality lycra yang jenis shiny dan ringan.
Coraknya saja denim, bukan material denim, jadi jangan risau, tak panas.

Yang kedua, Instant Shawl Kristalli.

Yang ni shawl ala-ala Neelofa, main sarung je.
Adjust sikit kot nak singkat, kot nak labuh, and you are ready to go.
Takyah pin-pin.
Kalau nak pakai pin pun sukati korang lah.

Ada taburan kristal di atas kepala and hujung shawl.
Minimalis design but very sweet bila dipakai.
Tak caya tengok gambar.

Yang ni aku tunjuk je dulu untuk korang pilih mana satu yang berkenan.
Sebab kita akan launch ni kat Bangi Gateway on this Jumaat - Ahad (6 - 8 Nov 2105).
Cari booth GREENAARD and FLEUR BY MRS HIM di Bangi Gateway ok?
Dari pukul 10am - 9pm.

Next Monday baru kita open order kat website www.fleurbymrshim.com

New update : Ok, dah boleh beli kat website. Atas permintaan, aku launch kat website je dulu.


SEMI-INSTANT HANNAH DENIM














INSTANT SHAWL KRISTALLI













Cabul budak skolah

$
0
0



Budak Darjah 6 kalau berdepan dengan situasi macam ni, mau troma sampai ke tua.
Yang tu kita boleh bajet kenapa dia troma.
Yang aku takleh brain ni, kejadah apa kau nak cabul budak umur 12 tahun?
Apa aje lah yang kau nampak kat budak umur 12 tahun tu?
Tetek ada la kot besar sikit je dari buah mata kucing.
Itu pun bernafsu??

Series, memang sakit!

Jangankan budak umur 12 tahun, aku yang time skolah menengah nampak flasher pun, sampai umur nak masuk 40 ni masih lagi takleh lupa.
Yang flasher tu pun aku pelik.
Dah terdesak benar gamaknya sampaikan muka melekit cam aku ni pun kau jadikan modal nak hayun telor.
Seb baik la time tu aku naif lagi.
Ce sekarang kau hayun telor kau depan aku pastu ko tengok jauh mana aku hayun telor kau pulak.

Kesian bila aku bayangkan budak umur 12 tahun kena cabul.
Mesti dia ketakutan sampai termimpi-mimpi.
Sebab aku pun kena camtu gak dulu.

Masa tu tak salah aku, nak pi skolah.
Jalan belakang skolah menengah aku tu memang laluan pejalan kaki and moto je.
Quite sunyi jugak la sebab siang hari semua kan pi keje.
Aku sebenarnya memang takut lalu situ walaupun laluan tu lagi dekat ke skolah.
Hari tu terberani pulak.
Lagipun hari tu aku jalan ngan member lagi sorang.

Memang nampak ada motor jalan ke arah kitorang.
Tapi dah memang itu laluan moto, so takde la risau sangat.
Tetiba moto tu slow and terus benti sebelah aku.
Ok je brader tu, takde la berpakaian macam penyangak.
Dia tanya alamat.
Aku dengan semangatnya tunjuk arah.
Sekali aku dengar kawan aku menjerit.

"Oi! Kau kenapa?"

"Tuuuuuuuu!!!". Kawan aku dah berlari ke belakang sikit sambil tangan tunjuk-tunjuk kat brader tu.

Aku ni pandang muka brader tu balik.

Takde apa pun?

Tapi aku pelik gak apesal mamat ni stop tanya alamat tak bukak visor.

Ke kawan aku ni menjerit sebab brader ni sebenarnya artis?
Biasa la kan, budak-budak pompuan kalau nampak artis lelaki kan memang terpekik je kejenya.

Tapi kawan aku tak benti-benti menjerit.
Yang dia ni pun satu.
Balik-balik jerit "Tuuuu...Tuuuu..".
Cubalah jerit "Flasherrrrrrr!", barulah aku paham. Ni tak.

Kali kedua aku toleh brader tu baru la aku nampak dia tengah menggoyangkan sesuatu.
Series, walaupun aku ada adik lelaki, tapi aku tak pernah terjangka bendalah tu akan jadi sebesar tu.
Jadi masa dia menggoyang telor, aku still berdiri kat tepi dia sambil merenung ke arah benda yang digoyang dan cuba nak memahami menatangharamjadah apekah itu.

Masa brader tu dah noticed aku terpandangkan buah dia, dia boleh sengih kat aku. Macam sial perangai.
Aku pun terus lari.
Walaupun masa aku lari tu aku masih tak paham apabenda yang aku nampak tadi sebab lain nau bentuknya. Berselirat semacam.

Lepas dah bertenang-tenang baru la kawan aku explain "Yang tu kote dia la bodoh!"

"Apesal lain?"

Pastu gelak-gelak.

Sumpah aku memang tak jangka itu bendalahnya sebab aku dok bandingkan dengan kote adik aku yang baru umur 6 tahun masa tu.
Memang konfem tak sama la kan.
Tu pasal aku blur.

Time dia sengih kat aku tu memang geli okeh muka dia.
Aku tak tau nak describe macamana gaya dia sengih tu.
Macam muka pelahap tetek.
Kalau sekarang dia buat gitu memang aku tarik telor dia cucuh kat ekzos.

Orang macam ni sebenarnya perlu dikesiankan.
Sebab dorang memang sakit.
Tapi bila kau dah terkena, kau dah tak jadi nak kesian.
Tak pasti kat mana kepuasannya bila kau dapat flash bendalah tu kat budak-budak skolah.
Aku rasa dorang ni spesis yang hanya boleh orgasm bila budak-budak skolah ketakutan tengok kerandut masak layu dia tu. Betul tak? Ni antara kes paedophilia la jugak kot.

Kesian kalau budak-budak skolah rendah kena macam ni.
Kalau yang dah sampai kena raba, aduii lagi kesian.
Alangkan aku yang dah nak masuk 40 ni kalau terkena lagi sekali ngan flasher pun mau menggigil, inikan budak-budak.

Dah lah, selisih.



Esok ramai-ramai datang Bangi Gateway okeh.
GREENAARD and FLEUR BY MRS HIM  bukak booth kat situ.
Price GreenAard of cos lah harga booth - RM75/botol!

Jumpa di sanaaaa....sanaaaa...sanaaaaaaaaaaa.










Bertanding la korang sampai ke tua...

$
0
0


Post aku pagi ni.
Ni semua sebab aku baru tau ada isu baru tengah hangat kat internet rupanya.
Tu pun sebab aku dapat whatsapp ni :


Rupanya semua tengah bertekak pasal isu dokter hensem.


Sebenarnya isu utama punca bertekak tu cuma mem-bash pompuan-pompuan yang gedik nak dokter tu sambut baby dorang time bersalin. Tu je.
Tapi biasa la, manusia ni kan penuh dengan emosi.
Bila isu-isu macam ni timbul, maka teruslah melarat ke isu-isu ranting yang lain.
Tetiba mintak haramkan pelajar lelaki ambik jurusan sakit puan....like amende kau ni??? Dah sampai nak haramkan orang blaja segala.
Cubalah bincang isu pokok saja. Yang nak pergi bincang isu ranting nak buat apa, isu pokok tak selesai-selesai.

Mula-mula gaduh pasal dokter lelaki ke, dokter perempuan.
Pastu bergaduh pasal bersalin normal ke bersalin bedah.
Kalau bersalin normal ambik epidural ke tak.
Tahan sakit lama mana?
Aku 18 jam.

Kau dah takde keje ke sampai menanggung sakit bersalin pun nak bertanding?

Memang takat tu je ke perjuangan hidup atas dunia ni?
Setakat berjuang tahan sakit bersalin?
Setakat berjuang lama mana menyusu badan anak?
Setakat berjuang saper bangun lebih awal nak siapkan bekal suami and anak-anak?
Tu je?

Silakan berjuang.
Semoga success.

Tapi kalau sampai membanding-bandingkan kehebatan as if kau yakin apa yang kau lalui adalah hebat, ntah lah. Itu yang aku tak paham.

Ada yang diberikan rezeki bersalin normal, dapat rasa apa itu sakit bersalin.
What makes you think yang tak bersalin secara normal tu bukan wanita sebenar?
Sejak bila pulak kewanitaan seseorang perempuan tu diukur dari kemampuan dia bersalin secara normal atau tak?
It's very funny bila ada yang kata wanita yang susah nak bersalin normal ni sebenarnya banyak dosa. Sebab tu jalan tak bukak-bukak.

Itu kata kau.

Kalau aku nak cakap kau sebenarnya yang banyak dosa sebab tu kau terpaksa tanggung sakit berjam-jam, kau nak kata apa?

Yang bersalin normal rabak celah kangkang.
Yang bersalin c-zer rabak kat perut.
Sama-sama rabak.
Apa bezanya?

Apa yang nak dicomplicated-kan isu ni?
Sakit bukan satu benda yang seronok untuk ditanggung ya.
Jadi those yang bersalin bedah, tak payah rasa sakit, itu juga namanya rezeki.

Kena bangun awal siapkan sarapan dan bekal anak, bekal suami.
Pengorbanan bangun awal, pahala besar.

Betul.
Tapi ia takkan jadi pahala dah kalau kita start banding-membandingkan.

Manusia yang ilmunya terhad, atau dalam bahasa kasarnya, bodoh.
Sedangkan Tuhan lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
Kalau semua orang diberikan kelapangan untuk siapkan bekal suami and anak-anak, maknanya tak wujudlah peniaga kat kantin skolah, kantin ofis tu.
Sedangkan peniaga itu juga mencari rezeki untuk bagi anak bini makan.
Jadi, sebab itulah Tuhan wujudkan orang macam laki aku, macam anak aku, yang tak boleh sumbat makanan dalam perut pagi-pagi, dan tak kisah tak makan masakan dari rumah.
Supaya orang-orang macam ni boleh beli kat kantin.

Macam tu lah jugak dengan pengurusan keluarga.
Ada orang dapat masak sendiri untuk anak-anak, dapat siapkan pakaian suami, dapat mengemas rumah sendiri. Itu rezeki dia diberikan kelapangan untuk uruskan keluarga.

Ada jugak orang yang diberikan rezeki untuk ada maid yang boleh bantu kemaskan rumah, masak, tengokkan anak kat rumah. Itu rezeki dia pulak, dapat berehat selepas balik dari kerja.

Kan sama je tu.

Jangan pulak dah bangga boleh bagi anak suami makan air tangan, dapat uruskan anak, dapat buat itu buat ini untuk keluarga, pastu sentap bila couple lain dapat candle lite and tengok wayang midnite sama-sama.

Sentap bila Hamba Allah tu rumahnya dapat masuk majalah sebab cantik, kau kata "ada maid bolehlah berkemas...."

Eh, bukan tadi bangga dah ke bila semuanya dapat buat sendiri?

Sebenarnya semua pun bagus.
Tapi semua akhirnya jadi isu sebab masing-masing buat kerana nak bertanding siapa lebih hebat, bukan buat sebab ikhlas.

Itu puncanya.

Isu-isu ni memang takkan berakhir.
Jadi, silakan lah bertanding.

Aku rasa tak berbaloi nak bertanding isu-isu ni.
Ni semua pertandingan untuk orang yang takde keje.

Patut la bangsa lain maju.
Sebab dorang takde saingan.
Bangsa kita suka sangat bersaing kat benda-benda yang remeh.

See if umur dah 65 tahun sok masih ada lagi nak bertanding isu menetek anak 34 tahun lepas.



Aku ada di booth GreenAard pukul 12.30pm today.








5 days ago...

$
0
0

Izinkan aku bercerita perihal minggu lepas.
Sebab cerita minggu lepas tak abis lagi.

Dah makin nazak rasanya blog aku ni.
Dulu cerita lusa aku dah cerita hari ni.
Skarang, cerita minggu lepas pun tak cerita-cerita lagi today.
Ni seb baik En Wan ingatkan "Apesal takde blog pasal EhEhBazaar?"

Perihatin sangat laki aku.
BIar ada kenangan katanya.
Sok-sok boleh dijadikan rujukan. Gitu.

Benornya aku tak tau nak cerita apa sangat sebab aku pun takde sangat kat Bangi Gateway last week.
Jumaat, aku ada tengahari je, dapat la jumpa a few readers yang datang lunch kat Bangi Gateway.
Sabtu aku dah start selsema teruk gila sampai jiran booth sebelah pun takut berjangkit ngan aku. 2 jam je aku kat booth pastu En Wan hantar aku balik rumah Mak Aji.
Tapi dapatlah aku melayan 3-4 orang reader yang datang pagi tu.

Sorry yang datang booth cari aku tapi aku takde.
Budak-budak kat booth dah sampaikan semua salam korang kat aku. Terima kasih datang.
Terkilan jugak sebab aku plan nak stay the whole day Sabtu tu supaya boleh explain one to one dengan customer.

Booth aku kali ni ada kapet rumput.
Ni semua keje En Wan.
Dia kan suka decorate rumah. Decorate rumah dah habis, dia pi decorate lak booth aku.
Sampai aku pun konfius nak masuk booth sendiri, siap berkapet bagai. Ni nak kena bukak kasut ke hape?
Aku rasa esok lusa punya booth dia bawak pagar ngan lampu minyak tanah sekali. Konsep desa kekdahnya.



Masa ni awal pagi, Bangi Gateway baru bukak.
Booth belakang aku pun tak bukak lagi tapi dah ada customer datang beli shawl.
Kebetulan aku kat rumah time ni, bukak FB mesej ada reader bagitau dia dalam pantang, dia suruh husband dia pi beli shawl kat booth aku pagi-pagi.
Aku rasa yang ni lah kot laki dia.



Belakang booth aku booth Encik Mimpi.
Sampai ke hari last aku tak tau Encik Mimpi ni siapa.
Tapi dia pakai topeng.
Tak tau pulak aku ada artis sepesen Bandi Amuk. Setau aku Bandi je yang pakai topeng.
Pastu ada sorang lagi public figure bukak booth nama Aiman.
Aku ingatkan Aiman Tak Kisah (budak kecik tu), rupanya bukan.
Pun aku tak kenal sape Aiman ni?
Pastu budak-budak aku cakap Aiman ni Instafemes.
Wow! Baru aku tau wujudnya istilah Instafemes.

Betapa aku ni banyak sangat ketinggalan bab-bab media sosial.
Tapi kan, one thing yang aku perasan, kebanyakkan followers aku yang seusia ngan aku takde IG.
Kalau ada IG pun takat ada je. Tapi tak aktif.
Macamana aku tau?
Sebab bila aku buat contest Fleur by Mrs Him kat IG (post di-shared ke FB), mesti pastu ada mesej masuk "Di, apesal kau buat contest kat IG? Buatlah contest FB pulak".

Seb baik IG ni tak wujud zaman aku gila-gila memblogging sehari 4 entry dulu.
Kalau tak, memang dah 4 juta post aku kat IG, semuanya muka aku selfie je.
Aku dulu rajin gila selfie.
Masuk bilik air pun selfie.
Keluar bilik air selfie.
Dalam kereta jangan cakap lah. Pantang traffic lite merah je cepat-cepat aku selfie.
Takpelah, dulu muka masih lagi tirus, agak senonoh jugakla gambar tu jadiknya.
Now perlukan screen yang besar sikit ya. Muka dah macam loyang.



Ni Jumaat waktu lunch.
Bangi Gateway ni crowd dia ramai on weekdays time lunch je sebenarnya.
Kalau weekend tak ramai orang sangat. Sebab weekend-weekend penduduk Bangi gi Alamanda, gi IOI City Mall, gi Mid Valley. Takde de dorang nak gi Bangi Gateway. Yang pegi Bangi Gateway hujung minggu semua makcik-makcik yang nak pi beli beras kat Jaya Grocer.



Aku kan jarang ada kat booth, so Jumaat tu bila aku sampai, En Wan pun dah keluar pi masjid.
So aku dengan baik hatinya pi lepaskan budak-budak ni solat and makan.
Konon cam takpelah, Jumaat kot, takde orang sangat. Aku jaga booth sorang takpe.
Aku lupa Jumaat lunch hour panjang sikit, dah tentunya bukan takat yang ofis dekat je, yang dari ofis jauh-jauh pun datang Bangi Gateway untuk lunch. 
Sekali kauuuu,. dia datang menderu. Berpeluh kejap aku melayan sorang.
Mana-mana reader yang kebetulan datang waktu ni sorry aku tak dapat layan bersembang lama. 



Ahad, nampak tak assistant aku tu?
Betapa gigihnya dia carik duit tambah hujung-hujung minggu buat modal mengepaw kat Select nanti.
Ahad aku datang terawal sangat la pulak, booth orang lain pun tak bukak lagi.
Tapi kejap sangat aku kat sini on Sunday.
Lansung tak dapat jumpa reader.



Masa ni gerai aku and gerai sebelah je yang dah bukak.
Gerai lain semua rilek je tak datang lagi.
Gerai depan aku lagiiiiiiiiiiiii rilek.
Jual Naelofar kot, mau tak rilek? Dia duduk sesaje je pun takyah pelawa orang datang pun, tetap ada orang datang.
Untunglah sape jual Naelofa because the brand itself dah 'sell' on behalf of kau.
Bagus Naelofa, senang keje stokist dia.

Rupanya strict jugak syarat nak jadi stokist Naelofar Hijab.
Sebulan kena commit at least 200 helai.
Bulan depan kau tak repeat order, terus cantassss!!!
Nampak macam kejam tapi sebenarnya tak.
Cara Naelofar tu sebenarnya cara yang betul untuk develop bisnes.

Principal barang-barang biotech aku pun camtu gak.
Tetiap bulan kena bawak masuk sekian-sekian USD.
Kalau barangan kit, at least USD5000.
Kalau intsrument at least USD15,000.
Kalau tak commit, terus dia buang kau.
Nak taknak memang kena keje macam bahabi nak capai target.
Sebab kalau kena cantas, memang rugi. Because sebulan sebelum tu kau dah buat keje-keje promote kat customer. Alih-alih bulan kedua brand tu dapat kat distributor lain. That new distributor dah takyah buat keje berat sangat sebab bulan lepas kau dah promote kat customer. Dia tinggal follow up je.

Kalau brand yang baru nak naik selalunya dia akan bagi buffer period, let say 3-6 month untuk kau capai target.
Tapi kalau brand yang strong macam Naelofar ni memang patut la dia bagi sebulan je tempoh untuk kau hit target sebab Neelofa nama besar kot. Dia sendiri dah macam promoter bergerak so stokist yang tak tak hit target memang saje je la.




Terima kasih sebab datang ke our booth.
Sepatutnya minggu lepas GreenAard buka booth serentak di Taman Botani Shah Alam tapi last minit event tu ditunda tak tau kenapa. Tapi yang tu stokist yang exhibit.
Kalau ada exhibition lain yang aku participate, kita leh jumpa lagi.
Or kalau ada apa-apa exhibition coming kat tempat korang, bagitau lah aku ya. Boleh buat exhibition kat luar pulak. 



By the way, aku dah pecahkan order untuk GreenAard and Ephyra kat website lain.
Untuk GreenAard and Ephyra, order di sini : www.greenaard.com



Untuk shawl and jubah, kekal di www.fleurbymrshim.com







Deepavali di Lexis Hibiscus

$
0
0

Cuti Deepavali hari tu adalah hari yang ditunggu-tunggu.
Bukan sebab aku menyambut ya.
Jangan nak buat klaka, kang berbuih mulut tu.
Itu adalah cuti berehat setelah 15 hari straight bekerja.
Dia punya perasaan bangun pagi tu tak dapat diluah dengan kata-kata wei.
Inilah cuti Deepavali paling best pernah aku lalui sepanjang aku hidup!

Gila kau kalau 15 hari keje non-stop tetiba dapat cuti sehari, dia punya feeling macam dapat cuti setahun.
Bangun pagi dengan semangatnya nak makan roti canai dengan En Wan.
Tetiba pulak pagi tu terasa nak pi Naelofar, nak tengok apa ada kat sana.
Padahal dulu aku beli Naelofar 2 helai tak sampai 2 jam terus jual balik.
Pastu kat Vietnam boring Naelofar tak ori, pun semua aku jual. Dengan aku-aku punya pun orang nak beli gak. Silakan...

En Wan terus bawak pi HQ Naelofar kat TTDI.
Bagus jugak, selalunya HQ mesti lagi banyak pilihan kan.
Kitorang pekena roti canai kat TTDI.
Aku ngan En Wan sekarang kalau ke mana-mana memang bertiga je.
Redza memang jangan harap la nak keluar sama, nak-nak lagi kalau makan kat luar.
Rela dia kunyah twisties pagi petang siang malam kalau aku cakap aku tak masak.
Nama dia nak ikut memang tak. Kadang-kadang boleh jadi bertekak semata-mata nak ajak dia ikut berjalan.
Aku rasa dulu zaman anak dara aku pun tak suka ikut mak bapak aku keluar jalan.
Tapi takde la sampai sanggup makan twisties sehari suntuk.
Ni entah sape punya baka dia ikut tak tau lah.


Wajah riang seorang Rayyan.


Wajah terkujat seorang Rayyan bila dipetir oleh emak beliau.


Orang sibuk suruh makan roti canai, dia sibuk nak menyumbat bendalah ni.
Tak puas memuting gamaknya.
Yang si bapak pun rajin nau pegi belikan. Macamana aku tak memetir dalam kedai tu.


Konfius aku sape sebenarnya yang nak pi Naelofar ni.
Macam ada yang lebih excited dari aku nampaknya.


Rasanya macam takde sale, tapi ada jugak dijual kat tempat longgok-longgok.
Yang tu aku tak sure shawl jenis apa.



Shawl Naelofar ni pada pandangan aku, semuanya simple-simple je design dia.
Tak sarat, Bunga-bunga tampal dia pun yang comel-comel je, simple sangat-sangat.
Tapi sebab simple tu la yang orang suka.
Sebab tudung dan jadi macam baju, dah jadi pakaian harian.
Dan pakaian yang dipakai hari-hari selalunya ringkas.
Sebab tu shawl yang simple-simple lebih laku dari shawl merelip.
Ditambah lagi dengan harga Naelofar ni takde la cekik darah nau macam Ariani, so lebih laju dijual.
Pulak tu nama Neelofa tu sendiri dah berdiri dengan sendirinya, tak perlu banyak keje untuk promosi.

Walaupun ada yang kata shawl Naelofar ni mahal untuk design yang se-simple tu, tapi, alahaiii.....sape ajelah yang tak kena kondem.
Baju Prof Muhaya pun pernah kena kondem mahal.
Tudung Fareeda pun pernah kena kondem mahal.
Now Naelofar Hijab pulak.

Dan selalunya yang jenama mahal ni akan ada klon.

Baju Prof Muhaya ada klon.
Fareeda lagi lah bersepah klon.
Naelofar pun dah start melambak kat Vietnam, jual tepi jalan lambak atas kain kanvas je.

Pilihan dah ada,
Sepatutnya isu mahal ni dah tak wujud, sebab dah ada pilihan.
Tapi, masih jugak orang pertikaikan tentang harga.



Yang benornya itulah.
Sebab masing-masing yang pertikaikan harga tu sebenarnya nak beli gak yang ori tapi nak Hamba Allah tu turunkan harga. Sedangkan setiap peniaga ada target crowd dia sendiri.
Ada shawl mak-mak datin - yang ni maybe lebih merelip dan of cos lebih mahal.
Ada shawl orang kebanyakkan.
Ada shawl untuk student - yang kainnya dari material yang lebih lasak dipakai, boleh campak je dalam mesin basuh, design jauh lebih simple.
Ada shawl untuk budak-budak - kain yang lebih ringan, ada corak bunga-bunga, etc.
Kita tinggal pilih je nak yang mana, ikut kemampuan.
Tapi ada yang mati-mati nak gak yang merelip tu tapi harga biar RM20.
Ni macam aku pun boleh hilang akal melayan.


Nasib baik dia tak sibuk nak pakai jugak tudung-tudung kat dalam tu.



Tetiba dah ada kat Port Dickson kan?
Elok je tadi sembang pasal Naelofar.

Aku ngan En Wan memang camni pesen dia.
Dia kalau merancang tu payah nak jadi.
Yang eloknya macam ni lah.
Asal tergerak je, JOM!

En Wan bingit bila aku cakap "I need a gud rest! Definitely not at home."

Sebab kalau rest kat rumah, jawabnya memang takkan rest sebab aku akan mengadap komputer sampai ke malam buat keje.
Jadi, harus larikan diri jugak, kemana-mana je lah asalkan tak nampak komputer sehari semalam.


Cara pengurusan Lexis Hibiscus ni tak jauh beza ngan Sepang Gold Coast.
Aku tak sure la if management dia sama.
Yang aku tau dia sama management dengan Lexis yang first dulu.


Lexis Hibiscus ni tak siap sepenuhnya lagi.
Ada a few more rooms coming up, tapi buat masa ni yang dah ready cuma 2 jenis bilik : Exec and Premium. Tapi Exec ngan Premium pun tak jauh beza. Premium cuma mahal RM100 je dari Exec. 
Yang bilik aku ambik ni Premium.
Besar memang besar. Cukup la aku sefamili bergelimpang dalam ni.
Malam tu kitorang tolak sofa ni letak in between 2 katil, Rayyan tido situ.
Sebenarnya katil tu muat nbak tido 3 orang tapi Rayyan ngan Redza takleh bersentuh kulit. Bertekak. Jadi, sorang tido atas sofa.




Every bilik tak kira exec atau premium ada private pool.
Tapi disebabkan pool dia bogel macam ni, jiran depan belakang boleh nampak, aku tak jadi nak join mandi.




Boleh dikatakan Lexis Hibiscus ni lebih moden berbanding dengan Lexis yang lagi satu.
Siap ada private sauna!
Dan kelengkapan dalam bilik lebih complete.




Disebabkan semua pun sarapan pagi je, pastu tak makan-makan dah. Sementara semua tengah berendam aku orderkan siap-siap makanan sebab aku malas nak keluar. Aku nak berehat dan bertidur saja. 
Makanan dia ok.
Takde la spesial nau, tapi boleh lah dimakan.


Kekaguman melihat apalah agaknya tu....tak berani aku nak tanya.

Malam, En Wan ajak makan kat luar pekena seafood.
Entah apa nama restoran yang kitorang pegi malam tu, tapi boleh tahan.
Servis pun cepat.


Camnilah kitorang kalau bercuti secara adhoc.
Pegi semalam, balik hari ni.
Tak dapat nak cuti lama-lama sebab hari ni (khamis) aku ada meeting ngan auditor.
Alangkan Rabu tu pun kitorang balik pagi sebab still nak hantar Rayyan gi skolah jugak.

Bercuti apekah ini????


Pakai shawl instant dua muka Naelofar.
Kain jersi. 
Jangan tanya berapa harga, sebab aku tak tengok pun berapa harga dia.
Yang aku tau, aku beli 3 jenis shawl and bayar RM210.

Dah, tu je cerita aku.
Tajuk kemain gempak - LEXIS HIBISCUS.
Tapi cerita gini je. Cam harem.
Tu la, aku dah kata, aku dah malas nak ambik gambar.
Takde gamba, takde cerita la. Gitu. Boleh?







Makcik customer

$
0
0

Nak buat bisnes memang kena sabar.
Sebab kita akan jumpa dengan macam-macam perangai manusia yang kadang tu tak terpikir lansung perangai macam ni ada kat manusia.

Aku boleh kenal customer aku yang baca blog dengan yang tak baca blog.
Kalau yang baca blog aku, dorang lebih polite.
Maybe sebab ramai tau aku lagi tua, so rasa hormat tu ada.
Yang lebih tua dari aku pun polite, maybe dia kenal aku (melalui blog).
Aku lebih tenang handle group-group pembaca.

Tapi yang tak kenal aku, especially yang order melalui whatsapp dan FB, mak aiiiii. perangai sorang-sorang, ada yang takleh nak brain.
Terasa macam aku ada kat dunia yang huru-hara!
Walaupun bukan aku handle enquiry tu directly, tapi bila sesekali baca mesej dorang, memang senyum je la. Dah tua-tua ni malas nak bercakap panjang-panjang. Habis kuat pun aku ban.
Hari tu aku tengok admin aku dengan penuh berhemahnya mereply mesej-mesej sampah ni.
Aku macam....yang buat apa kau reply mesej-mesej macam ni?
Ni semua sampah ok. Buat apa nak simpan. Buang je.
Now admin aku dah paham dah.
Takyah cakap banyak. Delete and ban. Habis cerita.

Ni last week stokist aku whatsapp printscreen ni.
Gelak je aku baca.






Aku cuba bersangka baik mula-mula tu.
Aku anggap ni memang makcik-makcik sangat yang main tepon ni.
Sebab Mak Aji ngan Pak Aji kalau bermesej ngan anak-anak pun noktah ke mana, tanda soal jadi tanda seru. Ikut dan dia je.

Kadang tu Mak Aji mesej aku "Dah makan ke!"

Aku baca pun macam pehal mak aku marah tetiba ni?
Padahal patutnya letak tanda soal, tapi dia letak tanda seru.
Kalau noktah tu memang tak disangkal lagi lah. Nak-nak lagi kalau pak Aji tulis mesej. Baca sampai 2-3 kali nak bagi paham.
Jadi, aku beranggapan makcik yang mesej stokist aku ni pun macam tu lah jugak.

Tapi bila dia suruh hantar barang dulu, duit kendian, ok ni mesti set-set makcik yang gi kedai ambik beras sekampit, susu cap junjung 2 tin, sardin setin, mancis sekotak, tapi bayar lagi 2 bulan.

Yang tu aku memang takkan layan.
Dan aku pun nasihatkan stokist aku supaya save your effort untuk something yang worth sikit.
Kau jangan nak bazirkan masa kau layan customer macam ni.
Sebab memang ada jenis customer yang rasa dia sorang je beli produk kita, dan dia punya kerek tu macam nak beli 40 botol.

Tu belum lagi dengan customer yang expect kita duduk depan PC 24 jam toksah mandi, toksah kencing, toksah solat, dok mereply mesej sepanjang masa.
Lambat 30 minit tak reply terus maki hamun "Kalau taknak bisnes, tak payah lah bisnes!"
Kau ingat aku ni takde keje lain nak hadap mesej kau pagi petang siang malam?

Tapi selalunya yang banyak cengkadak ni lah yang tak beli.

Sesape yang terima jenis customer macam tu, please lah.
Tak payah layan.
Orang datang cara baik, kita layan cara baik.
Whatsapp and FB masing-masing ada button BLOCK.
Takyah cerita panjang-panjang.
Gunakan button BLOCK dengan baik. Jangan bazirkan kemudahan tu.






Ni testimoni the latest untuk GreenAard.
Anak sedara En Wan sendiri, Intan.
Intan ni sejak bersalin setahun lebih yang lepas, badan dia payah nak turun.
September lepas, time kawen anak sedara En Wan kat JB, Intan cakap dia nak try GreenAard.
Balik raya haji yang lepas aku bawakkan sebotol. Aku ajar dia cara makan semua.

Pastu aku takde follow up.
Lupa.

Until last week, mak bagitau aku Intan call dia bagitau nak beli 10 botol sebab kawan-kawan dia nak beli jugak.
Dia cakap berat badan turun 7 kg dalam masa sebulan!
Menggigil kejap aku dengar. Betul ke 7kg?
Gila lawan tokey budak ni.
Aku nak turunkan 7kg pun 4 bulan, dia selamba sebulan.

Pastu En Wan whatsapp tanya.
Dah 2 bulan aku bagi GreenAard tu rupanya sebotol pun tak abis lagi sebab dia makan selang-seli.
Tak tahan sakit perut katanya.
Memang kalau jenis yang tak tahan sakit asik nak terberak je keje, akan rasa giveup nak guna GreenAard.
Tapi sebenarnya kesan tu tak lama.
Try guna berterusan, lama-lama kesan sakit perut tu jadi semakin slow.

Kan betul aku cakap GreenAard ni akan menyebabkan kau kurang rasa lapar.
Intan yang kuat mengunyah pun jadi tak terasa nak makan sangat bila dah ambil GreenAard.

Tak caya, tengok ni :


Tu bukan gamba time mengandung ya, atau baru lepas pantang ya.
Gambar kiri tu gamba 3 bulan lepas.
Gambar kanan gamba last week.
Anak dia dah nak masuk 2 tahun dah pun. Selama itulah dia carry berat badan dia susah nak turun.
Dia ni kalau jadi agen bagus ni sebab diri sendiri sebagai testimoni bergerak.



Ni lagi sorang customer yang naik risau pulak bila makan 4 biji GreenAard waktu pagi, sampai kul 4.45pm tak lapar-lapar lagi.
Lepas tu terasa pening.
Memang lah pening, sebab tak makan-makan.
That's why aku tak berapa berkenan ada pengidap gastrik nak ambil GreenAard sebab nanti bila kau rasa tak lapar, gastrik kau menyerang pulak. Dah satu halll.
So, kalau yang ada gastrik, boleh ambil GreenAard tapi MESTI ikut jadual pemakanan korang.
MESTI makan sikit walau takde rasa lapar.









Insaf aku beli krim SKII

$
0
0

Sabtu lepas konsert Rayyan - Little Ihtifal 2015.

Excited betul Rayyan kali ni.
Dah faham agaknya.
Tahun lepas huru-hara aku tengok dia kat atas pentas. Cam blur-blur je. Padahal jadi lebah je. Takde dialog pun blur.
Tahun ni agaknya dah semakin faham, pukul 10am dah suruh kitorang bersiap.
Lepas tu, kitorang singgah pi beli roti pun dah nak nangis. Dia ingat kitorang taknak bawak dia pi konsert.
Hoii, sabor la kot ye pun.
Konsert kau dah la start 3,30pm. nak bagi perabis tu mau kebulur mak kau dalam dewan tu.

Registration kul 1pm tapi sebab time tu Zohor, jadi kitorang wat lek wat pis, gi Masjid Besi dulu.
Dah alang-alang kat sana kan.
Dapat lah pulak jemaah sekali ngan imam, rezeki betul rasanya.
Lepas Zohor, masuk dewan tengok ramai lagi belum daftar. Selamatttt aku.

Tak banyak gamba konsert Rayyan kitorang ambik.
Sebab role dia pun tak besar mana kan. Hahaha.
Aku memang dah habis zaman seronok bergamba. Jangan suruh aku ambik-ambik gamba dah sekarang. Memang tak la. Malas gila.
En Wan yang rajin ambik gamba now.
Jadi, aku serahkan pada dia je.
Tapi sebab kedudukan stage ngan front seat tu quite jauh, ditambah pulak dengan mak bapak bertumpu kat depan nak ambik gamba anak masing-masing, jadi En Wan segan nak berebut.
Lagipun kau pakai kamera henfon je. Mak bapak orang lain DSLR bagai, so takyah ke depan sangat lah ya.



Tahun ni Rayyan terlibat dalam teater show.
Kisah Bahtera Nabi Nuh.
Patut la dia kena beli jubah hitam. Jadi penyangak rupanya.
Sian anak aku, hensem-hensem buleh jadi penyangak.
Tapi takpelah, penyangak zaman sekarang memang semua hensem-hensem apa.
Ce tengok Faizal Hussien jadi penyangak dalam Bunohan, aku konfius nak sokong hero or nak sokong penyangak.
Aku tunggu je Beto jadi penyangak. Konfem dengan tak berbelah baginya aku tetap sokong dia.

Tapi Rayyan takde dialog.
Takyah dialog lah dik, kau cakap pun tak berapa lepas, kang kalau dibagi dialog ntah hape-hape yang kau sebut nanti kat atas tu, terus pendialog seterusnya mati kutu.

Senang je keje Rayyan kat atas tu.
Keluar-keluar dari belakang pentas beramai-ramai baling batu (kertas yang digumpal) ke arah orang Islam yang tengah solat (jubah putih).
Ada yang siap bawak pedang bagai nak bergaduh.
Last-last ribut turun.
Orang Islam yang follow Nabi semua selamat sebab naik bahtera.
Yang geng gagak hitam ni semua mati tenggelam dek banjir.


Sorang geng gagak hitam dikenalpasti mati tertonggeng.
Aku tak paham apesal kau sorang nak kena menonggeng, walhal orang lain semua elok je mati terlentang. Dah la kau sorang je 'mati' arah bertentangan.
Memang kau ni always nak outstanding je, dik.


Kat ground floor ada bukak booth untuk budak-budak.
Biasa la, barang-barang mainan.
Sukalah Rayyan dapat mengepaw dengan riangnya.
Padahal kat rumah 10 kali ganda lebih bagus dari tu pun dia ada, tapi jangankan tidak, nak mencukai.
Terpaksa gak aku beli. Seb baik RM15 je.
Seperti yang dijangka, kereta aku belum keluar lagi dari Putrajaya, mainan dah bersepai kat dalam.


Suka nau pose senget-senget macam ni. Siap pegang roti.
Gambar kelas dia pun macam ni gak.
Orang lain elok tegak, dia sorang je teleng.
Mudah-mudahan jadi trendsetter, dik.


Ada juga reader aku kat sini.
Rupanya anak dia sekelas ngan Rayyan tapi sebab masing-masing pun tak duduk di kawasan yang sama, pulak tu aku jarang participate dalam program Genius Aulad, so aku tak berapa kenal parents.
Sesekali ada konsert macam ni baru dapat kenal-kenal.



Ok, ni aku nak cerita pasal SKII.
Sabtu malam lepas, aku gi Parkson, memang ke sana nak beli SKII pun.
Selama ni aku pakai Clinique untuk muka.
Kebetulan cream memang dah habis. Last month aku dapat free sample SKII product, dalam tu ada mask (belum pakai), Pitera (belum pakai) and face cream.

Not bad.
Patutla orang kata SKII bagus.
Memang serasi cream muka tu ngan aku.
Walapun muka aku macam Keliwon kalau tak pakai mekap, tapi aku perasan kulit muka aku dah kurang pigmentation. Hari yang aku gi konsert Rayyan tu aku tak pakai secalit apa pun kat muka termasuk cream, mahupun bedak. Mekap lagi la tak pakai sebab tu muka aku cam hantu.

Sebenarnya aku terlupa nak bawak mekap.
Kan registration Rayyan tengahari, so masa keluar rumah tu aku cakap aku taknak pakai mekap sebab nanti nak solat Zohor malas nak cuci-cuci mekap segala.
Lepa Zohor baru apply mekap. Last-last terlupa lansung bawak mekap.
Tu yang muka aku macam keliwon pi konsert tu.
Tapi eventho tak pakai secalit apa pun, aku rasa kulit aku ok.
At least ok lah dari dulu.

So malam tu aku cakap kat En Wan aku nak pakai SKII.
Aku gi kaunter bagitau dia apa yang aku nak.
Nama cream aku pakai tu Cellumination Deep Surge.
Aku pun cakap oklah aku ambik ni sebab dah penah try.
Melenggang je aku pi kaunter nak bayar.
Sekali tet tet tet tet tet hah kauuuu, RM555!!
Cihivaiiiii.
Gila bapak cream seconet RM555 harga dia????
Tercekik air liur aku kejap.
Seb baik ada duit oii, kalau tak very the malu.

Lepas bayar tu aku berlari pi kat En Wan "Bang, bang...gila mahal krim dia bang. RM555!!!"

Terstop kejap laki aku.

"RM555??? Awak tak tanya ke tadi harga dia?"

"Tak. Main ambik je"

Binawe punya SKII.
Apsal mahal sangat??
Takpelah, aku berjanji akan guna hingga ke titisan krim yang terakhir.
Kalau tak floless gak, tak tau lah.



Ahad aku ada a few appointments, termasuklah ini. Sessi bersembang dengan blog reader.
Blog reader ni special sikit.
Sebab dia 'kenal' aku dari menjak dia blaja kat UMT lagi.
Dia cakap selalu nampak aku kat area lab di sana. Masa tu dia buat Masters.
Dari zaman aku pakai skirt pendek atas lutut lagi dia 'kenal'.
Aku pun tak tau camne dia akhirnya boleh jumpa blog ni.
And now he's working in KL and we have project together.



Yes, bergambar kat parking adalah salah satu gambar wajib.

Ni kat IKEA.
Lepas melepak sebelum tu, aku ngan En Wan terus pi IKEA nak cari perabot ofis baru.



Sekali tengok IKEA cafe tak ramai orang.
Orang tu ada, tapi tak susah nak cari seat, memang ada.
Lantas melabuhkan punggung dan menikmati meatball. Padahal baru tadi aku mentekedarah, ni dah makan lagi.

Dah tak banyak sangat pilihan barang kat IKEA ni aku tengok.
Seksyen ofis sekangkang kera nau.
Agaknya semua bertumpu kat IKEA baru nanti.
Tapi sebab jauh nau, memang tak la aku nak pegi.

Tapi sebenarnya kan, meatball dia bukan sedap nau.
Sedap lagi meatball Little White Cafe (spagetti meatball).








Takyah nak sayang-sayang sangat

$
0
0


Ini rumah lama aku.
Aku pindah sini year 2004.
Kecik je rumah ni, tapi walaupun kecik aku ngan En Wan sedaya upaya hiaskan rumah ni biar sedap mata aku memandang.
Rumah kecik, apa sangat la pun kau boleh buat kan.
Nak tambah tepi memang tak boleh sebab rumah jiran.
Nak tambah depan, sampai depan mana pun boleh tambah. Habis kuat pun sampai gate je.
Tambah belakang, memang aku tambah. Tapi sebab bukak rumah ni pun kecik 20x70, jadi kita live with what we have je lah.

Tapi sebab first house kan, excited gila.
Rumah kitorang lah yang paling kerap buat renovation.
Kejap-kejap renovate, kejap-kejap renovate.
Bersabor je la jiran sebelah rumah kena hadap bunyi bising.
Nak buat sekali harung, duit tak cukup. Jadi buat la sikit-sikit.

En Wan paling jaga 'taman' dia.
Rumah aku dulu lansung takde tanah kat tepi. Jenis end lot without land.
Tapi disebabkan nak merasa ada taman, En Wan gigih ni korek tanah buat kolam.
Tapi takde la kolam tu aku laki bini mengorek. Jenuh la kalau nak tunggu aku korek.
Cuma kolam je panggil orang buatkan. Tapi letak motor, pasang wiring, beli segala tok nenek water filter, semua kitorang berdua.
Dah macam aku laki bini pulak yang kontraktor.
Kejap-kejap beli batu sungai nak bubuh dalam kolam.
Pastu beli kiambang.
Pastu beli ikan kap sikit-sikit. Nak beli sekali banyak mana nak cekau duit.
Asik perabis duit beli ikan kap je, kang takde duit nak makan, ada gak aku goreng ikan kap kau sekor-sekor.
Asal ujung minggu je laki bini basuh kolam.
Macam-macam la aku jumpa dalam kolam tu. Screwdriver ada, spanar ada, selipar aku pun ada.
Tu si Redza punya keje.
Kitorang punggah ikan bawak keluar ke besen sementara, pastu cuci kolam, bagi penuhkan balik kolam ngan air, pastikan letak cecair penghapus klorin, kang tak pasal mampus ikan aku minum air klorin.
Wuiii letih nak menjaga ikan.
Aku jaga anak aku pun tak letih macam ni.
Tempat tidur ikan bersih tetiap minggu. Cadar bilik sendiri kadang-kadang 2 minggu sekali aku ganti. Camne tu?

Nampak tak frame batu 3 ketul kat dinding kolam tu?
Tu jenuh nak mengangkut weiii.
Takleh muat sekali trip. Kena 2 kali.
Menggigil-gigil aku angkat batu ni berdua ngan En Wan.
Nak murah punya pasal, terpaksa angkut sendiri.
Terangkat bicep-bicep aku pikul batu ni. Binawe betul. Bangla pun tak kerahan tenaga macam ni okeh.
Punyalah gigih kitorang nak hias rumah. Perasan dah cantik nau dah tu.

Pastu malam-malam feeling duduk tepi swimming pool.
Laki bini bancuh teh sorang se-mug duduk kat tepi kolam makan kepok lekor kejung cicah sos. Pehhhhh! Dia punya feeling aku cakap kau.
Bayangkan kau angkut batu, kau angkut pokok, kau angkut simen nak buat kolam, kau pasang wiring, pasang sendiri motor, rasa bangga gila dapat siapkan kolam.
Walaupun airnya memancut kes kes kes kes kes kes kes. Laju lagi air kencing Redza. Tapi takpe. Janji ada bunyik air.

Bila ada rezeki beli rumah baru, benda pertama yang jadi keutamaan - MESTI ADA TANAH KAT TEPI!

Alhamdulillah, dapat beli rumah end lot with land.
Keluasan pun besar sikit.
Bila besar sikit, macam-macam la masuk dalam plan.
En Wan dah pastinya aim nak cantikkan laman rumah. Ada tanah la katakan.
Berhabis ni beli rumput, beli pokok besar, punyalah tak menyabor nak tunggu pokok tu besar.
Nak masuk rumah baru dengan laman dah cantik kononnya.
En Wan plan nak buat kolam ikan lagi besar dari sebelum.
Citernya gitu lah...


 Ni gambar-gambar terawal time dah masuk rumah baru.
Masing-masing puas hati la kiranya ni taman dah siap ada pokok.
Maklumlah, rumah yang dulu rumput selai pun takde.


 Ada laman kat tepi rumah.
Disebabkan excited gila, tetiap malam pasang semua lampu tepi dinding ni, nak bagi effect cantik kat lama la konon. Padahal semua pun duduk dalam rumah. Takde sorang pun bersidai kat tepi ni, tapi sebab excited punya pasal, pasanglah kau lampu sampai ke pagi.


Depan belakang tepi rumah semua ada pokok.
Macam melepas geram je masing-masing kali ni rumah boleh letak banyak pokok.
Memang berhabis duit untuk beli pokok-pokok je.


Tak cukup ngan pokok, beli pulak wakaf.
Dulu bersila tepi kolam ikan.
Ni ada ruang lapang sikit dapat lah bubuh wakaf, buat-buat tempat melepak minum-minum katanya.

Wahh, terasa cantik nau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tu dulu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hah, nak sangat pokok. Hambik kau.
Ni pemandangan tepi rumah aku skarang.
Ni gambar fresh ni, baru ambik petang tadi.
Pokok ke mana, kolam ke mana, tetiba ada kebun sayur kat tepi rumah.
Ada kesum, ada cili padi, ada terung, ada daun kari....


Siap ada ubi lagik.
Nampak nau rumah orang Jawa. Siap tanam ubi bagai.
Pastu tanam sembarang je. Dah takde susunan dah. Asal ada tanah je terus cocok.


Tapi sebenarnya ni semua bukan keje kitorang.
Tapi mak mertua aku. 
Inilah yang dikatakan sod ba ro. Hahahaha.
Biasalah kan, orang tua.
Mak mertua aku memang asal dari kampung dan rumah dia masih di kampung. Dah biasa keliling rumah tanam kesum, bunga kantan, cili, serai, pandan, kencur, kucai dan segala tok nenek pokok yang aku pun tak kenal.
Alangkan asam keping pun buat sendiri. Tak mainlah beli kat kedai. Kalau belacan tu boleh tanam pun agaknya mak aku tanam.
Ni pun dah kira berkurang dah ni.
Hari tu siap ada betik bagai.
Betik tu pulak mak aku tanam 10cm je dari pokok pinang En Wan ni. Kira memang huru-hara lah laman aku skarang. 
Tak cukup dalam rumah, depan rumah pun mak aku tanam serai.
Siap dia kata nak tanam serai kat tanah depan jalan.
Cepat-cepat aku cover line "Eh takleh mok, tanah tu Sime Darby punya. Kang kena tarah kang, naye je".

Mak mertua aku ni bukan apa.
Dia stress tengok aku pi beli serai, daun bawang, cili api kat pasar.
Dia asik la dok bandingkan harga kat Giant ngan harga kat kampung.
Aku kalau beli barang kat Giant, rasa nak bukak je tanda harga.
Kalau mak aku nampak harga cili kat Giant tu mampus hidup balik dia tak kasik aku beli.
Sebab tu asal dia balik Tganu je, dia angkut timun, cili, bawang, kadang-kadang sos cili, kicap, semua dia belikan dari sana.
Sanggup dia bawak berbeg-beg turun naik bas.
Sekarang kitorang tak bagi dia naik bas.
Apa-apa hal nak balik Tganu, kitorang belikan tiket flight.
Sebab aku taknak dia angkut segala barang kat Tganu tu bawak balik sini. Kalau dia balik ngan bas, macam-macam dia nak bawak balik. Aku takut je dia tertonggeng tengah jalan nak membawak semua benda tu.
Bukannya mahal mana pun barang-barang kat Giant tu, tapi biasa la kan orang tua. Alergik dia kalau benda boleh dapat murah tapi kitorang beli dengan harga mahal.

Aku ngan En Wan cakap tak kisah lah.
Biar lah mak nak buat apa pun kat laman ni. Kalau dia nak tanam pokok getah pun aku redho. Boleh gak aku blaja noreh.
Buat masa ni aku ngan En Wan padamkan dulu niat nak mencantikkan laman.
Aku cantikkan muka aku je lah dulu.



Aku tau kebanyakkan pompuan kalau nampak ni mesti menjerit punya.
Tapi takpe, bak kata sorang ustaz "Hanya ibu saja boleh cakap apa saja, boleh buat apa saja".

Kuali ni takleh guna dengan sudip besi. Kena guna sudip kayu.
Aku tak cakap pun kat mak aku yang kuali ni hanya boleh digunakan dengan sudip kayu.
Aku taknak dia rasa tak bebas buat itu ini kena bersyarat.
Tapi everytime aku masak, aku akan guna sudip kayu dengan kuali ni.
Mak aku cakap "Payoh Diana guna sudip kayu, pakai sudip ni lah", sambil hulur kat aku sudip besi.
Terpisat-pisat aku menggoreng dengan penuh hemah takut kuali calar.
Sekali aku tengok mak aku guna hah kau, prang prung prang prunggg dia kaup guna sudip besi.
Adeh, gelak dalam hati je aku.

Tapi kan, come to think of it, apesal la yang aku nak sayang-sayang sangat ngan kuali??
KUALI je kot.
Dah tau namanya cuma kuali, sape suruh beli mahal-mahal kan. Beli je lah yang murah. Bukannya kalau murah nama dia jadi Kualo. Kuali jugak namanya.
Beli je la kuali kat Padang Besaq pasni.

Takpe, takpe.
Kuali je pun...takpe.
Bak kata En Wan RM500 je pun.

Ye lah.
Langkawi memang belakang rumah aku je.
Esok boleh gi beli.








Jiran, boleh diharap?

$
0
0

Takut pulak bila baca berita pasal kes bunuh and rogol kerani sekolah agama kat Johor tu.
Mula-mula tangkap 6 orang Nepal, disyaki terlibat dengan kes bunuh tu.
Tup tup hari ni jiran sebelah pun disyaki??
Omigod.

Kang kalau trust no one, orang kata kita paranoid.
Nak buat ramah sangat pun, takut nanti terbabas bagi info yang tak sepatutnya kat orang luar, walaupun jiran sebelah rumah.
Kang kalau buat dek, orang kata kita menyombong tak tentu arah.

Dulu, mak aku pesan kalau ada duit sekalipun toksah la beli rumah sebijik-sebijik (banglo), nanti tak kenal orang sebelah-menyebelah. Sok kau mati keras terbongkang sorang tak tau.

Tu dulu.

Now, belum tentu jiran sebelah rumah baik.

Yang kes budak kena culik kat Kajang.
Mati-mati ingatkan pemandu teksi tu terlibat.
Rupanya jiran sebelah rumah jugak punya hal.

Dulu ada kes ustazah kat Kelantan mati kena rogol and bunuh dengan jiran sebelah rumah jugak. Yang suami dia keje kat Saudi tu.
Tu cara-cara ustazah tau.
Yang pakai tudung labuh, baju longgar.
Pun jadi mangsa.
Kalau dah namanya setan, pedulik apa dia kau bungkus badan kau 8 lapis baju pun.
Orang kalau nak buat jahat ni, payah macamana pun kalau dia nak, dia akan buat.
Tapi tu bukanlah bermakna kau boleh keluar rumah separuh bogel.
Berpakaian tu kalau boleh biarlah senonoh.
Cuma ni bukan isu pakaian, tapi masalah individu.
Nak kata sakit otak, tak jugak, Sebab dorang ni bijak penuh dengan strategi.
Aku pun tak tau dorang ni sebenarnya sakit apa. Sakit nak mampus kot.

Bila kes-kes macam ni berleluasa, dah buatkan aku makin takut nak tinggal kat rumah.
Dulu takut duduk luar rumah.
Sekarang ni duduk dalam rumah pun aku takut.

Teringat kes a few years back kat Putra Heights ni jugak.
Suami keluar pi keje, rasa tak sedap hati sebab wife tak call-call bagitau dah sampai ke belum.
Rutin harian dorang everytime wife sampai ofis dia akan call suami bagitau dia dah sampai.
Alih-alih pagi tu senyap.
Suami call rumah takde orang angkat padahal bibik ada kat rumah.
Mujur dia balik rumah.
Tengok-tengok bini ngan bibik dah kena ikat.
Nasib dia tak rogol.
Rupanya penyangak tu dah standby semalaman duduk atas siling rumah.
Macam tak leh brain kan kau sanggup semalam duduk atas tu berpanas berbahang semata-mata nak rompak rumah orang. Memang musibat betul.

Now aku rasa aku dah tak berani nak duduk kat rumah sorang-sorang.
Dah tak macam dulu.
Dulu, siap boleh tido 2 malam kat rumah sorang-sorang. Taknak ikut Mak Aji balik kampung.
Padahal cuti raya Cina, jiran sebelah-menyebelah pun takde. Semua pun balik kampung.
Tapi aku berani.
Aku cuma takut hantu je dulu.

Jiran-jiran kat kawasan rumah Mak Aji lagi best.
Nak gi mana-mana siap bagitau, siap bagi kunci rumah lagi mintak tolong bagi kucing makan, siramkan pokok bunga, angkatkan baju kat ampaian bagai.
Punyalah beza dulu dengan sekarang.

Sekarang kita nak buat balik macam tu pun nak kena berpada-pada gak.
Orang suruh kita bersangka baik.
Tapi sorry lah, aku memang payah nak bersangka baik dah sekarang ni kalau bab-bab macam ni.
Lantak kau lah nak kata aku kera sumbang ke, sombong bodoh ke.

Kadang tu budak-budak tekan loceng nak beraya pun aku tak bukak.
Biarlah orang nak kata aku sombong ke apa ke.
Kalau kau tak sombong, kau je lah pelawa budak tu masuk beraya rumah kau.

Sama la jugak situasinya kalau buat open house.
Buatlah khemah 77 bijik pun, ujung-ujung orang masuk ke dalam rumah jugak.
Tapi ye lah, dah nama pun beraya, takkan tak bagi orang masuk rumah ye tak?
Kang orang kata kita berlagak lak. Macamkan rumah kau cantik sangat taknak kasik orang masuk.
Tapi tu lah, alangkan jiran pun sekarang ada yang mental, lagikan orang yang kita jarang nampak depan mata.
Serba salah.

Lagi satu, aku paranoid sikit dengan orang-orang yang buat keje kat rumah aku.
Contoh macam orang yang buatkan wiring, yang datang pasang kipas, yang datang plaster siling..semua ni dah jadi satu perkara yang menyusahkan hidup.
Kita jadi cuak bila bawak masuk orang luar ke dalam rumah.
Macam kita bagi dia ruang untuk perati apa yang ada dalam rumah ni.
Rumah aku memang takde apa pun.
Macam rumah orang lain jugak. Basic things like TV, kerusi, meja, bla bla bla.
Tapi cuak la jugak kan bila kita dah bagi orang luar datang masuk rumah.

Baru-baru ni tengok video CCTV yang went viral pasal sorang mamat ni berlakon mintak tolong terbongkok-bongkok depan rumah konon macam baru lepas kena belasah.
Rupanya kat sebelah tangan dia dah standby pisau.
Bila takde orang keluar tengok dia, elok je dia blah. Takde pun terbongkok-bongkok.

Kadang-kadang aku jadi serba-salah nak tolong those yang datang dari rumah ke rumah mintak sumbangan atau jual apa-apa.
Sebab aku kena pikir jugak.
Aku ni bukan hidup sorang. Dalam rumah aku ni ada anak, ada mak mertua.
Kalau nasib tak baik yang tekan loceng tu spesis setan, sodoqallahualazim lah jawabnya.

Dulu zaman aku free hair, selamba tapir je aku outstation sorang-sorang, parking kereta kat basement hotel.
Berjalan dengan konfiden pakai skirt pendek belah sampai peha, baju sleeveless, sengaja je bukak coat. Feeling-feeling Lupita N'yongo.
Takde terlintas rasa takut apa-apa pun.
Padahal guard kat bawah tu semua Nepal Bangla.
Boleh pulak aku say Hello kat dorang.
Ewahh, macam bagi green lite je.

Kalau customer ajak jumpa pun, selamba je aku masuk kereta dia.
Padahal baru first time jumpa that customer.

Tak tau la apa yang aku pikir time tu.
Macam takde pikir takut lansung.

Now, kes-kes bunuh dah jadi macam benda biasa.
Dulu kes bunuh and rogol jadi kat tempat-tempat sunyi.
Sekarang dah tak kira tempat. Asal sempat je, rogol. Asal sempat je, bunuh.
And cara membunuh tu pulak kejam-kejam sangat ntah apa la dosa Hamba Allah tu kat kau sampai kau nak bunuh kejam sangat.
Tak paham aku apa masalah dorang ni semua.
Kang dorang tak apa-apa, lama-lama aku yang sakit jiwa hidup dalam ketakutan.








Lembab sangat ke hospital kerajaan?

$
0
0



Kelmarin ada viral kes Hospital Kuala Pilah (kalau tak salah aku ini hospitalnya).
Kes ibu bersalin dengan nurse.
Semalam pun aku nampak ada cerita pasal hospital kerajaan jugak, tak ingat hospital mana.
Kebanyakkannya cerita pasal nurse yang biadap.
Ada jugak cerita pasal dokter yang tak efisien.

Tapi kebanyakkannya cerita berdsarkan pemerhatian tak sampai seminggu.
Ada tu masuk hospital hari ni, lusa dah keluar.
Majoriti yang masuk hospital sebab bersalin lama mana pun duduk kat hospital tu.
Jadi, sebenarnya pemerhatian 3-5 hari belum boleh dijadikan kesimpulan untuk apa-apa cerita.
But tak dinafikan, masalah biadap ni memang wujud kat mana-mana pun.
Tak payah jadi nurse pun boleh biadap jugak.
Bersepah orang biadap, nak-nak lagi kat ruangan komen media sosial.
Tu semua ntah apa lah kejernya.

Ni aku nak cerita pengalaman aku lepak hospital kerajaan.
Bukan 2,3 hari.
Tapi 28 hari!
Lepas tu sambung 29 hari lagi untuk jaga Rayyan kat NICU.
57 hari check in spital.
Cukup untuk membuatkan aku layak menjadi maskot Hospital Serdang. Tapi aku tolak tawaran tu.

28 hari pertama sebagai penduduk tetap wad bersalin, macam-macam cerita aku dapat.
Dari pemerhatian, dari pendengaran, semua ada.

Tipulah kalau nak kata semua nurse and dokter kat sana serasi dengan kita.
Memang ada 1-2 orang yang cam harem sikit tapi tu bukan masalah profesion tapi masalah individu.
Contohnya macam aku lepak kat SALAM time Rayyan sakit dulu.
Tu private tau, bukan hospital kerajaan.
Secara lojiknya kita bayar mahal, service pun kena la tip top.
Tapi cam puaka jugak.
Nurse siap tido kat kaunter. Aku pulak yang kejutkan dia untuk bagi anak aku ubat tengah-tengah malam.
Tu belum lagi dengan dokter yang 'bertauliah'.
Takat buat round je.
Mulut anak aku pun dia takleh bukak untuk check tekak. Pastu buat macam-macam assumption. Ambik darah test denggi, test apa ntah lagi nama penyakit tu. Last-last dia nak tranfer Rayyan ke Colombia Asia Puchong buat MRI!
Aku macam....weh, kebangangan apekah ini siap nak suruh buat MRI sedangkan masa tu baru beberapa hari.

Last-last aku sendiri sign untuk keluar hospital and bawak Rayyan pi DEMC.
First attempt, dokter DEMC berjaya bukak mulut Rayyan (Rayyan dulu penakut makan ubat jadi dia kemam mulut taknak bukak), rupa-rupanya tonsilitis. Patutla demam tak kebah-kebah.
Kenyang dokter kat SALAM tu kena maki ngan aku.
Tapi aku maki hamun depan En Wan je la.

Kat situ je aku dah boleh nampak, ini bukan isu hopsital tapi isu individu.

Masa aku kat Hospital Serdang, alhamdulillah.
Agaknya sebab aku ada komplikasi nak bersalin, jadi payahnya kat situ.
Tapi senangnya pulak bila nurse-nurse and dokter semua ok je.
Mungkin nasib aku baik kat situ.

Memang ada 1 kali jadi kat aku dokter tersalah cucuk jarum.
Merana jugak la semalaman tahan sakit.
Tapi sepanjang 28 hari, tu lah sorang and baru sekali dokter buat slack. Selebihnya ok.
Nurse-nurse kat wad tu pun semua ok je.

Disebabkan aku dah taraf-taraf maskot kat dalam wad tu, orang lain masuk 3 hari dah boleh balik, masuk 5 hari dah boleh balik, aku 5 minggu kat situ jugak berkampung tak balik-balik.
Jadi pengalaman aku lebih la sikit dari dorang semua.
Memang ada jugak aku dengar nurse sound mak-mak yang kesakitan nak bersalin yang jalannya baru bukak 6cm.
Ada nurse tu cakap "Dokter handle la pesakit ni, saya dah tak tu dah nak buat apa, asik nak meraung je"
Memang sakit hati dengar. Apetah lagi kalau ahli keluarga dengar nurse tu cakap depan-depan.
Tapi again, itu masalah individu, bukan hospital.
Sebab dalam ramai-ramai, cuma sorang je mulut lanch macam tu.

Ada jugak pesakit dah sakit tak tahan sangat, si suami pun dah mintak untuk sign surat kebenaran isteri dibedah, tapi dokter cakap "Cubalah dulu dik, mak-mak kita dulu semua bersalin ikut bawah, boleh je".
Memang sakit ati wei dengar.
Sebab aku pernah pengalaman masa nak bersalin Redza, 15 jam tahan sakit sampai biru kuku kaki semua tapi jalan tak bukak-bukak. Bukak 1cm je.
Dah tak tertanggung dah azab sakit time tu.
Dia punya sakit tu macam tulang pinggang kena lipat ngan tulang bontot. Azab nak mampus.
Aku tak tau apa reason dokter suruh jugak bersalin normal walaupun suami desak untuk dibedah.
Yang tu kena tanya dokter-dokter sekalian apa rasionalnya.

Masa aku baru nak check in kat Hospital Serdang, kena masuk wad kecemasan dulu.
Kalau ikut pemahaman aku (kita semua), yang masuk wad kecemasan tu mestilah perlukan rawatan segera. Nama pun cemas kot. Bayangan dokter berlari ke sana sini, nurse tolak troli laju-laju, hiruk-pikuk nurse jerit panggil dokter ala-ala scene Pearl Harbour.
Itu namanya CEMAS. Sebab tu masuk wad kecemasan.

Tapi aku lepak wad kecemasan 3 jam.
Sejam baring sebab kena injek. Lagi 2 jam duduk kat ruang menunggu.
Itu definisi kecemasan kat hospital kita.

Aku rasa itu memang normal.
Bukan nurse lembab buat keje.
Tapi nama KECEMASAN tu yang membuatkan semua gabra dan expect segalanya berlaku dengan pantas.
Memang akan ada certain cases yang ditreat dengan sangat cepat. Yang ni memang betul-betul kes cemas tara-tara nyawa ikan kot.
Tapi kalau kes patah kaki tu belum cukup cemas rasanya.

Sebab masa aku retak kaki year 1999 dulu, aku melepak 3 jam jugak kat ruang menunggu wad kecemasan Hospital Kajang. Cemas tak dengar?
Nurse letak pengampu kayu kat belakang betis and balut ngan kain anduh je janji kaki tak gerak sangat. Tu cuma syarat sementara nak tunggu giliran kena simen. Kaki aku dah mula bengkak dah. Mak aku memang gelabah dah. Kaki dah bengkak kot tapi tak disimen-simen lagi.
Tapi dah itu memang prosedurnya, nak wat camne.

Masa kitorang satu famili accident year 1988 kat Tampin, sama jugak.
Memang semua menunggu kat wad kecemasan.
Tapi cuma Mak Aji je yang betul-betul dirawat macam kemcemasan sebab blood pressure naik mencanak-canak.
So aku rasa hospital ada guidelines dia sendiri siapa cemas siapa tak cemas.

Orang kata kalau nak dirawat cepat baik gi hospital swasta.
Tu dulu baiii. Zaman hospital swasta tak ramai orang pegi. Now hospital swasta pun kena queue jugak. Orang dah ramai ke swasta. Nak tak nak, kau kena tunggu jugak.
Kalau nak comparekan service, memang hospital swasta layanannya lebih mesra.
Mau tak mesra, kalau harga bilik satu malam RM700? Bilik pulak setakat berapa puluh je. Pesakit tak ramai, jadi nurse and dokter pun takde lah se-busy yang kat hospital kerajaan.
jangan bandingkan servis hospital kerajaan yang bilik pun tak cukup.
Kau dapat bilik pun dah cukup bagus.

Nak murah, tapi nak layanan mesra, servis cepat, bukan tak boleh. Boleh.
Tapi bergantung pada individu. Sikap dorang sendiri dalam pikul tanggungjawab.
Samalah macam kita, gaji dah la ciput, kena buat keje macam-macam, siap kena gantikan keje orang lain bagai. Rasa-rasa camne? Boleh laju tak keje kita?









Sejarahnya begini

$
0
0

27 Disember 2011, for the first time aku jual shawl kat blog.

Tak pernah plan pun nak jadikan jual-jual shawl ni satu real bisnes.
Maybe masa tu aku pun dah ada bisnes to run, jadi aku anggap jual shawl ni saje nak seronok-seronok sebab dah alang-alang aku beli untuk pakai sendiri.
Lagipun punca sebenor aku start jual shawl tu sebab aku yang nak pakai.
Year 2011 aku dah start bertudung, tapi malas nak keluar masuk kedai belek-belek tudung and shawl, jadi yang paling senang adalah, tengok katalog and order terus.
Masa tu, aku tak reti lagi nak gugel shawl-shawl online kat Malaysia ni. Rasanya aku pun tak tau kewujudan dorang ni semua.

Kebetulan principal untuk barang-barang biotech aku ada yang dari China and Korea.
Memandangkan aku memang rapat ngan dorang and selalu sangat berurusan barang-barang biotek, kadang-kadang discussion tu dah meleret-leret ke kisah baju-baju. Biasa la kan, dia pun perempuan gak.
Selalunya, kitorang skype.
So bila aku dah bertudung, dia perasan yang tudung aku bersilih-ganti.
Dia cakap dia tak tau pulak scarf (shawl) tu boleh dipakai kat kepala. Sebab kat sana orang pakai lilit kat tengkuk je.

From there aku start berurusan dengan dia, mintak dia tengok-tengokkan shawl yang cantik-cantik.
Melalui dia lah aku bawak masuk shawl-shawl aku.
Sebab tu bila ada reader mintak aku ajar kat mana nak beli shawl kat China, SORRY, aku tak tau.
Sebab shawl yang aku bawak masuk sebagai Fleur by Mrs Him semuanya dari Beijing sebab principal aku kat sana.



Shawl pertama Fleur by Mrs Him.
China kan famous dengan silk, so kebanyakkan shawl aku awal-awal dulu adalah silk.
Mahal lah sikit, tapi cantik.
Cuma shawl China ni kebanyakkannya transparent, jadi kalau nak pakai inner tu pastikan yang inner tutup leher.

Awal-awal untuk test market aku tak bawak banyak. Aku bawak masuk 30 helai je.
Lagipun shawl ni pos sekali dengan barang-barang biotek aku, so aku malas nak bawak banyak sangat sebab shipment barang biotek aku consolidate dengan distributor kat Singapore, kang dia pelik lak apesal di celah-celah kit biotek ada kain.

Respond sangat bagus.
Disebabkan shawl pun bawak sikit, kejap sangat terus sold out.
Ada yang suruh re-stock.
Tapi shawl aku, aku tak pernah restock. Sebab principal aku ni baik, dia tak mintak komisyen pun belikan shawl, jadi aku serahkan pada dia je. Aku segan nak mintak dia patah balik ke kedai untuk re-stok.



Ni shawl batch kedua. Agak cepat gak stock shawl aku bersilih ganti sebab stok kit biotek aku akan di-order setiap 2 minggu, jadi setiap kali aku bawak masuk kit, akan ada shawl sekali. Selalunya gitu lah. Melainkan principal aku busy takde masa nak gi tengok shawl untuk aku.
Yang best tu semua shawl aku jual pakai gambar shawl je buta-buta.
Tak pakai model pun sebab tak plan pun ke arah tu.
Lagipun time ni aku bawak shawl masih 30-40 helai je. Gila tak balik modal kalau nak pakai model.

Tapi sebenarnya aku suka sangat shawl China sebab cantik-cantik cuma dia jarang.
Tapi kalau kau pakai shawl dengan lilitan yang standard (macam aku pakai now), takkan nampak leher punya sebab dia lilit 2 kali. Dan semua shawl yang aku bawak masuk dulu, sehelai pun aku tak dapat untuk diri sendiri. Yang aku dah pakai pun ada orang nak beli gak.



Ini satu-satunya shawl dari China yang aku re-stock sebanyak 3 kali.
Sebab gila vahavi dia punya respond.
Batch yang pertama sold out in a few hours je.
Bermula dari shawl ni lah aku dah start bawak masuk shawl dalam kuantiti yang banyak.
Orang kata aku jual shawl ni harga murah (cuma RM63/pc) sedangkan shawl yang sama jual kat Jalan TAR RM150/helai.

Aku pun pun tak tau rupanya shawl ni ada jual kat Jalan TAR.
Patutla ramai serbu beli shawl ni kat aku. Aku jual murah nau.
Maybe sebab principal aku ni pandai tawar-menawar, dan dia ambik direct dengan orang sana.
Kebanyakkan kedai kat Jalan TAR tu kadang wholesaler yang ambik atas orang atas orang, ntah berapa kali orang berpindah tangan, sebab tu jadi mahal sikit.
Lagipun dorang nak bayar sewa kedai, pekerja, maka lojik lah kalau jual mahal.
Aku jual kat blog je. free.



Dah start buat shawl sendiri.
Tapi still, aku berurusan semuanya secara online.
Aku tak pilih kain sendiri pun.
Yang ni aku kenal orang atas orang dengan tailor di Bandung.
Aku bagi darft lukisan aku, pastu bagi artwork label, dan aku serahkan dia bualt-bulat untuk pilih kain untuk aku. Aku cuma nak tau shawl aku siap je.

Walaupun masa ni shawl bisnes Fluer by Mrs Him dah ada follower sendiri, and dah ramai di kalangan reader yang tanya-tanya bila next shawl akan sampai, tapi aku masih lagi tak anggap ini series bisnes. Aku masih anggap XZIZ Biotech adalah real work aku. Sebab tu aku tak kuasa nak sertabutkan kepala otak aku dengan mikir apa kain nak pakai, apa motif nak pakai, bla bla bla.
Dengan kata lain, aku masih lagi 'main-main' dengan shawl bisnes ni.

Jual shawl pun pakai muka sendiri.
Pakai muka sendiri tahan lagi.
Ni main selfie je gambar tudung, tu yang tak boleh blah tu.
Gila konfiden jual tudung pakai muka sendiri.
Snap kat bilik Redza pulak tu. Dengan background buku berterabur. Pehhhh! Kau mampu?




Dah semakin tak boleh blah dah tahap konfiden aku.
Masih lagi yakin boleh dengan muka sendiri.

27 Julai 2013, aku start produce jubah pertama.
Masih lagi tak pilih kain, cuma serahkan bulat-bulat pada deisgner.
Oh, yes, masa ni aku dah hire designer.
Tapi aku hire project basis.
Aku bagi dia drawing aku, pastu dia transformkan ke lukisan yang lebih cantik, bila aku setuju, dia proceed pilih kain based on warna-warna yang aku nak.
Bagus deisgner ni sebab dia paham lukisan aku. Sebab kadang-kadang aku pun tak paham apa aku lukis.
Pilihan material dia aku puas hati.
Sepadan lah dengan harga. Kalau nak lebih cantik pun boleh, cuma aku takde butik.
Selalunya kalau nak jual mahal-mahal, eloklah ada butik supaya orang boleh datang and rasa sendiri material yang kita guna. Baru dia puas hati.

Jubah pertama aku buat 100 helai je.
Masih lagi nak test-test market.
Tapi aku silap, disebabkan aku buat jubah untuk pakai sendiri, jadi aku tak ambik kira keperluan customer yang nakkan wudu' friendly and nursing friendly.
Jadi jubah ni slow sikit penjualannya. Dalam 3 minggu jugak baru sold out.



Aku start series bila shawl ni sold out 300 helai dalam masa 2 hari.

14 Oktober 2013.

Lembik pantat aku bersila atas simen membungkus shawl.
Tangan sampai terketar-ketar tulis consignment note sebab nak kejarkan takut Pos Laju sampai.
Masa ni huru-hara jugak lah sampai aku batalkan banyak appointment dengan customer semata-mata nak handle packing untuk shawl ni.
Masa ni tulis alamat customer sambil nangis sebab takut Pos Laju datang cepat sangat.

Waktu tu tengah trend shawl manik.
Sebab tu macam goreng pisang panas.
Ni lah yang dikatakan, do the right thing at the right time.
Pastu nangis buat packing.



Kali ni konfiden berganda siap pakai kasut pengawas bagai.

7 April 2014, aku produce skirt pulak.
Dan setakat ni, ni je lah sejarah skirt aku. Lepas tu aku tak order-order dah.
Sebab aku buat Fleur by Mrs Him dengan konsepnya "Aku pakai, aku jual".
Disebabkan aku tak berapa nak pakai skirt, jadi aku tak buat dah skirt. Gitu konsepnya. Boleh?

Pun skirt ni, aku serahkan bulat-bulat kat designer aku pilihkan kain.
Kau cariklah apa corak pun, tak kisah.



Website pun ada evolusi.
Ni website aku mula-mula sekali.
Website ni reader blog ni yang buatkan. Free lak tu. Hahaha.
Masa ni aku cuba pelbagaikan produk, dari candy jeans, cardigan, accessories.
Saje nak test market.
Semua pun aku serahkan pada principal aku kat China belikan.
Aku tadah diri je.
Sebab tu kadang bila barang sampai, warna dia lain dari apa yang dia update kat aku.
Suka-suka hati dia je. Gasak kau lah.

Kiranya aku takyah pi China pun sebenarnya untuk kenal tempat shopping and bawak stok.
Sebab aku ada 'kaki' kat sana.
Cuma kekurangannya, aku tak dapat pilih sendiri la, semua serah kat dia je.


Lepas tu bertukar ke camni pulak.
Yang ni adik aku, Ibal buatkan.


The latest website.
Yang kali ni aku puas hati lah.
Sebab segala tok nenek application yang aku perlukan semua ada kat dalam ni.
Senang untuk aku buat sales projection.



Aku pun dah tak jual muka sendiri. 
Dah start pakai model.
Cermin bilik Redza pun dah tak berapa nak laku.
Kalau cermin tu bernyawa, bersyukur dia. Takde dah kena hadap muka aku selfie tetiap kali stok masuk.

Bila pakai model lagi senang.
Apetah lagi profesional model.
Kadang tu, aku tak tunggu pun dorang shooting.
Aku hantar baju, brief lebih kurang, pastu blah. Habis shooting kang aku datang balik untuk buat payment.
Lebih memudahkan kerja and tak banyak makan masa aku.
In between tu aku boleh siapkan keje-keje lain.

Bila aku browse gambar-gambar model ni semua, tak sangka pulak bisnes tudung yang mulanya just sebab nak penuhkan almari sendiri, will grow into serious bisnes.
Tapi aku belum rasa lagi brand Fleur by Mrs Him layak masuk market.
Sebab aku masih lagi juggle time dengan bisnes XZIZ Biotech. Dah la XZIZ Biotech baru release GreenAard, so boleh dikatakan Fleur by Mrs Him ni masih lagi 'series syok-syok sendiri' kind of bisnes.


Tahun bila ntah ni Fleur by Mrs Him masuk Saffiya, lupa dah.
Tapi sebenarnya time ni aku tak layak pun lagi masuk Saffiya.
Sebab website pun time ni website basic gila. Produk pun tak banyak.
Tapi wartawan ni suka aku agaknya, sebab tu dia interview. Hehehe. Sape nama wartawan tu aku lupa pulak.


Insyallah, tak lama lagi Fleur by Mrs Him ada show room sendiri.
Now mandor aku 2 orang tu (dalam gambar) tengah busy ulang-alik ke sana untuk monitor kerja-kerja. Kat Putra Heights je, senang aku nak ulang-alik.
Terima kasih kat semua especially reader blog ni yang banyak support Fleur by Mrs Him.
Brand ni takkan grow dengan sendirinya tanpa korang.
Terima kasih banyak-banyak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












SACC Mall pulak.

$
0
0


Sangat lah good news pemangkin nak buat keje pagi ni.
Aku baru je rasa nak procrastinate lebih sikit pagi ni.
Keluar-keluar bilik air nak Subuh tadi En Wan dengan excitednya bagitau "GreenAard dapat Mood Republik!"

Gila tak sangka.
Sebab tengok dia punya application gila bahabi punya banyak.
Dah la kena buat karangan okeh. Siap kena lukis plan booth nak buat macamana apa semua.
Siap kena bagitau apa produk yang akan kita release in 2016.
Nasib baik kebetulan memang tengah buat sales projection and marketing plan untuk apply research grant, takde la perah otak sangat.
Sebab aku dapat tau pasal application ni pun last minit sebab aku kan malas sikit layan IG.
2 jam sebelum tarikh tutup kelam-kabut siapkan proposal.
Berjela jugak la aku punya karangan.
Ada satu part tu dia tulis "...tidak kurang dari 100 patah perkataan, sila nyatakan...."
Nasib baik aku blogger tau. Blogger mana reti tulis pendek-pendek.
Instagrammer je suka tulis pendek-pendek. Hahaha.

Tapi tu la baca balik sms dia, kat Open Day Ahad ni dah boleh book event untuk sepanjang tahun 2016. Deposit RM2000 untuk 1 event.
1 event tau. Baru deposit tu.
Agak-agak berapa ribu nak kena standby ni. Luruh bulu-bulu aku camni gaya.

Cakap pasal menulis ni, aku time UPSR dulu, adalah satu penyeksaan batin kalau kena meringkaskan karangan.

'Tak lebih dari 90 patah perkataan'.

Seksa okeh! Seksa.
Sampai sekarang pun perangai aku, aku suka bagi explanation.
Aku suka bagi penerangan biar jelas and paham. Jadi, memang tak boleh la nak suruh aku cakap ringkas-ringkas ni. Kira macam kau bagi aku mic, memang lambat sikitlah giliran kau nak bercakap. Sebelum bagi aku mic, pikir dulu patblas kali.
Kalau nak suruh ringkas-ringkas ni, En Wan pakar.
Bukan takat karangan dia ringkaskan, dengan ayat-ayatnya sekali dia ringkaskan terus sampai kau tak paham.

Sayam (sayang).
Hilan (hilang).
Pak (empat)

Nyusahkan aku.



2 hari lepas aku dah start launch diskaun untuk Ephyra.
Diskaun RM38 untuk setiap pembelian RM200 atau lebih.
Kau boleh campur nak Inteemor and Collagen ke, atau nak 10 kotak skin bar saja ke.
Janji nilai dia RM200 ke atas, kod diskaun tu akan di-activate-kan.
Kalau rendah dari RM200, dia tak lepas.
Setiap orang akan dapat kod yang berbeza, dan kod hanya boleh digunakan 1 kali saja.

Kalau nak dapatkan diskaun ni, sila refresh blog ni lagi sekali and tunggu ada pop out window keluar.
Isikan details kat situ and tunggu kod diskaun akan diemailkan kat korang.
Lepas dapat kod, boleh ke www.greenaard.com untuk shopping Ephyra sebab Ephyra aku park kat website sana.

Aku akan create link untuk testimoni Ephyra di sana.
Now tak sempat lagi.



Yang tertunggu-tunggu harga promosi untuk GreenArd, korang boleh kepamkan duit tu dulu and tunggu sehingga Sabtu Ahad ni. Ramai-ramai gi SACC Mall Shah Alam sebab ada 100 booth kat sana termasuklah ada food truck and retis (aku tak tau sape retisnya, tapi ada).
GreenAard ada kat sana.
Macam biasa, harga kat booth of cos lah special.
Hanya RM75/botol. Ni masanya kalau nak simpan stok.
Tak aci beli online, kena pi sana beli kat booth baru dapat harga RM75 ni.

Booth ni kat open parking space tau, bukan kat dalam SACC.
Insyallah aku akan ada kat sana sekali.
Kalau ada sesape ada soalan tentang GreenAard atau tentang diet, kita boleh lepak discuss kat sana ya.



Dah alang-alang tu aku nak bagi tunjuk ni. Ni testimoni dari customer dealer GreenAard.
3 bulan ( 3botol) GreenAard akhirnya turun 14kg. Tapi dia mintak blurkan wajah, dealer aku macam terover blurkan gambar terus ni.
Tak bersenam pun, cuma dia nak cepat turun jadi dia stop pengambilan makanan bergula tinggi like air gas, kukis and kek. Budak ni memang determine gila nak slim ni. Nak kawen kot ni.

Sebenarnya sebulan turun 1-2kg pun dah ok.
Sebab penurunan bert badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu.
So kalau ada yang turun berat badan takat 1kg janganlah down.
Dah la kau tak payah exercise and tak payah sekat makan kan, lojikla kalau takat 1-2 kg je turun. Lainlah kalau kau exercise kaw-kaw tapi tak turun berat tu lain la cerita.
Budak ni adalah bukti konsisten itu memang penting.
Umpama kau nak kulit cantik, tapi pakai krim muka takat seminggu, pastu takde perubahan, kau stop.
Ingat krim tu magik ke pakai hari ni esok terus jadi Snow White?

Aku ada tulis a few artikel tentang why why why kat www.greenarad.com.
Boleh baca kat situ apa-apa yang korang nak tau pasal diet.
Seriously, it helps you to understand better how GreenArd bantu dapatkan berat badan ideal.
Testimoni semua aku letak kat sana. Boleh baca.








Biarlah aku dibalik tabir saja..

$
0
0


Kukis Mak Aji's oven.

Entry aku pada 5 July 2011.

After 5 years tak buat kukis ni, on that day aku buat balik.
Walaupun waktu tu dah 5 tahun tak buat this kukis, aku still boleh ingat sebijik-sebijik resepi dia.
Sebab inilah kukis yang aku buat menjak aku 13 tahun.
Kukis ni dikira kuih raya wajib kat rumah Mak Aji.
Kawan-kawan skolah aku kalau datang beraya memang akan cari kuih ni dulu.
Mana-mana yang musibat sikit tu pi dapur bawak keluar balang kukis ni terus. Siap kepit celah kangkang lagi. Cilaka sekor-sekor perangai.

Kawan-kawan Mak Aji yang mana close dengan dia mesti akan mintak tapaukan sikit kukis ni untuk bawak balik.
Aku takde la kata kukis ni sedap nau, tapi menjak aku buat dari umur 13 tahun, memang ini lah kuih yang orang tak segan-segan mintak tapau. Tak caya tanyalah adik aku Ima. Sebab dia la paling bengkek sekali kalau ada orang mintak tapau. Sebab dia tukang bubuh choc chips atas kukis tu so dia memang tau la betapa hazabedahnya nak bubuh choc chips kat 4 adunan doh. Dah la buat time puasa ok. Dia punya hazab tu extra sikit nak-nak lagi kena duduk tepi oven. Pulak tu dulu dapur Mak Aji takde kipas tau. Panas nak mampus. Lecak ketiak aku. Harap takde lah air ketiak masuk dalam doh. Memang sape buat slack kat tukang buat kukis time tu besar harapan kau yang aku masukkan dalam oven. Kau buat lah.

Mak Aji memang tak pernah buat kukis ni.
Dia cuma QC je.
Dia tukang rasa and check apa yang tak ok kat kukis ni.
Kitorang tunggu je kalau dia kata "Yang ni tak ok".
Yang tak ok tu la kitorang bedal kaw-kaw.
Kalau dia kata OK, maknanya kukis tu tunggu raya sok baru boleh makan.

Lepas aku naikkan entry pasal buat kukis tu, tak sangka ramai yang mintak aku jual.
Tapi disebabkan aku pemalas, jadi aku suggest Mak Aji buat. Aku tak suka dapur aku semak. Aku semakkan dapur orang takpe. Lagipun, dia takde apa nak buat kat rumah kan.
Mak Aji kata ok.
Raya tahun 2012 aku war-warkan kat blog.
Tak sangka memang respond sangat menggila.
Aku tak prepare yang respond akan jadi macam tu, sampaikan minggu kedua, Mak Aji kena beli extra oven and mixer baru sebab mixer yang aku guna menjak umur 13 tahun tu meletup! Gila heavy production, mau tak giveup mixer tu?

Masa tu memang huru-hara mak bapak aku kat rumah nak settlekan order.
Nak mencari kotak tu yang payah sebab banyak yang kena pos.
Sape yang order tahun tu memang tau lah apa jenis kotak yang dorang dapat.
Ada yang dapat kotak biskut Jacobs, kotak kasut Bata. Kotak Kotex je yang takde sebab kat rumah Mak Aji tak wujud dah bendalah tu. Kalau tak agaknya dengan kotak-kotak Kotex sekali bapak aku buat bungkus kukis.
Bulan tu jugak la Mak Aji 'borong' semua carton Ephyra nak buat isi balang-balang kukis dia.
Rumah jangan cakap la. Aku sendiri takut nak masuk rumah Mak Aji. Tak cukup kat dapur, sampai ke bawah tangga depan hall tu pun penuh dengan kukis.

Tapi tahun tu jugak la aku buat silap. Aku tak stopkan order awal-awal sebab tak jangka sambutan menggila. Seminggu sebelum raya masih ada lagi 400 balang nak kena siapkan. Dah la time tu Mak Aji takde pekerja sebab tak plan ambik pekerja pun, ingatkan order takat 70-80 balang je.
Last-last terpaksa refund duit-duit customer yang tak dapat kukis. Mostly yang refund ni yang nak bawak kukis balik kampung. Tapi ada juga yang insist nakkan kukis tu even dapat lepas raya.
Tanyalah Pak Aji. sampai raya ketiga dia masih lagi dok men-refund duit customer kat bank. Kesian bapak aku.

Tahun seterusnya, aku bukak offer untuk agen sebab aku taknak mak bapak aku habiskan masa kat membungkus and mengepos. Tahun tu jugak dah cari pekerja. Agen pun ramai. Semua stok agen kitorang hantar guna bas. Yang Sabah Sarawak je pos.
Dan kukis Mak Aji ni berterusan sampailah ke tahun 2015 ni.
Alhamdulillah, not only raya, tapi dah ada tempahan untuk wedding.

Termasuklah the latest untuk majlis pertunangan Cik Piah (Feeya Sinar FM).





Semoga kukis Mak Ajis's Oven semakin meluas pasarannya...hahahahaha.
Kemain ayat. 
Walaupun Mak Aji dah taraf retis now, biar lah aku di balik tabir saja....gitu.
Sebab ai rimas dengan paparazzi.

Memandangkan Mak Aji tengah busy nak prepare kukis untuk majlis Cik Piah 4 Disember ni, sesaper yang nak order kukis boleh la sekali harung Mak Aji buatkan, boleh email aku aveo757[at]yahoo[dot]com.


Get ready bakal pengantin 2016!



Untuk dapatkan rebate atau pelamin percuma, venue pilihan adalah seperti dalam poster.
Tapi katakan lah korang ada venue lain, boleh bincang dengan Sanggul Event ni sendiri.

TAPI

MESTI AMBIL FULL PACKAGE DENGAN SANGGUL EVENT MANAGEMENT.

Baru boleh dapat rebate RM3000 atau FREE pelamin.

DAN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

3 bakal pengantin terawal akan dapat 50 set kukis Mak Aji's Oven secara percuma untuk VIP.
Dah siap pack dalam botol/kotak cantik-cantik.

Free ya, FREE!



Ni lagi satu.
Aku lupa nak letak kat blog.
Tapi dah letak kat FB. 
Contest Share & Win GreenAard Poster.
Copy and save image ni pastu share kat FB masing-masing.
Tag FB GreenAard and tag sorang kawan korang.
Kalau menang, korang and kawan korang tadi akan dapat sorang satu GreenAard.










Kalau bangang Add Maths, jangan gatal ambik jurusan ada Add Maths.

$
0
0

Berderet masuk email nak order kukis Mak Aji.
Aku tak sempat nak reply all lagi.
Jadi aku dah buat form (refresh blog ni baru nampak form pop out) untuk korang isi details.
Nanti ada orang respond.
Kesian pulak ramai yang dari jauh nak order, yang mengidam. Mula-mula aku tak accept sebab aku yang gatal buat entry tu kan, so aku taknak Mak Aji susah nak kena bungkus apa semua sebab dia tengah prepare untuk majlis tu. Tapi takpe, assistant dia (Pak Aji) willing untuk buat keje-keje pembungkusan. Kalau dah nama bapak aku tukang bungkus, mohon expect kotak yang 'berseni' bila pakej sampai nanti ya. Entah kotak apa lah jadi mangsa pasni. Nanti aku mintak dia upgrade kotak sikit.




Semalam nampak ni kat newsfeed.

Add Maths.
Maths.
Fizik.

Bukan subjek yang aku minat menjak darjah 1.
Tapi disebabkan aku aim nak masuk aliran Sains, nak taknak aku kena hadap jugak subjek puaka ni.
Masa tu aku bajet, takpe, kena abiskan SPM je dulu.
Sok dapat masuk course yang aku suka kat U, takyah dah hadap Maths ni semua.

Esok nak exam Maths, malam tu aku boleh study subjek lain.
Sebab aku menyampah gila mengira.
Aku aim lulus je cukuplah.

Lainlah En Wan.
En Wan memang aku akui lah dia punya maths power gila.
Add Maths A, Maths A, ambik engineering entah berapa banyak maths lagi dia hadap.
Kadang kesian aku tengok Redza.
Budak tu Maths A dari darjah 1 sampai now, still tak dapat impress bapak dia.
Sebab A dia bukan 100%.
En Wan punya konsep, Maths ada 10 cara penyelesaian, tapi jawapan tetap 1.
So takde reason kau tak boleh dapat full marks.
Apake gila?

SPM aku Maths C3, Add Maths P7.
Alah, takde hal lah. Maths je pun. Bukan aku nak jadi engineer.
Dah terbayang depan mata bakal jadi ahli saintis.

Dapat masuk matrikulasi.
Sekali tengok subjek, eh cilaka betul ada maths jugak kat sini??

Nak taknak terpaksa hadap.

First year dapat masuk Sains and Teknologi.
Good.
Aku memang aim nak masuk sini pun.

First year best gila.
Semua subjek yang aku suka.
Walaupun Kimia ada melibatkan kira-kira tapi itu kira-kira yang aku suka.
Bio lansung takyah mengira, memang suka sangatlah!

Sekali second year ada Kalkulus and Algebra!
Bahabi betul.
Masa tengok list subjek yang kena complete next semester, rasa give up!
Sebab ada Kalkulus and Algebra.
Kalkulus Algebra sekolah menengah pun aku tak lepas, ni nak hadap taraf universiti punya?
Masa tu aku dah bajet CGPA mesti jatuh ni. Konfem.

Tapi bak kata budak yang buat status ni la, kalau kau ambik course yang ada subjek yang kau tak minat, maknanya kau sedang memperjudikan nasib kau.
But, dalam kes aku, aku lansung tak tau yang course aku ni ada subjek maths.
Dah second year kot. Takkan nak tukar course.
So nak tak nak, aku kena lalu jugak.

Aku dapat rasakan sepanjang aku kat UNIMAS, subjek ni lah yang aku paling pulun sekali sebab aku tau aku bangang sikit.
Dalam kelas ni lah aku tumpukan perhatian kaw-kaw.
Aku pastikan aku dapat dulu buku rujukan yang lecturer tu suggest.
Lepas habis kelas terus pi library (CAIS) untuk dapatkan buku tu.
Pastu aku kepam tak pulangkan that buku sampai habis semester. Aku rela bayar denda daripada buku tu terlepas kat orang lain.

Pentingkan diri sendiri?
Yes, memang.
Sebab kalau kau pentingkan diri kau, mesti kau sama-sama join aku pecut pi library book buku tu kan?
Tapi kau tak buat, so nasib kau lah.

Alah, buku tu ada 5-6 bijik kat CAIS. Kalau buku tu banyak demand, dah tentu pegawai CAIS carik aku sampai ke lubang cacing suruh pulangkan buku.
Sampai habis semester takde kelibat pegawai CAIS cari aku. Aku pinjam buku baru pun dia tak sound apa-apa. Nampak nau takde sape cari buku tu.

Bak kata status FB tu, ada yang kat skolah bangang maths, tapi kat U dia improve.
Mungkin aku antara orang yang lulus dalam perjudian tu. Aku dapat A that subjek.
Dah 20 tahun aku tinggalkan UNIMAS, aku masih lagi tak caya bila lecturer tu cakap ada 13 orang je dari satu dewan kuliah yang dapat A.
Sebab tu sampai sekarang aku rasa pelik apesal aku bangang sangat kat skolah dulu?

Ada kebenarannya kata-kata status tu, kalau tak minat, jangan perjudikan nasib.
Tapi kalau misi kau membuatkan kau terpaksa hadap perkara yang kau tak minat, adelah lebih baik kau teruskan.
Itu lebih baik dari kau buat sesuatu yang kau minat tapi kau tak nampak hala tuju dan future perkara yang kau minat tu.

Sebenarnya kalau tak minat pun takpe.
Sebab minat belum tentu buatkan kau ada rasa nak buat.

Kau hanya perlu fokus dengan misi kau.
Kalau kita fokus dengan misi, kita pasti buat dan pasti success.

Kebanyakkan budak-budak yang kerja jual credit card, jual insurans, MLM, asal-asalnya dia bukan minat sangat pun. Tapi dia ada misi. Kerana misi tu lah dia masih lagi buat kerja tu.

Ramai jugak yang buat sesuatu sebab minat.
Minat menjahit, tapi macam tu jugak la mesin jahit bersawang.
Macam aku, minat jadi ahli saintis konon, tapi aku tak penah apply pun keje untuk jadi penyelidik.

Bak kata UAI, minat memasak belum tentu rajin masak.



Memandangkan aku naikkan form kukis, jadi form diskaun RM38 ni aku turunkan dulu.
So kalau sesiapa nak diskaun ni, boleh email aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com.



Shah Alam memang awesome!

$
0
0

Mula-mula aku nak say sorry to readers yang susah-payah datang ke booth GreenAard kat SACC Mall Sabtu and Ahad lepas. Ada yang datang sampai 2 hari semata-mata nak jumpa aku. Ada yang datang pagi tapi aku takde, dia pi round tempat lain dulu and petang patah balik, tapi aku tak muncul-muncul gak. Aku bukan kelentong korang.

Sabtu memang aku plan datang lambat sebab aku ada keje opis nak kena siapkan.
Plannya, En Wan akan ambik aku tengahari untuk lunch sama-sama kat sana pastu aku lepak booth 2-3 jam before dia hantar aku balik. Aku tunggu punya tunggu dia tak sampai-sampai.
Aku dah siap settle apa-apa yang patut kat rumah, dia balik.
Bukak-bukak pintu rumah je terus terlentang atas lantai.

"Di..Di...ambik air. Abang nak pitam...abang nak pitam.."

Menggelabah jap aku.
Rupanya keadaan hari tu panas sangat, sampai nak pitam dia.
Nasib baik lagi dua orang kat booth memang dah biasa, jadi harap ke dorang je la jaga booth.
En Wan dah terbaring. Aku suruh dia tido jap.
Lepas asar, dia pegi, aku tak ikut sebab aku dah start nak buat keje aku balik.
Sebab plan asalnya ku pi tengahari, dalam kul 3pm macam tu aku dah kena balik.
Tetiba dah jadi hal macam tu, memang lansung aku tak dapat gi booth la jawabnya.

Ahad, aku ngan En Wan attend Open Day Mood Republik kat PWTC tu.
Katanya, majlis sampai kul 2pm je. Jadi aku plan lepas habis kat PWTC terus gi booth.
Nak tau kul berapa aku sampai rumah?
2 PAGI!
Bukan 2 petang tau, 2 pagi!

Memang terkilan sangat-sangat bila tak dapat lansung jejak booth sendiri.
Yang paling terkilan sebab En Wan kata ramai reader datang nak jumpa, tapi aku takde.
Ya Allah, sorry lah sangat-sangat.
Semalam aku kat PWTC menggelitik je rasa hati nak cabut balik bila kejap-kejap aku tengok gambar customer di-upload kat IG.
Frust!
Tapi nak buat macamana, aku pun takleh tinggalkan PWTC semalam.

Tapi Shah Alam memang awesome lah!
Hari Sabtu tu aku arrange untuk bawak 100 botol je.
Sebab booth kali ni kat luar bangunan, aku tak rasa ramai orang nak datang dalam keadaan cuaca tak menentu. Lagipun petang-petang Shah Alam selalu ribut. So sebelum booth aku terbalik dek ribut habis bergelimpangan stok-stok aku, baik bawak sikit je. 100 botol okeh lah kot kan.
Sekali tak cukup!
Pukul 8pm dah takde apa nak jual.
Padahal 8pm tu awal lagi. Just nice orang nak keluar berjalan. Ada yang datang dari Gombak nak beli 5 botol katanya tapi frust, stok habis.
Berganda-ganda frust aku hari tu.

Ahad, lagi huru-hara.
Aku mana pernah involve dalam event Mood Republik. Jangan kata jadi exhibitor, jadi pegunjung pun tak pernah!
Sejak GreenAard release on 13 September, kitorang dah attend 3 event.
Prosesnya simple je. Pilih booth secara online, bayar, and done.
Bila dengan Mood Republik, kitorang kena pi PWTC untuk pilih booth.
Kat SMS tu dia kata majlis 8am - 2pm. Aku laki bini pun melengggang pukul 7am still lagi kat mamak pekena mee goreng.
Lepas tu, tengah makan En Wan kata "Eh, dah ada orang tunggu kat PWTC dari pukul 4pm semalam la".

Aku mana layan IG sangat, aku suka main kat FB je.
Jadi, memang jangan haraplah aku tau apa yang terjadi kat sana kalau dia update kat IG.
Aku tertanya-tanya gak, apehal yang kau nak berumah-bertangga kat PWTC sampai 12 jam ni?
Kan ke dia pilih 500 vendor dah siap-siap. Wah, gitu. Konfiden. Bangang.
Aku sampai sana 7.45am, dah panjang gila orang queue. Aku nombor 335. Kah Kah Kah. Padan muka aku. Merasa la aku laki bini beratur.

Ingatkan masuk-masuk terus dapat pilih booth, pastu aku nak blah nak jenguk booth aku kat SACC Mall lak.
Rupanya ada sharing session kat dalam tu sampai kul 4.30pm!
Makan tengahari 430pm.




En Wan ajak makan kat Sunway Mall depan tu, tapi sebab aku malas nak jalan jauh, aku ajak makan kat Pacific Hotel tu je. Padahal Sunway Mall tu sepelaung je dari Pacific. Saje, aku malas nak melintas jalan.

Makan pun tak habis masing-masing sebab dah terlampau lapar, by the time makanan sampai, dah hilang selera.
En Wan muka pun dah lemau semacam, siap nak termuntah lagi sebab lapar sangat.
Dah la semalamnya tu dia tolong jaga booth, lagi la melepek member.

Pukul 7pm, nombor panggilan tak start-start lagi.
Kau bayangkan kalau nombor 1 pun tak kena panggil lagi, apa citer nombor aku yang 335 ni?
Tapi sebab dah alang-alang aku datang dari kul 7 pagi kan, apa salahnya kalau tunggu sampai 7 pagi esok pun, ye dak?
En Wan sempat balik Shah Alam pi tengok booth bagai, dia balik semula ke PWTC kul 12 malam, nombor aku lom kena panggil lagi pun.
Aku bantai gelak je ngan En Wan berdua. Tak sangka merasa aku laki bini berkampung demi Mood Republik.

Tapi teruk gak Mood Republik kena kutuk kat IG dorang semalam.
Ramai yang dikalangan datang tu tak puas hati.
Especially yang tunggu dari petang Ahad demi nak dapat nombor sebab takut booth dah habis.
Last-last ada yang nombor belakang-belakang dapat pilih booth dulu.
Lepas tu ada yang mintak kawan-kawan yang nombor awal tu ambikkan booth untuk dorang, nanti dorang bayar balik. Jadi, walaupun semalam nombor yang belum dipanggil masih banyak, tapi dewan dah nak kosong. Rupanya mana yang nombor hujung-hujung tu dah mintak those yang nombor awal-awal ni ambikkan untuk dorang sekali.

Nampak memang tak fair.
Tapi, aku memang percaya sangat kat rezeki.
Kadang tu kita rasa kalau kita dapat masuk program tu program ni, kita akan berjaya dan untung banyak.
Sebenarnya berbalik pada rezeki juga.
Kalau bukan rezeki kita, kita redha.
Kalau dah rezeki kita, kita bukak booth kat mana-mana pun, kalau kena dengan caranya, dan planningnya, rezeki tetap ada.
Takyah la nak sentap sangat hanya kerana tak dapat booth yang kita aim.
Life is short. Jangan sempitkan peluang anda. Banyak lagi peluang lain.

Untuk Mood Republik, aku dapat KL YES PWTC 2016 (Dec) and aku pilih Johor Raya Fest walaupun booth KL Raya Fest masih ada lagi.
Reason?
Takde reason, saje.

Februari depan GreenAard ada di Karnival Mega Sale JB and PWTC KL.

Tapi apa-apa pun Dec 2015 ni, jemput datang ke Bazaar Lepak Shah Alam anjuran FaizDickie.
GreenAard takde, sebab aku ada di luar negara insyallah.
Cuma 300 pengunjung akan dapat gift dari GreenAard. Aku tak tau macamana penganjur nak distribute free gift ni, tapi korang datang je lah kalau nak free gift tu.

Kat bawah ni antara gamba yang sempat di ambik kat booth.
Walaupun hujan benti hujan benti berkali-kali, tapi crowd GLAM MARKET tetap ada.
Sampai ke malam, masih lagi ada orang datang.
Yang tak datang-datang, aku je.














Viewing all 2770 articles
Browse latest View live