Quantcast
Channel: walk on wings, tread in air
Viewing all 2764 articles
Browse latest View live

Pernah tak dah jumpa bakal suami atau suami, tiba-tiba lelaki idaman ala-ala dalam novel muncul?

$
0
0


Semua tengah angau dengan drama Teman Lelaki Upahan kan?
Seb baik kali ni aku tak angau.
Aku dah serik sejak aku terjebak dengan Ariana Rose hari tu.
Gila angau sampai berminggu aku mandom. En Wan lalu-lalang depan aku pakai spender je pun aku tak layan.
Tapi sebenarnya aku tak angau dengan cerita Ariana Rose, but the novel - The Wedding Breaker sebab novel memang selalunya lagi best dari cerita TV.
Aku kalau angau dengan cerita cinta memang extreme, sebab tu En Wan sangat berhati-hati pilihkan bahan bacaan aku everytime aku masuk kedai buku. Seboleh mungkin dia tak kasik aku beli novel cinta sebab hanya dia je yang tau apa natijahnya.

Tahap angau aku dengan novel Ariana Rose tu sampai aku bawak novel tu ke mana-mana aku pegi as if buku tu adelah Tengku Adam Kamil.
Tido pun letak kat sebelah.
Tak cukup dengan letak kat sebelah, tangan kena sentuh buku tu sampai ke pagi, punyalah 'setia'nya aku ni, sedetik lebih pun taknak tinggalkan kekasih hati.
Kekasih hati waklu namanya.

Kebetulan waktu aku tengah angau tu, En Wan kena outstation kat Penang 2 weeks.
Kesian member sedih-sedih nak berjauhan ngan wife, tapi wife relek je takde apa.
Masa tu salah timing, kau outstation masa aku tengah angau dengan Tengku Adam, sorry la, ai tak dapat nak membahagikan kasih sayang ni. Mbhahahahha.

Teman Lelaki Upahan (TLU) lagi sekali menyaksikan ramai awek-awek orang dan bini-bini orang angau.
Kat newsfeed aku kalau pukul 7-8pm tu dah memang takde status lain masing-masing nak update.
Manjang TLU aje.
Aku start tengok pun dah nak penghujung. Dapat la jugak layan episod 19-21 pastu terus stop sebab aku tunggu buku dia. Gerenti buku lagi best.

Aku pernah tanya En Wan apesal perempuan suka baca novel cinta?
Even dah kawen pun tetap suka layan novel cinta sampai terbawak-bawak dalam mimpi.
Why Why?

Dia takleh jawab.

Takleh jawab takpe, meh aku jawabkan.

Sebab, semua perempuan memang suka karakter lelaki seperti dalam kebanyakkan novel cinta.
Lelaki yang hensem + kaya + naughty + successful in both academics and carrier + baik + romantik.

Janganlah masing-masing nak baca entry aku ni sambil mencebik-cebik.
Dah memang ye semua perempuan suka lelaki jenis ni. Toksah la beria kata tak.
Tinggal lagi lelaki jenis ni jarang-jarang kita jumpa.
Maka sebab tu la walaupun kita dah berlaki, kita masih lagi syok melayan cerita-cerita cinta.
Dalam erti kata lainnya, ramai wanita kurang kasih sayang. Hahaha.

No.
Bukan maksud suami masing-masing tak best.
BEST.
Cuma in some parts, dia tak menepati kriteria sebenar yang kita angan-angakan sejak dari dulu.
Samada spouse kita tu yang tak menepati kriteria kita atau kita yang berangan jauh sangat.

Dalam kes aku, aku berangan terlampau jauh.
Biasa la kan, girls...always berangan kisah cinta yang mustahil.
Tapi dah tau mustahil, tetap jugak nak berangan.
Berangan taknak sikit-sikit, nak couple ngan kerabat raja aje.
Ada sport car namblas bijik.
Mansion.
CEO syarikat besar.
Ada empayar sendiri.
Hensem tahap Brad Pitt + Johny Depp + Leslie Cheung + Leslie Cheung + Leslie Cheung + David Beckham + Adam Levine + Ungku Ismail Aziz.
*tetiba ada sorang melayu*

Aku dulu macam ni la.
Kalau berangan nak dapat pakwe tu yang melangit aje. Taknak berangan sikit-sikit ni.
Sebab dah tau takkan dapat punya kan, so why not kita berangan tinggi-tinggi terus. No harm what.
Nak tunggu dapat yang realiti bilanya?

Masa tu, asal ada lelaki melintas depan mata yang kita berkenan sikit, mesti kita akan cuba nak relate-kan dengan 'bayangan kekasih hati'.

Macam aku dulu terlalu imaginekan dapat balak muka cam Leslie.
Jadi, asal ada lelaki mata sepet melintas depan aku, semuanya aku nampak hensem belaka.
Sebab ciri-ciri tu ada. Walaupun sikit.

Pastu kulit kena putih. Sebab Leslie putih kan.
Walaupun aku sedar aku tak berapa nak putih tapi pedulik apa aku.

Leslie study oversea, tu be specific Leeds Uni.
Aku pun taknak kalah ni, kalau boleh nak jugak balak study overseas, tak kisah la kalau bukan dari Leeds pun, janji overseas supaya close dengan bayangan lelaki idaman tu tadi.

Lelaki-lelaki impian dalam vovel-novel cinta semuanya macam know how to handle awek dia in a very sweet and cair-bair way.
Tegas but at the same time sweet and suka memanjakan. Auwww!

Sport car.
Kalau boleh balak aku pun mesti ada sebijik menatang ni.
Materialistik kan aku? Kah Kah Kah.
Maunya tak.
Asal aku baca novel cinta je mesti lelaki kaya gila bahabi, pastu sport car menjalar.
Lama-lama aku pun berangan benda yang sama.
Eleh, berapa kerat sangat pun lelaki kat Malaysia ni yang ada sport car.
Melainkan dia dah establish dengan kerjaya atau anak orang kaya.
Kalau nak tunggu realiti payah aku nak dapat, nak pulak muka aku ni Jawa okeh, bukan muka Miss World. Takde maknanya nak dapat lelaki macam ni.
Jadi apa salahnya aku memasang angan-angan.
Bak kata omputih, 'shoot for the moon, even if you miss, you'll land among the stars'.

Lelaki tu kena funny and naughty.
Macam best je kalau dapat balak yang suka menyakat.

And plis lelaki tu janganlah pemalu.
Ada sifat melindungi dan berani.
Especially berani nak tackle aku.
Cewah bajet macam kau tu hot sangat susah nak ditekel. Kah Kah Kah.

Semua ni memang karakter-karakter impian aku.
Kebanyakkan karakter dalam novel-novel cinta pun macam ni lebih kurang jugak.

Lelaki hensem macam nak rak, kaya gila, macho nak mampus, kalau anak orang kaya lagi bagus, ataupun CEO syarikat gempak-gempak yang bangsa tido atas duit, bla bla bla.
Macam alam kayangan sangat nak jumpa lelaki macam ni.

Tapi pernah tak terfikir, setelah bertahun kita dok berangan nak lelaki jenis ni, tup tup kita kawen dengan lelaki yang sometimes takde lansung kriteria yang kita nak, yet kita still happy.

Dan lepas kita dah set kita akan kawen dengan lelaki yang tak menepati kriteria tu, masa tu lah jugak kita ditakdirkan berjumpa dengan jenis lelaki yang selama ni kita dok imaginekan, but the kita realized, lelaki macam tu tak sesuai lansung dengan kita.

Aku taknak tanya korang.
Aku nak cerita apa yang aku pernah lalui.

Tahun 2000, 3 bulan lepas aku balik dari Sarawak for good, aku ditakdirkan berjumpa dengan lelaki yang aku dok imagine-imagine selama ni.
Aku jumpa kat Stesen Komuter UKM.
Hensem series hensem aku tak tipu.
Kulit putih, muka macam mix Arab sikit.
Daripada tepi dah macam Antonio Banderas cuma budak laki ni putih.
Tinggi.
First aku jumpa, dia pakai kemeja warna dusty purple, seluar hitam, bawak beg macam hero TLU selalu bawak tu.
Punyalah attractivenya lelaki ni sampai skarang aku boleh ingat lagi dia pakai baju apa. Hahaha.

Journey aku ke tempat keje memang akan stop kat stesen Bandar Tasik Selatan sebab nak tukar LRT.
Dia pun.
Chances untuk dia kenal muka aku, aku kenal muka dia tu memang konfem punya sebab yang turun ke stesen Bandar Tasik Selatab tak ramai mana berbanding dengan yang menunggu komuter kat stesen UKM tu.

Dulu Sabtu goverment keje. (sekarang keje lagi tak?)
Sabtu selalunya pakaian aku lebih kasual.
Begitu jugak dia.
Kalau hari Sabtu, makin hensem mamat ni. Smart casual sesangat-sangatnya!

Setelah 2-3 bulan macam tu, Sabtu, aku terlambat catch train 6.30am.
Jadi aku sampai LRT stesen Bandar Tasik Selatan pun lambat sikit dari biasa.
Bila dah lambat tu of cos la stesen LRT tak ramai macam waktu selalu.
Masa turun tangga aku nampak mamat ni kat bench tengah duduk baca buku.
Aku macam eh?? Bangun lambat jugak mamat ni?
Elok je aku habis turun tangga, LRT sampai. Aku pun terus la berdiri depan pintu train.
Tetiba aku dengar suara kat belakang "Ingat tak datang hari ni.."

Aku toleh, aku yakin dia cakap kat aku sebab dia senyum. Oh sweet gila! Tapi aku kontrollll.
Aku senyum balik and terus masuk train, terus cari tempat duduk.
Mamat tu kena berdiri sebab takde seat.

Next station, amoi yang duduk sebelah aku keluar.

Kebetulan mamat ni pandang arah aku, so aku bagi signal supaya dia datang duduk seat sebelah.
Hoh, gila daring aku dulu siap boleh bagi signal-signal mata lagi. Ohh Tuhan, ampunkanlah aku.
Dia duduk je dia cakap "Nasib baik saya tunggu awak.."

Kau tunggu aku??
Oh my myyyyyy.
Nak buat apa tunggu aku?

Ok kita pause cerita ni kejap.

Kalau ko ada kat tempat aku, apa agaknya ko buat?
Please imagine aku yang dulu ya. Bukan yang sekarang. *background lagu Tegar*
Seriesly I cannot help it la.
Selama ni aku dok bayangkan lelaki jenis macam ni wujud.
And aku always look forward untuk jumpa dengan lelaki macam ni.
Tiba-tiba, nah! Depan mata.
And this lelaki pulak yang ambik effort untuk kenal aku.
Kau rasa camne?
Aku nak tolak?
Hell no!
Hahahaha.
Walaupun masa tu aku dah bertunang, but this might be the last chance in my life untuk aku kenal lelaki yang aku dok imaginekan selama ni.
Nak kenal je kot.
Nak tau lelaki macam ni memang best ke. Tu je.

Hoiiii...memang goyang kejap aku.
Kriteria tu memang ada sangat.
Pastu bila dah sembang-sembang aku tau dia grad UIA.
Dia run family bisnes.
Duduk kat Bangi rumah abang.
Family dia kat Kuching.
Ha, camne tu. Dah nak dekat sama dah dengan apa yang aku imagine. Camne nak buat ni agak-agak.

Disebabkan aku blaja kat UNIMAS dulu, so macam ada je la benda aku nak sembangkan pasal Kuching. Seronok jugak bersembang, tak perasan pulak aku baru je kenal dia. Biasa la aku kan banyak mulut.
Dia turun dari train awal sebelum aku, tapi aku lupa pulak stesen mana dia turun.
Dia mintak nombor henfon aku. Aku mana la ada henfon masa ni.
Aku bagi je nombor rumah. Gasak kau lah kalau berani kau call.

Esok tu aku tak nampak dia dah.
Seminggu tak nampak.
Alih-alih satu malam tu dia call. Kebetulan aku angkat phone. Seb baik aku yang angkat. Kalau tak, mampus kau kena bersoal-jawab ngan mak aku.
Masa dia call aku tu dia kat airport, dia baru touch down dari Kuching.
Dia tanya "Awak boleh keluar malam tak?"

"Tak boleh and tak pernah"

"Saya lapar. Ingat nak ajak awak makan"

"Tak boleh kot"

"Parents awak ada kat rumah ke?"

"Memang la, ni rumah dorang. Kalau dorang takde pun saya memang tak keluar malam"

"Takpelah, pukul 10 nanti saya call lagi"

Memang pukul 10 dia call.
Tapi dia call bagitau dia ada kat luar rumah. Ohhh sweet gila. Kah Kah Kah.
Tapi masa ni aku cuak oi.
Nasib baik la memang dari dulu aku ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan, and kawan-kawan lelaki aku time skolah memang suka bersidai ngan aku kat luar pagar malam-malam.
Dorang tak masuk rumah walau diajak oleh Mak Aji dengan alasan nak merokok.
So Mak Aji tak syak sangat bila aku cakap nak jumpa member kat luar kejap.
Tapi jantung aku macam nak luruh.
Sebab mak bapak aku kenal semua kawan lelaki aku, aku harap sangat mak aku tak mengintai budak lelaki ni.

Rupanya mamat ni call sebab nak hantar nasik goreng!

"Saya nak makan dengan awak jugak jadi saya bungkus satu untuk saya, satu untuk awak. Jap lagi saya call. Kita makan sama-sama sambil cakap kat phone"

Perlukah aku cair??
Perlukah?
Perlu!
Hahahahahahaha.
Terlupa terus tunang kat Jepun.



Mari kita check balik adekah lelaki di atas ini seperti lelaki idaman aku ala-ala novel cinta :

1. Nak macam Leslie.
Tak hensem macam Leslie pun. Tapi sepet and putih macam Leslie. Ok tick.

2. Overseas grad. 
Boleh la Jepun. Okla dari aku over the sea je.

3. Ada kereta sport.
Ada la sebijik, takde la sampai namblas bijik.

4.  Funny and naughty.
Tak sangat.

5. Tak suka lelaki pemalu.
Malangnya En Wan ni pemalu gila sampai aku sakit jiwa. Nak benti tanya orang tunjuk arah jalan pun malu. Dia lagi rela sesat barat 4 jam daripada benti tanya orang. Pemalu tahap apa pun aku tak tau lah.

6. Romantik.
Pakcik ni tak romantik okeh.
Aku berusaha nak imagine setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia ni ungkapan romantis.
Tapi gagal.
Camne la nak romantik kalau cakap sayang pun jadi sayam. Aduiii.

7. Jealous.
Pakcik ni pengjeles.
Sebab tu dia rajin kelebet purse and henfon aku.
Ntah hape dia carik aku tak tau.
Boleh tak jangan perasan bini ko ni hot macam Neelofa? Plis.

8. Tahu apa yang dia nak.
Pakcik ni dah extreme sangat la pulak.
Manjang je aku kena ikut cakap dia.
Kalau aku nak makan western, dia nak makan nasik dagang, takde maknanya dia nak mengalah.
Dia kena makan dulu nasik dagang tu nanti malam-malam karang baru dia bawak aku makan western.
Apa-apa pun, dia punya settlekan dulu.
Stress aku kadang-kadang.

9. Berani tekel aku.
Ok yang ni memang aku salute keberanian dia.
First time jumpa Mak Aji and Pak Aji dah bagitau "Saya sukakan Diana".
Ok yang ni aku cair.
At the same time aku pun takut dia cair kena pelempang mak aku.

Tapi secara keseluruhannya, En Wan tak sama macam yang aku imaginekan selama ni.
Tak sama.
Tapi hanya dia je yang tahan dengan karenah aku.

Tempoh berkawan dengan mamat Kuching tadi adalah tempoh aku fahamkan balik apa sebenarnya yang aku nak sebagai teman hidup.
Ciri-ciri lelaki yang aku nak tu memang ada kat mamat tu.
Maybe aku terlampau kuat sangat berangan nak lelaki macam ni, hah ambik ni AKU bagi DIA kata.
Rasa seronok gila akhirnya jumpa jugak dengan lelaki idaman ala-ala dalam novel.
Tapi dalam tempoh berkawan tu Allah nak tunjuk sometimes kita akan jadi manusia yang lebih baik sekiranya kita tak bersama dengan dia.
Bukan bermaksud lelaki tu jahat.
Tapi, apa yang kita nak tu sebenarnya belum tentu sesuai dengan kita. Mungkin kita yang akan membawa masalah dalam perhubungan tu nanti.
Kita rasa kalau kita dapat suami macam ni mesti best. Padahal sebenarnya tak.
Ada perkara yang menyebabkan selera tu terus off macam tu je.

Apa yang Tuhan arrange untuk kita sebenarnya dah cantik dah.
Terima je lah senarai kelebihan dan kekurangan pasangan.
Just terima dengan hati terbuka dan redha.
Disebabkan ketaksamaan itulah Tuhan jodohkan kamu berdua.


Sisi yang tidak sama, tetapi fit perfectly.




Kenapa aku tak pilih mamat Kuching tu.

$
0
0

Stress kan aku tak cerita kisah semalam sampai habis?
Kalau aku cerita, akan ambik masa sampai 2 bulan, terus pastu jadi novel. Gitu.

Tak sangka pulak  ramai yang berminat nak tau kesudahan aku dengan mamat tu and apa yang buatkan aku tak pilih mamat tu (yang aku cerita dalam entry semalam).

Ada yang ingat mamat tu gay la, mamat tu penipu la, mamat tu laki orang la.
Takde maknanya.
Mamat tu ok. Jangan nak speku.

Ok, cerita dia camni.

Aku sempat berkawan dengan mamat tu 2 months je.
Dalam tempoh tu aku memang happy gila sebab akhirnya aku jumpa jugak lelaki yang ada kriteria yang aku imaginekan selama ni.
Karakter mamat tu memang macam jelmaan karakter dalam novel sampai aku konfius, memang lelaki macam ni wujud eh?

Masa tu aku konfius gila, nak continue ngan En Wan ke tak.
Ni lah yang orang kata dugaan semasa bertunang.
Masa tu macam-macam benda aku terfikir.
Aku kan kenal En Wan online (chat).
Jumpa pun 3 kali je. Selebihnya masa dihabiskan berkenalan masa chatting.
Pulak tu, aku bertunang dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak larikan diri dari exbf.
Jadi bila aku terjumpa mamat Kuching ni, aku jadi konfius tak tentu arah.
Masa tu aku dah start quenstioned diri sendiri betul ke keputusan aku bertunang dengan En Wan ni?
Apa sebenarnya Tuhan nak tunjuk tiba-tiba dia hadirkan mamat Kuching ni depan mata?
Kebetulan waktu ni pulak En Wan buat perangai.
Bukan perangai apa, tapi dia kan final year, pulak tu dia aim balik nak kawen terus, jadi En Wan betul-betul cut budget dia.
Kalau dulu everynite dia call, sekali bersembang kadang-kadang sampai 3-4 jam.
Bila dah bertunang, seminggu sekali je dia call tu pun tak lebih 3 minit.
Kadang-kadang 2 minggu sekali.
Email pun dah tak hantar.
Surat apetah lagi.
Stress sangat time ni.
Sampai Mak Aji pernah email En Wan senyap-senyap (yang akhirnya aku tau dari En Wan), Mak Aji tanya kenapa buat aku macam ni tak call tak email tak hantar berita sampai aku menangis terus dalam bilik taknak makan semua. Aku rasa ni lah punca kenapa masa nikah berat badan aku hanya 41kg. Kurus sebab makan hati namanya ni.

Semua benda ni happened serentak, membuatkan aku fikir, adekah Tuhan nak tunjuk sesuatu pada aku?
Kalau yes nak tunjuk, apa dia yang Kau nak tunjuk?
Aku keep questioned benda ni.

Kalau mamat ni ajak aku lunch, aku keluar je lunch ngan dia.
Pedulik apa aku dah jadi tunang orang ke tak.
Masa ni aku nekad.
Aku cakap daripada aku buat keje ni lepas aku kawen, better aku buat sekarang.
Maybe ada something yang aku akan belajar dari semua ni.
Maybe this is another way Tuhan nak tunjuk mungkin En Wan bukan jodoh aku.
Try kenal orang lain dulu.

Everytime aku keluar ngan mamat ni aku jadi sengkak dan sebu.
Kau tau sebab apa?
Sebab mamat ni macam apa yang aku baca dalam novel.
You know, all the sweet sweet thing.
Benda yang kecik pun dia boleh tukarkan jadi benda-benda yang sweet di mata.

Kalau hari ni dalam train aku asik batuk-batuk.
Esok kat stesen bila nampak muka aku je, dia terus keluarkan strepsil sekotak.

Aku suka baca buku dalam train, dan aku suka lipat mukasurat sebab takde penanda buku.
Nanti besok bila aku baca buku, dia terus selitkan penanda buku kat buku yang aku baca tu.

Dia tak tanya if aku nak tak ubat batuk?
Dia tak tanya kenapa tak pakai penanda buku.
Dia just tau apa yang aku perlu ada.
Dan dia terus sediakan.
Jenis yang observe.

Karakter macam ni kan memang hot dalam setiap novel. Kan?

Ada banyak la lagi benda yang dia buat. Malas cerita.
Tapi yang buat aku jauhkan diri bukan sebab dia, tapi aku sendiri yang ada masalah.

Bukan masalah sebab aku tunang orang.
Dulu aku tak berapa nak kisah pun dengan tittle 'tunangan orang' ni.
Aku lagi takut kalau aku dah kawen then baru aku realized pilihan aku salah. Yang tu lagi aku takut.
And waktu ni aku tak terlintas nak solat istikharah ke apa.

Mamat ni orang kaya.
Dia run family bisnes.
Money is not a problem.
Gaya dia sendiri pun aku boleh syak dia memang dah biasa dengan duit.
Ini memang karakter yang aku imagine-imaginekan.
You know, karakter hero novel - anak orang kaya, orang kaya, ada bisnes sendiri.

But then aku realized sebenarnya aku yang ada masalah dengan orang kaya.
Bila aku keluar ngan mamat ni pi KLCC, dia selalu nak belikan aku barang-barang yang waktu tu aku rasa sangat mahal.
Dulu aku gi keje je pakai tudung, bila keluar jalan tudung cabut.
Rambut aku panjang.
Pi KLCC, mamat ni bawak aku masuk Evita Peroni.
Dia suruh aku pilih sendiri getah rambut yang aku nak.
Evita Peroni punya getah rambut RM80/pc. Cekak dia sampai beratus ringgit.
Perlu ke aku nak pakai semua benda ni?
Aku jadi rendah diri sangat.
Masa tu getah rambut aku beli kat Watson je. Tu pun bangsa yang sepaket 5 pieces.
Aku tau dia bukan nak ubah penampilan aku, dia just nak belikan something yang aku akan pakai.
Like dia tau aku pakai getah rambut, so dia nak belikan getah rambut tapi dia beli yang mahal punya.

Masuk kedai stationary nak beli pen.
Mamat ni bawak aku pilih pen yang dalam lemari kaca siap ada casing tu.
Harga sampai RM200.
Apesal kau nak aku pakai pen macam ni??
Aku biasa pakai pen sepaket 4 batang. 2 kaler itam, 1 kaler biru, 1 kaler merah.
Aku biasa beli yang tu.

Ajak aku masuk Swatch.
Nak belikan aku jam so that aku tak lambat everytime dia ajak jumpa.
Dulu aku takde henfon, pakai jam pun tak.
Memang aku had no idea la aku lambat ke tak, yang aku tau aku sampai.

Memang sweet mamat ni tapi benda ni la yang jadi masalah kat aku.

Aku ada penyakit troma kemiskinan aku rasa.

Dari kecik, aku dah biasa pakai baju yang orang dah taknak pakai.
Baju yang masih elok, tapi orang buang.
Arwah nenek bawak balik untuk bagi aku and Ima pakai.
Kalau pergi Singapore, Daddy and Mummy aku kat sana (adik mak Aji) suka belikan kitorang adik-beradik baju.
Aku jadi rendah diri sangat sebab selalu sangat orang bagi barang as if apa yang kitorang ada ni tak cantik, murah and tak sesuai untuk dibawa berjalan.
Eventhough tiap-tiap tahun ada baju raya, tapi bila berada dalam kelompok cousins, aku rendah diri.
Sebab aku tau baju aku murah, baju aku beli kat longgok-longgok.
Time skolah pun aku takde sport shoe.
Untuk aktiviti petang, aku terpaksa pakai kasut sekolah pengawas ataupun pakai kasut sport bapak aku.
Sumpah Demil Allah, aku tak tipu.
Kasut bapak aku aku pakai okeh.
Kaki Pak Aji tun panjang tapi aku pakai kasut dia, aku sumbat kertas kat muncung kasut.
Sampai ada orang ejek aku Ronald McDonald.
Gelak kan?
Aku pun gelak jugak tapi balik rumah aku nangis.

Semua ni akhirnya membuatkan aku alergik dengan hadiah dari orang.
Aku dah penat rasa rendah diri dari kecik.
Aku jadi troma bila orang nak belikan aku something.
Bila mamat tu start offer aku benda-benda mahal, aku terus down.
Aku tak salahkan dia.
Mungkin benda tu semua tak mahal mana pada dia.
Tapi pada aku sangat mahal. Aku tak mampu nak have that luxury pakai getah rambut RM80/pc.
Even henbeg time aku keje kat MOSTI dulu pun beli kat kiosk je. Aku rasa tak sampai RM30 harga beg tu.

Sebab tu aku lagi enjoy memberi.
Aku tak berapa enjoy terima.
Dan aku lebih happy kalau aku boleh beli sendiri dengan duit aku segala apa yang aku nak.
Tak belikan aku pun takpe, insyallah aku usaha dapatkan sendiri.
Sebab tu kalau aku nak beli apa-apa, aku perlu mintak izin En Wan je. Aku taknak mintak duit dia.
Kalau aku nak pi bercuti pun, aku enjoy pakai duit sendiri.
Kalau En Wan nak tong-tong pun boleh, taknak pun takpe. Sebab aku yang nak pi bercuti so memang sepatutnya aku yang kena keluar duit.

Akhirnya aku realized, lelaki kaya ni aku hanya suka dalam khayalan.
Hakikatnya bila lelaki seperti tu aku jumpa dalam realiti, aku tak boleh terima.
That is one.

Second, yang buatkan aku pilih En Wan dari mamat tu adelah sebab En Wan sayang aku lebih.

Aku dok bayangkan kalau aku continue dengan mamat ni, aku yang akan sayang dia lebih.
Sebab selama ni aku dok imagine ciri-ciri lelaki like this, then tiba-tiba lelaki macam ni betul-betul wujud, of cos aku akan cinta mati macam nak rak punya kat dia.
Aku takut aku kana jadi possesive.
Dan paranoid.
Dah takde keje asik nak spy laki kat opis buat apa, keluar lunch dengan sape, balik lambat meeting ke dating, bla bla bla.
Benda ni akan menyusahkan hidup aku.
Hati pun tak tenang asik nak memikirkan kau 24/7.

So daripada aku sayang lelaki lebih, baik aku pilih lelaki yang sayang aku lebih.
Mesti ada yang cakap "Mana Kak Di tau dia tak sayang Kak Di lebih? Entah-entah dia sayang akak lebih lagi".
Takpelah, aku taknak pikir.
Dah lama pun cerita ni berlalu.

En Wan memang bukan lelaki romantik.
Agak jauh kalau nak dibandingkan dengan karakter lelaki yang aku imagine.
Tapi bila dia explain kat aku kenapa dia jarang call jarang tulis surat jarang email, then aku yakin dia sayangkan aku lebih.
Dia tak call sebab dia busy.
Tahun akhir, dia pulun study and carik duit.
Dia kata dia perlu pastikan dia lulus supaya dia boleh balik and tak duduk jauh lagi dari aku.
Dia kena carik duit sebab balik dia nak terus kawen sebab kesiankan aku sanggup tunggu dia. (dia tak tau aku siap ada skandal lagi kat Malaysia. Mbahahaha).
Dia ambik banyak job sebab nak kumpul duit - tanam padi, keje kilang, susun kotak, etc., supaya balik je Malaysia terus kawen.
Lepas kawen, kawan dia bagitau En Wan gila kumpul duit nak kawen sampai sanggup makan ikan bilis goreng and ikan masin berbulan-bulan.

Bukan maksudnya aku tak sayang En Wan.
Of cos la sayang, tapi aku tau aku akan lebih sayang mamat tu sebab mamat tu ada semua kriteria yang aku nak.
Jadi sebelum sayang menjadi gila bayang tak tentu arah yang akhirnya akan menjadi kebencian, baik aku jauhkan diri.

Pastu bila aku ingat-ingatkan balik how En Wan berani nak bertunang dengan aku semata-mata nak selamatkan aku dari exbf, sedangkan masa tu kitorang baru jumpa sekali je, aku yakin dengan petunjuk Allah. Mungkin ni lah orangnya.
Apesal ntah dia berani macam tu sekali nak ajak aku bertunang padahal takyah pun takpe.
Patutnya takyah kan?
Patutnya aku just jadikan dia Teman Lelaki Upahan je untuk cover line depan exbf.
Mahahhahhahah. Nak jugakkkkkk tempias TLU.




This is the song En Wan bagi time nak tekel aku.



Pipi mak saya seperti...

$
0
0


Wajah Sabtu lepas.
Gembira sebab nak gi makan nasik lemak Pak Abu.

Weekend kali ni sana sini penuh orang bershopping. Sampaikan Giant pun bersusun orang kat kaunter. Habis masa kat beratur je padahal aku nak bayar tak sampai RM200.
Penangan GST lah konon.
Padahal bulan depan dah tentu-tentu kena shopping lagi. Tapi takpelah, at least jimat la RM50-60 kan.

Macam biasa, asal weekend je bontot kitorang panas, takleh duduk rumah.
Kebetulan Sabtu lepas aku sangat in the mood untuk bershopping buku.
Rasa macam koleksi bahan bacaan kat rak aku ni makin menyusut jadi kena tambah supaya aku tak terbangang-bangang dalam rumah sendiri tak tau nak baca apa.

Tapi bila dah masuk mall, nak beli buku je lah konon, terus beli baju-baju Redza and Rayyan.
Beria aku ngan En Wan beli baju anak macamkan esok nak raya.
Lalu kat area baju ni terpandangkan Xixili.
Tetiba teringin nak beli new lingerie.

Dah la masa aku masuk butik Xixili tu salesgirl tu buat dek je.
Lepas belek-belek aku cakap kat dia "E75. Ada new arrival?"

Boleh dia tanya aku balik "You pakai Xixili ke?"

Aku pulak blur apesal kau tanya?
Muka gila kerek minah tu.
Tau la muka aku berselipat time ni, takyah la nak double standard.

Tu satu.
Lagi satu bila aku nak beli panties.
Aku kata aku pakai M, mati-mati dia kata aku pakai L.
Macam dia lak lagi tau size bontot aku.
Padahal dah ukur. L besar. Tapi dia insist jugak aku ambik L.
Padahal semua Xixili aku size M.
Oklah takpe. Spender je kot. Aku pun ambik je la L.
Balik rumah test, hah kauuu. Dah macam spender nenek-nenek.
Gila besar. Boleh tarik sampai ke dada. Tak bernapas terus pusat aku.
Bengkek betul aku ngan Xixili.
Ntah hape yang dia jaki ntah paksa-paksa customer ambik size besar. Seb baik coli pun dia tak suruh aku ambik yang besar. Kang orang lain pakai coli tutup dada, aku tutup sampai muka.



Masa beli toner, sales Clinique ni biasa la promote aku pakai krim tu krim ni. Dia pegang-pegang pipi aku nak check apa ntah. Aku tadahkan aje.
Pastu si Rayyan pun sibuk nak pegang pipi aku jugak. Biasa la kan, dia kan kepoh.

Orang tu pegang-pegang pipi aku tak cakap apa pun.
Si Rayyan pegang pipi aku siap tonyoh-tonyoh pastu cakap "Eiiii... pipi mama ni macam tetek aje".
Elok je depan tu mamat jaga kaunter.
Motif nak cakap pipi mak kau tembun ke apa ni.

Kesian mamat tu sampai tersasul-sasul punch sebab nak mengelakkan dari pandang pipi aku. Kah Kah Kah.



Dah tak tau nak masuk mana, maka masuk Mango.
Sebenarnya aku tak paham apesal ramai suka beli baju kat sini.
Baju sini biasa je kot.
Kain dia pun nipis je. Kalau menggeliat lebih sikit mesti tetas baju kau.
Bukan maksudnya baju-baju sini tak cantik.
Cuma cara orang bercerita tu macamkan baju-baju kat dalam ni kelas nau.
Aku ada masalah sikit nak cari baju kat dalam ni sebab kebanyakan material dia dari kain kejung. Panas lak tu.
Kalau satin silk pulak jenis yang nipis je. Kalau terkangkang sikit mesti tersiat.
Tapi aku rembat gak la dalam 4 helai sebab dah alang-alang masuk and nampak ada 4 helai yang boleh dipakai.

Dulu aku suka pakai blouse kain chiffon.
Especially kalau VOIR memang suka sangat guna chiffon. Dulu takde hal. Sebab tak pakai tudung. Memang suka sangatlah aku pakai baju see thru ni.
Tapi bila dah bertutup ni everytime nak pakai blouse chiffon, kena pakai inner.
Kau kalau duduk UK takpe la jugak nak pakai berlapis-lapis ni kan.
Ni kat Malaysia dengan suhu dah cecah 38C, ni pakai inner berlapis-lapis memang lecak ketiak oi.

Jadi now aku dalam misi beli baju-baju baru yang tak jarang dan tak panas and tak kejung.
Korang kalau tau kat mana nak beli baju macam ni selain Mango and Dorothy Perkins, let me know ya.



Dan tiba-tiba terasa nak makan TGI.
Tapi bila masuk TGI, tengok menu, terus rasa menyesal tak tau nak order apa.
TGI ni takde menu baru ke apa eh?
Series aku tak tau nak makan apa dah bila masuk sini.
Agaknya sebab aku lapar nasik kot.

Dulu kan masa mula-mula blaja masuk TGI aku rasa TGI ni macam eksklusif gila tempat untuk makan dengan bertenang-tenang sambil pandang-memandang mata ke mata. Gitu.
Now jangan kata nak merenung mata laki, aku dapat habiskan setengah pinggan pun dah besar rahmat.
Bawak Rayyan makan kat restoran memang agak ya ampun sikit.
Dia tak berpencak. Tapi banyak mulut.
Time aku duduk baca buku tu takde pulak dia nak bersembang. Elok je aku nak menyuap time tu la dia nak tanya macam-macam.
Rasa nak nangis sebab rasa tercekik sambil mengunyah sambil nak jawab soalan.
Hari tu agaknya dia dah boring tanya soalan macam-macam aku malas nak layan, dia tukar teknik pulak.
Tetiba je dia menyanyi sekuat-kuat hati "..sakitnya tu di sini dalamnya ati ku. Sakitnya tu di sini dalamnya atiku..". Pastu sambung lagu tema Asam Pedas Untuk Dia. Lagu tu pun dia balun nyanyi. Gila tak paham aku.

Orang kiri kanan dah terjenguk-jenguk gerangan sapekah yang bersuara halus dan nyaring.
Orangnya tak nampak. Suara je dengar.


Terus kena marah ngan En Wan.
Tapi muka dia pandang bapak dia tu macam nak tanya "Apesal?"



Aku punya.


En Wan punya. Tak sedap.



Cerita mamat Kuching tu dah habis. Jangan request apa-apa lagi.

$
0
0

Rupanya ramai jugak yang berharap aku sambung cerita mamat Kuching tu.
Petang tadi lepas check email, macam ramai nau yang tak puas hati entry hari ni takde kena-mengena ngan mamat Kuching.
Kau ingat aku tulis cerpen???

Cerita tu dah habis dah. Tak kuasa aku nak cerita satu-satu.

Thank you, tak sangka banyak jugak email aku dapat lepas tulis entry tu.
Ada yang cerita pasal love story dorang, ada yang cerita masalah rumahtangga, and ada yang merempan apesal aku tak abiskan cerita.

Tapi dalam banyak-banyak email tu, email yang aku dapat today paling best.
Sebab dia tulis dalam bahasa Sarawak. Hehe.
Lama dah aku tak bersembang bahasa Sarawak. Dah keras dah lidah aku, tapi kalau kau bercakap ngan aku, insyallah faham lagi.

Silakan baca.
Kalau tak faham, nasib kau lah.



Sometimes, apa yang kita nak tu bukan yang the best untuk kita.
Kadang-kadang bila terlalu perfect di mata kita pun, akan menjadi kepayahan di masa depan.
Just like apa yang reader ni tulis, dia akhirnya jadi tak senang duduk bila bercouple dengan that guy.

Sama la macam apa aku rasa dulu.
Cuma bezanya aku and him tak declare apa-apa official pun. Baru 2 bulan je kot.
Tapi dalam tempoh 2 bulan tu banyak pengalaman baru. Just like macam apa yang aku imagine. Seolah-olah macam apa yang berlaku between aku and him macam dalam skrip novel.
Series aku tak tipu. Aku syak laki ni pun jenis yang baca novel cinta kot.

Tapi bila semuanya terlampau perfect and 'mengikut skrip', lama-lama aku dah boleh bajet what will happen next.
2-3 minggu yang awal tu memang la excited gila sebab segalanya macam kita harapkan.
Macam baca novel. Tapi watak tu keluar ke alam realiti.
Masuk minggu ke 4, 5, 6, macam dah takde magis dah.
Bukan boring.
Tak boring, cuma dah rasa macam biasa.

Sebab segalanya dah jadi rutin.
Of cos la lama-lama jadi biasa.
Dah la takde adegan sentap-menyentap lansung.
Oh ye la, camne nak sentap kan, aku bukannya couple ngan dia pun. Lupa pulak. Hahaha.

Then aku realized, romantik ni hanya akan jadi best bila ia jarang-jarang berlaku.
Sebab tu perempuan suka sangat hadap drama-drama and baca novel cinta.
Sebab in reality, elemen romantik ni bukannya selalu sangat ada.
Jadi bila para wanita sesekali menghadap drama cinta yang sweet sweet ni, semua jadi cair-bair.

Kita baca novel cinta pun bukannya lama. Tempoh bacaan kejap je. Sebab tu semuanya rasa sweet.
Cuba kalau novel tu tebal nak mampus makan 2 tahun baru habis baca.
Dan sepanjang 2 tahun jugaklah kau hadap ayat-ayat sweet dalam novel tu.
Tengok apa jadik.
Muntah okeh, muntah!
Belahak.

Pernah dulu aku bertekak ngan En Wan pasal ni.
Aku question dia kenapa dia biar je aku macam ni lepas bertunang, takde call macam dulu, takde email macam dulu, kalau call pun asikla la nak cakap cepat-cepat.
Dan aku start la membandingkan dia dengan mamat tu. Aku cakap En Wan dah takde effort nak 'pegang' aku.
Menggelabah jugak la En Wan tunang buat hal.
Dia cakap tak adil nak bandingkan dia dengan orang lain dalam keadaan dia tak duduk dekat ngan aku.
En Wan cakap kalau betul nak compare, tunggu dia balik. Biar sama-sama duduk dekat.
Masa tu baru adil nak bersaing. Wah, macho la konon tu.

Pastu aku pikir-pikir balik, betul jugak cakap dia.

Awal-awal nak tekel dulu, bukan aku tak nampak effort dia.
3-4 jam sekali bergayut dari Jepun. Sampai panas telinga aku.
Sekejap meniarap, sekejap terlentang, kejap menonggeng, punyalah lama berborak!
Pernah satu kali tu aku borak sambil tertido.
Dia call lama sangat, aku nak suruh stop tak sampai hati sebab dia call dari Jepun.
Aku layankan aje sembang, last-last aku tido.
Nampak sangat aku ni kalau benda rutin, aku akan jadi cepat boring.
Sedar-sedar je dah siang.

Dulu, kejap-kejap aku dapat bunga dari dia, kejap-kejap dapat Teddy Bear.
Pernah jugak dia poskan lingerie kat aku. Motif pos coli kat aku??

Tu belum lagi bab kirim duit kadang-kadang sampai RM1000, buat belanja katanya.
Dia cakap kesian aku tak dapat shopping sebab gaji kecik.
Tapi tu dulu la before kawen. Now aku tak dah nampak bayang RM1000 tu.

Kalau email ni toksah cakap. Sampai bosan pulak aku nak baca. Sehari sampai 4-5 email.
Kadang-kadang tu email just tulis I LOVE YOU je pun.
Beria aku excited nampak email masuk. Bukak-bukak, la ni je???
Tapi masa tu aku rasa bangga.
Sebab nampak jelas effort En Wan hantar email banyak-banyak kali.
Terasa diri ini hot seketika. Perempuan kan suka lelaki kejar-kejar dia camtu. Hahaha.

Then aku sedar yang En Wan pun buat benda yang sama macam apa yang mamat Kuching tu buat, bezanya waktu tu En Wan jauh.
Dan cara En Wan handle aku tu berbeza.
Bukan dengan cara romantik jiwang-jiwang all the time.
Bukan sentiasa nak bagi aku cair, but lebih kepada kesungguhan untuk jadikan aku wife.
 
Sometimes, apa yang kita rasa macam menepati citarasa, belum tentu akan serasi.
Macam makan ubat.
Pahit, tapi serasi dengan badan, dan boleh menyembuhkan.

Seronok jugak bila bercinta dalam keadaan masing-masing duduk jauh.
Bila sesekali jumpa, chemical sparks!
Malam nikah, orang lain semua layan first nite.
Aku ngan En Wan layan movie! Yeahhhhhhh.
Sebab masa bercinta tak sempat nak bermovie.



Suamiku seorang competitor. Like I care????

$
0
0



Thank you Majalah Ibu & Anak untuk interview ni.

Berani mati betul aku keluar mags dengan muka tak siap.
Sumpah aku baca sekali lalu je artikel ni sebab :

1. Muka tak siap.
2. Muka macam loyang.

Memang nampak jelas muka kepenatan.
Masa ni aku silap susun schedule.
Ada talk yang aku attend for 4 days, dari pagi santak ke malam.
Pastu next day aku setuju untuk diinterview pukul 11 pagi.
Lepas interview ni aku terus zassss jumpa customer pulak.....dengan muka tak siap ni jugak.

Tapi yang best bila En Wan bukak-bukak magazine ni ayat dia "Huishh! Gemuknya!"

Sentap?

Tak lansung.

Itu tandanya sekarang aku dah kurus.
Sikit.
Hahahahahha.

Masa dia shoot ni kalau tak salah bulan Feb.
Berat aku 54kg time ni.
Takde la besar sangat, besor lagi time aku matrik dulu.
Tapi memang terasa la lebihan babat-babatnya.
Nak lagi kalau tahiyat akhir tu kan. Berlipat-lipat lemak kat pinggang.

Tapi bagus jugak bila gamba magazine ni keluar.
Baru la aku nampak beza aku dulu and now.
Baru-baru ni aku up gamba kat IG ada orang komen kenapa nampak kurus kenapa nampak cengkung, ok now aku dah kurus. SIKIT.
Semalam aku timbang 49.8kg. Lebih kurang 50kg la.



Aku sebenarnya sedang meng-guineapig-kan diri dengan mengetest kapsul-kaspul ni.
Yang merah tu sepatutnya lebih power tapi kat badan aku takde efek pulak. So aku stop.
Pastu aku try yang biru.
Yang biru tu aku makan 3-4 hari, hari kelima terus berak-berak.
Best gila.
No, aku tak sekat makan lansung. Alhamdullilah berat turun sikit.
Tapi rasanya aku maintain takat 49-50kg je la kot.
Sebab bila dah susut sikit ni muka aku dah macam orang sakit pulak.
Nama pil ni takde, sebab ni fresh dari lab ni.
Nampak macam berkesan tapi aku tak plan nak releasekan lagi bendalah ni sebab aku tengah fokus on 2 projek. One is Halal Kit and another one insyallah, new biotech-based drink is on its wayyyyyyy.

Tolong doakan Halal Kit ni dapat release tahun ni jugak.
Kitorang tengah cuba untuk jadikan kit ni can test both alcohol and porcine.
Terlalu banyak testing kena buat now sampai rasa nak giveup pun ada.
Cuma aku tak plan macamana nak commercialize kan lagi. Tunggu kit habis testing dulu.
This is something yang akan bagi benefit kat orang awam Muslim macam kita semua. So, tolong doakan ya. Mungkin ada di antara pembaca blog ni yang doa-nya makbul.

Pil berak-berak tu biar aku je la yang test dulu.
Badan aku dah jadi kerempeng macam Kate Moss nanti baru aku produce ok?




Bab paling best sekali adelah bila spy aku printscreen FB post En Wan.
Hahahaha.
Ada hati nak mengutuk aku orang tua ni.
Dia tak tau spy aku ada kat sana.
Tapi aku tau tali barut En Wan pun ada kat FB list aku. Like I care????? *hembus ludah kuku*

Baideway, perhatikan perenggan kedua En Wan.

MENGARAP tu apa?

MenGGarap la oiiiii!

So this is why aku selalu tensi melayan sms/whatsapp dia.
Dia punya ejaan memang ke laut.
Aku heran camana SPM BM dia boleh A.



12 years

$
0
0


Macam biasa, entry aku setiap 1 April akan ada tempias Leslie.
Nak buat camana kan, dapat girlfren setia camni la. Dah 12 tahun pun still gila bayang lagi.
Dan setiap kali anniversary Leslie and birthday Leslie, semangat aku nak repeat HK membara-bara.
Siap gugel nak stay kat Mandarin Oriental HK. Kalau boleh nak duduk satu floor dengan tempat dia terjun dulu.

*mohon lempang kasik sedarkan diri sikit*

Tapi yang turn off-kan aku adelah memikir apa cara aku nak pi HK tu selain naik flight.
Mikirkan tang ni la segalanya akan menjadi kabur tiba-tiba.
Teringin sangat nak pi HK tengok fans dia gather depan Mandarin Oriental setiap kali 1 April.
Tak pun gi HK every 12 September, lepak kat Arena of Stars. Dorang akan tayangkan balik filem-filem Leslie sepanjang bulan kalau tak salah aku.

Tapi tu la dia.
Mikirkan kapal terbang je segala angan-angan jadi gelap.
Takpe. Yang penting angan-angan tu ada.
This time kalau pergi HK lagi, pastikan duduk kat Mandarin Oriental. Aku tak kira.

Hensem gila Leslie ni.
Agaknya kalau yang tekel aku kat LRT dulu muka camni, konfem aku tinggalkan En Wan.
Cewah, memilih taknak kalah. Bajet lawa.
Entah-entah kalau lelaki tu pulak nampak aku, terus petang tu jugak dia beli kereta. Tak naik LRT dah sampai bila-bila. Kah Kah Kah.


Selasa malam. Malas masak.
Sebab petang tu Putra Heights hujan ribut, aku takut nak masak.
Lepas Maghrib hantar Redza pi tusyen and kitorang terus pi Main Place USJ, pekena Absolute Thai.



Mak mertua aku dah tak berapa nak keluar berjalan skarang.
Asal kitorang ajak keluar jalan je mesti dia taknak. Nak duduk rumah. Mesti dia fedap kalau ikut kitorang berjalan asik mentekedarah tak abis-abis.
Pastu anak lelaki dia kalau berjalan mana tau stop.
Selagi tak abis satu bangunan tu dia pusing.

Kalau weekend lagi la mak aku taknak keluar sebab nak layan Asam Pedas.
Padahal boleh je rekod. Taknak jugak.
Jadi, Selasa lepas aku suruh En Wan pujuk mak ikut jugak.
Mujur la time tu tengah hujan. Mak aku ni kalau hujan je dia tutup TV, takut kena kilat katanya.
Aku tau mesti dia boring punya TV takleh bukak, so dia pun join.
Bila dia join tu yang aku suggest makan kat Absolute Thai. Kalau mak aku tak join, aku ajak En Wan pi mamak je.

Nak masuk Absolute Thai ni terpaksa pusing jauh okeh.
Sebab depan Absolute Thai ni ada Toys'RUs.
Asal masuk sini je bawak keluar sekotak Lego. Asal masuk je bawak keluar Lego.
Lego kalau RM50 takpe.
Sekali dia pegang, hah kauuu RM160.
Luruh rerambut-rerambut aku.


Kailan ikan masin.
Ngeri aku nak makan.
Batang besar sangat.


Absolute Thai punya tomyam memang superb.
Dah banyak kali masuk Absolute Thai memang tomyam dia power gila.


Ni hidangan wajib.
Ayam pandan leaves.


Ni sedap tapi aku tak suka kerapu.
Memandangkan siakap takde, no choice ambik yang ni.
Garing gila!
Sampai mata ikan keras macam batu.
Aku kan kalau makan ikan besar-besar camni aku suka makan mata ikan.
Kalau masak steam lagi best sebab mata ikan lembut je.
Bila dah garing sangat macam ni mata tu dah jadi keras. Bahagian lain memang la sedap krup krap krup krap, tapi mata ikan tak dapat makan :(


Tak dapat Leslie, dapat ni pun jadiklah buat gentel-gentel.



Announcement :
Bulan March aku ada letak pop-out kat blog untuk pengguna Ephyra kan?
Pastu ada 200 pengguna Ephyra terawal email.
And korang pun dah tau apa offer aku untuk March, ramai yang dah pun commit.
So aku janji those yang commit to last month punya offer, korang akan dapat new email this month.
Just tunggu je email dari aku ya.

Yang terlepas offer last month (offer tu aku email, tak announce kat blog), make sure rajin bukak blog ni. Nanti aku akan create new pop-out so that you can register.



Sebetik

$
0
0


Haihhhh!!
Ni lah yang dikatakan pepatah "Di belakang setiap lelaki yang berjaya, pasti ada wanita".
Kah Kah Kah.

Shock gila aku dapat information ni dari teacher Rayyan.
Hoiii, pampers pun pakai lagi malam-malam ada hati nak mengendeng anak dara orang.
Tapi bab improvement tu memang aku nampak perubahan Rayyan.
Dulu dia mana suka nak study study ni semua.
Menulis pun taknak.
Taunya menyanyi. Sampai stress camana la aku nak ajar Rayyan ni blaja. Kalau nak dikatakan takde contoh, rasanya dalam rumah ni semua orang suka membaca.
Aku ni manjang je dengan buku, tengok tv pun tangan pegang buku.
Pegang je, baca belum tentu.
Redza memang sentiasa dengan homework and latihan bapak dia bagi, so boleh dikatakan asik dengan buku.
Contoh dah ada.
Tapi Rayyan masih taknak ikut.

Dalam sebulan ni dia suka sangat study.
Dia pulak yang angkut flash card and mintak aku ajar dia "Ma, jom kita study".
Pastu kejap-kejap tarik kertas kat printer mintak aku suruh dia tulis apa-apa.
Selalunya aku akan suruh dia tulis B, D, Y, H....random. Saje nak tengok dia ingat ke tak huruf-huruf tu.
Alhamdulillah dah tau semua now.

Yang paling aku terperanjat, kalau azan Maghrib and Isyak mesti dia akan naik ke bilik aku and masuk toilet, cakap "Ma, adik nak solat".
Wahhh, teruja aku.
Tapi jangan tanya la kiblat dia arah mana.
Sukati dia je nak tadah sejadah tu hala mana.
Sukatilah, janji kau perform solat.

Rupanya...inilah rahsia disebalik kerajinan beliau.
Ada BFF rupanya.
Aida namanya.
Siap pegang-pegang tangan lagi dalam kelas.
Abang kau yang skolah omputih tu pun tak pegang tangan dalam kelas okeh?




Ni semalam.
Kalau Jumaat selalunya aku akan start keje tengahari.
Jadi pagi aku spend time dengan dia berjalan-jalan mencarik nasik lemak dan singgah Select untuk bayar cukai.

Rayyan ada satu persamaan yang jelas lagi nyata dengan aku :

1. Berangan
2. Cakap sorang-sorang
3. Menyanyi.
4. Belasah konfiden.

Berangan tu memang rasanya followers FB and IG aku dah paham sangat tahap Rayyan punya berangan. Nak-nak lagi kalau buat fashion show tu kan. Macam-macam gaya dia buat.
Tu the power of berangan la tu.
Aku kecik-kecik pun suka huru-harakan lemari Mak Aji.

Cakap sorang-sorang memang dah nampak dah.
Mula-mula dulu aku cuak jugak budak ni nampak apa yang sampai beria cakap sorang.
Siap bergaduh sorang-sorang tu.
Lama-lama aku nampak cara dia tu sebijik macam aku.
Aku kan sampai skarang still suka cakap sorang-sorang.
Maybe 'kelebihan' tu yang menjadikan aku berani bercakap depan orang kot.
Practice makes perfect kata orang Jawa.

Menyanyi is something yang satu keluarga dah discover dari Rayyan kecik lagi.
Dia memang suka nyanyi especially dalam kereta.
Ni pun penyakit mak dia jugak.

Tapi yang paling power dia punya belasah konfiden tu.
Aku pun kalah.
Rilek je belasah lirik lagu dengan muka penuh yakin.

"Walau sebetik..rindu mence...."

SEBETIK pun SEBETIK lahhhh.





Soulmate vs kawan lelaki

$
0
0



Gituuuuuuuuuu.

Tetiba kat entry aku ada keluar gamba artis.
Tak pasal-pasal.

Tapi, ada kena-mengena dengan apa yang aku nak cerita hari ni.

Tapi mula-mula nak say thank you kat this one reader yang secara tak lansung bagi idea untuk aku tulis entry today.
Reader ni la yang bagi maklumat.
Dia bagi printscreen gambar kat bawah.
Dia tanya if aku dengan kawan-kawan lelaki aku macam ni ke (rapat gila macam gambar bawah), sebab dalam entry aku yang terdahulu, aku cakap bestfren aku lelaki.




Aku tau mesti ada yang pelik macamana sorang lelaki and perempuan boleh jadi so close, tapi tak fall for each other.

Aku tak sure macamana kisahnya si hero and heroin TLU ni, tapi kalau baca komen-komen yang aku highlite ni, nampaknyanya dorang ni rapat sebagai kawan je. Agaknya la.

Tapi aku taknak highlite pasal orang lain.
Sebab aku sendiri ada pengalaman macam ni.

Besides Apeng (Ina), aku ada bestfren lelaki yang sangat close.
Sebenarnya kawan-kawan aku sendiri lagi ramai lelaki dari perempuan.
Dari zaman skolah lagi pun, yang ramai bertepek kat rumah Mak Aji tu adelah kawan-kawan lelaki aku.
Dorang pun dah jadi macam family, masuk rumah bagi salam, terus straighttttttt masuk dapur.
Brsembang ngan aku and Mak Aji Pak Aji kat dapur je. 
Kadang-kadang tu aku suruh kopekkan ikan bilis terus. Dah kau masuk dapur sape suruh kan. Kau ingat masuk dapur ni duduk saje-saje? Nah, ambik ni ikan bilis. Kopek!

Time matriks dulu, asal balik bercuti je, pagi sampai rumah, petang tu start dah berbondong-bondong moto depan rumah Mak Aji.
Kawan-kawan lelaki aku datang bersidai depan rumah.
Ajak masuk ke dalam dorang taknak sebab masa ni ramai dah pandai merokok.
Mak Aji dulu asik tanya aku "Kau ni takde kawan pompuan ke?"

Ada.
Bukan takde.
Tapi kawan-kawan aku semua perangai macam aku.
Yang set-set ayu ni mana la nak berkawan ngan aku.

Dulu Mak Aji berkira-kira sapelah yang antara ramai-ramai bersidai kat depan rumah ni bakal jadi menantu dia.
Nan ado.
Sorang pun tak tersangkut.
Dorang pun tak tersangkut kat aku, aku pun tak tersangkut kat dorang.

Entah la.
Susah aku nak explain benda ni.
Ada orang kata satu benda yang mustahil bila lelaki and perempuan berkawan baik, tapi tak bercinta.
Yes, kebanyakkannya berakhir dengan bercinta, berkahwin.
Tapi tak semua. Maybe 10% tak macam tu.
Aku ni mungkin jugak antara 10% yang ber-betsfren-kan lelaki, tapi habis takat berkawan je. Tak sampai ke pelamin pun.

Punyalah closenya aku dengan kawan-kawan lelaki aku dulu, kalau beli teh O ais ikat tepi, boleh rotate sampai 5-6 orang, takde hal.

Tak kisah lansung nak kongsi straw.

Balik dari tusyen selalunya bas penuh.
Tapi aku naik gak demi nak catch Jade Solid Gold pukul 6pm.
Takde tempat duduk pun takpe sebab aku boleh duduk atas peha member lelaki aku.
Dorang ni pun bangsat gak. Taknak berdiri sebab penat. Kajang ngan Bangi jauh.
So dorang duduk pastu aku duduk atas riba.
Tapi takde la duduk macam dorang tengah meriba aku betul-betul.
Kira macam aku park bontot aku atas riba dorang sikit nak bagi hilangkan lenguh je.


 1993.
Melepak kat mana ntah aku tak tau la ni, tapi kat Kajang, sementara tunggu kelas tusyen start.

Kalau naik motor lagi la. Memang aku pegang pinggang dorang kuat-kuat.
Fokus aku cuma satu je - aku taknak jatuh sorang. Kalau nak jatuh, meh jatuh jemaah.

Mula-mula tu aku tarik baju je. Tapi sebab budak-budak ni kan merempit, jadi kadang-kadang aku tertarik baju dorang kuat sampai tercekik Hamba Allah tu.
Dorang cakap kalau bawak aku naik motor, baju dorang jadi regang sebab aku tarik kaw-kaw.
Last-last dorang suruh je aku pegang pinggang dorang.
Eh, lagi bagus. So that kalau aku jatuh, kau pun jatuh sekali. Kau ingat aku nak biar aku tertonggeng menyembah jalan sorang-sorang?

Aku tak kisah apa pun pandangan orang waktu tu.
In fact now pun aku tak kuasa pikir apa orang cakap pasal aku.
Aku rasa aku honest berkawan dengan dorang and alhamdulillah, kawan-kawan lelaki aku walaupun semuanya bangsat-bangsat belaka perangainya, tapi aku sayang sangat dorang.
Sometimes aku rasa rindu nak melepak dengan dorang like dulu.

Pernah dulu aku MC tak datang skolah.
Time rehat dorang boleh menyusup keluar dari sekolah untuk check aku ada kat rumah ke tak, sakit ke apa.
Yang buat keje gila ni nama dia Amir and Erwan.
Siap belikan kuih yang aku suka beli kat kantin.
Time skolah dulu budak-budak skolah ingat aku ada skandal ngan Amir, sampai sentap-sentap wanita-wanita kat skolah yang syokkan Amir.
Aku dengar pun, alahaiiiii, takde orang lain ke kau nak gossipkan si Amir ni?
Ada ke patut jejaka hot kat skolah nak digossipkan ngan aku. Gila tak lojik. Biar la lojik sikit nak buat cerita pun. Barulah berpanjangan gossip tu. Ni gossip ntah hape-hape, lalu cerita tu pun dipandang sepi. Kah Kah Kah. Bodo.


Aku and Dery (kanan)
1994

Another one is Dery.
Dery ni satu group ngan aku dalam kumpulan pengawas.
Kadang-kadang dia teman aku buat report kat bilik pengawas.
Bila budak-budak junior tanya "Kak Diana ngan Abang Dery couple eh?"
Dery ni jenis selamba sikit. Dia jawab "Haah. Diana. Dery. Anak kita esok nama Daniel kan?'
Yang budak-budak junior ni pun suka la. Ntah hape yang dia suka pun aku tak tau.
Padahal awek si Dery tu ada je kat skolah yang sama.

Aku rasa Dery is antara kawan aku yang sangat rapat.
We share a lot of stories. Cerita dari zaman skolah, zaman U, apa yang dia suka, apa yang tak.

Dia la manusia yang paling rajin hantar surat kat aku.
Every week aku akan dapat surat from USM (dia blaja USM).
Housemate aku ingat Dery bf aku padahal dia dah ada awek kat USM. Tapi malas aku nak explain. Explain pun bukannya paham. Baik aku diam je.
Maybe sebab aku excited gila everytime dapat surat Dery jadi housemate aku semua ingat aku dah ada bf kat Semenanjung.
Padahal aku excited sebab aku rindu kawan-kawan aku.
Dah dia je yang rajin tulis surat of cos la aku excited. Baca surat senyum-senyum. Bukannya sebab bercinta tapi sebab Dery ni suka buat lawak.

Ada satu kali time balik bercuti raya, exbf aku si F tu ada kat rumah.
Kawan-kawan lelaki aku datang beraya semata nak tengok sape bf aku.
Dorang datang beraya, 9 orang, semua lelaki.
Esoknya exbf aku balik Perak.
Orang yang pertama datang kat aku pagi esok adelah Dery.
Dia cakap "I dont like him".
Mati-mati dia tak kasik aku bercouple ngan exbf.
Then the next day another friend Bulat and Suhaizam bagitau diorang tak approve aku ngan bf aku tu.
Siap tak approve kauuu. Hahahaha.
Dorang cakap bf aku 'nampak semacam'.


 1994, dengan classmate.
Melepak kat padang lepas latihan sukan.
L-R : Hanizan (Ketua Pengawas), Dery, Nurul, aku, Bulat and Leong.
Leong ni la yang aku bahankan untuk translate semua lagu-lagu Beyond.


Bila dorang dapat tau apa yang exbf buat kat aku, yang paling marah is Dery and Bulat.
Dery sampai tak bercakap-cakap ngan aku lama jugak sebab aku tak dengar cakap dia selama ni.
Masa tu aku realized aku ada kawan-kawan lelaki yang sangat baik.

Tapi tu la kan, tak semua orang faham konsep rapat and bercinta.
Masa sekolah dulu at one point of time aku terpaksa develop kebencian kat Dery sebab nak jauhkan diri dari dia (padahal aku satu kelas ngan dia), sebab people started pandang aku serong.
Seolah-olah macam aku ni nak kaut semua lelaki.
Dulu Amir, now Dery.
Aku macam....like wadehel la si Dery ni nak aku oiiii???

Mak Aji dulu pun hampir-hampir ready nak bermenantukan si Dery ni. Kah Kah Kah.
Sebab Dery ni very close ngan aku.
Mak Aji tanya "Kau ni berkapel ngan Dery ke?"

Aku macam, huh???
Pehalll.

Rupanya satu petang tu time cuti semester aku keluar pi bersembang ngan member-member kat port kitorang (padang bola tepi flat).
Dery call rumah.  Mak Aji yang jawab. Mak Aji bagitau "Diana dah keluar dengan Jeli pi padang katanya. Dery dah balik cuti ke?"
Dery jawab "Haah, makcik. Baru je sampai ni. Stokin pun tak bukak lagi"

Tak ke sesuatu sangat jawapan dia tu.
Stokin tak bukak lagi dah call carik aku.
Mana la orang tua tu tak pikir yang bukan-bukan.
Padahal kitorang cuma ada gossip yang nak dishare, sebab tu masing-masing excited nak jumpa.

Ada satu kali tu satu kelas gotong-royong mencantikkan bilik darjah.
Lelaki keje pasang langsir. Pompuan keje sapu-sapu lap-lap.
Masa tu Dery tengah panjat kerusi pasang langsir and kebetulan ada sape ntah keluarkan kek.
Aku mengunyah kat tepi mengarahkan si Dery ni cara nak pasang langsir sambil makan kek.
Pastu Dery toleh "Eh, bak la sikit. Suap. Tangan kotor".
Aku selamba je la suapkan.
Pastu budak-budak yang ada dalam kelas senyap.
Semua pandang kitorang.
Macam terparanjat la dah berkapel taknak inform dorang gitu.

Ni la yang aku menyampah.
Suka nau buat andaian.
Tanya la dulu apa sebab aku suap.
Ingat aku sesaje nak suap? Adik aku pun aku suruh suap sendiri okeh.

Bulat is another friend yang aku rasa dia ni macam takde kawan pompuan lain selain aku. Mbahahaha.
Sebab time dia kawen, aku je kawan pompuan antara kelompok kawan-kawan yang dia ajak. Yang lain lelaki.
alau terserempak ngan Mak Aji and Pak Aji tanpa aku ada pun dia akan tetap tegur and bersembang-sembang.

Another one is Mon.
Aku penah bergayut ngan Mon ni 3 jam tiap-tiap malam.
Mentang-mentang masing-masing pun duduk Bangi, borak berjam-jam pun bil berapalah sangat kan.
Padahal sah-sah satu kelas. Kat kelas jumpa, tapi tengah-tengah malam bersembang lagi macam nak rak.
Aku ngan Mon ada password.
Kalau dia nak call, dia akan ring satu kali.
Kalau telefon rumah bunyik satu kali tu aku dah tau dah jap lagi aku kena standby tepi telefon, kang Mak Aji angkat tak pasal aku kang.
Second ring tak sempat bunyik tu nak habis aku dah angkat dulu.
Sesuatu sangat kan?

Housemate aku dulu konfius aku ni ngan Dery ke ngan Mon. Padahal dua-dua pun tak.

Mon ni pemalas menulis jadi dia akan hantar kaset merekodkan suara dia and lagu-lagu yang dia tujukan kat aku. Every month dia hantar kaset suara dia.
Dah satu hal aku nak mendengar suara dia sejam.
Sape ajelah yang gila nak hantar kaset-kaset rakam suara kalau bukan boifren kan?
Tapi dalam kes aku, yang rajin hantar suara, nyanyi, semua KAWAN. Bukan boifren. 
Aku pun taknak kalahhhhh.
Dah kau hantar kaset, aku pun nak la hantar kaset gak.
Rekod suara aku, nyanyi lagu Kau Ilhamku Man Bai ramai-ramai dengan housemate, rekod and bagi Mon dengar. Sumbang-mambang takde hal.
Tu yang best bila kita hanya berkawan.
Takde risau pun adjust suara ke apa ke. Belasah je.

Now semua dah kawen.
Memang dari awal pun masing-masing takde hati kat each other.
Lagi seronok berkawan.
Dengan kawan ni kita jadi lebih terbuka.
Tapi dengan bf/gf, tak semua benda boleh cerita.
Sometimes dengan pasangan, kita terpaksa jadi hipokrit untuk menjadikan keadaan lebih baik.
Nak bagi good impression.
Tapi dengan kawan, lebih bebas bercerita.
Aku tak sure kat orang lain macamana, tapi kalau aku, memang aku lebih terbuka dengan kawan.
Maybe sebab tu jugak la penulisan aku pun transparent. Aku anggap yang baca ni semua kawan-kawan.

Tahun bila ntah aku buat open house, ramai kawan-kawan sekolah (lelaki) yang dapat hadir.
Mak mertua aku tanya "Yang lelaki ramai-ramai tu kawan sape?"
En Wan back-up aku "Kawan Diana, mak. Kawan-kawan Diana semua lelaki".
Seb baik laki aku dah paham and kenal semua kawan-kawan aku.
Sometimes, orang luar susah nak digest situasi ni.
Akan ada nanti orang yang kata "Ada perempuan, tapi nak berkawan ngan lelaki jugak".
Kerana tu lah, semua kawan lelaki aku, family aku mesti kenal.
So that aku tak perlukan approval dan penilaian orang luar tentang diri aku. Cukup family aku tau dengan sape aku berkawan.

Bila ada yang rasa pelik kenapa boleh ber-bestfren-kan opposite sex tanpa ada rasa cinta, aku tak rasa benda tu pelik.
Kalau bercinta dengan kawan baik dianggap tak pelik, kenapa bila kita tak jatuh cinta dengan kawan baik nak dianggap pelik pulak?
Adekah satu kemestian bila kita berkawan rapat dengan opposite sex maka akhirnya dua-dua ni mesti marry each other?

Aku tak terkejut bila nampak hero heroin TLU ni rapat boleh melepak satu bilik (of cos ada orang lain sama dalam bilik tu).
Your soul mate isn’t necessarily the man in your life.
Adakalanya one person can’t meet all your needs.
Of cos, kita sayang suami kita, kita sayang isteri kita, dia pun sayang kita, kita happy bila ada dengan dia.
Tapi kadang-kadang, the greatest love in your life can’t be found with a husband/wife.
Ada pasangan yang boleh share segalanya bersama. Ada yang tak. Penerimaan setiap orang berbeza.
Ada yang dapat pasangan yang berbeza dalam banyak perkara.
Dan perbezaan itulah yang buatkan tak semua benda kita boleh cerita.
Di situlah hadirnya fungsi kawan rapat aka BFF.

Kebanyakkan orang, bila dia berkahwin, dia merasakan pilihan dia dah perfect sehingga ke satu tahap dia rasa bila dah berkahwin, zaman berkawan-kawan ni semua dah tak perlu. Slowly ditinggalkan.
Dan expectation dia terhadap pasangan semakin lama semakin tinggi. Sebab dia dah takde orang lain, hanya mengaharapkan yang satu ni je.
Dia mengharapkan pasangan sentiasa fulfill expectation dia dari segi emosi dan sosial.
Tapi berapa ramai yang mampu buat semua ni?
Kalau mampu good. But what if tak mampu?
And apa akan terjadi sekiranya expectation ni increasingly grow tanpa ada tindakan dari pihak yang lagi satu?
Tak heran la bila wujudnya skandal dalam FB.
Sebab masing-masing baru mula nak cari tempat meluahkan ketidakpuasan terhadap pasangan.
Kalau ada kawan rapat kan bagus.
Kawan yang kenal kita in and out.
Yang bukan hanya tau sokong kita but at the same time tegur kita baik-baik.
Yang kenal both kita dan pasangan. Jadi dia tak bias.
Ni kau luahkan kat orang yang hanya kenal kau. Of cos la dia nampak yang baik je kat kau.
Dan akhirnya dia memburuk-burukkan pasangan kau.
Dan kau pun termakan hasutan.
Pastu terjebak.
Pastu pastu pastu....bla bla bla.

BFF kau pompuan ke, BFF kau lelaki ke, tak jadi masalah kalau masing-masing tau konsep BFF tu sendiri.

Sendiri pikirlah.


Akikah Rayyan.

Depan : Bulat
Tengah : Suhaizam
Belakang : Dery


Yang perempuan tu wife dorang.
Yang lelaki tu semua kawan aku. Hahaha.






Lagi sekali salesgirl mintak aku tukar size. Now aku tau kenapa.

$
0
0


Sabtu lepas again, kitorang dapat pujuk mak ikut berjalan.
Aku gunakan alasan mintak mak pilihkan tudung Kak Long.
Kak Long call mintak aku belikan 9 helai tudung kat Ariani. Rumah dia kena banjir yang lepas, habis tudung semua hanyut.
Kebetulan kan Ariani buat sale.
Menjak dah berazam nak benti beli Ariani ni, segaal sms Ariani masuk semua aku buat dek.
Setakat ni masih istiqomah lagi.
Harap berpanjangan sebab aku tak larat tengok melambak-lambak shawl Ariani aku tak pakai.
Semua tudung awninng Thai silk Ariani aku kumpul menjak aku mula pakai tudung, ada la dalam 30 kaler, semua aku dah pass ke mak and bibik lama.
Pastu aku beli baru dalam 5 helai hujung tahun lepas nak pakai waktu emergency.
Letak kat hall, kot-kot la nak kena keluar time KFC Pizza datang deliver, ada la gak tudung untuk aku sarung.
But still, aku jarang gila pakai.
Kadang-kadang aku main lilit tuala je kalau brader-brader delivery ni datang.

Jadi, aku berazam taknak beli Ariani lagi buat masa ni.
IG Ariani pun aku unfollow. Hahahaa. Punyalah nak istiqomanhya. Kalau terjebak jugak memamg syaiton sungguh lah.

Sabtu lepas, dah alang-alang mak setuju nak ikut, kitorang bawak mak makan kat Adam Lai.
En Wan teringin nak makan chicken boxing (ntah betul ntah tak aku eja ni).



Tomyam merah.
Boleh tahan sedap, tapi lagi sedap Absolute Thai.


Chicken boxing.
Tak berapa suka sangat, tapi boleh makan. Bukan tak boleh makan.
Tak berapa lalu kat tekak aku sebab dia manis.
Kicap manis.



Butter prawn all time feveret.
Udang 8 ekor je padahal, tapi tak abis sebab masing-masing sibuk makan sarang telur.
Sedap gila sarang telur dia.
Dah la banyak dia bagi sampai tak nampak lansung udang.
Udang yang terkeluar dalam gamba ni pun aku sengaja keluarkan. Kalau tak, memang nampak telur semata.


Ni paling sedap.
Siakap 3 rasa.
Garing gila!



Macam masuk rumah orang kan anak aku bersalam?
Hahahahaha.

Ni kat Jakel Shah Alam.
Lepas keluar dari Ariani tu singgah Jakel jap. Sebelah je pun.
Takde plan nak beli pun sebenarnya tapi laki aku tu kan kuat menghasut.
"Masuklah Di...Di tak beli kain nak buat baju raya lagi. Abang punya beli siap je nanti"

Ok lah. Aku masuk dengan harapan keluar tangan kosong.



Maunya!

Dua tempat yang aku belum lagi keluar dengan tangan kosong adelah Ariani and Jakel.
Asal masuk je, mesti bawak keluar something.
Memang puaka okeh tempat ni.

Mujur la hari tu masuk Ariani sebab belikan Kak Long and mak tudung.
Kalau tak, aku takkan berani masuk.
Sebab misi aku selalu gagal kalau masuk Ariani.
Memang ada je la yang dorang jek jek sampai aku terbawak balik macam-macam.

Mamat ni pun pandai.
Terus tarik aku ke Italian silk.
Dia cakap murah. Now ada sale, takde GST.
Oklah, aku pun ikut je.



Memang cantik semua Italian silk kat sini.
Harga pun cantik la of cos.
Sepasang RM480, sepasang RM350.
Mula-mula mintak aku beli sepasang je.
En Wan kebetulan berkenan dengan satu kain tu, so aku beli je la sebab laki dah berkenan kan.
Bila aku beli sepasang, dia jek aku ambik lagi sepasang.
Takde keje gila aku nak beli kain sampai beribu. Belum masuk tempah lagi.
Ni kang kalau takde orang nak ambik tempahan, raya ni aku lilit je macam sari. Dah beli mahal-mahal takkan nak peruk je kan.

Tak puas hati aku bolayan, dia tarik manager dia untuk pujuk aku.
Manager dia cakap "You ambik 3, saya bagi RM1000 only".
Tak kuasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Lama gila dia pujuk aku.
Akhirnya aku berjaya meng-kalah-kan beliau.



Esoknya, aku pi Subang Parade pulak sebab nak top-up Clinique.
Mana-mana pegi pun ramai orang.
GST tak GST ramai aje orang bershopping. Pelik jugak aku.
Memang rakyat Malaysia ni kuat bershopping.
Ni cara-cara takde apa-apa perayaan. Pun mall ramai orang bershopping.
Kalau raya sok, entah camana la lagi.
Aku selama ni memang dapat resit terus simpan, then buang.
Yang selalu check resit En Wan.
Lepas aku bayar, En Wan mintak resit, "Ni tengok ni GST Clinique awak sampai RM42. Ni lepas kalau beli KFC satu bucket tau."

Aku hanya diam membisu.

Tapi kannnnnn, lepas aku bayar, aku dapat voucher.
Terlupa terus Hamba Allah tu dengan GST MST ni semua.
Terus tanya aku "Nak guna tak voucher ni?"

Hmmm..paham sangat dahhhhhhhhh.

Ambik lah bangggggggg.


Ce tengok Rayyan.
Macam paham je kan apa budak tu cakap kat aku?
Ajku tau dia ni jenis perati, digest and bertindak.
Sebab malam tu lepas sampai rumah dia tanya "Mama tak pakai fifium (perfume) beli tadi ke?"
Padahal aku beli krim.
Betapa observe-nya dia sampai dia ingat aku beli apa.




Lepas beli Clinique, En Wan nak guna voucher aku tu untuk beli baju sebab aku taknak pakai voucher dah. Singgah Timberland. Dan di situ aku berkesempatan untuk selfie.
Tu je nak bagitau.

Oh yes, aku ada letak satu gamba kat IG and FB.
Ramai yang cakap blouse ni cantik and beli kat mana.
Ni aku beli online Zawara.
Blouse ni rasanya dah lama dah aku nampak kat IG, tapi takde rasa nak beli pun. Sebab ni blouse macam tunic style. Labuh sampai lutut.
Until satu hari En Wan belek magazine apa ntah and nampak ada model pakai blouse hijau ni and blouse biru yang aku pakai masa pi Jakel tu.
En Wan tunjuk kat aku "Di, cantik blouse ni Di"

Dah laki cakap cantik tu kan.
Esoknya aku terus beli dua-dua sekali.
Aku ni senang je kalau nak shopping baju. Apa yang En Wan cakap cantik tu la yang aku beli walaupun aku tak berkenan kat mata. Tapi blouse Zawara yang aku pakai ni memang cantik. Kain poliester. Harga RM79/pc.



Gamba ni aku letak kat IG.
Pastu ada orang komen kaki aku kecik.

Ok ni aku nak cerita satu benda.

Kan hari tu aku cerita pasal sales Xixily suruh aku ambik spender size L kan sebab dia kata mannequin pun pakai M, takkan la aku size M jugak kottttt.
Dan akhirnya terbukti size L tu besar gelebeh.

Masa En Wan dok try baju ni, sebelah tu ada Dorothy Perkins.
Aku usha-usha kat sana.
Terbekenan dengan satu seluar tu.
Aku pun ambik try. Tapi aku capai salah size, jadi lepas keluar fitting room tu aku cakap aku nak that seluar tapi nak satu size bigger.
Sales tu datang balik kat aku bawak size yang aku nak tapi dia mintak aku try lagi sekali "Kak, cuba try semula. Sebab size yang akak nak ni mannequin pakai".

Aku macam pelik.
Apesal dah 2 kali orang comparekan size yang aku nak dengan size yang mannequin pakai ni?

Tapi takpe. Aku try.
Lepas tu aku keluar dari fitting room dengan masih memakai that seluar sebab nak tunjuk kat En Wan.
Sales tu muka macam terperanjat.

Bila aku pos gamba ni kat IG, ada yang komen kaki aku kecik.
Then masa tu baru aku realized kenapa dah 2 orang sales suruh aku ambik size lagi besar.

Aku punya badan ni memang sebenarnya macam tak seimbang sikit.
Badan aku bahagian atas memang besar sikit kalau nak compare dengan pinggang ke bawah.
Dada aku tak sepadan size badan sebenarnya.
Jeans aku, masih fit size 28.
Dan jeans yang aku pakai dalam gamba ni size 27.
That's why masa aku free hair dulu, aku suka pakai baju ketat, supaya nampak pinggang.
Sebab kalau aku pakai T shirt, memang nampak macam Mak Bedah.
Bila dah bertudung ni, aku takde pilihan melainkan pakai baju yang loose cutting.
Aku rasa sebab tu la Lana Nordin suka pakai ketat. Sebab breast dia besar, kalau dia pakai blouse longgar, orang akan nampak dia macam gemuk. Aku tak rasa dia pakai ketat sebab nak tunjuk breast. Aku rasa dia pakai ketat sebab nak menggambarkan pinggang dia.

Tapi aku takdela macam size Lana tu. Lana tu mantap sangat.

Sebelum mengandung Rayyan dulu berat aku 46-47kg.
Jeans pun size 25.
Ni menjak nak cecah 40 tahun ni metabolisme pun dah slow gamaknya.
Cecah 50kg pun dah rasa satu pencapaian hebat dah. Padahal kalau duduk boleh tahan berlipat ni.

Lepas aku bayar 2 seluar and 2 blouse, ingat nak terus keluar, sekali En Wan mintak voucher.
Rupanya dia tak bayar lagi kemeja yang dia pilih tadi!!
Sanggup dia tunggu voucher aku lagi. Kuang hasam.
Dan akhirnya dia berjaya beli baju dengan hanya pakai voucher.

Tapi kondem GST aku.
Tapi voucher sebat.

Haihhh..seb baik la kau bernama suami.


First time try Sushi King dalam Subang Parade.
Panas la kat sini.
Pastu service slow.





Bukan kurus lah.

$
0
0


As ussual, snap kat bilik Redza.

Kerana gambar ni, inbox aku penuh dengan email mintak aku review cepat-cepat pil biru yang aku makan tu.

Ye, aku baca komen kat FB and IG.
Kebanyakkannya cakap aku dah kurus.

SALAH.

Sebenarnya aku bukan kurus pun.
Berat aku turun 4kg je kot.
Now 50kg.
Hilang 4 kilo apelah sangat nampak perubahannya.

Yang menyebabkan aku nampak kurus adelah kerana korang dah lama tak tengok aku pakai baju berpinggang.
Tu je sebenarnya.

Selama ni aku dok lenjan baju longgar and besar.
Sesekali aku pakai baju berpinggang macam ni, memang la nampak "Wowww!! Kurusnya Kak Diiii".
Padahal dari dulu gitu la jugak badan aku.
Cuma korang tak nampak.
Yang nampak En Wan sorang.

Dulu masa zaman free hair, hari-hari aku lenjan pakai baju ketat.
Takde pulak yang kata aku kurus, padahal zaman tu berat aku 47kg.
Eh tetiba berat 50kg pulak yang nampak kurus. Chait!

Hari ni aku pilih untuk pakai baju ni sebab aku ada presentation.
Aku nak nampak lain sikit dari hari-hari biasa.
Nak ambil aura konfiden sikit.
Esok lusa gi jumpa customer aku pakai la balik baju longgar-longgar.


 2008.


Ni baru namanya zaman kurus, 47-48kg.
Ni kat company terakhir aku sebelum aku resign beberapa bulan kemudian untuk run bisnes sendiri.
Masa ni kurus lagi la sebab nak pakai skirt and tube punya pasal kan. Hahahaha.
Dah macam orang sakit lak aku tengok muka aku dulu.
Cengkung semacam.
Oh tapi time ni aku cakap aku gemuk. Siap minum teh orang kampung lagi nak bagi kurus.
Perasan cantik nau la gamaknya cengkung-mengkung macam ni.

Dulu aku berlumba-lumba nak kuruskan badan.
Alasan aku dulu - senang nak cari baju kalau kita kurus.
Which is true jugak la, especially baju office.
Kadang-kadang diskriminasi jugak aku tengok bidang fashion ni.
Kalau baju untuk orang kurus kemain lagi macam-macam pesen.
Tapi kalau baju untuk orang badan besar, pesen ntah hape-hape. Asal jadi baju je konsepnya.
Mungkin sebab tu la ramai orang berlumba nak kuruskan badan.
Baju untuk orang berbadan besar ni apa sangat lah pilihan yang ada.
Of cos cutting-nya pun longgar. Mana cantik sangat nak pakai potongan berpinggang bila badan kita berisi, betul tak?
Maybe sebab tu la fashion designer pun malas nak cipta baju vogue vogue untuk badan besar.
Nak cantik sikit, pegi Ms Read. Kain dia cantik. Tapi potongan tetap besar gitu jugak.

Bila aku decide nak bertudung and tukar cara berpakaian, kurus or gemuk dah takde beza bagi aku.
Gemuk dah tentu aku kena pakai baju longgar.
Kurus pun aku tetap kena pakai baju longgar.

Yang tanya pasal pil biru tu, sorry aku tak berani nak bagi korang makan.
Sebabnya benda tu aku test dulu, KKM pun takde.
Tapi so far alhamdulillah la pil tu ok je ngan aku.
Cuma aku tak berani bagi sesape try dulu.
Kan aku kata, kasik badan aku kerempeng macam Kate Moss baru aku bagi korang try pulak.

Tapi yang bawah ni korang boleh makan.
Aku nak kasik korang makan puas-puas bulan April ni :



Nampak ni?
Ni aku tengah baik hati ni.
Mood tengah elok ni.

Untuk bulan APRIL sahaja, aku open offer ni.
BELI SATU KOTAK EPHYRA (30 sachet) and GET EXTRA 10 SACHETS.
Harga tetap sama.
Tapi extra 10 sachet ni dalam bentuk loose pack (tanpa kotak).

Terhad kepada 200 kotak yang pertama saja ok.
Nak beli sekotak boleh, 2 boleh, 30 pun boleh.
Cukup sampai 200 kotak, aku tarik keluar offer ni.
Untuk maklumat lanjut boleh klik link kat bawak entry ni nanti.

Actually offer ni aku dah bukak bulan lepas tapi melalui special invitation via email.
Ingat tak aku ada buat pop-out window mintak sesiapa yang guna Ephyra isikan email?
Ok, siapa yang isi email hari tu dah dapat this offer pada bulan lepas.
Bermakna, dorang dah kenyang awal dapat extra 10 sachet ni.
Dan, untuk yang commit kepada offer bulan Mac hari tu, bulan ni dorang punya offer lain sikit.
Dorang-dorang ni kena tunggu email dari aku ya.

Tapi untuk korang semua, boleh grab this offer - beli sekotak, free 10 sachet.
200 kotak pertama je. Takleh bagi banyak-banyak. Bankrupt aku.

Next time kalau aku mintak isikan email, isi tau :)





Macam rumah hantu!!

$
0
0

Entry dimulakan dengan kisah Khamis petang.

Khamis lepas aku balik dari keje kul 3pm kalau tak salah.
Tekak terasa nak makan nasik tomato with daging merah.
Terus pi Giant beli bahan-bahan.



Maka jadilah begini.

Nak resepi?

Untuk Nasi Tomato :

2 cup beras
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halis dihiris
1 biji tomato potong dadu (nak hiris pun boleh)
4 beradik secukup rasa - bunga lawang, bunga cengking, buah pelaga, kayu manis.
2 sudu besar tomato puree
Garam sukati.

Untuk Daging Merah :

3 sudu besar minyak sapi.
1/2 kilo daging.
1 labu bawang besar (blend)
4 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia (blend)
1 inci lengkuas (blend)
1 sudu besar cili (blend)
1 batang serai (dititik)
1 paket kecil serbuk kari
2 sudu besar tomato puree
2-3 biji tomato dihiris
Sos tomato secukup rasa


Untuk nasi, mula-mula basuh beras and sukat air siap-siap.
Then, panaskan kuali guna minyak sapi.
Tumis semua bahan-bahan.
Dah naik bau, pindahkan ke dalam rice cooker yang dah sedia beras tadi.
Done.

Untuk daging, panaskan periuk dengan minyak sapi.
Tumis semua bahan blend termasuk serai yang dititik.
Lepas naik bau, masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air and tomato puree.
Lepas 5 minit, masukkan daging.
Tambah air sikit bagi empuk.
Last sekali perasakan dengan garam and sos tomato ikut suka.

Senang kan?
Of cos senang. Aku tak suka masak benda yang menyusahkan aku.
Kalau teringin nak makan tapi nak memasak payah nau, aku makan kat kedai je. Habis cerita.



Jumaat, laptop baru aku sampai.
Laptop aku selama ni setahun sebijik berganti. Naik fedap aku.
Las-last yang baru ni aku punya spec senang je. Aku cakap sukati la apa brand pun janji ok tapi yang penting ada Office for Business. Tu je yang paling penting.
Sebab laptop ni aku pakai time gi outstation je.
Hari-hari biasa ada desktop. So tak heavy sangat penggunaan laptop ni.

Aku dapat ASUS.
Masa aku terima tu aku macam huh?? ASUS ni ok ke?
Engineer aku cakap ok, aku pun ok ja la.
Best gak ASUS yang ni - touch screen and boleh lipat 360 darjah.
Bagus, takyah aku bawak laptop lain, iPAD lain lepas ni kalau nak buat presentation. Bawak laptop ni je sebijik. Done.

Tapi, sejak Jumaat lepas sampai skarang, aku tak berpeluang test keje aku pun.
Sebab tuan besar ni punyakan terus melayan Upin Ipin 24 jam.

Jumaat aku balik awal gak, dalam kul 4.30pm (awal lah sangattt).
Sampai-sampai je rumah mak tanya "Nak masak apa hari ni?"
Aku pun dah naik tak tau nak masak apa dah.
Camne la agaknya surirumah sepenuh masa mikir pasal masak-memasak ni kan?
Aku yang cara-cara kejap masak kejap tak ni pun dah naik fedap pikir nak masak apa. Sampai tak reti dah.
Last-last aku mintak mak tolong rendamkan bihun sementara aku naik mandi.




Mee Singapore for dinner.

Nak resepi jugak?

Mee Singapore

Setengah paket bihun yang dah direndam and ditos (rumah aku tak ramai orang)
2 sudu bawang merah (blend)
4 ulas bawang putih (hiris)
Setengah sudu serbuk lada putih
Sotong potong kecik
Isi ayam potong kecik
(kalau nak letak daging or udang pun boleh)
1 inci halia
Tomato sebijik dihiris
Sos cili and garam secukup rasa

Tumis bawang-bawang, halia and serbuk lada putih.
Dah naik bau, masukkan ayam and sotong (tambah sikit air jika perlu).
Lepas 5 minit, masukkan tomato.

Agak-agak ayam dan empuk, tomato dah lembik, perasakan dengan garam.
Tuang sos cili sikit maybe dalam 3-4 sudu besar.
Lepas tu masukkan bihun. Kacau rata.
Siap.

Bila nak makan WAJIB letak cili api yang dah direndam dalam cuka.
Mee ni kalau tak makan dengan cili jeruk tak jalan.

Malam tu tengah aku mengadap komputer, En Wan suruh siap-siap.
Rupanya dia dah booked Fast & Furious 7 pukul 11pm.
Padahal dia tau dah aku tak layan citer macam ni.
Aku mintak dia gi ngan Redza je. Dia taknak, nak aku ikut jugak. Ok, layankan je.



2am, depan porch.
Aku ingatkan dia ajak aku ikut kot-kot la lepas tu nak pekena murtabak ke, cheese nan ke.
Takde pun. Menyesal aku ikut.
Dah la aku ni jenis tak masuk cerita-cerita macam tu.
Memang aku pernah layan sekali je F&F3.
Jadi, jangan tanya la aku menangis ke tak di hujung cerita, sebab aku tak follow sequel so the feeling tu tak berapa nak ada.
Tapi boleh tahan jugak cerita dia.
Cuma tang action tu dah boleh bersaing dengan Padaiyappa.
Sebab dah bergolek bergulung kau jatuh gaung tetap takde luka takde patah takde apa.
Tak ke Padaiyappa sangat tu?

Tapi takpelah, mentang-mentang citer omputih kan.
Kalau citer Tamil ni dah lama kena kutuk kaw-kaw.




Ini lunch hari Sabtu.

Pagi tu tengah melayan mak mertua siram pokok bunga aku check mini kebun aku kat dapur.
Baru la terperasan cili aku empat-empat pasu semua dah berbuah banyak.
Actually cili ni memang dah banyak kali aku guna, cuma weekend lepas nampak masak ranum sangat empat-empat pasu.
Pastu lengkuas menjadi.
Serai menjadi.
Pokok limau purut pun menjadi.
Terung pun dah berbuah.
Suka gila!
Cuma daun kari and bunga kantan asik mati je. Ntah hape kena ntah.

Lalu, mendapat satu idea nak buat tomyam menggunakan some bahan-bahan kat mini kebun.

Ada orang minta resepi bergedil ikan tenggiri (gambar atas).

Bergedil Ikan Tenggiri

Sekeping ikan tenggiri (lebar and tebal)
3 biji bawang merah dihiris nipis.
2 biji kentang.
Setengah sudu kecil jintan manis.
1 biji telur.
Garam.

Kupas kentang and rebus.
Sementara nak tunggu kentang empuk, ambik isi ikan tenggiri. Asingkan.
Bila kentang dah empuk, tumbuk kentang with ikan tengiri.
Masukkan jintan manis, bawang and garam secukup rasa. Gaulkan.
Pecahkan telur, kacau.
Kepalkan bahan gaul tadi (ikan) and rendam dalam telur.
Goreng.

Kalau nak lagi sedap letak daun kucai sikit.
Tapi pokok kucai aku baru nak tumbuh jadi aku takde kucai nak dipotong.



Ini aku rasmikan dulu instant shawl terbaru Fleur by Mrs Him.
Tapi aku tak shoot lagi.
Jubah pun sama, aku tak shoot lagi sebab aku tunggu kurung siap. Biar sekaligus aku ambik gamba.

Instant shawl kali ni, material cotton jersey. Of cos memang tak panas punya.
First time aku try instant shawl.
Untuk yang tak reti nak melilit, instant shawl adalah option yang baik untuk korang.
Untuk aku yang memang pakai shawl style lilit macam ni, dah tak kisah dah kau instant ke kau tak instant aku capai je.

Ada 40 pattern : english roses, tribal and paisley motif.
Insyallah, aku akan release nanti.



Malam Sabtu aku malas nak masak lagi dah.
Sebab lunch tu dah masak.
En Wan ni kalau jenis boleh makan lauk perangat takpe la jugak. Dia memang taknak.
Dia nak lauk fresh. Mengada-ngada kan?
Jadi, aku ajak dia makan kat Nando's Main Place je.
First time masuk Nando's kat sini, cantik.
Tak macam Nando's lain yang aku penah masuk.
Kemas je tempat dia.
Sofa dia pun lain dari Nando's lain yang aku penah masuk.
Sebab tu anak aku macam jakun sikit kat belakang terkinja-kinja.



Eyebag yang sangat kritikal.
Eyebag aku ni satu masa dulu pernah surut sebab aku memang jaga waktu tido.
Now, jangan harap la. Tido pun dah tak menentu dah ni. Asal sempat je. Kadang-kadang atas sejadah pun jadikkk.
Tak kuasa pulak aku nak kelebet ada bag ke tak. Janji ada eye.
Tapi kalau korang ada guna apa-apa eye treatment essence ke, gel ke, share la ya. Kot la aku boleh tenyeh sama.




Sepluh kali masuk Nando's pun, menu aku tetap sama - 3pcs chicken wings hot peri-peri with garlic bread and soup.

Tak penah lagi aku try menu lain.
Tu pun aku tak abis sebab soup tu dah potong selera bagi kenyang awal.
Disebabkan Rayyan dah makan siap-siap kat rumah, jadi aku bagi dia eskrim je upah untuk bagi duduk senyap sekejap.



Hmmmm....sedappppppppppppp!


Lagiiiiiiiiiiiiiii sedap!


En Wan punya.
Apa tajuk meal ni aku tak tau.



Ini aktiviti Ahad.
Ni another pattern instant shawl Fleur by Mrs Him.

Aktiviti Ahad bermula awal pagi.
Lepas Subuh, aku ngna En Wan siap-siap untuk keluar pi Tampin.
Kena keluar awal so that Rayyan tak ikut. Kalau dia ikut, jawabnya huru-hara.
En Wan ada hal nak kena jumpa kawan. Aku pulak dah alang-alang gi Tampin kan, mesti lah nak singgah kubur atuk and Pak Unggal. Boleh jenguk rumah nenek sekali.


Tapi sebelum tu pekena roti canai dulu kat warung kawan En Wan.



Hala nak ke kubur tu singgah rumah nenek jap.
Alahaiii, frust gila aku tengok rumah arwah nenek and atuk jadi macam ni.
FRUST!!

Aku tak tau la apa jenis manusia yang duduk menyewa dalam semak samun macam ni.
Sorry to say la, tapi aku rasa orang macam ni takyah duduk dalam rumah pun takpe.
Duduk terus dalam hutan, takde beza kot.
Ni aku snap bahagian depan je ya.
Aku lupa nak mintak En Wan snap bahagian tepi. Lagi teruk!!
Padahal depan rumah nenek aku ni dulu lapang, hanya ada tanah yang berpasir. Kereta boleh parking depan tu kalau kat porch tak cukup tempat.
La ni tengok penuh ngan rumput and lalang.
Tepi rumah nenek ni ada jalan ke belakang. Jalan tanah berpasir. Now ni aku rasa kalau nak ke belakang kau kena masuk dalam rumah and bukak pintu belakang.
Takde jalan untuk kau lalu kat tepi rumah ni dah.
Tu pun aku tak sure pintu belakang dia penah bukak ke tak.
Kalau aku, aku tak bukak sebab memang lalang sampai ke depan pintu dapur!

Fine, kalau kau malas sangat nak tebas rumput, takpe.
Call kita, nanti kita upah orang. Bukan selama ni tak penah upah pun.
Selama arwah nenek aku masih hidup dulu pun kitorang upah orang datang sebulan sekali racunkan rumpur and kemas laman semua. Tak jadi hal.
Semua benda boleh bincang.
Tapi kalau dah dasar pengotor tu memang payah la nak dibawak berbincang kan.



Semalam aku dah hangin satu badan tengok rumah nenek aku macam tu, terus aku melepaskan hangin ni kat Mak Aji. Aku memang terasa nak gegar je gate tu semalam. Tapi lupa pulak tuan tanah tu adelah Mak Aji. Seb baik. Kalau tuan tanah tu aku, semalam jugak aku tolong kemaskan semua barang-barang dia.

Aku tak mintak pun kau cat dinding rumah nenek aku segala.
Tapi dah nama kau duduk rumah tu, tak boleh ke kau rajinkan tangan kau sikit untuk tebas-tebas lalang?
Seriesly, aku kenal sangat dengan Mak Aji.
Mak aku ni jenis berlebih kurang je orangnya.
Kalau kau bagitau kau guna duit bulan ni untuk kemas halaman, aku tak rasa Mak Aji tergamak nak mintak duit sewa. Takpelah, bulan ni kau tolong racunkan halaman, ok fine, duit sewa takyah bayar.

Rumah sewa Mak Aji kat Bangi dulu kemain cantik lagi orang tu jaga.
Siap bercat bagai.
Tu memang jenis orang yang menghargai barang.

Ada jenis manusia yang tak reti nak bersyukur.
Segalanya berserah pada keadaan.
Yang sikit ni pun dia tak reti nak jaga pastu ada hati mintak kat Tuhan nak yang besar.
Eh, macamana la Tuhan nak tolong kalau yang sikit pun kau tak reti nak jaga, apa jaminannya yang besar nanti kau akan jaga?

Ni kalau aku cakap kat Pak Aji ni aku dah boleh bajet dah ayat dia "Takpelah Diana, janji rumah tu ada orang duduk, ada orang solat, mengaji.."

Solat and mengaji.
Good.
Tapi dalam Islam pun kebersihan diutamakan.
Macamana kau boleh tenang bersolat tinggal dalam rumah yang huru-hara macam ni?
Sedara-mara aku kat kampung pun ada gak yang tak kaya, rumah kayu, jamban pun kat luar.
Tapi takdelah bersepah macam hape je.
Eh, gila hangin pulak aku.


Tempat penyidai baju dan sekitarnya.
Bersemak!
Aku rasa dia sendiri takut nak sidai baju kat situ.


This is how tempat tu dulu (belakang).


 Dulu penuh dengan pokok bunga kat atas tu.
Now??
Tengok la balik gamba kat atas tadi.
Aku tak suruh penyewa tanam pokok bunga.
Cukup lah kau kemas jangan bagi laman nenek aku macam tempat bela ular sawa.


 Kiri : Tepi rumah. Bahagian tepi tu adelah laluan ke belakang. Aku siap boleh merepit dengan basikal lalu kat tepi tu. Now, aku rasa monyet pun taknak lalu dah.

Kanan : Pandangan dari rumah menghala ke gate. Kemas dan lapang. Dulu.


And this is pandangan the latest laman nenek aku.
Kalau orang kata ni rumah berhantu pun aku percaya.
Memang macam rumah tinggal!



Lepas tengok rumah, terus ziarah kubur atuk.
Menjejes-jejes airmata aku, sedih sangat bila kenangkan rumah arwah atuk jadi macam tu.
Rasa nak mengadu kat atuk macam-macam.

Lepas ziarah kubur Pak Unggal, terus balik.
Dah la kubur Pak Unggal pun tak bersiap-siap lagi. Pagi-pagi lagi dah buat aku nangis.
En Wan senyap je tak berani nak cakap apa-apa. Kang aku tak dapat hamun penyewa tu kang, dia pulak yang aku sergah.

On the way balik menenangkan fikiran dengan singgah beli belacan.
Senang jugak nak pulihkan mood aku ni rupanya.
Beli belacan ngan ikan masin, done. Terus mood jadi ok.


Asal muka aku macam meneran ni?





Muka aku memang ada majik

$
0
0


Ramainya la email aku tanya betul ke offer Ephyra bulan ni beli satu kotak dapat extra 10 sachet.

YE SAYANGGGGGG.

BENARRRRRR.

Aku tak salah type.
Aku dah buat offer ni bulan Mac lagi tapi via invitation.
Disebabkan sambutan sangat menggalakkan, bersempena dengan bulan yang penuh pancaroba ni, kat newsfeed aku tak abis-abis lagi orang bertekak pasal GST, meh aku kasik sejukkan sikit dengan penambahan 10 sachet Ephyra.
Ephyra takde GST, jangan risau.
Aku nak tolong turunkan harga untuk customer Ephyra memang tak dapat sebab sekotak memang harganya RM197.
Yang aku boleh tolong cuma tambah nilai.

Now ni principal biotech product aku sibuk bagi free kit free reagent, jadi dorang tak supply hadiah lagi macam dulu. So, aku tak dapat la nak offer hadiah kat korang. Kalau tak, dulu kejap-kejap nada powerbank, ada mp4, ada mp3 kan?
Tapi boring la asik bagi hadiah yang sama je.
Memandangkan korang pun memang minum Ephyra, jadi aku tambahkan sachet supaya korang puas minum.
Ni sebenarnya advantage untuk new user.
Sesiapa yang baru nak blaja ambik Ephyra, this is the right time.
Sebab korang boleh dapat 40 sachet. Insyallah, cukup untuk 40 hari sampai nampak kesan pada kulit.

Nak order plis klik kat link di bawah entry ni.
Atau boleh klik kat link di kolum HIGHLITES (sidebar kiri atas sekali).

Ok done cerita Ephyra.

Ada reader tanya apesal muka aku kat IG kejap cengkung kejap gebu?
Rileks...rileks...jangan risau.
Ok jawapannya adelah - memang pesen muka aku dari dulu macam tu.

Cuma skarang ni berat dah 50kg, jadi kegebuan dia lebih ketara.

Muka aku ni jenis lebar, ala-ala loyang gitu.
Kawan aku Apeng cakap muka aku bentuk bujur sirih.
Tapi aku rasa muka aku macam pinggan bujur.


Mac, 2011.
4 bulan lepas bersalinkan Rayyan.
Tirus kan muka?

Sebenarnya TAK!


Mac, 2011, hari yang sama aku snap gambar 'muka tirus' tadi.
Tiba-tiba kembang sekelip mata kan?


Ni lagi lah kus semangat kembang. Macam dibagi suntikan yis kat pipi.
Padahal ni tahun 2006, di saat berat aku masih 44-45kg tapi kemain lagi pipi aku.


Muka aku ni sangat senang kalau nak bertukar jadi majik.
Kalau nak nampak macam loyang, senyumlah seindah suria.
Konfem menjongkit naik pipi aku.
Kalau nak nampak kurus, jangan senyum atau senyum sikit je. Pasti nampak macam berat 41kg padahal perut berlipat-lipat.

Jadi, jangan lah tanya apesal muka aku kejap cengkung kejap gebu.
Sumpahan dia memang dah gitu. Pasrah je lah.
Tapi sebenarnya yang banyak 'membantu' supaya muka aku nampak macam kurus (padahal tak), adelah dagu yang senget ni.
Masa En Wan first time jumpa aku, dagu aku yang dia tegur dulu sambil mencubit dagu ini dengan mesra beliau berkata "Dagu Di tajang (tajam)".

Tapi masa tu excited jumpa bakal boifren, tajang pun tajang la, aku telan je.
Masa ni tak banyak soal aku.
Now ni pantang dia salah bunyik je, sampai minggu depan aku troll.

Oklah bye, nak mandi.





Email

$
0
0


Ok, ni last batch.
73 email dari batch yang terakhir dah pun dihantar ke penama masing-masing.
Dorang ni semua antara beratus orang yang commit kepada offer Ephyra bulan lepas.

Ada yang tanya kenapa dorang tak tau pasal invitation ni.
Memang aku tak bagitau pun kat blog, sebab tu namanya pun invitation.

Kan aku dah kata, dulu aku ada buat satu pop out window kat blog ni.
Kalau tak salah aku warna hijau box tu. Tajuk dia "LET'S PLAY GAME", tapi terhad kepada 200 pengguna Ephyra terawal.
Dorang-dorang ni je la yang dapat invitation tu.
Invitationnya adalah, dorang dapat offer extra 10 sachet ni.
Kiranya, bulan lepas lagi dorang dah dapat offer ni.
Bila offer ni aku tengok menggalakkan, jadi bulan April ni aku open kat public.

Tapi, untuk dorang yang commit kepada offer bulan lepas, bulan ni aku janjikan special offer lain pulak.
Jadi, bulan ni dorang akan dapat offer yang berlainan.

So, kepada yang 73 orang ni dok la email aku tanya bila nak hantar email bila nak hantar email, sorry sebab lambat.
Aku kena susun batch by batch. Nak hantar sekaligus tak dapek.
Tu nampak tu inbox Health ada berapa ribu??
Harap bersabar, yang nak mengerjakan semua enquiry ni tak ramai mana.

Ok, ni aku nak bagitau, sekiranya korang nak dapat the same offer yang aku bagi pada insan-insan terpilih tersebut, silakan purchase Ephyra bulan ni (klik link pada kolum HIGHLITE di sedebar belah kiri, atas sekali).
Insyallah, offer yang dorang dapat bulan ni, akan korang dapat pulak di bulan depan.

Sekian, aku nak nap kejap.
Tak larat.
Baru sampai dari Penang.

Baik dan Lebih Baik

$
0
0


Kerana status FB ni.
Makin aku dah tak nampak email-email terdahulu kat aveo757[at]yahoo[dot]com.
Sekali lagi, ramai yang buat luahan perasaan.
Aduii, serba salah sungguh aku nak tulis apa-apa lepas ni.
Pastu aku perasan ada yang share post ni siap tag husband sendiri.
Oh my myyyyyy. Jangan sampai bertekak laki bini ya pasal status aku ni.
Status ni terpakai untuk aku je, belum tentu terpakai untuk orang lain.
Seriau betul aku bila ada yang tag suami.
Tak pasal-pasal ada laki orang yang serang aku kanggg.
Terpaksa ai minta pertolongan suami ai yang sado sangat tu *pftt*

Aku harap takde yang salah faham dengan status aku ni.
Takde yang salahnya bersusah-payah untuk suami.
Sediakan makanan untuk suami tu bukannya payah sangat. Takde isu untuk diungkit-ungkitkan.
Cuma hidup di zaman social network ni, benda-benda yang takde isu selalunya akan dijadikan isu.

Bukan aku sorang, tapi rasanya ramai lagi yang perasan perkara ni.
Menetek anak, tak menetek anak, dijadikan isu.
Bersalin normal, bersalin czer, dijadikan isu.
Ada maid, takde maid, pun jadi isu.
Working mom and stay at home mum pun boleh dijadikan bahan bertekak.
Sediakan bekal anak and tak sediakan bekal anak pun dijadikan kayu ukur betapa mithali atau taknya ibu tu.
And now, bekal suami punnnnnn boleh jadi bahan berlawan-lawan.
Dah kenapa la?

Dari awal kawen dulu aku teringin nak buatkan bekal untuk En Wan.
Tapi En Wan always bagi alasan "Abang keje kilang, ada dapat coupon makan".
Coupon dia takde la banyak sangat, rasanya RM4 je kot, so dia kata rugi kalau tak guna sebab bukan boleh tukar jadi duit pun.
Ok lah, aku terima alasan tu.
Cuma bila dapat tau adik ipar aku, Siti, buatkan bekal untuk Ibal, aku rasa alahaiii, if only aku boleh buat benda yang sama.

Aku sikit tak rasa jeles orang lain boleh sediakan bekal untuk suami.
Buat apa nak jeles. Lagi senang apa aku takyah bersusah-payah, kan?
Cuma aku jeles sebab aku takde peluang nak 'tambah pahala'.
Until bila En Wan 'sound' aku pasal betapa senangnya nak buat pahala hanya dengan dengar cakap suami, baru aku tersedar.
Ye tak ye jugak.
Dah laki aku kata tak payah buat, yang aku gatal nak offer diri jugak dah kenapa.

Tapi looking at our society sekarang, the trend untuk menjadi lebih baik tu dah semakin menular.
Memang bagus bila semua orang berlumba-lumba nak jadi lebih baik.
Yang tak bagusnya bila ada pihak yang buat perbandingan.

Yang ada maid kata dia delegate kerja pada maid so that dia boleh tumpukan perhatian pada benda lain like mencantikkan diri, fokus pada bisnes, balik keje penat boleh rest, malam boleh layan suami sebab badan tak penat.

Yang takde maid cakap dia lebih rela berpenat kemas rumah, masak dari pagi santak ke malam, asalkan semuanya dia buat sendiri. Lebih bagus suami and anak-anak makan masakan air tangan isteri, baju-baju suami kita yang uruskan.

Yang sediakan bekal anak cakap makanan kat skolah mahal, tak berkhasiat pulak. Entah bersih entahkan tak.

Yang tak sedia bekal anak pulak cakap kau bagi anak kau setakat singgit belanja skolah memang la anak kau mampu beli jajan je. Cuba bagi RM5, mesti boleh beli nasik and milo. Kan ke berkhasiat tu?

Seriesly, yang pasal bekal anak ni pernah appear kat newsfeed aku.
Merepek meraban je dorang ni bertekak macam dalam mahkamah. Beria-ia masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing.

Come on.
Kalau kau rasa apa yang kau buat betul, suami isteri dah sependapat dengan apa yang korang dah persetujui, kenapa mesti dapatkan approval orang luar yang takde sangkut-paut dengan life korang?
Yang berpayah nak bertegang urat nak menangkan pandangan sendiri dah kenapa?

Dia nak prepare bekal anak dia biar.
Kau taknak buat bekal anak kau, sudah lah.
Yang penting anak-anak tetap dapat makan dan tak kebulur.

Be realistik la.
Macam la aku tak tau masing-masing pun pernah mentekedarah maggi time universiti dulu.
Berkhasiat sangat ke maggi tu?
Tapi korang sihat walafiat je kan?
Bijak-bijak pun akhirnya kan?
Dah tu?

Bukan aku suruh kita semua ambil mudah semua perkara.
Tapi perangai kita tu tolong jangan nak menjadikan segala benda jadi susah.

Orang tu nak pakai maid, sebab dia mampu, silakan.
Jangan kerana kita tak mampu nak bayar maid, maka kita keluarkan macam-macam dalil untuk memenangkan tindakan kita seolah-olah kita isteri dan ibu yang lebih baik.

Kalau orang tu nak berpenat mengemas sendiri, masak sendiri, taknak ambik maid, biarkan.
Celah mana yang kita susah pun kalau orang tu nak buat segalanya sendiri?

Tak payah gigih sangat nak menjadikan segalanya lebih susah.
Kita masak sendiri kat rumah sebab lebih jimat, lebih bersih, lebih jimatkan masa.
Dia makan kat luar hari-hari sebab lebih senang untuk dia berehat, tak penat, tak mengecahkan dapur.
Semua ada reason masing-masing.
Dan semua reason ni takde salahnya pun.
Yang salah bila masing-masing start buat persepsi.
And this is the scariest thing in the world.

Bila Siti buat bekal untuk Ibal, aku rasa, bagusnya adik ipar aku ni. Mithali.
Aku breakfast pun tak buat.
Aku rasa macam diri tak cukup baik.

Sebab kita dah 'disumbat' dengan cerita-cerita yang baik itu adalah ....

... apabila kita masak untuk suami.
... apabila kita bangun pukul 5 pagi masak bekal untuk anak-anak.
... apabila kita bekerja tapi masih lagi bertungkus-lumus di dapur lepas balik kerja untuk siapkan dinner keluarga.
... apabila kita sendiri yang ajar anak-anak mengaji.
... apabila kita sendiri home tuition anak.
... and the list goes on...

Demi Allah, semua ni memang lebih baik.
Tapi kalau kita ada option lain adekah itu kurang baik?

Kalau dari KL nak ke Langkawi pun kita ada macam-macam option.
Nak ikut jalan lama?
Nak ikut hiway?
Nak naik fery?
Nak terus naik flight?
Semua pun baik. Semua pun boleh sampai ke tempat tujuannya.
Tinggal lagi kau kena pilih ikut kemampuan masing-masing.

Some people bila 'share' pendapat, suka mencari siapa betul siapa salah.
Sedangkan pendapat itu dikongsi bertujuan mencari siapa BETUL dan siapa LEBIH BETUL.
Bukan mencari siapa salah and siapa betul.
Boleh faham tak agak-agak?



Ilmu menjual

$
0
0


Terima kasih to this customer.
Dah nak sebulan dia hantar baru aku tepek kat sini.

Another good testimoni.
Tapi takde gamba, takpe. Aku faham. Kebanyakkan yang pakai ni wanita, jadi susah sikit kalau nak tunjuk bukti rambut gugur, atau kaki ada eczema, muka berjeragat.
Tak semua willing to share and atas sebab tu la aku stop kejap bagi hadiah untuk those yang bagi testimoni bergamba sebab kebanyakkan testimoni yang aku dapat semuanya bertulis, tanpa gamba.
Kesian pulak, tak adil untuk yang tak dapat bagi gamba walaupun testimoni bertulis sangat hebat.
Luckily, Ephyra dah ramai yang guna and percaya so with gamba or not, it doesn't matter.
Banyak testimoni bergamba aku dah tepek kat entry-entry yang lepas. Boleh check kat column TESTIMONI kat sidebar belah kiri. Bacalah testimoni sampai lebam.



Dulu, masa aku bercita-cita nak menjebakkan diri jadi seorang saintis, ada sorang kawan aku nama Nurul cakap aku sesuai buat sales & marketing.
Dia cakap karakter macam aku rugi kalau simpan dalam lab.
Masa tu aku buat dengar tak dengar je.
Sebab aku tak dididik untuk minat bisnes.
Dari kecik aku di'brainwash' dengan cita-cita esok besar kena jadi akauntan, lawyer, dokter, engineer, pensyarah.
Balik-balik ni je la yang dizikirkan kat depan muka aku.
Aku rasa mak bapak korang pun mesti macam ni jugak dulu.
Balik-balik lima pekerjaan ni je la yang disebut-sebut.
Bisnes memang tak pernah melintas lansung dalam kepala aku.

Aku join sales pun bukan sebab aku nak buat sales sangat.
Masa aku bagitau Mak Aji aku join sales, orang tua tu buat muka tak redha je.
Aku ni pulak, lagi orang buat muka tak yakin, lagi semangat aku nak buktikan aku boleh buat.
Selalu-selalu la buat muka tak yakin kat aku, memang lambat la aku nak quit jawabnya.

Aku takde la terer mana pun buat sales.
Tapi pengalaman tu ada la sikit-sikit.
Buat sales ni sama je macam keje-keje lain. Sama macam keje dokter, keje lawyer, keje engineer.
Takde beza.
Yang penting kena tau apa yang kita buat.
Kena tau apa produk kita.

Contoh kalau kau masuk kedai kek, kau tanya budak kat kaunter tu "Kek ni flavour apa eh?"

Dia jawab "Saya tak sure, nanti saya tanya manager".

Pastu kau tanya lagi "Saya taknak beli whole cake, nak half je boleh tak?"

Dia jawab "Yang tu saya kena tanya manager".

Kalau aku memang fedap masuk kedai macam ni.
Dah banyak kali aku masuk kedai macam ni yang sales/promoternya bantai tak tau, semua benda nak kena tanya manager, aku tak beli apa-apa. Terus keluar.
No point kau duduk kat kaunter tapi kau tak kenal produk kau.
Baik manager kau je duduk depan, kau pegi sapu-sapu lantai ke lap-lap apa yang patut.
Ni tak.
Kau duduk bertenggek kat kaunter pastu customer tanya kau tak tau apakebenda.
Ni nak jual kek ke nak jual muka?

Bila kita tak tau apa yang kita buat, kita tak tau apa yang kita jual, kita takde knowledge tentang produk yang kita jual, memang jawabnya kita takkan seronok dengan kerja tu.
Datang keje semata-mata kita kena datang.
Seronoknya bila dapat gaji je.
Gaji abis, seronok pun hilang.

Pernah ada reader lelaki email aku mintak ajar camne nak buat sales, kalau tak salah aku dia jual insuran.

Aku takde pengalaman jual insuran, takde pengalaman jual loan.
Tapi aku percaya konsep dia semua sama.
Kenal produk.
Kena faham produk.
Kenal customer.
Knowledge.
Kenalpasti masalah customer.

Ada orang buat sale dengan cara memaksa.
They try very very very hard untuk buatkan customer beli produk dia.
Dan ini sangat annoying.
Dan juga salah.

Ok ni aku bagi contoh bidang aku, biotek.

1. Kenali produk
Produk aku adelah kelengkapan makmal dan lab test.


2. Fahamkan produk.
Produk aku merangkumi instrument makmal, small instrument for school/kolej, medium and high-end instrument for universiti, provate lab, government agencies. Ada kits and reagents untuk molecular biology, microbiology, tissue culture. Provide lab test for halal and custom PCR work. 

Bila dah faham produk, mudah untuk kita cari customer - KENAL CUSTOMER.
Takkanlah barang-barang kelengkapan makmal ni nak promote kat bank kot.
Of cos kat tempat-tempat yang ada makmal biotek, ye tak?


3. Kenal customer
Kena cari siapa yang buat molecular?
Siapa yang buat microb?
Student mana yang buat real time PCR?
Student mana yang buat projek halal?

Bila dah kenal customer, maka mudah untuk kita cari kepada siapa kita nak promote barang kita.
Takde la terjadi kes kita pung pang pung pang bercerita, last-last customer kata "Tapi saya dah habis projek. Now tengah siapkan tesis je".
Baziaqqqqq air liur!


4. Knowledge
Kenal customer saje tak cukup tanpa ada knowledge tentang mengapa produk tu harus diperkenalkan pada that customer.
Contoh, customer berbangsa India sekeluarga masuk dalam restoran nak makan.
Kita sebagai waitress ambik order dan kita mulakan dengan mukadimah "Selamat datang Encik. Ini buku menu. Hari ni kita ada special menu iaitu Beef Macaroni with cheese".

Bangang ke bijak?

Layanan dah ok.
Tapi knowledge ZERO.


3. Kenalpasti masalah.
This is the best part.
Bila kita dah sampai ke tahap boleh identify apa masalah yang dihadapi customer, insyallah chances untuk close deal adalah tinggi.

Aku ada sorang customer di satu universiti ni.
Masa aku sembang-sembang ngan dia, dia cakap now dia busy sebab institut dia ada collaboration dengan LKIM untuk buat extraction DNA ikan.
Ikan-ikan ni semua dari farmers.
Farmers kena lalui proses ni untuk tujuan export and selling kalau tak salah aku.
Untuk check penyakit ikan.

Bila dia cakap "Sample saya banyak Diana. LKIM bagi kat kita sebab farmers tak mampu nak hantar ke private lab. Mahal".

Masalah dia - sample banyak, banyak keje, kos tinggi, kena jual servis murah kepada petani.

Aku cakap ok takpe.
Aku ada kit yang akan percepatkan kerja dia.
Dan kit ni aku bagi dia harga murah DENGAN SYARAT, mesti blanket order.
Maksudnya, kalau kit tu aku jual selama ni harga RM500, aku boleh jual harga RM250 dengan syarat ada perjanjian setiap bulan dia kena beli at least RM20,000 dalam tempoh 6-12 bulan.
It's a win-win situation.
That customer dapat kit yang lebih memudahkan kerja and jauh lebih murah.
Aku pulak dah dapat confirm sale at least RM20K dari dia setiap bulan, selama 6 bulan.

Sales bukan kerja susah.
Apa-apa kerja pun tak susah kalau kita betul-betul tau buat and nak buat.
Kerja tu akan jadi susah bila kita tak tau apa benda yang kita buat.

Masa aku mengandung, bila jumpa dokter, that dokter suggest beli susu sekian-sekian, makan makanan tambahan sekian-sekian.
Bila dah bersalin, disebabkan aku czer, dokter suggest beli spender nenek-nenek yang besar tutup pusat supaya tali spender tu tak terkena pada bekas jahit, dia suggest sapu sekian-sekian krim kat parut bedah, etc.

Secara tak lansung sebenarnya that dokter is doing sales jugak. Cuma produk takde kat tangan.
Aku rasa kalau dokter tu stokkan spender nenek-nenek kat hospital, konfem dia juga akan menjadi seorang penjual spender yang berjaya.
Sebab dia ada knowledge.
Dia tau masalah pesakit, dia tau apa yang pesakit perlukan.

Jadi anak-anak, itulah sedikit sebanyak ilmu yang boleh diturunkan.
Kalau nak ilmu yang lebih advance, pi lah attend seminar Dr Azizan ke, Azizi Ali ke, Tony Robbins ke, Robin Sharma ke.

Selamat beramal.
Laki aku ajak pi mamak lak ni.




Aku makan pasemboq belen-belen kelmarin?

$
0
0

Last week, Rabu aku gi Penang, keje.
Aku decide nak pegi malam Selasa, sebelum tido.
Rasa macam perlu jumpa customer kat sana, esok pagi siapkan keje-keje dulu pastu around 1145am, terus gerak dengan tak book hotel pun. Hajat hati nak gamble. Tapi pastu aku stop jap kat Tapah untuk book hotel.

Kali ni aku duduk kat The Lights, Seberang Jaya.


Ni gamba on the way ke utara last week, pakai instant shawl.
Insyallah, esok pukul 4pm ya.
Sesiapa yang berminat dengan instant shawl ni, sila terpacak depan komputer and refresh blog aku berkali-kali.



Last month aku pegi sana bawak Pak Aji ngan Mak Aji, aku duduk kat Hotel Sunway.
Time stay sana la aku dok usha je hotel The Lights ni (opposite Hotel Sunway).
Last week, aku terus book The Lights sebab aku rasa hotel ni macam secure enough untuk aku stay alone.
Now aku dah tak minat nak stay dalam pulau sebab selalunya aku tak jumpa masa nak merayap lepas keje. Selalunya lepas keje aku dah flat. Terasa rugi pulak dah duduk dalam pulau tapi tak kesana kemari. At least pi la Queensbay tu kan, shopping ke, makan ke. Tapi selalunya aku dah penat.
So, pasni rasanya aku akan stay Seberang Jaya je la. Depan hotel ni pun banyak kedai and ada Parkson. Boleh la. Kalau rasa malas sangat, order je makan kat bilik. Settle.

Hotel ni memang sesuai untuk orang-orang bekerja.
Kalau korang datang cuti anak beranak takyah la duduk sini, pi la duduk dalam pulau tu sebab Seberang Jaya ada apa sangat pun.
Tapi kalau urusan keje, sesuai sangat la kat sini.
Hari tu time aku pegi pun, ramai orang buat meeting kat sini.
Berderet-deret Mers and BMW keluar masuk.
Ntah menteri mana agaknya duduk situ.
Mat saleh memang ramai gila.
Floor aku duduk tu, keliling bilik aku semua mat saleh. Apa dia buat kat hotel ni pun tak tau la.



Bukak-bukak pintu, alamakkk twin bed!
Dah la aku tido sorang, kau bagi pulak 2 bijik katil.
Memang payah la aku nak tido dok mengintai katil sebelah.
Tapi ketakutan tu hilang sikit bila nampak meja kerja tu.
Terasa bestnyaaaaaaaaaaaaa!!!
Selama aku dok kat mana-mana hotel, cuma 2 hotel je setakat ni aku jumpa meja macam ni - satu this hotel The Lights Penang, another one Renainsance KB.

Laju-laju aku mandi, asar, pastu terus on laptop.
Rasa seronok je buat keje macam ni, terasa macam buat keje dalam ofis.
Dah la TV dia bapak besor.
Malam tu aku buat keje sampai 330am. Ralit ngan kejer + takut nak tido.



Aku sampai hotel pukul 4 lebih, cun-cun time azan asar.
terus buat keje tak teringat nak lunch lansung. Tau-tau je lapar.
Baru teringat aku tak order lagi club sandwich.
Nak gak rasa club sandwich The Lights.
Sedap, tapi kecik.
Sunway punya club sandwich banyak and terlampau tebal sampai nak terbelahak aku makan.
Tapi ok lah ni, boleh kasi kenyang.

Pastu malam, member aku ajak pi makan pasemboq.
Pukul 1145malam!!
Orang lain dah membuta, aku baru nak mentekedarah.
Dah la berpusing-pusing cari Padang Kota tak jumpa-jumpa sebab ada jalan yang tutup so waze aku pun jadi bengong kejap.


Ni malam, melepak kat lobby sementara nak pi makan pasemboq.
Dah takde sape nak amikkan gamba aku kan, aku ambik la gamba kerusi.



Alhamdulillah, akhirnya dapat gak makan pasemboq sotong.
Walaupun tak makan kat mamak menari.
Sebenarnya aku nak pi mamak menari tapi kawan aku tanya if aku penah makan pasemboq kat Padang Kota. Aku ingat-ingat lupa penah makan ke tak, so takpelah, ini time try Padang Kota pulak.
Nasib baik ada lagi kedai bukak.
Padahal weekdays tapi sampai pukul 12 lebih dok ada lagi kedai bukak.
Kalau weekend agaknya kul 2am kot baru tutup eh?

Tapi kan masa aku tengah mengunyah, aku perasan mamak tu dah bersiap-siap nak simpan balik barang-barang.
Banyakkkkk lagi pasemboq tak abis.
Dia ambik bungkus masuk dalam plastik.
Dah la guna tangan tak pakai glove. Tak sempat nak kembang tekak aku sebab memang dah nak abis semua pasemboq dalam piring aku telan time tu.
First, aku 'terganggu' bila nampak dia simpan balik barang-barang makan tu dalam plastik guna tangan tanpa glove. Terbayang-bayang aku apa dia buat ngan tangan dia tadi. Dah la aku nampak sebelum tu mamak yang jaga kaunter tu pi jilat jari dia masa nak kira duit dalam laci. Adehhh.
Second, memang pesen dorang ni meniaga main perangat balik lauk-lauk belen semalam ke apa?
Terus aku pandang piring aku, yang aku makan ni belen bila? Minggu lepas punya?
Ahh bedal la, dah telan dah pun.



Walaupun pukul 12 malam, sejuk tepi laut, tak mematahkan semangat aku untuk makan ABC.
Biar beku tekak malam-malam.
And now aku dah plan nak repeat ABC ni lagi 2 minggu.
Lagi 2 minggu aku naik Penang lagi.

Patutnya hari tu aku ke Perlis the next day, tapi ada urgent matters, aku kena balik esok jugak.
Rasa macam hape je gi Penang takat satu malam. Dah la drive. Sakit pantat aku habis masa dalam keta je. Tapi, apa lah pilihan yag ada untuk someone yang pentakut naik flight kan.
Seriesly, penyakit takut naik flight aku ni macam dah melampau-lampau pulak.
Nak consider naik flight dari KL ke Penang pun tak mampu, apetah lagi nak ke overseas.
Haih laaa...apa nak jadik la aku ni.

Kalau ada petua, tolong laaaaaaaaaaa bagitau aku.
Sebab aku tak boleh berada dalam keadaan pentakutan ni terlampau lama nanti aku sangap sebab aku perlu berada dalam kelompok-kelompok yang aku perlu berada, danh ussually kelompok-kelompok ni kat luar negara. So plis la bagi aku nasihat dan tazkirah caman nak atasi ketakutan ni.

Sejak dari kecik aku memang takut pada ketinggian yang bergerak macam ferris wheel, roller coaster.
Jangan ingat takut naik flight ni benda baru menjak MH17 MH370.
Tak.
Memang dah lama dah penyakit takut naik katerbang ni walaupun dulu transportation aku ulang alik dari UNIMAS ke KL memang dnegan kapal terbang, setiap kali aku naik setiap kali tu la aku menyawan kat atas.

Aku takut turbulence.
Takut bila kapal terbang langgar awan, bergegar time hujan.
Even masa dia nak landing and take off pun dia bergoyang-goyang aku dah takut.
Tapi tak dinafikan ketakutan tu menjadi-jadi lepas banyak sangat musibah jadi dengan kapal terbang.
Kalau la aku ni boleh dipengsankan selama mana aku ada kat atas tu, alhamdulillah.
Bukan apa, sebab 'penyakit' aku ni sebenarnya menyusahkan orang yang duduk sebelah aku.
Aku tak pedulik, sebelah aku bangla ke, laki orang ke, kalau aku takut aku peluk. Lantak la.


Nak?



Bukan aku yang buat.
Ini reader yang buat.
Dia nak bagi aku rasa, aku taknak.
Kemain menyombong kan? Hahahaha.

Aku sebenarnya takut bila orang bagi aku barang-barang ni, nanti aku tak dapat fulfill apa yang orang tu nak, jadi aku beli.
Kebetulan Mak Aji tak sempat nak buatkan aku cheese macaroni (aku malas nak buat, aku mintak Mak Aji buatkan), jadi aku order kat reader ni (nama pun aku lupa dah).


Aku purposely mintak dalam small bekas like this supaya senag takyah kotorkan piring.
Nak makan, ambik semangkuk terus.
Kalau nak order bekas kecik macam ni minimum kena 10 bekas ya.
Yang ni harga RM4/pc


Tapi dalam beg aku tengok dia bagi sekali dalam bekas besar ni.
Yang ni aku tak tau harga berapa, boleh tanya dia nanti.
Nak tau rasa dia camne, boleh order sendiri, pastu sendiri rasa okeh?

Boleh contact email : legis.kitchen@gmail.com



Ok ni gamba saje je letak. Nak racun korang supaya gi mamak now!!



Instant Shawl Hannah

$
0
0

Instant shawl pertama from Fleur by Mrs Him dah boleh dibeli thru website www.fleurbymrshim.com.

Kat sini cuma aku tunjukkan gamba saje.
Kalau nak tengok gamba yang lebih besar boleh ke website ya.
Kali ni tak pakai model orang, pakai model kepala patung je sebab shawl sampai 39 pattern, aku tak rasa ada model yang sanggup nak tukar ganti shawl sebanyak ni. Aku pun tak rasa larat nak tunggu shooting sampai 39 helai.

Yang tanya pasal jubah, insyallah.
Dah ada satu design yang dah pun siap.
Coming lagi 2.
Tapi photographer yang aku selalu pakai tu gi Europe untuk shoot pakaian muslimah.
Jubah Fleur by Mrs Him also ada dalam bagasi dorang.
Bila dah balik nanti baru kita buat studio shoot.

Lama dah tak release shawl kan, asik jubah je.
So, beli shawl dulu la ya.

KLIK SINI untuk ke website :


















Nak makan lobster meh la datang Putra Heights

$
0
0




Status aku semalam buatkan aku realized, ramai rupanya readers and followers blog ni yang bengong-bengong. *geleng-geleng kepala*
Kawan-kawan aku tu memang sah la aku paham sangat kebengongannya.
Agak-agak sesape yang nak mencari jodoh tu, boleh la start PM nama-nama di atas. Nak-nak lagi yang mengaku single, sedang mencari, ingin bercinta semula, dan sewaktu dengannya...silakan. Sila kenal. Jangan malu-malu. Line clear ni aku bagi.

It's good dikelilingi oleh orang yang fun fun macam ni.
Yang lelaki tu semua laki orang aku tau. Berdoa la bini masing-masing tak baca entry aku ni.
Kalau tak, menjawab la kau balik rumah kang.

Ada beberapa email juga datang dari student and lecturers yang berminat nak jadi part time sales / agen aku di universiti. Hmm..bagus ni. Takyah aku kerap-kerap outstation kan?
Tak sangka pulak ada yang berminat.
Aku belum reply lagi email mereka yang berminat ni sebab semalam and hari ni aku busy meeting pasal pill smurf aku tu.
Nak jadi part time sales / agen boleh, asalkan jangan sampai study terganggu.
Aku bukan apa, aku risau je kot ada yang naik syok pegang duit, sekali blaja halfway. Memang aku ketuk sekor-sekor kang.
Part time is part time, study kena abiskan.
*dah macam bunyik makcik-makcik sangat ni*

Semalam balik keje quite lambat, campur penat campur malas sikit, aku ajak En Wan makan kat luar je. Tapi En Wan ajak makan kat area Putra Heights je takleh pi jauh-jauh sebab dia nak tengok bola. Kitorang makan kat Moon's Kitchen.
Lam adah lalu-lalang depan ni tapi tak teringat nak singgah pun.
Ramai jugak makan kat dalam ni.
No wonder la ramai, Moon's Kitchen ni offers variety of western food.
Kalau macam Mr Food tu selection dia tak banyak sangat, tapi semua sedap-sedap.
Macam Moon's Kitchen ni selection dia banyakkkkk sangat.



Ai pakai shawl baru.
Shawl Instant Hannah pattern belang-belang you ollsss.

Ada yang email aku tanya if awning shawl ni lembut or keras.
Shawl ni takde awning sayang.
Inner hitam tu korang takkan dapat kalau beli instant shawl ni, inner tu aku punya. Aku memang nak pakai inner, tak suka pakai shawl tanpa inner.
And lagi satu, rasanya aku dah tulis semalam, yang shawl ni style Neelofa, kena lilit sendiri.
Cuma takyah pakai brooch bawah dagu sebab shawl ni main sarung je kat muka.



Best tak bestnya Moon's Kitchen ni, hah, kau nampak ni apa?
Siap ada lobster tu!
Punyalah merata aku carik tempat nak makan lobster, rupanya kat area rumah je ada.
Tapi semalam tinggal yang 1kg punya je.
Yang lain semua habis.
1kg banyak sangat la aku nak balun sorang.
Takpe, next time aku booking lobster.


Ni side order.
Aku nak rasa mashed potato dia boleh celen Mr Food tak.
Boleh tahan, takde la lousy punya mashed potato macam KFC tu.
Tapi personally, aku suka Mr Food punya mashed potato lagi.
Tapi Moon's not bad. Bukan teruk pun, sedap.
Cuma aku prefer Mr Food.


Ni aku punya.
Sizzling lamb.
Sedap, tapi black pepper dia macam ada hawa-hawa manis pulak.
Boleh makan, boleh tahan.
Tapi aki suka Mr Food punya Lamb sebab ada mashed potato and salad.


Ni En Wan punya steak.
Sos yang sama, rasa-rasa manis sikit.
Daging agak liat sebab En Wan kata tebal sangat.
Sepatutnya tak jadi macam tu sebab steak TGI pun tebal jugak tapi tak liat.
Maybe kebetulan kot masak semalam tak berapa nak jadi.
Next time biar aku pulak try order meal ni kita tengok masih liat or not.


Ni, dah ada dalam plan.
Semalam sebab first time datang, so terasa nak makan lamb dulu.
Next time aku nak try samada lobster atau wagyu.
Terasa-rasa kesedapan wagyu first time makan kat JB dulu. Hotel apa ntah aku duduk dulu ada wagyu kat Japanese Restaurant dia. Memang sedap gila.
Daging ada la kot dalam 8 keping je (size macam potong masak kicap), tapi harga RM100+.
Ni kat Moon's Kitchen pun macam lebih kurang je banyak tu wagyu dia.
Tapi takpe, kita rasa dulu pastu kita review.


Redza macam biasa la, asal makanan western je tak lari mana, balik-balik Fish & Chips.
Tapi portion dia untuk meal ni sangat besar. Tapi Redza habis sebab ikan dia sedap.



Ok, promo free 10 sachet ada lagi 7 hari.

Customer Ephyra yang dapat email "ROUND 2 : Special Invitation" DAN telahpun buat purchase bulan ni, kalau belum terima Discount Number, sila bersabar ya. Akan dihantar batch by batch.




Pending

$
0
0


Ni entry untuk bagi pengumuman je.

Aku nampak email masuk tanya apesal dorang dah bayar duit tapi status diwebsite masih pending.
Jangan risau.
PENDING tu bukan bermaksud pending payment tapi pending delivery.
Order yang masuk tengahari semalam sehingga tengahari hari ni pun belum sempat nak release sebab banyak. Ni semua penangan shawl yang launched kelmarin.
Semalam cuma dapat pos yang pagi punya order sebab Pos Laju datang awal sangat.
Today, insyallah semua akan dapat tracking number sebab aku dah mintak Pos Laju datang 7pm.

Harap bersabar ya.

Terima kasih. Terima kasih semua.




Server

$
0
0

Customer Ephyra and Fleur by Mrs Him,

Semua order dah dihantar semalam and hari ni.
Tapi server XZIZ Biotech problem, semua outgoing emails sangkut (email dari Health and Fleur by Mrs Him gunakan server XZIZ Biotech).
Semua tracking number dah send tapi masih duduk kat outbox.
Aku tak larat nak re-send all guna personal email account sebab gila banyak.
Kalau rasa-rasa belum dapat tracking number, tolong email aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com.
Aku akan bagi tracking number.

Sekian.

Esok baru entry panjang.
Viewing all 2764 articles
Browse latest View live